"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

25 August 2012

Cerita Aidilfitri Kami

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Syawal.

Selamat hari raya. Maaf segala khilaf dan mana-mana yang terguris rasa dengan pena yang menari. Moga Allah memberikan rahmat dan maghfirah berterusan kepada kita semua. Insha Allah.

Selamat Pengantin Baru!

Barakallahu lakuma wa baraka alaykuma wa jamaa bainakuma fi khayr :)

Seronok jadi pengantin Syawal, saya tak sempat jadi pengantin Syawal 2 tahun lalu kerana bonda mengisyaratkan kepada suami sekiranya mahu menikah pada tahun 2010, maka perlu disekalikan dengan majlis walimah abang saya. Jadi, hasrat suami nak jadi pengantin Syawal macam Rasulullah dan Saidatina Aisyah tidak kesampaian. Tapi, tak apa. Urusan nikah disegerakan, Allah mudahkan... Senang nak jaga hati, tak perlu nak 'sakit-sakit' dengan maksiat. Alhamdulillah.

Tahun ini, tahun ke-3 saya beraya di Kelantan (kampung suami). Tahun pertama bergelar isteri, tahun kedua bergelar isteri dan ibu, dan alhamdulillah tahun ketiga beraya masih lagi sebagai isteri dan ibu kepada anakanda Amir Solihin. Tahun lepas, saya 'dianiaya' sungguh-sungguh oleh ibu saudara sebelah suami di Kelantan yang 'memaksa' saya makan ketupat dan akhirnya anakanda Amir Solihin meraung-raung kembung perut. Memang saya sangat naif. Serik sungguh dengan peristiwa tu.

Tahun ini, Amir Solihin berusia 1 tahun 1 bulan jadinya saya tidaklah begitu teruk berpantang makan. Kuih-kuih raya juga saya makan, pulut air tangan ibu mertua saya nikmati sungguh-sungguh. Yang peliknya, kalau makan pulut air tangan ibu mertua saya tidaklah meringkuk sakit badan atau meraung menahan sakit belakang :) Saya khabarkan kepada suami, beliau tersenyum sambil berkata : "Ma baca bismiLLAH."

 
Dan masak dengan kasih sayang :)

Ya. Ibu mertua saya masak pulut sangat sedap! Saya tak boleh nafikan, pulut air tangan ibu mertua tak boleh ditandingi dengan pulut orang lain. He he he. Mungkin kerana ibu mertua saya memang 'pakar memasak pulut' :)

------


1 Syawal.

Amir Solihin pantang kepalanya 'ditutup', sangat sukar untuk memakaikan kopiah/serban. Tak sampai 3 saat dah dibuang. Pinjam kopiah Abi. Cepat-cepat Ummi snap, sebab bukan senang nak melihat Amir Solihin pakai kopiah/serban. :p

Malam raya, saya minta izin dari suami nak ikut ke masjid untuk solat Isyak kerana kebiasaannya suami akan mengimamkan solat sunat tasbih di malam raya (eid fitri dan eid adha). Tahun lepas, saya tinggalkan Amir Solihin di rumah mertua selepas menyusu, saya tinggalkan susu dan pesan pada adik ipar untuk tengok-tengokkan Amir Solihin.

Tahun ini... Subhanallah! Saya solat Isyak, Amir Solihin berlari ke sini sana. Makcik-makcik semua pandang saya dengan muka yang sangat tidak berpuas hati! Macam nak terkam saya. Agak menggerunkan dan menyeramkan, tapi saya buat selamba saja. Bila mula solat sunat tasbih, Amir Solihin berlari ke ruangan saff hadapan (saya sengaja solat di saff berlainan dengan jemaah lain bagi mengelakkan kena 'sembelih' kalau-kalau Amir Solihin kacau jemaah lain) dan terus masuk ke ruangan solat muslimin.

Allahu akbar. Rehal dan mainan yang saya letakkan di tepi saya bersolat langsung tidak dipandang Amir Solihin. Dia lebih seronok berlari dan menegur jemaah lain.

Dan... habis 2 rakaat pertama. Bayangkan semua jemaah muslimat pusing belakang dan pandang muka saya macam singa yang sedang lapar nak baham mangsa. Fehhhhh... Amir Solihin dimarahi dan saya pun tidak kurang juga kena 'sembelih' hidup-hidup dengan mereka. Serik tak terkata.

Terus ambil Amir Solihin dan bawa ke belakang, meraung juga seketika apabila 'dihentikan' nikmat berlari. Saya peluk Amir Solihin kuat-kuat dan terus pujuknya. Akhirnya setelah habis kudrat menangis, Amir Solihin tidur. Pulang dari masjid, terus saya adukan peristiwa di masjid. Suami hanya menggeleng dan saya berbincang dengan suami lalu memutuskan tidak akan pergi solat sunat hari raya pada keesokan hari.

Sobs! Tragis dan sangat mengecewakan.

Tak tahu nak cakap macammana. Kanak-kanak jadi 'musuh' di masjid dan surau. Bila dah besar, tak mesra masjid baru bising-bising memaksa.

1 Syawal, suami ada juga kias mengias kisah tragik kami dengan rakan-rakannya semasa berziarah. Dan semuanya mengatakan hal yang sama. Bahkan, isteri-isteri juga sangat gerun nak bawa anak ke masjid kerana jelingan maut dari jemaah apabila bawa anak kecil. Katanya mengganggu jemaah.

Sobs! Teringat kisah Ibnu Mas'ud yang masih kecil, semasa Rasulullah s.a.w sedang solat bersama para sahabat dengan selambanya Ibnu Mas'ud jalan depan saff sambil bawa himar. Bila sahabat adukan perkara tersebut kepada Rasulullah, Rasulullah SENYUM saja. Al-hasilnya, Ibnu Mas'ud jadi ulama' yang hebat.

Teringat kata-kata adik ipar :

"Masa kecil tak nak tidur kena paksa tidur. Bila dah besar tidur (sendiri) kena marah pula sebab tidur."

Saya cuba mengambil sudut satu lagi. Kalau begini...

... Masa kecil nak ikut ke masjid tak bagi, bila dah besar tak nak ke masjid kena marah pula.

Allahu Allah.

Saya maklum dan mafhum bahawa perempuan tidak wajib ke masjid, suami menambah lagi... Bahkan sunat pun tidak, harus sahaja. Sebaiknya solat di rumah, lebih besar pahala di sisi Allah. Tetapi Rasulullah kata, kalau perempuan nak ke masjid tak boleh halang (yang penting auratnya terjaga!). Hanya 2 solat yang Rasulullah anjurkan wanita ke masjid yakni solat sunat aidilfitri dan solat sunat aidiladha.

Tapi, nasib saya. Kononnya nak bersama solat sunat tasbih bersama suami, akhirnya serik 'disembelih' dengan makcik-makcik sehingga tidak menunaikan solat sunat aidilfitri. Allah... Tapi, saya rasa ini solusi terbaik yang saya ada pada ketika itu. Kasihan Amir Solihin dimarahi macamlah kesalahannya mencuri, atau membelasah orang sehingga dia dimarah. Allahu Rabbi.

-----

Pada hari raya ke-2, saya ke rumah sahabat saya. Kami kenal melalui blog, dan facebook :)

Ini kali pertama bertentang mata dan melihat wajah masing-masing. Sudahlah bertemu buat kali pertama, hajat yang dibawa pun tak kurang besar. Masha Allah, saya rasa dewasa dengan pengalaman ini. He he he. Sebelum ini saya rasa kanak-kanak rebina lagi :)

Pengalaman merisik sahabat saya untuk dijadikan calon isteri kepada sahabat suami. Suami sudah beberapa kali menjadi 'orang tengah' untuk sahabat berbaitul muslim tetapi saya, ini kali pertama :)

Sweetnya kerana mereka langsung tidak mengenali satu sama lain.

Selepas proses merisik, sahabat saya meminta tempoh 3 hari untuk memberi keputusan (sedangkan sebenarnya sudah beberapa bulan saya sampaikan hasrat dari pihak lelaki, dia beristikharah minta Allah beri jalan yang terbaik.) dan kebetulan hari ketiga tempoh yang diminta jatuh pada hari Jumaat, saya tersengih senyum sendirian.

Ramai dikalangan sahabiah yang minta dicarikan calon suami tetapi saya tidak kenal rapat dengan mereka, khuatir juga untuk menjadi orang tengah. Suami juga tidak melayan semua permohonan sahabat-sahabatnya yang minta dicarikan calon isteri kerana suami selalu cakap pada saya apabila kami musyawarah berkenaan baitul muslim: "Kalau Abang nak recommend seseorang, Abang akan recommend orang yang lebih baik dari Abang."

:)

Dan setiap yang suami usahakan berbaitul muslim, pasti ada sesuatu kelebihan yang suami sangat senangi tentang sahabatnya.

Ok, kahwin bukan main-main. Bimbang bias dan dipertanggungjawabkan apabila hadir masalah kelak, nauzubillah.

Tapi, yang saya suka... Sahabat saya jatuh cinta dengan bakal ibu mertuanya semasa proses ta'aruf tersebut bukan dengan bakal suaminya :)

Pada hari Jumaat, penghulu hari. Sahabat menghantar sms memaklumkan beliau menerima lamaran tersebut. Alhamdulillah. Saya maklumkan kepada suami sambil tersengih.


"Amir Solihin...! Ummi dah dewasaaaaaaa." :P


p/s: Isteri kepada sahabat suami saya cakap nak 'cop' Amir Solihin untuk anak perempuannya. Wah, 'high market' la anak bujang Ummi ni ye ramai yang nak cop. Takpe, quota ada 4 :)

3 leaves:

Mar Mansor 27 August 2012 at 09:00  

panjang cerite kali nih..

Saleha 30 August 2012 at 15:49  

saya setuju dengan saudari Insyirah, mengajar anak kecil ke masjid. saya sejak ada anak sudah lama tidak berjemaah di masjid kerana memikirkan tentang orang lain juga. betul niat kita baik tapi jika difikir sudut lain tidakkah berdosa kita mengganggu orang lain untuk beribadat. mesti dorang sukar nak khusyuk bila diganggu dan bukankah mendatangkan dosa pula pada kita sekiranya mendatangkan ketidakpuasan hati orang lain? jadi saya ikir biarlah saya sembahyang di rumah sahaja memandangkan ianya cuma harus.. rasanya kalau 7 tahun baru dibawa ke masjid masih belum terlambat.. sekurang2nya kanak2 sudah berakal sedikit, tahu mana yang betul dan salah laku di masjid

Insyirah 30 August 2012 at 23:49  

Assalamualaikum buat Kak Saleha.

Saya menghormati pandangan dari akak, kalau dilihat pada satu sudut... apabila sesebuah masyarakat ditarbiyah (mendapat pendedahan) dengan suasana masjid yang mesra kanak-kanak, tidak menjadi persoalan tidak khusyuk solat kerana ada kanak-kanak. Di masjidil haram dan masjid nabawi, kanak-kanak dibawa ke masjid sejak bayi. Bila ibu solat, ada yang menangis, meraung, merangkak, berjalan, bahkan berlari di sekitar ibu :) kalau nak dikira berdosa mengganggu jemaah, pasti para ulama' akan mengharamkan kanak-kanak ke masjid, pasti Rasulullah juga tidak membenarkan kanak-kanak masuk ke masjid semasa waktu solat berjemaah :)

Saya berada pada dua situasi berlainan. Di tempat saya bermastautin, masyarakat mesra masjid. menjadi satu kebiasaan bila ada bayi merangkak dan semasa sujud tidak mustahil bayi duduk di bawah kita. Penerimaan masyarakat dan tanggapan masyarakat tentang pendidikan masjid mesra kanak-kanak yang saya nak sentuh sebenarnya.

Tapi tidaklah sampai saya nak kata mereka salah, kerana wanita tidak wajib langsung solat di masjid. hanya harus. cuma, rasa terkilan kerana anak saya di marah seolah-olah dia lakukan kesalahan yang SANGAT BESAR.

Wallahua'lam.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO