"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

15 March 2013

Subuh Di Masjid Nabawi

Bismillahirrahmanirrahim.

Kami tiba di lapangan terbang Madinah pada waktu Asar (waktu Madinah), selesai berurusan dengan pihak penguasa terus dihantar ke hotel yang jaraknya sekitar 15 minit. Tiba di hotel seketika, belum mendapat kunci bilik Amir Solihin merengek kelaparan. Ada hamba Allah yang berikan buah epal, mungkin terlalu lapar maka gigitannya agak besar dan tercekik lalu memuntahkan isi-isi perut atas suami.

Lama menunggu orang Arab untuk memberikan kunci bilik, dek kerana keletihan dan belum bersihkan diri, kami hanya mendengar laungan azan Maghrib dari Masjid Nabawi. Selepas menerima kunci bilik, suami menukar pakaian dan bersihkan diri. Laungan azan Isyak kedengaran, kami mengambil keputusan bersolat di dalam bilik dan merehatkan diri dahulu kerana kelihatan Amir Solihin sangat penat.

Awal pagi esoknya, bersemangat dan teruja untuk melangkah keluar dari bilik hotel. Azan pertama yang dilaungkan oleh muazzin dari Masjid Nabawi disambut dengan salam kepada Amir Solihin. Alhamdulillah, Allah memudahkan Amir Solihin untuk bangun dari tidur. Selepas bersiap, kami berjalan terus ke Masjid Nabawi. Hati terasa sungguh damai.

Tenangnya bumi Madinah, indahnya suasana damai tersebut tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Kata suami, mungkin barakahnya terletak pada jasad Rasulullah SAW. Adanya Rasulullah SAW di bumi Madinah menjadikan suasana dan persekitarannya sangat tenang dan damai. Subhanallah.

Suami mengambil alih tugas menjaga Amir Solihin dan membawa bapa mertua untuk bersolat. Saya bersama ibu mertua masuk ke dalam Masjid Nabawi, hati tidak putus-putus merasa terharu. Orang ramai sudah memenuhi ruang solat, kami terus berjalan ke dalam perut Masjid Nabawi sehingga di kawasan yang memisahkan antara ruang solat muslimin dan muslimah.

Saya dan ibu mertua masing-masing 'melayan perasaan' sendiri, jarak azan dan solat di Masjid Nabawi sekitar 20 minit. Ia memberi ruang untuk mengerjakan solat-solat sunat sebelum mendirikan solat Subuh, juga memberi peluang untuk mereka yang jauh untuk sempat berjemaah solat di Masjid Nabawi.

Di dalam masjid, suasana biasa melihat ibu membawa anak-anak kecil pelbagai usia tetapi mereka tidak boleh melepasi bahagian khusus kepada wanita yang tidak membawa anak kecil, mungkin ini sebagai privasi kepada ibu yang tidak membawa anak kecil supaya lebih fokus di dalam solat.

Selepas menunaikan solat subuh, rata-rata jemaah berehat di luar kawasan masjid. Kami dihadiahkan pula pemandangan pembukaan payung di dataran Masjid Nabawi, ramai yang teruja dan mengambil gambar juga video tetapi saya hanya memerhati. Menikmati pemandangan tersebut sambil menunggu kelibat suami di sisi tepi.

Bumi Madinah, hanya yang merasai akan mengetahui.

Ketenangannya luar biasa, suasananya mempersona, berkat kerana adanya junjungan mulia.

:)

Wallahua'lam.

6 leaves:

Lynda Che Lah 15 March 2013 at 10:55  

indahnya..wlu tidak di sana..hati sy sebak..doakan sy dpt ke sana..rindu...

:: ciK TeaChEr :: 15 March 2013 at 22:58  

Subhanallah..rindunyaa pada sejuk dingin waktu subuh kat sana.. :'(

Izzati Hashim 16 March 2013 at 02:32  

Rindu bumi Madinah.
Rindu nak subuh di sana.
Rindu nak duduk diam-diam bertafakur sambil tunggu dhuha.

Allahurabbi,
rindu untuk sampai ke sana lagi hanya Tuhan yang tahu.
Moga tiba lagi ke sana dengan izinNya, insyaAllah. ('=

PESONA 25 March 2013 at 16:00  

Assalamualaikum Puan,

Membaca N3 puan teringat kembali ketika menunaikan haji 1431 bersama isteri dimana berusaha berada di Masjidil Nabawi sebelum azan solat lima waktu memandangkan jemaah yang terlalu ramai....ingin berada di saf bahagian hadapan.....

Muga di izinkan ALLAH agar dapat beribadah di Masjid Nabawi bersama isteri/anak.

PESONA 25 March 2013 at 16:05  

Assalamualaikum,

Membaca N3 puan mengingatkan kembali pengalaman di Masjid Nabawi bersama isteri mengerjakan haji 1431......

Semuga dengan izin ALLAH di kurniakan kesihatan yang baik untuk beribadah ke Masjid Nabawi & Masjidil Haram bersama Isteri & Anak-anak......

Muhd Riduan 23 June 2013 at 05:57  

Tiada perkataan yang boleh mengambarkan perasaan semasa berada di Masjid Nabawi. Kita berasa begitu dekat dengan Pencipta.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO