"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

20 January 2011

Nasi Berlaukkan Kicap

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Walaupun masih terasa seolah-olah kena 'paksa kahwin' setiap kali melihat nasi yang akhirnya ditolak jauh-jauh, sekarang dah kurang 'trauma' untuk makan nasi. Walaupun ada masa dan ketika, masuk dapur macam masuk dalam sawah yang dipenuhi dengan lintah dan pacat (grrrrr...) bukan apa, asyik complain itu busuk ini busuk. Sampaikan encik zauj tanya, "Semua busuk ke?" Oh, bida'ah (rekaan) je semua tu :P

"Mengidam ni bida'ah je. Akak rasa psikologi je tau! Akak dulu, apa orang kata... Itu la yang jadi pada akak. Mak akak kata bau nasi tak boleh masa mengandung, mula-mula akak OK je lepas tu pula saja mengada-ngada, bau nasi pun dah tak tahan. Dah tu, tak lalu makan nasi. Orang tanya nak makan apa, kita pun cakap nak makan mee. Mengidam la konon, bida'ah je..." Hahaha.

Beliau seorang yang memiliki hati yang kuat dan bersemangat, sabar dalam menempuhi ujian kehidupan. Allahu Rabbi, melihat perjuangan kehidupannya terasa sangat kecil je diri ni. Memang la dia boleh menganggap 'fasa mengandung adalah waktu nak mengada-ngada dengan suami' adalah bida'ah semata-mata, rekaan orang. Dia sudah ditarbiyyahkan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi kehidupan sehingga dirinya menjadi begitu tepu untuk berdepan dengan perkara remeh-temeh :)

"Masa mengandung ni lah masa yang paling teruk nak bermujahadah. Bayangkan kalau kita manja dan lembik sepanjang masa, melayan perasaan dan keadaan yang sangat tak best ni, nanti anak-anak lahir kita nak mereka itu dan ini. Dari awal ni la kita kena train DIRI SENDIRI untuk mujahadah supaya kita boleh bina sahsiah anak-anak sentiasa mengekalkan momentum untuk bermujahadah! Kata nak lahirkan anak-anak yang hebat, macammana anak nak hebat kalau ibunya lembik?!"


Phewwww... Padan muka Insyirah!

Awal-awal mengandung dulu, alhamdulillah tidak mengalami alahan dan super duper teruk macam orang lain. Tapi, bila dah masuk trimester kedua baru sibuk nak rasa alahan orang trimester pertama, lawak pula rasanya. Bila berbual dengan kaum ibu-ibu, ada orang yang lambat alahannya bahkan ada pula yang dari awal mengandung sampai la bersalin non-stop alahan. Haip, ingat senang ke mengandung ni...? Lalalalalaaaa...

Selalu ana bisikkan pada zauj, mengidam ni bida'ah (rekaan) je supaya tidak memanjakan diri sehingga menyusahkan zauj. Bila teringat nak mengada-ngada, terus bayangkan orang lain yang lebih susah. Akhirnya, insaf sendiri. Bayangkan kalau ibu-ibu Palestin lembik dan lemah gemalai macam ana semasa hamil, apakah mereka dapat melahirkan zuriat-zuriat yang memiliki jiwa seorang pejuang?

Jangan ajar anak untuk dimanjakan dengan segala hajat, bimbang nanti lahir dia 'mengamuk' bila apa yang dihajat tidak dapat dimiliki. Untuk merajuk hanya kerana tak dapat apa yang nak dimakan terasa macam 'sia-sia' je... Terlalu lemah emosi, cuba la bawa-bawa mujahadah. Kalau tak dapat, banyak lagi yang boleh dimakan. Tak gitu Puan Insyirah? Jujur, ana tersenyum bila orang cakap kecil hati dengan suami sebab pesan makanan (masa mengandung) dan suami terlupa nak beli sampai merajuk, bila suami keluar untuk penuhi hajat si isteri, tetap juga tak nak makan sebab merajuk... Macammana la anak-anak tak manja, rapuh sangat emosi si ibu :)

Swing mood masa mengandung memang ada, tapi... mujahadah itu sangat perlu. Sibukkan diri dengan urusan rumahtangga, sibukkan diri untuk mendidik anak mencintai kalam-kalam Nya, akhirnya terlupa... 'Kenapa tadi sedih ye...?' oh rupanya ana rindukan encik abi, hahaha.

Kali terakhir makan nasi, di rumah sahabat zauj minggu lepas... Ngeee! Dan semalam, ukhti kesayangan ana datang ke rumah. Alhamdulillah, dapat juga masak sup ayam dicampur sayur dan suhun. Jadilah sup sayur. Dengan keadaan terpaksa dan memaksa, takkan nak suruh tetamu makan seorang, macam tak menghargai kehadiran tetamu istimewa je. Akhirnya, sendukkan nasi dalam kuantiti yang sedikit dan makan dengan kicap! Alhamdulillah :)

Dah lama tak makan kicap (sebab takmakan nasi), dapat makan kicap terasa nikmat betul... Ngeee! Akhirnya, dengan kicap dan sup sayur, ana menambah nasi. Ohohoho, infiniti terima kasih buat ukhti kesayangan yang datang dari jauh untuk teman (dan pujuk secara halus) supaya ana makan nasi. Kak, kalau adik tak lalu nak makan nasi... Akak datang teman makan nasi lagi ye!

Hari ini, bertandang ke rumah sahabat. Ya, dipaksa makan nasi. Rasanya macam kena paksa kahwin, puas menolak dan menolak tetapi tuan rumah tetap menunggu untuk makan bersama. Nak tak nak, kena juga jaga hati tuan rumah kan? Akhirnya, makan juga nasi... Ya Allah, sedap gulainya tapi ana terlupa nak bawa kicap dari rumah. Nasib sayurnya ada kicap. Keh keh keh.

* Nak tarbiyyah anak supaya boleh 'hidup' makan nasi berlaukkan kicap, haha *

"Hmmm, Syirah ni tak ada kicap dia tak boleh makan nasi."

Awal perkahwinan, abi cakap begini pada zauj dan zauj hanya ketawakan ana. Di rumah mertua pun bila makan nasi, pasti akan cari kicap sampaikan ibu mertua pun dah tahu kalau makan nasi mesti ana makan dengan kicap. Macam wajib pula. Tapi, orang yang gelakkan ana masa awal kahwin dulu pun rupanya 2 x 5 juga bezanya tak berapa extreme macam ana. ^_~


Insyirah Soleha

8 leaves:

K.Zaimah 20 January 2011 at 21:26  

"...hamalathu ummuhu wahnan 'ala wahnin.." (surah Luqman:14)
kesusahan demi kesusahan yg Allah berikan kpd wanita mengandung ni mcm2, antaranya susah tidur, sakit belakang, sensitif terhadap persekitaran.. Bagi akak, mengidam antara salah satu kesusahan itu.. Asal kita tidak mengeluh, apa salahnya kita mengidam nak makan itu ini, kan? tak setuju dikatakan bid'aah (rekaan).. :-)
Alahan pun dtg sendiri.. kesian sang isteri yg betul2 tak boleh masuk dapur n masak dikatakan mengada2 sampai lembik dek termuntah krn mual.. pengalaman akak, anak pertama alahan teruk sgt, anak kedua mcm x mengandung, anak ketiga dtg balik alahan tadi.. Allah yg beri perasaan itu, bkn kita minta @ mengada2, kan? :-)

Just want to share my opinion.. no hard feeling okay? :-)

p/s: nape tak bgthu suka kicap.. dtg rmh hari tu langsung tak letak kicap dlm lauk.. dtg lagi lain kali ya.. :-)

annisa 21 January 2011 at 00:14  

sgt ske singgah kat wall saudari...:)

nurIslami,  21 January 2011 at 07:09  

assalamualaikum:

Bagus tu alahan..Kajian org putih kata ibu yang mengandung mengalami alahan, bakal memiliki anak yang genius..(ana tambah: soleh dan solehah)..ameen ya rabb..

Kalau suami yang mengalami alahan ketika isteri mengandung, itu tandanya nak perhatian la kut..(ini tambahan ana :) )

Ana sudah mula beramah mesra dengan zauj Puan Insyirah :)

mariah 21 January 2011 at 10:21  

Alhamdulillah. Perkongsian yg baik sekali.. Peringatan juga pada diri ini yg akan menjadi bakal ibu nanti, (berangn dulu sbb blum kawin lg :))

Say NO to 'mengidam'

Boleh ke macam tu ?:)

Insyirah 21 January 2011 at 12:24  

Kak Zaimah, no heart feeling :P

Sebenarnya ini adalah reverse psikologi untuk INSYIRAH struggle untuk menepis semua perasaan, alhamdulillah selalunya reverse psikologi (setakat ni) berjaya buat Insyirah 'berlagak' biasa dan membiarkan keinginan dikalahkan begitu saja, hik hik hik.

Sangatlah kesian melihat orang lain yang langsung tak boleh makan masa mengandung sebab alahan yang super duper teruk, even alah Insyirah tetap paksa diri untuk makan dan badan pun naik sikit sikit je. Alhamdulillah :) Ada hikmahnya tu...

Dulu, memang zauj yang masak dan boleh dikatakan buat semua benda sampai kesian pula dengan dia. Itulah terjadinya reverse psikologi untuk Insyirah and say everything is bida'ah... hihihihihi. Saya nak kuatttt...! Lawan semua rasa yang singgah ^_^

Kak, haritu zauj ada ajak pergi rumah akak. Dia cakap nak discuss dengan ustaz Hamidi tentang assgmnt tapi masa tu Insyirah tak sihat :) Insya Allah nanti dah sihat sikit, boleh ziarah Asma'. Akak pun dah nak start study kan? :) Tahniah...!

Insyirah 21 January 2011 at 12:25  

hati : terima kasih :)

Insyirah 21 January 2011 at 12:28  

nurIslami:

Wa'alaikumussalam, owh kajian mengatakan begitu ye? Ramai juga kakak-kakak yang cakap kalau alahan teruk masa mengandung, insya Allah nanti anak 'mudah' nak jaga. Wallahua'lam. Masing-masing anak berbeza, setiap kali kehamilan pun pasti berbeza. Kalau ada 10 orang anak, maka 10 pengalaman berbeza dan 10 pula kerenah yang berbeza :)

Eh, jangan cakap suami minta perhatian. Pernah juga terjadi, ana makan bubur masa tu. Zauj memang tak makan bubur, jadi bila dia tengok ana makan bubur dia rasa loya... Ana ngappp dia terus muntah. Haaa... Jangan main-main, nanti dah kahwin baru tahu macammana kerenah 'pelik-pelik' masa orang perempuan mengandung! Ada pula suami yang mengidam dan alahan teruk, isteri rilex je macam tak ada apa-apa.

p/s: Satu kelas ker? Sangat teringin nak pergi pustaka masa encik zauj ada kelas tapi.... takut sesat dalam tu.

Insyirah 21 January 2011 at 12:30  

Mariah :

Ini semuanya reverse psikologi, kalau KUAT semangat untuk bermujahadah silalah cuba. Kalau tak kuat... Elok juga manjakan diri, biar suami tahu bukan senang nak jadi seorang ibu maka dia juga PERLU belajar untuk menjadi seorang ayah yang prihatin ;)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO