"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

27 April 2013

Aurat Terjaga Maruah Terpelihara :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Insan sekeliling sangka saya jumud bila tetap bertudung labuh walaupun sedang buat aktiviti lasak (jungle trekking, berkayak, dan seangkatan dengannya). Insan sekeliling sangka saya syadid bila tetap berniqab walaupun memanah. 

Sebelum saya buka kedai kebab di Cafe Petronas (kalau ada yang masih ingat) semasa belajar di UUM, saya belajar cara-cara memasak dan bungkus kebab dari seorang guru yang saya hormati. Rasanya sangat enak sampai ada yang mengidam :p 

Mungkin 'kesian' melihat saya dengan tudung 'besar' dalam keadaan berpeluh membuat kerja-kerja memasak, beliau berkata sesuatu "Islam nie fleksibel, asalkan menutup aurat, bolehlah pakai tudung kecil sikit untuk mudahkan kamu bergerak". 

Saya senyum :)

"Erm...takpalah, saya selesa begini", jawab saya yakin. 


Sebenarnya ramai yang tidak tahu (Lagipun jarang yang tanya), saya juga 'berhijrah' dalam tudung labuh. Walaupun sudah istiqomah memakai tudung labuh seawal usia 12 tahun, ada suatu peristiwa yang buatkan cinta saya terhadap tudung labuh sangat mendalam hingga tidak sanggup untuk menukarnya walaupun seketika. 

Semasa di Kolej Matrikulasi Perlis (KMP), Allah 'test' niat saya bertudung labuh. Diawal kemasukan semester 1, saya setia dengan tudung labuh. Di pertengahannya, hati saya mula berubah. Minat pakai tudung segi 3 akel bidang 60 dan pakai kerongsang yang bermanik di pin dikanan dan kiri bahu. 

Mula la syok sendiri sambil hati berbisik, "cantik juga pakai macam nie". 

Maka, mulalah kumpul berbagai jenis kerongsang dan tudung segi akel bidang 60.

Satu hari, ada satu majlis besar-besaran yang diadakan di KMP dan semua pelajar berkumpul dalam dewan. Saya duduk di satu kerusi yang mana mejanya sudah diatur mengikut kelas masing-masing. 

Ada seorang kenalan lelaki tegur saya, "cantik awak pakai macam nie". Saya senyum tanpa kata apa-apa. Perempuan, memang pantang dipuji, mulalah hati berbunga-bunga. 

Ketika itu, ada satu lintasan hati menegur Iman saya "suka la tu orang puji. Engkau pakai tudung kerana Allah atau kerana orang lain?".

Astagfirullah... 

Masa tu mata mula berair dan saya mula tersedar betapa mudah dan halusnya 'bisikan' syaitan yang membuai dalam hati agar terpesona dengan keindahan dan perhiasan duniawi. 

Selepas daripada hari tu, saya balik ke rumah dan cari semula tudung labuh yang saya pakai semasa di Mahaad dan sekolah harian biasa. Hati terasa tenang dan semakin tenang apabila pakai tudung labuh semula. Alhamdulillah atas izin Allah ♥

Sebab itu saya tak hairan bila ada muslimat bertudung labuh atau berniqab yang gedik (maaf, terpaksa tulis), suka pujian manusia, couple, mengumpat dan banyak lagi akhlak buruk akan 'luruh' (tanggal) sendiri atau tidak istiqomah bertudung labuh atau berniqab. 

Sebab apa? sebab niat dah terpesong. Percayalah, jika buat sesuatu dan berusaha untuk buat kerana Allah, jarum atau bisikan syaitan sangat mudah untuk kita patahkan. 

Bila ada yang tanya saya bagaimana untuk istiqomah dengn kebaikan, saya akan jawab "istiqomah dengan tudung labuh". Mungkin ramai terasa mudah, tapi sukar untuk lakukannya.

Bagi saya, tudung labuh dan niqab bukan setakat pakaian. tetapi juga adalah perisai Iman buat diri. Malu rasanya kalau bertudung labuh dan berniqab tetapi akhlak peribadi sangat buruk dan tak tahu hukum hakam agama. 

Bila dah berubah dari luar, usahalah untuk perbaiki pula dari dalam. Kan sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa (Indah dari luar dengan pakaian menutup aurat, dan pesona dari dalam dengan akhlak mulia)

:)

Sumber artikel di ambil : Resepi Cinta Usrah

8 leaves:

IAMENULIS 28 April 2013 at 08:22  

yana suka blog nii ..

yup betul . jaga aurat maknanya kita pun tengah jaga iman kita jaga maruah kita :)

scya lollita 30 April 2013 at 22:20  

insyaALLAH.
rindu jugak tudung labuh (':

tak sabar nak balik rumah.

Unknown 1 May 2013 at 02:26  

suka baca .. saya juga baru berhijrah utk pakai tudung labuh.. perlukan bimbingan juga.. mudah terpengaruh dgn kawan2.

Unknown 9 May 2013 at 18:10  

ika ni sedang berhijrah ke arah bertudung labuh, ika xtau knpa ika nak bertudung labuh, terdetik ingin bertudung labuh sebb bertudung labuh dpt mnjga maruah mereka, jadi saya berdoa kepada Allah supaya permudahkan niat ika tu, pada mulanya ika kumpul duit,, dh dapat byk duit, ika beli tudung bidang 50 , tpi ika belum bersedia nak guna sebb takut trllu drastik,, sekrg , ika mudah tertidur sehingga solat diabaikan,, jadi? apa patut saya buat? hal ini menyebabkan saya takut bertudung labuh dan saya rasa macammana mau bertudung labuh sedgkn solat tidak dijaga ? hurm, kadang2 trbyg rupa saya bertudung labuh,,

Insyirah 13 May 2013 at 17:36  

Assalamualaikum.

Waddah Jannah,
kalau ika ada FB boleh PM pada akak? Supaya lebih privasi berbincang berbanding membalas komen di sini.

Unknown 22 May 2013 at 16:36  
This comment has been removed by the author.
cik amirah 11 June 2013 at 16:21  

assalamualaikum akak,nice entry.sy baru jew add akak d fb...hrp akak accept...sbb sy perlu share apa yg tpendam dlm hati sy dlm niat utk bhijrah...tlog sy kak..

Kamus bibik moden 20 September 2013 at 14:16  

terasa macam nak bertudung labuh,,,tapi in sya allah,,,,step by step,,

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO