"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

14 January 2011

Perjuangan Belum Selesai

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menyapu habuk-habuk dalam blog setelah lama menyimpan kebuk-kebuk idea dalam kotak. Masih menulis dan insya Allah akan terus menulis tetapi semua entri duduk senyap-senyap dalam draft :)

Entri ini mungkin sedikit emosi bagi beberapa insan (Yes, ada beberapa nama dalam target. Hihi) namun pohon kemaafan sebanyak-banyaknya andai ia mengguris mana-mana pihak. Apapun, infiniti terima kasih diucapkan buat mereka yang sudi mengingati diri ini dan terus menyayangi jasad ini lalu menterjemahkan dengan perbuatan. Ya Allah, rahmatilah mereka dan pandanglah mereka dengan pandangan rahmat Mu. Amiin...

Beberapa hari yang lalu, Allah berikan nikmat berupa peringatan kepada hamba Nya yang sentiasa lalai dalam mengingati Allah. Ana bukanlah layak memberi peringatan, tambahan pula diri sendiri yang sentiasa lalai dengan mainan kehidupan. Sesekali diuji sebegini, terasa betapa Allah begitu sayang dan cinta terhadap semua hamba-hamba Nya meski jauh kita meninggalkan Dia bahkan Dia terjemahkan lautan kasih sayang Nya pada insan-insan disekeliling. Allahu Rabbi, betapa besar ganjaran tersebut buat hamba yang kerdil.

Sedang duduk di atas sofa di ruang tamu, perut berkeroncong minta diisi. Sewaktu bangun dari sofa, entah kenapa kaki kiri langsung tak rasa apa-apa dan kun fayakun... Terjatuh di atas (kebetulan memang ada) tilam, malam sebelumnya sambil menunggu zauj mengulang kaji ana berbaring di atas tilam. Rupanya, tilam yang sama nak 'sambut' ana jatuh keesokan paginya. Maha Hebat perancangan Allah. Tangan sempat mengampu badan dari terhempas ke lantai.

Alhamdulillah, kepala tidak terhantuk mahupun terhempas. Masih dalam keadaan yang sedar sepenuhnya dan sangat yakin semasa jatuh mendengar bunyi tulang meletup dengan kuat. Tapi, kaki langsung tak rasa apa-apa. Nak kata kebas, pasti rasa macam ada 'semut-semut' tetapi langsung tak rasa apa-apa. Sakit pun tidak, bila dipicit-picit masih juga tak rasa apa-apa :)

Duduk diam-diam, betulkan posisi badan. Alhamdulillah... Setelah hampir 10 minit, tengok kaki sudah membengkak tapi tak rasa sakit pun. Ketuk-ketuk tulang belakang, hmmm tetap juga tak sakit. Hati berbelah, agaknya saraf tak beri tindak balas atau memang tak sakit selepas jatuh? Ngeeee... Kemudian, hadir rasa sakit yang mencucuk-cucuk di pergelangan kaki. Sah, terseliuh ni. Lama kelamaan, rasa sakit menjalar ke betis, dan semakin menaik sehingga ke pinggang dan tulang belakang.

Insan pertama diberitahu adalah encik zauj. Tetapi, mesej dihantar dengan bahasa 'main-main' supaya zauj tidak gelabah. Akhirnya, baring dan cuba untuk lelapkan mata. Teringat pada Doktor Izzati, sahabat maya ana... Minta pendapat dari beliau dan beliau menyarankan ana berjumpa doktor dengan kadar segera. Soalan yang ditanya agak membuatkan jantung berdegup laju.


"Lepas enti jatuh tadi, rasa baby bergerak lagi tak?"

"Takpe, rehatla. Nanti pergi hospital."

Menahan kesakitan... Tetapi, tahap kesakitan yang masih boleh ditahan. Tak terlalu sakit :) Bila zauj masuk rumah dan nampak muka zauj, entah kenapa terus jadi sebak. Kaki membengkak. Zauj picit pergelangan kaki dan gerakkan kaki kiri, ya Allah... Sakitnya belakang. Akhirnya, zauj minta bantuan dari sahabat rapatnya. Usai zohor, kami terus ke klinik swasta di Kota Damansara.

Doktor nampak panik bila tengok ana duduk atas kerusi roda. Hmmm... Setelah bersoal jawab dan bersusah payah naik atas katil untuk diperiksa, kata-kata doktor tersebut buat jantung macam berhenti seketika.

"If you have back pain problem, they (the doctor) should not allowed you to pregnant."

Tapi, ana tak menangis dan tak akan menangis. Selepas scan baby, alhamdulillah baby berada dalam keadaan yang baik dan aktif. Tapi, ana tak tengok baby. Bila pusing badan, maybe belakang jadi stress. At last, duduk diam-diam dan hanya zauj yang dapat tengok baby. Oh, baby dah besar. Siap melompat-lompat lagi, agaknya sebab ummi banyak makan pisang masa pregnant. Lalalalalala... The note from baby.

"Ummi and abi, please don't worry about me. I'm OK and excited to meet with both of you. Ummi, please take a good care and please don't loose hope. Please have faith to Allah!"

Alhamdulillah...!

"Awak ada makan painkiller? Painkiller apa yang awak makan? Berapa dos dia... ext ext..."

Sebenarnya langsung tak ingat nama painkiller and please say congrotulation sebab dah setengah tahun ana langsung tak ambil painkiller walau sesakit mana pun. Kali terakhir ambil painkiller adalah masa majlis walimah di rumah zauj. Ana sanggup tahan semua-semua rasa yang singgah untuk membuang segala dadah yang ada dalam badan dengan harapan dan doa trying hard for bringing a healthier kid to this world.

"Kak, tulis la jurnal pregnancy akak supaya nanti baby tahu susah ummi dia mengandungkan dia."

Tersenyum. Ini amanah, anak-anak pun tak minta untuk lahir ke dunia. Kita 'membawa' mereka atas amanah dari Allah. Menyebut perkataan amanah, membawa erti tanggungjawab yang 'dibawa' oleh anak tersebut sangatlah besar. Ana hanya menganggap ianya rezeki untuk ana menikmati detik-detik ini, susah atau senang adalah rezeki. Maka, selayaknya ana berhibur dengan anugerah ini. Insya Allah :)

Kata-kata doktor tersebut masih lagi membuat ana bermonolog. Tidak dapat tidak, sebenarnya hati sangat takut andai doktor memberi cadangan untuk menggugurkan kandungan. Tapi... Kuatkan juga semangat, kalau Allah mahu dia lahir pasti Allah akan pelihara dia dengan sebaik-baiknya dan Allah jua akan memelihara ana kerana Dialah Pemelihara TERBAIK buat kami.

Buat semua... semua... yang mengirimkan doa dan kata-kata semangat and so on, jazakillah khairan. Termotivasi sendiri apabila membaca kisah-kisah ibu para syuhada' Palestin, mereka tidak memanjakan diri mereka dan mereka menyerahkan urusan dunia kepada Allah kerana hati mereka terikat kepada akhirat. Akhirnya, mereka melahirkan anak-anak yang mencintai akhirat (mencari husnul khatimah; syahid) dan hanya melihat dunia umpama padang bola.

"Anak-anak akhirat tersenyum sinis apabila melihat anak-anak dunia berlari mengejar sebiji bola!"


Insya Allah, selagi Allah izinkan pasti akan ana teruskan perjuangan ini... Mujahadah dan terus berlari kepada Dia. Meletak pergantungan sepenuhnya kepada Dia yang mentadbir alam. Dia pasti ada cara yang terbaik untuk menghiburkan ana :)

Buat ukhti dan ustaz, moga Allah jualah yang membalas jasa kalian. Terlalu banyak budi yang kalian taburkan, Allah sajalah yang akan membalasnya. Moga ikatan kasih sayang antara kita akan kekal sehingga membuatkan kita lebih mencintai Allah, allahumma amiin.

Ummu Mujahidin,
Insyirah Soleha.

8 leaves:

Nadrah Yusra 14 January 2011 at 22:59  

MasyaALLAH.... kuatnya ruh perjuangan enti...

syukran kerana selalu menjadi sumber inspirasi buat diri ini....

semoga kebaikan dunia dan akhirat sentiasa bersama enti, ustaz dan baby

Amalkan makan kurma, ingatlah ketika Maryam kesakitan melahirkan insan suci ISA A.S, bukankah ALLAH SWT mengilhamkan supaya menggoyangkan pohon kurma (19:23)

Akhir kalam ku

Insan yang dekat dengan ALLAH bukan calang calang orang, pasti ada proses tapisannya

Semoga dirimu bisa sekuat Ibu maryam =)

Anonymous,  15 January 2011 at 17:44  

akak tahu adik insyirah maish kuat utk berjuang....jangan mudah mengalah...akak pasti kelahiran baby mmg ditunggu2x oleh adik sg penyeri hidup adik...berdoa dipermudahkan allah selalu ye....

~ida~ 15 January 2011 at 23:23  

salamualaikum dik,

Moga Allah memberikan kesembuhan dan kekuatan untuk syirah...
baby pun tolong doakan "Ya Allah berilah kekuatan dan kesembuhan buat ummi ku"...hehe

take care!Allahu maak..

Khazinatul_Asrar 16 January 2011 at 19:15  

membaca kata2 doktor tu ana dah boleh agak sedari awal ana tahu enti pregnant. Tapi, siapalah kita untuk menghalangnya kan? Kun fayakun. Pasti org seperti enti dan ana dan mgkn org lain juga yg mengalami sakit ini faham benar kenapa doktor tidak bagi atas masalah kesihatan diri sendiri juga. Tp, percayalah, Allah takkan uji hambanya dengan perkara yang kita tak mampu. InshaAllah, semoga semuanya selamat ya Syirah. Ana ada kenal seorang kakak yg sakit seperti ni dan dah lepas operate pun 2kali dan alhmdllh ada anak 3org yg comel2 serta beranak dalam keadaan normal. Kebesaran Allah kan :)

Take care dear ukhti & baby comel didalam ^_^

ukhti,mardhiah 16 January 2011 at 21:56  

Assalamualaikum
betapa setiap detik kita memikirkan apa akan lahir sihat bby y bakal lahir
dan betapa di akhirat nanti,lantaran terlalu dashatnya pada hari itu,anak2 sendiri akan dijadikan alas kaki
oleh ibu sendiri...

Ya Allah cinta hambamu ini hanya untukmu,kurniakan akhwat ini
'hadiah' y diharapkannya
kasihan dia Ya Allah
Amin Ya Rabbal Alamin

nadia mustafa 17 January 2011 at 04:18  

Allah, sedih baca, tapi gembira di sudut hati, kerna entry ni menyedarkan diri, serahlah kepada Allah kerana Dia memiliki segala-galanya. Syukran! Teruskan perjuanganmu! Semoga semua berjalan lancar~

Diri Yang Lain 28 January 2011 at 21:16  

la takhof wa la tahzan,
innallaha ma'ana..
syukran atas pkgsian..
ukhti x bsndirin~
(^_^)...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO