"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

29 January 2011

Anugerah Itu Hiburan Allah!


Bismillahirrahmanirrahim

Menjadi seorang yang mengalami swing mood semasa hamil... Bukan itu kemahuan yang diminta dari Ilahi tetapi itulah yang sering Dia berikan, jalan mujahadah itu tidak mudah dan pastinya onak berduri melata sehingga setiap tapak yang digagahi akan terpijak duri-duri yang melekat di tapak kaki namun perjalanan itu tidak harus terus dihentikan hanya kerana luka-luka yang mengalirkan darah kerana perjuangan itu tidak disandarkan kepada kelemahan dan kerapuhan hati sebaliknya diamanahkan kepada seorang MUSLIM.

Alangkah bertuahnya menjadi seorang muslim, setiap keburukan adalah ujian dan dia terus-terusan bersabar dengan mehnah dan tribulasi dalam perjuangan kehidupan. Nikmat yang Allah berikan, diterima dengan penuh sembah syukur dan bertambah rasa kehambaan terhadap al-Khaliq. Masya Allah, sangat kagum apabila diberi kesempatan oleh Allah untuk mengenali insan-insan hebat yang berada disekeliling. Walau mereka ghuraba' (asing dan terasing) dari dunia, mudah-mudahan nama mereka sentiasa disebut-sebut makhluk di langit. Allahumma ameen.

Hati kecil ana cepat sangat tersentuh bila mendengar kisah-kisah sahabat, entah kenapa mungkin kerana diri yang sedang hamil maka mood cepat sangat naik dan turun atau kerana naluri keibuan sedang berombak apabila dipukul badai, Allah saja yang lebih tahu.

Perjalanan kehidupan ini sangat singkat, maka teruslah berjalan dan berjalan selagi kudrat masih di badan, selagi nyawa masih di jasad dan sebelum roh dicabut oleh Tuhan... Perjalanan yang tidak sentiasa dihiasi mutiara yang bergemerlapan indah namun setiap catatan perjalanan itu pasti akan menyimpulkan sebuah hakikat sebuah kehidupan yang akan menjadi manis apabila setiap 'rasa' pahit, kelat, tawar, masin bergaul dengan nilai keIMANan kepada Allah.


Jarang kita melihat kehidupan orang lain lantas kita sangat mudah berputus asa dengan apa yang melanda kehidupan kita sedangkan ia hanyalah secubit 'garam' yang diletakkan bersama sekuali rendang! Garam itu perlu bagi menyedapkan rendang, dan gula juga perlu untuk menambah enak tetapi jangan lupa kita tetap menumis cili dan memerah santan supaya setiap rasa yang digaul akan menghasilkan rendang yang enak dan berlemak. Begitulah kehidupan, kalau semuanya indah kita tidak akan nampak keindahannya... ^__^

Dia... Seorang wanita yang kuat dalam mujahadahnya, biar kisahnya tidak sehebat yang tercatat di kanvas dunia mudah-mudahan ia terhitung dan digolongkan bersama para solihin juga sobirin. Dahulu, bahagianya kehidupan yang dijalani bersama suami tersayang tersentuh tatkala mengalami keguguran. Pahit manis kehilangan seorang anak, hanya mereka yang merasi kepahitan itu yang akan memahami dan kata-kata sabar hanyalah sebagai halwa telinga dan hakikat sabar itu hanyalah akan benar-benar dihayati dengan jalan mujahadah dan redha dengan takdir Allah.

Dia... Seorang wanita yang tenang dengan kehidupan, melihat kehidupan hanyalah umpama padang bola yang pasti ada masa penamat dan hairan apabila melihat manusia berlari-lari mengejar sebiji bola dan kemudian menendangnya... Allah! Itulah dunia, hanya untuk disepak terajang kalau tidak dinikmati dengan nilai iman dan taqwa kepada Allah. Sebaliknya, apabila kehidupan dunia dinikmati sebagai saham akhirat... Ia pasti sarat dengan pandangan hikmah dan amal ibadah yang sohih, bukan bersorak apabila melihat orang lain mengalami kegagalan.

7 tahun berpisah dengan suami yang dicintai kerana Allah dan Rasul disebalik jeriji besi, 7 tahun menanti kepulangan suami dengan penuh harapan dan 7 tahun juga tak jemu-jemu menunggu pembebasan suami dari tahanan I.S.A, mujahadah itu tidak mudah dan ia hanya akan dinikmati apabila kita yakin dan redha dengan ketentuan Allah. Setelah 7 tahun, suami dibebaskan dari jeriji besi dan melihat alam penuh dengan warna-warni. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Zuriat yang dinanti, akhirnya Allah memberi khabar gembira... Awal kehamilan lagi sudah teruji, dan ujian-ujian tersebut menambahkan lagi yakin pada Allah, redha dengan takdir yang Allah rencanakan akhirnya membuahkan kemanisan hati yang menyerlahkan keredupan wajah... Wajah yang tenang dengan kehidupan. Kesusahan demi kesusahan untuk membawa wajah mulus ke dunia, seorang ibu sanggup menahan segala kesakitan untuk anak. Kalam yang sungguh memberi keinsafan buat ana, bertambah pelbagai rasa apabila menatap wajah ummi.

Dengan izin dari Allah, Dia yang memiliki segala-gala yang ada di langit, bumi, lautan dan seratanya... Dialah Pemilik bagi segala yang ada. Allahuakbar.

Anak kecil itu sekarang semakin membesar, alangkah gembiranya hati seorang ibu yang meneliti perkembangan si jantung hati, meskipun tidak seperti anak-anak lain namun dengan senyuman manis dan tawa si anak cukup menghiburkan hati.

"Alhamdulillah, S dah pandai mamam (makan)." Khabar gembira yang dikongsikan bersama ana. Tersenyum dengan berita tersebut, Alhamdulillah.

Saat bertandang ke rumahnya, melihat si kecil yang sudah berusia 6 bulan... Terbaring dan badannya agak kurus kerana demam, tapi sudah mula tersenyum dan kembali ceria.

"Berkenan sungguh dengan Achik Syirah ye..." Matanya asyik menatap wajah ana, tersenyum dan tertawa bila diagah. Alangkah gembiranya hati seorang ibu :)

Setelah berusia 6 bulan, si kecil itu sudah berjaya meniarap. Satu penantian yang lama... tetapi hati seorang ibu tetap sabar menanti perkembangan si kecil.

"Syirah, S ada jantung berlubang."

Subhanallah... Betapa berita itu cukup meruntun hati ana. Entah kenapa, ana sendiri tak tahu tapi terasa secubit sakitnya dengan berita itu namun mendengar ungkapannya yang penuh dengan redha dan yakin dengan takdir Ilahi, tersenyum dalam kepahitan meski airmata hampir menitis namun diusahakan untuk bertenang. Akhirnya, berkongsi dengan encik zauj...

Pasangan ini banyak menghadapi mehnah dalam kehidupan berumahtangga. Keguguran pada kehamilan pertama, kemudian si suami berada di dalam tahanan I.S.A selama 7 tahun, kehidupan berumahtangga yang usianya 10 tahun dengan kehadiran cahaya mata yang comel, Allah mengirimkan lagi hiburan buat mereka!


Iya sahabat...! Allah memberikan anugerah terindah buat kalian berdua kerana Dia ingin menghiburkan kalian, bukan dengan cara hiburan yang manusia fahami kerana bentuk hiburan dari Allah itu sangat indah. Mehnah itu anugerah, supaya kalian 'memeluk'Nya dengan lebih erat, Dia mahu kalian merapati Nya kerana Dia lebih hampir dari urat leher kita. Sabarlah sahabat, doa dari kami mengiringi langkah perjuangan kalian...

Tiada kata sabar mahu dikirimkan dari jauh pada udara dan bayu yang bertiup, hanya mampu ku memberikan sebuah senyuman dan genggaman tangan agar semangat juang sahabatku akan terus mekar seutuh dan setabah Srikandi Aisyah radhiallahu 'anh. Yakinlah sahabatku bahawa anugerah itu merupakan hiburan dari Allah, Dia yang memberi ujian Dia pasti akan memujuk kalian dengan cara dan kehendak Nya!

Adikmu Fillah,
Insyirah Soleha.

Read more...

27 January 2011

Bergembiralah Wahai Anakku

Bismillahirrahmanirrahim.

Ana agak emosional, tak tahu nak cakap macammana insya Allah banyak yang Allah didik sepanjang tempoh latihan untuk menjadi seorang ibu. Dahulu, selalu ana cakap kita tak akan tahu perasaan seorang ibu selagi belum menjadi seorang ibu maka tatanglah perasaan ibu dengan baik sementara masih ada kesempatan sebelum kita sesal sehingga tidak akan dapat memohon kemaafan dari ibu, sesalan yang tiada guna kerana seorang ibu itu hanya pinjaman dari Allah... Seorang ibu yang sarat dengan kasih sayang, yang sering kita 'dendam' adalah pinjaman semata-mata, dia tidak kekal dan tempohnya di sisi kita juga akan 'expired'.

"Ummi, sebelum mengandung lagi ummi dah berazam. Ummi nak jaga anak-anak ummi dengan sangat baik, tak nak macam orang yang bela ummi. Sebab tu Allah bagi ummi anak ramai (6 orang)."

Beberapa hari lepas, sewaktu berbual dengan ummi banyak yang ummi kongsikan. Ana sakit gigi, ummi suruh cepat-cepat pergi buat rawatan. Masa mengandung, serangan pertama yang akan dilancarkan adalah gigi kerana bayi akan 'menyedut' kalsium dari ibu. Tambahan pula, masalah tulang belakang ana maka lebihan kalsium sangat diperlukan. Ummi suruh makan keju tapi ana bimbang penambahan berat badan secara mendadak akan membuat badan ana menjadi bengkok, na'uzubillah. Sekadar minum susu, pastinya susu perlu digandakan kadar kuantitinya supaya bayi dapat menyerap kalsium dengan cukup dan ana tidak kekurangan zat.

Selepas peristiwa jatuh tempoh hari, ana semakin takut untuk melakukan pergerakan besar. Sangat berhati-hati terutama apabila bersendirian di rumah, bimbang peristiwa berulang. Alhamdulillah, anakku masih aktif.

Semalam, menemani encik zauj yang tak sihat ke klinik. Peluang untuk ana bertanya dengan doktor (as second opinion) tentang masalah kesihatan, tambahan pula terngiang-ngiang lagi kena marah dengan doktor masa check baby selepas jatuh haritu. Terkedu sehingga kehilangan kata-kata, akhirnya hanya mendiamkan diri dan menjawab hanya apabila ditanya. Selebihnya, ana rasa macam ketakutan.

Semalam ana cakap sakit belakang, terus doktor bimbang keadaan baby. Salah satu 'alarm' nak keguguran adalah sakit belakang tapi bila cerita sejarah sakit belakang, doktor sangat lega sebab sakit belakang kerana tulang bukan kerana kehamilan. Alhamdulillah... Respon doktor buat ana melepaskan nafas lega, terasa separuh beban yang terhenyak atas kepala dah dilepaskan. Bila ana tanya dan bertanya maklumat lanjut, nasihat secara perubatan... Tersenyum. Tak tahu nak gambarkan perasaan!

"I dulu, misscarried 4 times. Masa nak deliver baby I, I pergi UKM. Dari pagi, senang sangat sebab semua kawan-kawan I settle sebab I dulu study UKM kan. Tapi sampai ke petang hampeh, prof tak datang pun. At last, husband I bawa ke private dan kami dah biasa dengan doktor tu. We do C-Sect, I ada asma tapi doktor cakap dia yakin baby boleh survive. Perempuan ni kan, dia memang lemah tapi untuk ANAK, dia sanggup tahan sakit. If he or she suggest you to abortion, I will be the first one yang akan arguing. Dah tahu you ada history sakit belakang, masa muda ni la nak pregnant tak kan nak tunggu tua lagi la bertambah sakit."

Ya Allah...

Ana bukan hanya perlukan khidmat nasihat perubatan semata-mata, bukan sekadar teori tetapi disandar kepada sifat kemanusiaan dan juga pengalaman insan yang memahami apa yang dilalui. Walau kondisi tidak sama namun perasaan dan juga pengalaman akan menyejukkan hati. Insya Allah, I will survive. Allah kan ada... Allah kan ada...

Bayangkan bila scan nampak kepala, kaki, badan dan tangannya... Walaupun sangat kecil tapi ia sudah cukup untuk membiaskan kasih sayang dan satu perasaan yang sangat sulit untuk diungkapkan. Hanya seorang ibu memahami hati seorang ibu...

Abang ajar setiap kali solat, ajak baby solat dan ana blur boleh pula tanya pada Abang.

"Baby dengar ke?"

Lawaknya soalan. Innocent.

"Dengar la, apa pula tak dengar."

Baiklah. Ya bunayya aqimissolah...

Apabila badan itu menderita sakit, maka tidak berguna makanan, minuman, tidur dan rehat. Demikian jua pada hati, (apabila telah ditimpa oleh cinta dunia) maka tiap nasihat itu tidak memberikan manfaat kepadanya -Malik bin Dinar-


Apabila ditimpa cinta kepada zuriat, maka setiap khabar duka tidak akan menggoyahkan hati seorang ibu. Allahuakbar ^__~

Kelembutan, kemesraan dan kasih sayang merupakan fitrah yang telah dianugerahkan dalam diri wanita. Keperibadian mulia menghiasi kehidupannya umpama mutiara yang indah berkilauan serta bagaikan sekuntum bunga harum mewangi menghiasi taman-taman syurga. Pengabdian dan pengorbanan demi mempertahankan kedudukannya yang telah dijaga oleh Allah, sehingga tetap tersimpan perasaan halus dan jiwa penyayang dalam dirinya.

Setiap wanita merindui kenikmatan dan kesenangan abadi di akhirat. Mereka senantiasa sujud merendahkan diri kepada Nya dengan linangan air mata keinsafan. Berusaha dengan keteguhan iman membersihkan cahayanya agar kembali bersinar setelah lama bergelumang dalam lembah kejahilan. Sesungguhnya pengorbanan wanita selalu dikenang dan senantiasa terpahat dalam jiwa mereka yang mengharapkan siraman seberkas sinar kedamaian.

Dari Belahan Hatiku,
Insyirah Soleha.

Read more...

26 January 2011

Ditipu dan Tertipu

Bismillahirrahmanirrahim.

Manusia sering ditipu oleh nafsu, syaitan dan dunia yang menipu. Iblis menggunakan pelancar roket yang lebih merbahaya dari segala jenis roket pemusnah yang ada di dunia ini iaitu WANITA. Wanita adalah sumber yang paling ampuh untuk dijadikan senjata bagi melemaskan manusia (lelaki) sehingga akhirnya tersungkur, gagal untuk menjadi manusia yang beriman kepada Allah.

Picisan roket-roket kecil yang tidak dapat diketepikan adalah harta, pangkat juga kedudukan. Arh... Masakan semua ini tidak mengiurkan, melihat harta yang melimpah ruah, binatang ternakan yang banyak, pangkat yang tinggi sehingga kerana pangkat juga ia akan menambahkan lagi aset yang bertimbun-timbun.

Sana sini dua golongan ini (lelaki dan wanita) terus-terusan salah menyalahkan antara satu dengan yang lain. Kata lelaki, kalau wanita menutup aurat dengan sempurna masakan kami terbeliak biji mata melihat peha yang gebu, lurah-lurah yang menggoda, sudah fitrah kami cintakan kecantikan mengapa pula mereka tidak pandai memelihara diri. Kata wanita, kalau lelaki menjaga pandangan matakan mata boleh terbeliak. Akhirnya kedua-duanya bertekak seperti hilang punca, kerana punca utamanya adalah kedua-duanya TIDAK MAHU tunduk pada perintah Allah.

Andai kedua-duanya tunduk dan patuh pada perintah Allah, para wanitanya sangat menjaga aurat dan peribadi diri sehingga sangat sukar diganggu oleh lelaki bahkan lelaki bersifat jembalang pun akan semakin berkurang lantaran gelodak nafsunya yang tidak diusik, masakan boleh bergelora kalau tidak memandang perkara yang melonjakkan nafsunya?

Si wanita sopan dengan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, tunduk melangkah dan tidak keluar rumah sesuka hati, keluarnya dari rumah hanyalah untuk tuntutan fardhu dan tidak sendirian bahkan sentiasa ditemani oleh mahram. Masakan lelaki akan tegar mengganggu wanita yang sudah sedaya upaya memelihara maruahnya bahkan pasti Allah dan malaikat akan menjaga wanita-wanita ini seperti mana mereka berusaha menjaga maruah mereka.

"Seorang lelaki, sebelum berkahwin sanggup lakukan apa sahaja untuk wanita tetapi biasanya selepas kahwin 'no way' nak melayan isterinya sepertimana dia melayan kekasihnya."

"Kenapa lelaki macam tu?"

"Biasalah, sebelum dapat semuanya sanggup, bila dah dapat dia nak peduli apa dah jadi hak dia pun."

"Tapi, kenapa dah bertunang pun Abang macam tak kisah pun dengan Sayang?" Sengaja menyucuk, provokasi untuk mengetahui apa yang lelaki fikir.

"Nak kisah buat apa, bukan isteri Abang pun. Dah kahwin lain la..."

Tersenyum. Encik Zauj pernah ceritakan kisah lamanya dulu, muslimah tersebut adalah kerabatnya juga tapi dah bau-bau bacang, selepas kedua keluarga tiada halangan maka berfikir untuk berumahtangga cuma abang kepada muslimah tersebut mahu adiknya belajar sehingga habis baru boleh berkahwin, bimbang tidak habis belajar selepas mempunyai komitmen sebagai isteri. Kemudian, muslimah tersebut selalu talifon encik zauj sehingga encik zauj merasa tidak selesa.

"Tak payah talifon lagi lah, kita bukan ada apa-apa."

"Tak apa, sambil nak tanya tentang pelajaran."

Fitnah wanita kepada lelaki, walaupun kedua belah keluarga merestui hubungan tersebut ia tidaklah bererti boleh bebas berhubung dan selalu melayan halwa telinga mendengar suara bakal pasangan. Syaitan pasti menghiasi suara tersebut menjadi sangat luna didengar dan sangat 'macho' untuk dirindu-rinduan. Akhirnya, terlangkup dalam kepompong perasaan (nafsu). Na'uzubillah.

"Ustaz... Bestnya bercinta lepas kahwin, nasib baik dah kahwin! Tapi, duit habis kat kredit talifon asyik talifon suami je."

"Tak apa, cinta halal. Duit habis pun pada perkara halal."

Seorang anak murid zauj yang talifon asalnya mahu bertanya berkenaan zakat, kemudian cerita yang beliau sudah berkahwin. Alhamdulillah. Mendengar kisah-kisah yang zauj ceritakan perihal anak-anak muridnya terutamanya di Mesir selalu mengundang rasa kelakar, macam-macam 'kerenah' dan kebetulan zauj yang jauh lebih berusia dari mereka maka jadi kaunselor tak bertauliah menjadi pendengar yang setia kepada orang yang putus tunang, putus cinta, dah bertunang tapi tak nak kahwin. Macam-macam... Dan kisah-kisah itu menjadi satu 'ibrah (pengajaran) yang sangat besar bahawa setiap ketentuan Allah pasti sarat dengan hikmah!

Ini baru selingan bab tertipu dengan nafsu pada wanita dan lelaki. Banyak lagi, bahkan sangat-sangat banyak perkara yang membuatkan manusia tertipu.

"Jarang-jarang orang terlepas dari ghurur (tertipu)." -Imam AlGhazali-


Antara ciri-ciri orang yang tertipu adalah :

- Mencari kehidupan dunia sehingga lupa kepada akhirat
- Memiliki kekayaan tetapi bakhil
- Alim tetapi tidak beramal dengan ilmu
- Jahil tentang agama tetapi alim tentang dunia
- Beramal tanpa ilmu
- Beramal dengan ilmu syariah lahiriah tetapi lalai dengan amalan batiniah eg; ujub
- Melakukan dosa tetapi menangguhkan taubat
- Mencampur aduk amalan soleh dan batil
- Amar ma'ruf nahi mungkar tetapi mengabaikan diri sendiri (tidak muhasabah)
- Tua dan muda menghabiskan umur dengan melakukan dosa
- Suami membiarkan isteri dan anak-anak jahil
- Tertipu dengan kecantikan dan kekuatan badan
- Membaca al-Quran tetapi tidak bertadabbur
- Berjuang tanpa jemaah
- Rakyat terpengaruh dengan pemimpin tidak beriman
- Murid yang berguru tetapi tidak mengamalkan ilmu yang diamalkan oleh guru
- Suami mentaati isteri (queen control)
- Mengamalkan sunnah tetapi tidak menepati sunnah

Banyak lagi... Tapi, dah nak azan Asar malas dah nak taip. Jumpa lagi, insya Allah.

Wallahua'lam.

Dari pena,
Insyirah Soleha

Read more...

24 January 2011

21 Anak Tangga Kehidupan, Sanah Helwa Insyirah!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, segala puji pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam... Dengan limpah rahmat Nya, Dia memanjangkan usia hamba Nya sehingga hari ini, Dia masih sudi meminjamkan oksigen untuk terus bernafas, Dia masih sudi memberikan belas kasihan buat hamba Nya untuk terus menapak setapak demi setapak langkah.

Terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang Engkau pinjamkan, moga dengan segala nikmat yang Engkau berikan akan menambahkan rasa syukur ku pada Mu, menambahkan rasa cinta terhadap Mu, menyuburkan belas dan kasih sayang terhadap agama Mu. Ya Allah, pandanglah kami dengan pandangan kasih sayang Mu...

Tengah malam, sambil berbual dengan my pillow-mate tiba-tiba henset encik zauj berbunyi dan ada getaran, kus semangat! Abang ambil henset dan tengok, apa entah... Sambung lagi berbual, kadang-kala secara tiba-tiba di tengah malam Abang boleh ajak bersembang dengan memulakan ayat "Sayang nak tahu, ulama' pernah bahaskan tentang ext... ext..." sedar-sedar dah 3 pagi, pernah pula rasa mengantuk sangat rupanya dah jam 4 pagi...!

"Ulama' dulu, mula membincangkan sesuatu (yang ilmiah) selepas solat Isyak dan hanya akan berhenti selepas solat fajar (Subuh)." Kata-kata yang membuatkan ana berfikir sejenak. Mereka hanya tidur qailullah sebentar untuk menyegarkan badan.

"Sayang... Tengok la muka Abang."

Terkedip-kedip dalam gelap.

"Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 21...!"

"Waaaa... dah tuaaaa."

Mula-mula nak jawab, "Abang, belum lagi la. Sayang lahir 4.40 pagi, nanti 4.40 pagi Abang azan kat telinga Sayang la yer... Pastu Abang ucap 'Sanah helwa ya habibati.' Ok?" Lalalala... Insyirah, sila berkelakuan serius! Dah 21 tahun, bukan kanak-kanak riang lagi Ok. Kanak-kanak blackcurrent je ^__^


... Isteri hamparan dunia, suami langit penaungnya ...

Pagi tadi sedang bersantai-santai, abi tersayang mengirimkan mesej ucapan selamat dan juga doa. Terharu sungguh rasanya dengan bait-bait doa yang dilantunkan. Teringat pula semalam panggilan talifon dari ummi tersayang, dengan doa dan harapan agar puterinya hidup bahagia bersama encik zauj. Uhuk, berlinang air mata bila ummi sebak bercakap di hujung talian yang akhirnya ummi menghamburkan tangisan. Maka, terhenti kalam dan akhirnya mengesat air mata.

Ummi, jangan risau. Selagi mana ummi berdoa, insya Allah... Allah akan sentiasa mendengar.

Beberapa ketika kemudian, mesej dari sodiki hakiki Cik Aisyah. Terharunya, dah lama tak berjumpa. Moga Allah akan pertemukan sebelum ana mengembang sekembang-kembangnya dengan kejayaan yang gemilang dan terbilang! Hihihi.

"Adik, kenapa tak gemuk pun? Akak tengok macam tak berubah je..."

Makan nasi seminggu sekali, itupun kalau nampak encik zauj makan sedap maka akan tumpang sesuap dua akhirnya menggelengkan kepala. Kalau makan sekali, sebelah nasi kicapnya dah macam kuah je. Kalau nasi yang sudah berkicap tak habis, selagi itu la kena habiskan. Iya... Encik zauj sudah pandai berdiplomasi supaya ana makan nasi :)

Kalau mereka menyangka ana berdiet, maka jawapannya adalah benar. Bimbang berat badan naik mendadak akhirnya nak bawa badan sendiri pun tak larat, sekarang pun dah start sakit belakang. Lepas solat, cepat-cepat bangun duduk atas kerusi baru berdoa. Itu pun kalau boleh solat seperti biasa, selalunya duduk atas kerusi. Kalau dah berkembang dengan sekembang-kembangnya entah macammana la agaknya :P

Kaum-kaum ibu di surau pun dah tahu, bahkan ada pula yang rajin nak tolong angkatkan kerusi untuk ana dan letakkan di tepi saff supaya ana boleh solat bersama. Sedar tak sedar, dah 21 tahun rupanya... Anak ummi yang dulunya masa baru lahir hanya sebesar 'anak kucing' dah besar dah... Ummi, anak ummi dah besar!

Dua hari lepas, encik zauj belanja makan sate sehingga mengakibatkan seharian kekenyangan! Dulu, bila sakit dan tak lalu makan sehingga cengkung maka encik abi akan belikan sate dan ana akan makan dengan banyaknya... Bila tak berselera, jawapannya sate! Sekarang, encik zauj pula mengambil tugas encik abi, asal ana tak berselera nak makan, pasti dibelikan sate. Hik hik... Terima kasih Ustaz Saiful :)

Ana terpaksa kongsikan video klip ni kerana ana telah dipaksa untuk mendengar dan menonton video ini oleh budak kecil, hihihi. Baiklah... Kerana usaha adik bangun awal dan train mereka menari untuk menghiburkan akak, akak letaklah dalam blog. Lainkali akak nak yang REAL punya, boleh import Cik Amanina untuk menari... Uh, sebiji macam chipmunks! ^__^



Jangan yang dalam ni pun menari macam ni juga la... Dah la umminya rajin sungguh makan makanan pihak atasan - p.i.s.a.n.g :)

Terima kasih buat ukhti Syuhada atas posting istimewa tersebut :)

Sweet 21 years old,
Insyirah Soleha

Read more...

20 January 2011

Nasi Berlaukkan Kicap

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Walaupun masih terasa seolah-olah kena 'paksa kahwin' setiap kali melihat nasi yang akhirnya ditolak jauh-jauh, sekarang dah kurang 'trauma' untuk makan nasi. Walaupun ada masa dan ketika, masuk dapur macam masuk dalam sawah yang dipenuhi dengan lintah dan pacat (grrrrr...) bukan apa, asyik complain itu busuk ini busuk. Sampaikan encik zauj tanya, "Semua busuk ke?" Oh, bida'ah (rekaan) je semua tu :P

"Mengidam ni bida'ah je. Akak rasa psikologi je tau! Akak dulu, apa orang kata... Itu la yang jadi pada akak. Mak akak kata bau nasi tak boleh masa mengandung, mula-mula akak OK je lepas tu pula saja mengada-ngada, bau nasi pun dah tak tahan. Dah tu, tak lalu makan nasi. Orang tanya nak makan apa, kita pun cakap nak makan mee. Mengidam la konon, bida'ah je..." Hahaha.

Beliau seorang yang memiliki hati yang kuat dan bersemangat, sabar dalam menempuhi ujian kehidupan. Allahu Rabbi, melihat perjuangan kehidupannya terasa sangat kecil je diri ni. Memang la dia boleh menganggap 'fasa mengandung adalah waktu nak mengada-ngada dengan suami' adalah bida'ah semata-mata, rekaan orang. Dia sudah ditarbiyyahkan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi kehidupan sehingga dirinya menjadi begitu tepu untuk berdepan dengan perkara remeh-temeh :)

"Masa mengandung ni lah masa yang paling teruk nak bermujahadah. Bayangkan kalau kita manja dan lembik sepanjang masa, melayan perasaan dan keadaan yang sangat tak best ni, nanti anak-anak lahir kita nak mereka itu dan ini. Dari awal ni la kita kena train DIRI SENDIRI untuk mujahadah supaya kita boleh bina sahsiah anak-anak sentiasa mengekalkan momentum untuk bermujahadah! Kata nak lahirkan anak-anak yang hebat, macammana anak nak hebat kalau ibunya lembik?!"


Phewwww... Padan muka Insyirah!

Awal-awal mengandung dulu, alhamdulillah tidak mengalami alahan dan super duper teruk macam orang lain. Tapi, bila dah masuk trimester kedua baru sibuk nak rasa alahan orang trimester pertama, lawak pula rasanya. Bila berbual dengan kaum ibu-ibu, ada orang yang lambat alahannya bahkan ada pula yang dari awal mengandung sampai la bersalin non-stop alahan. Haip, ingat senang ke mengandung ni...? Lalalalalaaaa...

Selalu ana bisikkan pada zauj, mengidam ni bida'ah (rekaan) je supaya tidak memanjakan diri sehingga menyusahkan zauj. Bila teringat nak mengada-ngada, terus bayangkan orang lain yang lebih susah. Akhirnya, insaf sendiri. Bayangkan kalau ibu-ibu Palestin lembik dan lemah gemalai macam ana semasa hamil, apakah mereka dapat melahirkan zuriat-zuriat yang memiliki jiwa seorang pejuang?

Jangan ajar anak untuk dimanjakan dengan segala hajat, bimbang nanti lahir dia 'mengamuk' bila apa yang dihajat tidak dapat dimiliki. Untuk merajuk hanya kerana tak dapat apa yang nak dimakan terasa macam 'sia-sia' je... Terlalu lemah emosi, cuba la bawa-bawa mujahadah. Kalau tak dapat, banyak lagi yang boleh dimakan. Tak gitu Puan Insyirah? Jujur, ana tersenyum bila orang cakap kecil hati dengan suami sebab pesan makanan (masa mengandung) dan suami terlupa nak beli sampai merajuk, bila suami keluar untuk penuhi hajat si isteri, tetap juga tak nak makan sebab merajuk... Macammana la anak-anak tak manja, rapuh sangat emosi si ibu :)

Swing mood masa mengandung memang ada, tapi... mujahadah itu sangat perlu. Sibukkan diri dengan urusan rumahtangga, sibukkan diri untuk mendidik anak mencintai kalam-kalam Nya, akhirnya terlupa... 'Kenapa tadi sedih ye...?' oh rupanya ana rindukan encik abi, hahaha.

Kali terakhir makan nasi, di rumah sahabat zauj minggu lepas... Ngeee! Dan semalam, ukhti kesayangan ana datang ke rumah. Alhamdulillah, dapat juga masak sup ayam dicampur sayur dan suhun. Jadilah sup sayur. Dengan keadaan terpaksa dan memaksa, takkan nak suruh tetamu makan seorang, macam tak menghargai kehadiran tetamu istimewa je. Akhirnya, sendukkan nasi dalam kuantiti yang sedikit dan makan dengan kicap! Alhamdulillah :)

Dah lama tak makan kicap (sebab takmakan nasi), dapat makan kicap terasa nikmat betul... Ngeee! Akhirnya, dengan kicap dan sup sayur, ana menambah nasi. Ohohoho, infiniti terima kasih buat ukhti kesayangan yang datang dari jauh untuk teman (dan pujuk secara halus) supaya ana makan nasi. Kak, kalau adik tak lalu nak makan nasi... Akak datang teman makan nasi lagi ye!

Hari ini, bertandang ke rumah sahabat. Ya, dipaksa makan nasi. Rasanya macam kena paksa kahwin, puas menolak dan menolak tetapi tuan rumah tetap menunggu untuk makan bersama. Nak tak nak, kena juga jaga hati tuan rumah kan? Akhirnya, makan juga nasi... Ya Allah, sedap gulainya tapi ana terlupa nak bawa kicap dari rumah. Nasib sayurnya ada kicap. Keh keh keh.

* Nak tarbiyyah anak supaya boleh 'hidup' makan nasi berlaukkan kicap, haha *

"Hmmm, Syirah ni tak ada kicap dia tak boleh makan nasi."

Awal perkahwinan, abi cakap begini pada zauj dan zauj hanya ketawakan ana. Di rumah mertua pun bila makan nasi, pasti akan cari kicap sampaikan ibu mertua pun dah tahu kalau makan nasi mesti ana makan dengan kicap. Macam wajib pula. Tapi, orang yang gelakkan ana masa awal kahwin dulu pun rupanya 2 x 5 juga bezanya tak berapa extreme macam ana. ^_~


Insyirah Soleha

Read more...

19 January 2011

Andainya Hati Diuji

Bismillahirrahmanirrahim.

"Sebagai seorang hamba Allah, kita sememangnya layak untuk diuji."

Itulah kata-kata seorang teman yang membuatkan hati kembali membugar disaat kelopak jiwa mula pudar. Alhamdulillah, setiap ujian yang datang pasti ada tarbiyyah dari Allah. Bentuk pentarbiyyahan secara langsung dari Rabb kepada hamba Nya, andai kita berfikir dan muhasabah kembali mengapa Allah beri ujian tersebut.

Terkadang, hikmahnya sangat jauh sehingga kita tak sedar dan tak nak bangkit dari kelelahan, lalu dibiarkan hati layu dan jiwa semakin rapuh, maka semakin mudah dibisikkan dengan ungkapan-ungkapan dari syaitan supaya kita tetap juga berjiwa sendu dan layu. Akhirnya, kita salahkan takdir lalu melihat hikmah sebagai satu bencana besar kepada kehidupan.

Pengalaman merupakan guru dalam meneruskan langkah kaki ke hadapan, pengalaman tidak boleh dibeli meskipun dengan jutaan wang ringgit yang dimiliki kerana ia harus dilalui sendiri oleh manusia. Pengalaman jugalah yang akan membuat manusia semakin matang dan berfikir berlandaskan pengalaman yang lalu, tetapi usahlah menjerumuskan diri ke dalam 'lubang' yang sama dua kali. Sebagai seorang muslim, cukuplah sekali 'terjatuh' ke dalam 'lubang' dan berhati-hatilah melangkah di hari depan.

Ujian emosi adalah ujian yang berat terutamanya kepada kaum wanita yang dimaklumi sarat dengan perasaan, terlalu mudah diusik emosinya lalu awasilah emosi tersebut dengan panduan ilmu dan iman kepada Allah taala.

Saat menanti kepala 'stabil' untuk memasak di dapur, berhibur sambil bersantai di sini sebentar.


Melihat rancangan binatang liar di kaca televisyen, sudahlah binatang, liar pula tu... Tapi, melihat mereka berkasih sayang dan bergurau senda, masya Allah terasa manusia perlu 'meniru' perbuatan mereka. Belajar dari alam dan berfikir, kalau binatang liar pun boleh berkasih sayang dalam kelompok mereka inikan pula kita yang diciptakan sebagai makhluk berakal, bahkan diciptakan sebagai sebaik-baik makhluk tetapi semakin hari semakin takut dengan manusia, sifat kemanusiaan manusia hilang dan akhirnya berlagak seperti binatang buas!

"Binatang buas pun pandai berkasih sayang, ini pula manusia."

Kakak-kakak yang dikenali seorang demi seorang mengikat tali pertunangan dan insya Allah akan berkahwin. Semoga mereka berjodoh sehingga ke akhir hayat dan kekal di akhirat sebagai pasangan yang saling mencintai kerana Allah dan Rasul Nya. Insya Allah. Dalam pada itu, ada juga yang berduka dengan ujian hati terhadap iman kepada Allah. La baks, mudah-mudahan akan berjumpa dengan calon yang lebih baik.

"Sebenarnya, bila kecewa jangan layan sangat. Kalau muslimin, bawa-bawalah diri ke masjid. Duduk di masjid, insya Allah tak lama lepas tu dia akan tenang. Muslimat pun sama je, selalunya bila dah kahwin dan suaminya jenis yang pandai ambil hati, penyayang insya Allah dia pasti akan lupakan perkara yang lalu."


Hati itu berbolak balik sifatnya, barangkali hari ini kasih dan cinta bagai nak rak tetapi esok putus tanpa ada sedikitpun ruang untuk memperbaiki keadaan kerana itu apabila berkasih sayang maka usahlah terlalu menyayangi seseorang sehingga membiarkan diri 'kehancuran' dek kerana kasih sayang itu mungkin akan membalikkan keadaan sebaliknya yang mana akhirnya hanya benci yang menguasi diri. Apabila membenci seseorang, usahlah sehingga bersumpah saksi 7 keturunan bimbang akhirnya dari benci akan membuahkan perasaan cinta.

"Ana dah pernah rasa dah... Bukan cakap kosong. Bukannya tak boleh nak handle perasaan tapi saja melayan perasaan, kononnya itulah satu-satunya cinta. Dah ramai yang ana jumpa, kalau yang lelaki bila dah kahwin dia akan lupakan juga yang lama, kalau yang perempuan pun sama je. Nanti sibuk dengan anak-anak, tak sempat dah nak fikir yang lama."

Terus melangkah dan jangan biarkan diri terkandas di dalam lubang tersebut sedangkan banyak tangan-tangan yang dihulurkan untuk membantu kita keluar dari lubang tersebut. Hidup ini terlalu singkat untuk ditangiskan dengan satu perkara sahaja, banyak lagi yang perlu diusahakan.

"Macammana la enta tak sedih, dah enta duduk je jadi enta nampak 'dia' je la. Cuba enta bangun, berdiri. Baru enta tahu, 'ohhhh rupanya ada ramai lagi orang di belakang tu ye.' Bunga bukan sekuntum, bahkan berkuntum-kuntum lagi bunga yang masih elok kelopaknya, masih harum baunya."

Patah tumbuh hilang berganti.

Ujian yang datang hari ini pasti ada hikmah dan insya Allah sangat berguna di masa hadapan. Pengalaman yang ada, apabila digunakan sebaiknya dengan mengurus emosi dan perasaan dengan baik, kembali menjaga hubungan dengan Allah, 'memeluk' Nya seerat-eratnya insya Allah pasti Dia menghadirkan seseorang yang turut menjaga hubungan dengan Allah :)


- doktor cinta punye blog -

Tawakkal alallah... Sesungguhnya tawakkal itu adalah satu 'magic' yang sangat hebat apabila kamu menyerahkan sepenuh pergantungan dan kepercayaan kepada Allah. Wallahua'lam. :)

Hujung pena,
Insyirah Soleha.

Read more...

17 January 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah... Semalam, Allah beri peluang dan kesempatan pada kami berdua menikmati pemandangan indah di waktu petang. Awalnya berhajat untuk ke pasar malam tapi pasar malam yang di tuju rupanya bukan semalam lalu zauj pun melencong bawa ana berjalan-jalan. Rasulullah s.a.w. suka bersiar-siar dengan himar di waktu petang, takkan nak naik himar di tengah bandar dan sebenarnya terus terang, ana tak pernah berjumpa dengan himar di Malaysia.

Dari Sungai Buloh, ikut perumahan Bukit Rahman Putra. Setiap kali lalu di perumahan Bukit Rahman Putra, melihat rumah yang bertingkat-tingkat terasa takut pula duduk berdekatan kawasan rumah mewah. Jiran lama kami jarang berada di rumah, selalu pula bawa kereta mewah. Musykil, di waktu malam mereka tiada di rumah dan awal pagi kedengaran enjin kereta. Kerja di waktu malam barangkali.

"Abang, agaknya apa kerja diorang ye? Malam tak ada, awal pagi baru balik. Business agaknya. Kereta mahal-mahal."

"Business jual kereta kot..."

Disebabkan selalu tak berjadual sama, jadi jarang sangat-sangatlah kami berjumpa dengan jiran meskipun hanya sebelah rumah. Sesekali bersapa, hanya senyum dan memberi salam. Takkan nak terus tanya kerja apa, kenapa awal pagi baru balik, kenapa malam tak ada di rumah. Haishhh...! Lalu, persoalan tidak terjawab sehingga kini kerana mereka sudah pun berpindah rumah :)

"Sayang, Haji Leman kata... jiran kita pindah ke Bukit Rahman Putra, dia beli rumah harga RM 320,000."

Er... Terkejut ana. Hihihi. Sebelum ni, mereka selalu 'bertukar-tukar' kereta mewah sehingga menimbulkan tanda tanya, kenapa la sanggup beli kereta mahal tapi menyewa rumah. Bukankah lebih afdhal membeli rumah sebagai aset kerana harga rumah kian tahun semakin meningkat dan meningkat! Sedangkan harga kereta kian tahun semakin susut nilainya.

"Patut la akhir-akhir ni langsung tak nampak, mungkin diorang kemas rumah baru sebelum angkat barang dari sini bawa ke sana."

Akhirnya, buat kesimpulan sendiri. Pengajarannya, kalau tengok jiran bertukar-tukar kereta mewah, bukan kerana dia tak ada rumah sendiri tapi sedang menunggu rumah mewahnya siap. Huhuhuhu. ^__^

Melepasi Bukit Rahman Putra, kami menuju ke Tasik Biru. Melalui padang golf dan bersiar-siar menghirup udara petang sambil berharap akan jumpa dengan pasar malam, mencari sesuatu untuk di telan. Walaupun ana sendiri boleh menerima kenyataan dan hakikat "mengidam tu bida'ah (rekaan) je" tak lah kalau tak dapat makan, ana akan merajuk atau menangis berguling-guling depan zauj cuma kalau tak dapat yang dihajat ana nak makan yang lain pula... Sebab, sangat susah untuk menelan nasi :P

Dulu, makan bubur nasi. Ummi tegur.

"Syirah, pagi-pagi jangan makan nasi nanti gemuk macam Ummi."

"Eh, mana ada makan nasi. Ni bubur je."

"Tak kira la, bubur pun bubur nasi."

Huhuhu... Padan muka, sekarang nak makan nasi pun macam kena kahwin paksa. Tapi, bila kena dengan selera banyak juga yang berjaya ditelan. Ummi mengandung sulung dari asal berat 39 kg, bila dah nak bersalin berat jadi 90 kg! Tapi, abang sulung lahir kecil je.

"Abi tengok Ummi macam nak meletup je..." Hik hik hik :p

Bila tak boleh makan nasi, gantikan karbohidrat dengan makanan (karbohidrat) lain. Alhamdulillah, masih boleh makan walaupun hanya roti.

"Kesian, baby nanti asyik nak makan roti je sebab hari-hari makan roti."

Zauj balas dengan selamba. "Tak apa, nanti tak ada la jadi macam Abang Cik salahkan Ummi."

"Ni Ummi la punya salah dari baby ajar Abang Cik makan nasi, kan Abang Cik gemuk. Anak Syirah nanti Ummi jangan ajar makan nasi, jangan bagi makan nasi sampai la dia besar dan bila dia dah minta nasi baru bagi nasi." - ayat Abang Cik -


Ketawa bila Ummi cerita dialog Abang Cik dengan Ummi... Macam-macam :)

Nak dijadikan cerita, sampai sudahnya tak jumpa pasar malam. Ngeeee... Di Tasik Biru, berhenti sekejap. Zauj beli sesuatu untuk ana, sambil tunggu zauj keluar membeli maka ana melihat panorama tasik. Masya Allah, seronok tengok budak-budak bermandi-manda di gigi air. Ada yang bermain motor boat, ralit sekejap tup-tup budak yang naik motor boat tu jatuh... Er, mujur dia pakai jeket keselamatan dan boleh berenang. Berenang kembali di motor boat dan sambung 'tunjuk lagak', mentang-mentang la ramai yang menonton :P

Nanti, nak mengembara di tasik yang dekat Kepong. Apa entah nama tasik tu... Petang sangat meriah dengan orang bermain layang-layang. Dulu, Ukhti Syifa' pernah bawa ana dan Nadia ke sana masa dia masih lagi demam chikungunya. Dalam keadaan yang sakit pun masih lagi bersemangat untuk menghiburkan ana, dia lah kakak yang sangat banyak berkorban untuk menghibur dan membahagiakan ana. No wonder hati terikat kuat dengan dia... When I say I love you, she just replied 'I love you more' and the tears flow like a river... Huhuk.

"Kak, I still adik akak yang manja."

"Ya, even dah bercucu cicit sekalipun, you always be my sister yang paling manja."



Tafakkur


Ilahi Rabbi
Dalam nafas yang bergetar
Tafakurku di rumpun sejadah insaf
Temanilah

Aku mahu KAU hilangkan
Resah yang membebaniku
Sakit yang ku tempuhi ini
Aku mahu hilang bersama MU
Tika embun menitis dan jatuh mengirai
Mengejutkan rumput yang baru tidur
Aku datang menyerahkan diri
Dalam sujudku
Temanilah diriku

Ilahi Rabbi
Tika mentari muncul tersenyum
Terpanah jiwaku oleh kelukaan
Milikkukah waktu yang cerah ini...?
Atau mataku hanya teruji
Oleh selaput yang meliputi
Oleh sepasang mata yang telah banyak berdosa
Dan... aku cuba melarikan diri
Dari daerah hidup ini
Namun... terkeliru disimpang mana yang harus kulalui
Sedang bekalan ditangan telah kosong
Jatuh berciciran

Ilahi Rabbi
Tika senja berlabuh... menutup tirai sebuah ceritera pedih
Ketemu bayang-bayang lesu amalanku
Mampukah aku bangun dari rebah ini
Meredahi malam yang tidak pasti
Dan arah yang masih kucari
Dan... airmata pun berderaian
Dilereng-lereng sepi...!

~ SeraiWangi ~

Pen off T__T,
Insyirah Soleha.

Read more...

14 January 2011

Perjuangan Belum Selesai

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menyapu habuk-habuk dalam blog setelah lama menyimpan kebuk-kebuk idea dalam kotak. Masih menulis dan insya Allah akan terus menulis tetapi semua entri duduk senyap-senyap dalam draft :)

Entri ini mungkin sedikit emosi bagi beberapa insan (Yes, ada beberapa nama dalam target. Hihi) namun pohon kemaafan sebanyak-banyaknya andai ia mengguris mana-mana pihak. Apapun, infiniti terima kasih diucapkan buat mereka yang sudi mengingati diri ini dan terus menyayangi jasad ini lalu menterjemahkan dengan perbuatan. Ya Allah, rahmatilah mereka dan pandanglah mereka dengan pandangan rahmat Mu. Amiin...

Beberapa hari yang lalu, Allah berikan nikmat berupa peringatan kepada hamba Nya yang sentiasa lalai dalam mengingati Allah. Ana bukanlah layak memberi peringatan, tambahan pula diri sendiri yang sentiasa lalai dengan mainan kehidupan. Sesekali diuji sebegini, terasa betapa Allah begitu sayang dan cinta terhadap semua hamba-hamba Nya meski jauh kita meninggalkan Dia bahkan Dia terjemahkan lautan kasih sayang Nya pada insan-insan disekeliling. Allahu Rabbi, betapa besar ganjaran tersebut buat hamba yang kerdil.

Sedang duduk di atas sofa di ruang tamu, perut berkeroncong minta diisi. Sewaktu bangun dari sofa, entah kenapa kaki kiri langsung tak rasa apa-apa dan kun fayakun... Terjatuh di atas (kebetulan memang ada) tilam, malam sebelumnya sambil menunggu zauj mengulang kaji ana berbaring di atas tilam. Rupanya, tilam yang sama nak 'sambut' ana jatuh keesokan paginya. Maha Hebat perancangan Allah. Tangan sempat mengampu badan dari terhempas ke lantai.

Alhamdulillah, kepala tidak terhantuk mahupun terhempas. Masih dalam keadaan yang sedar sepenuhnya dan sangat yakin semasa jatuh mendengar bunyi tulang meletup dengan kuat. Tapi, kaki langsung tak rasa apa-apa. Nak kata kebas, pasti rasa macam ada 'semut-semut' tetapi langsung tak rasa apa-apa. Sakit pun tidak, bila dipicit-picit masih juga tak rasa apa-apa :)

Duduk diam-diam, betulkan posisi badan. Alhamdulillah... Setelah hampir 10 minit, tengok kaki sudah membengkak tapi tak rasa sakit pun. Ketuk-ketuk tulang belakang, hmmm tetap juga tak sakit. Hati berbelah, agaknya saraf tak beri tindak balas atau memang tak sakit selepas jatuh? Ngeeee... Kemudian, hadir rasa sakit yang mencucuk-cucuk di pergelangan kaki. Sah, terseliuh ni. Lama kelamaan, rasa sakit menjalar ke betis, dan semakin menaik sehingga ke pinggang dan tulang belakang.

Insan pertama diberitahu adalah encik zauj. Tetapi, mesej dihantar dengan bahasa 'main-main' supaya zauj tidak gelabah. Akhirnya, baring dan cuba untuk lelapkan mata. Teringat pada Doktor Izzati, sahabat maya ana... Minta pendapat dari beliau dan beliau menyarankan ana berjumpa doktor dengan kadar segera. Soalan yang ditanya agak membuatkan jantung berdegup laju.


"Lepas enti jatuh tadi, rasa baby bergerak lagi tak?"

"Takpe, rehatla. Nanti pergi hospital."

Menahan kesakitan... Tetapi, tahap kesakitan yang masih boleh ditahan. Tak terlalu sakit :) Bila zauj masuk rumah dan nampak muka zauj, entah kenapa terus jadi sebak. Kaki membengkak. Zauj picit pergelangan kaki dan gerakkan kaki kiri, ya Allah... Sakitnya belakang. Akhirnya, zauj minta bantuan dari sahabat rapatnya. Usai zohor, kami terus ke klinik swasta di Kota Damansara.

Doktor nampak panik bila tengok ana duduk atas kerusi roda. Hmmm... Setelah bersoal jawab dan bersusah payah naik atas katil untuk diperiksa, kata-kata doktor tersebut buat jantung macam berhenti seketika.

"If you have back pain problem, they (the doctor) should not allowed you to pregnant."

Tapi, ana tak menangis dan tak akan menangis. Selepas scan baby, alhamdulillah baby berada dalam keadaan yang baik dan aktif. Tapi, ana tak tengok baby. Bila pusing badan, maybe belakang jadi stress. At last, duduk diam-diam dan hanya zauj yang dapat tengok baby. Oh, baby dah besar. Siap melompat-lompat lagi, agaknya sebab ummi banyak makan pisang masa pregnant. Lalalalalala... The note from baby.

"Ummi and abi, please don't worry about me. I'm OK and excited to meet with both of you. Ummi, please take a good care and please don't loose hope. Please have faith to Allah!"

Alhamdulillah...!

"Awak ada makan painkiller? Painkiller apa yang awak makan? Berapa dos dia... ext ext..."

Sebenarnya langsung tak ingat nama painkiller and please say congrotulation sebab dah setengah tahun ana langsung tak ambil painkiller walau sesakit mana pun. Kali terakhir ambil painkiller adalah masa majlis walimah di rumah zauj. Ana sanggup tahan semua-semua rasa yang singgah untuk membuang segala dadah yang ada dalam badan dengan harapan dan doa trying hard for bringing a healthier kid to this world.

"Kak, tulis la jurnal pregnancy akak supaya nanti baby tahu susah ummi dia mengandungkan dia."

Tersenyum. Ini amanah, anak-anak pun tak minta untuk lahir ke dunia. Kita 'membawa' mereka atas amanah dari Allah. Menyebut perkataan amanah, membawa erti tanggungjawab yang 'dibawa' oleh anak tersebut sangatlah besar. Ana hanya menganggap ianya rezeki untuk ana menikmati detik-detik ini, susah atau senang adalah rezeki. Maka, selayaknya ana berhibur dengan anugerah ini. Insya Allah :)

Kata-kata doktor tersebut masih lagi membuat ana bermonolog. Tidak dapat tidak, sebenarnya hati sangat takut andai doktor memberi cadangan untuk menggugurkan kandungan. Tapi... Kuatkan juga semangat, kalau Allah mahu dia lahir pasti Allah akan pelihara dia dengan sebaik-baiknya dan Allah jua akan memelihara ana kerana Dialah Pemelihara TERBAIK buat kami.

Buat semua... semua... yang mengirimkan doa dan kata-kata semangat and so on, jazakillah khairan. Termotivasi sendiri apabila membaca kisah-kisah ibu para syuhada' Palestin, mereka tidak memanjakan diri mereka dan mereka menyerahkan urusan dunia kepada Allah kerana hati mereka terikat kepada akhirat. Akhirnya, mereka melahirkan anak-anak yang mencintai akhirat (mencari husnul khatimah; syahid) dan hanya melihat dunia umpama padang bola.

"Anak-anak akhirat tersenyum sinis apabila melihat anak-anak dunia berlari mengejar sebiji bola!"


Insya Allah, selagi Allah izinkan pasti akan ana teruskan perjuangan ini... Mujahadah dan terus berlari kepada Dia. Meletak pergantungan sepenuhnya kepada Dia yang mentadbir alam. Dia pasti ada cara yang terbaik untuk menghiburkan ana :)

Buat ukhti dan ustaz, moga Allah jualah yang membalas jasa kalian. Terlalu banyak budi yang kalian taburkan, Allah sajalah yang akan membalasnya. Moga ikatan kasih sayang antara kita akan kekal sehingga membuatkan kita lebih mencintai Allah, allahumma amiin.

Ummu Mujahidin,
Insyirah Soleha.

Read more...

10 January 2011

Babymanja Contest :)

Bismillahirrahmanirrahim.

My dear little princess, anakanda Nur Ilham Amanina masuk pertandingan babymanja.com dalam facebook. Teruja melihat gambar anakanda Nur Ilham Amanina... Sebab, gambar diambil depan rumah kami... Hihihihi :P

Langkah pertama :
Log in akaun facebook anda


Langkah kedua :
LIKE page Babymanja Fans Club (klik di sini)


Langkah ketiga :
LIKE gambar Nur Ilham Amanina (klik di sini)


Semoga si kecil ini akan mencuri hati pak cik, mak cik, kakak, abang di sini yang ada akaun facebook... ^_~


"Undilah saya..."


p/s : Dik, kalau menang nanti buat tarian adik depan Ummi Syirah ye... ^_^


And... Happy Belated Birthday Hero... Aqeef Haykal...!


Muka nampak innocent tapi ganasnya ya ampun...! Ummi pun diterkam & cubit dengan penuh perasaan. Semoga Aqeef membesar sebagai seorang anak yang berilmu & beramal soleh. Amiin.

Read more...

05 January 2011

Motivasi : Allah Kan Ada!

Bismillahirrahmanirrahim.

Minda kelu dipersimpangan waktu, sesuatu yang menari di kotak minda dan sesuatu tersimpan di dalam hati maka akhirnya kedua-duanya di bawa jauh-jauh supaya tiada yang terluka dan tiada yang terasa. Senyum pada angin, senyum pada awan... Selamat pagi semua. Tidak sukar untuk menjadi seorang yang gagah di hadapan manusia tetapi terlalu sulit untuk menjadi gagah di hadapan DIA yang mengetahui segala rahsia dan perkara ghaib.

Alhamdulillah, terasa sudah sihat sedikit dan mengikut encik zauj ke surau yang hanya di belakang rumah. Kuliah Maghrib berkisar tauhid, sebenarnya ana tak faham apa yang ustaz tu sampaikan dan ana juga tak pasti apa yang sebenarnya nak disampaikan oleh ustaz tersebut. Akhirnya ana duduk bersandar di dinding sambil bermonolog sendiri. Melihat sekeliling, yang hadir hanyalah mereka yang sudah lanjut usianya. Berpangkat nenek.

Terharu, setiap kali bersalaman pasti mereka akan memeluk ana seeratnya dan mencium ana dengan penuh kasih. Barangkali kerana menganggap ana seperti anak mereka sendiri. Terkedu. Bila terasa rindukan ummi, ana suka duduk di surau memerhatikan tetamu yang hadir kerana mereka seusia dengan ummi. Lalu, ana mengasingkan diri bersandar di dinding kerana tidak boleh duduk terlalu lama di atas lantai dalam keadaan badan yang 'stress'.

Ana diasak dengan soalan-soalan yang buat ana terhibur sendirian. Mereka yang mengetahui sejarah ana, mungkin ada yang khuatir dan terasa tidak tenang bila tahu ana 'berbadan dua'. Setiap kali soalan tersebut diajukan, ana hanya tersenyum dan terus tersenyum. Entri ini, khusus buat ana dan ana tidak kisah apa yang bakal pembaca fikirkan. Entri ini sebagai satu 'booster' untuk diri ana sendiri, maka lakaran ini pembuka juadah bagi lembaran 2011 buat ana, Insyirah Soleha. Barangkali ia juga satu catatan perkongsian motivasi buat suami tercinta.

"Kesian Sayang."

Berulang kali encik zauj mengulang ayat yang sama sampai ana tertanya kenapa acapkali dilantunkan ayat yang sama pada ana. Berulang-ulang, dalam sehari entah berapa puluh kali diulang. Garu kepala. Pandang muka zauj dan membulatkan mata sebesar-besarnya.

"Kenapa cakap macam tu?"

Akhirnya, diluahkan juga kerana ana diasak persoalan mengenai keadaan diri ana yang dirasakan 'fragile' untuk menjadi ummi. Orang sekeliling terlalu cepat membuat andaian demi andaian yang akhirnya buat ana tertawa sendirian. Siapalah manusia untuk mengatakan sesuatu yang Allah rahsiakan, siapalah manusia untuk menzahirkan apa yang Allah sorokkan, siapalah manusia untuk membongkar apa yang Allah tetapkan untuk seorang manusia di masa hadapan?

Bila encik zauj 'buka' kisah mengenai sakit belakang, ana terus ketawa.

"Susah apa, Allah kan ada! Kenapa nak risau, Allah kan ada!"

Bukan sekadar menenangkan hati seorang suami tetapi mengingatkan kami supaya meletakkan sepenuh pergantungan dan tawakal kepada Allah. Maka, ana memandang semula jauh ke belakang. Jauhhhhh ke belakang... Ana kisahkan kepada zauj, supaya dia tidak lagi merasa kesian kepada ana yang hanya seorang hamba Allah yang sememangnya layak untuk diuji. Siapa ana untuk menolak takdir? Sesungguhnya Allah Maha Lembut lagi Pengasih pada hamba Nya.

Pada suatu ketika dahulu, saat kondisi yang sangat teruk lagi buruk. Ummi selalu terpaksa mengambil cuti kecemasan bila ana diserang sakit, masih terngiang di cuping telinga saat di pagi hari apabila ummi talifon pejabat untuk memaklumkan ketidakhadiran ke pejabat kerana ana sakit.

"Entah la... Akak ingatkan malam tadi habis dah."

Ummi sudah kehabisan air mata, setiap kali ana diserang sakit air mata ummi tumpah bagai empangan melimpah. Abi juga ada masanya sebak melihat keadaan ana, masih segar diingatan bila abi menangis terisak saat baru pulang dari menunaikan haji. Argh... Semuanya masih menggoncang hati kecil ana. Setiap kali diserang kesakitan yang teruk, pasti ummi menjangkakan itulah nafas ana yang terakhir. Iya, terakhir...

Otak kiri, jantung, paru-paru kiri dan sebelah buah pinggang yang lemah juga usus yang terluka dek kerana terlalu banyak mengambil ubat-ubatan hospital, kesemuanya menyerang sebelah kiri badan. Pengsan di sekolah dan diangkat tanpa berhati-hati akhirnya tangan yang tersepit di celah pintu ditarik dengan kuat sehingga tulang bahu kiri tercabut. Pengsan di merata-rata, jatuh entah bagaimana sehingga tulang belakang juga menjadi bengkok. Segala puji-pujian bagi Allah.


Kisah ini bukanlah untuk ana mendabik dada bawa "akulah yang paling tabah"... Tidak! Ia hanya refleksi sebuah memori untuk terus berlari ke hadapan dan terus maju setapak demi setapak meskipun setiap langkah perlu dipapah oleh seseorang yang bernama SUAMI.

"Abang nak tahu, semua orang fikir Sayang pendek umur. Bila sakit, semua orang fikir Sayang nak mati."

Semua manusia yang ada di atas bumi ini pasti akan mati, kita semua tidak terkecuali menjadi calon jenazah meskipun kita tidak mendaftarkan diri untuk menempatkan diri ke alam barzakh tetapi sunnatullah sudah menetapkan bahawa yang hidup pasti akan mati dan tidak ada yang terkecuali dari kematian, Dzat yang kekal hanyalah ALLAH.

Perjalanan panjang ini bukanlah semudah menulisnya di kanvas maya. Sudah lelah, bermandi air mata dan keringat saat kesakitan menerjah. Namun, apalah yang dibesarkan sangat masalah kesakitan yang secubit kerana Allah kan ada!

Lelah dengan rawatan di hospital, beralih menjalani terapi yang dijalankan penuh islamik. Sudah 1 tahun setengah menjalani rawatan terapi (alternatif) dan berdisiplin untuk mengamalkan makanan sunnah (air zam-zam, habbatus sauda dan madu), kini ana tidak lagi termengah-mengah saat mendaki anak tangga. Rawatan terapi yang dijalankan seluruh badan, membetulkan tulang dan saraf sangat melegakan meskipun saat menjalani rawatan pasti mengalir air mata menahan kesakitan. Uhhh, jangan ditanya apakah rasanya saat ditarik tulang, saat saraf ditekan.

Kalau ada iklan, mungkin ungkapan "Sungguh enak dilanyak begitu sajaaaaa..." kerana setiap kali terapi adalah sama seperti menyerah diri untuk 'diperlakukan' seenaknya, lembik. Alhamdulillah, setiap yang manis pasti ada ubat yang pahit. Sebagai salah satu usaha untuk menjadi sihat dan kuat, setakat makan biskut Tiger tak akan menjadi walaupun dicicah ke dalam air Milo setiap hari :P

Layangan e-mail dan mesej di facebook yang bertanyakan perihal terapi, ana pasti akan bersungguh meyakinkan mereka yang mengalami masalah tulang belakang untuk mencuba terapi tersebut. Sedikit wang perlu dilaburkan demi usaha mencari kesembuhan memandangkan ubat-ubatan hospital tidak akan menyembuhkan tetapi hanya sekadar penahan kepada kesakitan yang akhirnya menatijahkan kerosakan buah pinggang. ~ sudah serik dan insaf dengan dadah ~

For the journey... Moga Allah akan terus membantu langkah larian ini. Dengan bantuan dari suami yang istiqomah 'menjampi' kasih-sayang, sokongan moral kedua-dua keluarga... Insya Allah semuanya akan menjadi mudah, Allah kan ada! Chaiyok. ^__^

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?
Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kurnia.

(Surah Ar-Rahman : 77-78)




Happy belated birthday buat anakanda Nur Ilham Amanina.

Moga Allah melimpahkan rahmat dan maghfirah Nya buat anakanda sekeluarga. Mengurniakan ilmu yang bermanfaat, akal yang sejahtera, iman yang sempurna, kesihatan yang baik, akhlaq yang cantik dan menjadikan anakanda seorang puteri mujahidah buat kebangkitan Islam. Amiin. Insya Allah.


... sehingga menutup mata ...

Pen Off,
Insyirah Soleha.

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO