Sebelum Dan Selepas
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Meskipun yang terakhir 'check in' tetapi menjadi penumpang yang terawal masuk ke dalam pesawat. Proses mententeramkan Amir Solihin sementara menunggu penumpang memasuki pesawat.
Alhamdulillah. Subuh di Masjid Nabawi, ceria dan sangat aktif berlarian ke sana ke sini sehingga suami pernah 'kehilangan' Amir Solihin semasa sedang solat berjemaah. Sibuk nak bermain dengan anak Arab, syukur Allah kembalikan Amir Solihin kepada suami.
Ziarah ke Makam Syuhada'. Amir Solihin selesema dan tiada mood, tambahan pula sedang mengantuk dan kelaparan. Sedang para jemaah menikmati tazkirah dan ibrah dari kisah para syuhada', saya melarikan Amir Solihin jauh sedikit supaya tidak mengganggu orang lain dengan tangisannya.
Alhamdulillah. Selesai umrah untuk Amir Solihin dan umrah sunat untuk suami. Dalam keadaan demam dan kurang sihat selepas 'tragedi berdarah' semasa di Madinah, Amir Solihin sangat soleh sepanjang mengerjakan umrah. Diam dan melihat gelagat manusia lain. Kami berumrah selepas solat Isyak, bermula sekitar jam 10 malam waktu Mekah dan balik ke bilik jam 1 pagi. Lautan manusia, masyaAllah...
Alhamdulillah, selesai mengerjakan umrah Amir Solihin terus tidur. Demam.
Berlatarbelakangkan kaabah, sebelum pulang ke tanah air. Amir Solihin leka melihat bayi Pakistan yang pada hemat saya sekitar usia 1-2 bulan. Kecil-kecil sudah sampai ke tanah haram Mekah, moga hidupnya diberkati Allah. Amin.
Suami memujuk Amir Solihin untuk pulang, bersiap untuk berangkat ke Jeddah seterusnya pulang ke Malaysia. Amir Solihin 'tak nak balik', sibuk nak tengok bayi.
Berat badan Amir Solihin turun dengan mendadak sepanjang keberadaan di Mekah, keadaan kesihatan yang kurang baik ditambah dengan cuaca berhabuk di Mekah (para pekerja sedang giat meruntuhkan bukit berdekatan Masjidil Haram untuk tujuan pembesaran masjid), hilang selera makan sehingga kurus. Moga cepat sembuh anakku!
Ummu Amir.
8 leaves:
Alhamdulillah..rindunyeeee suasana mekah.. kat sana memang berdebu kalau nak banding dengan madinah tu, construction ade sokmo..hee
xsabar nk bace next entries akak kat sana, tu pn kalau akak sudi nak sharing.. :)
Salam syirah,
Best x buku tu?
Assalamulaikum wbt
Alhamdulillah kecil lagi Amir dah di bawa ke tanah suci. Teringinnya. Boleh nak tnya pakej yang di ambil umrah ni mahal tak? tengah dalam perancangan nak bawa anak iA. :)
Cik Teacher :
Ya, di Mekah sangat berdebu kerana mereka sedang giat meruntuhkan bukit sekitar masjid. Bila angin bertiup... Allah... :)
Kak Suhaiza :
Buku mana?
Ummu A'isyah.
Kami ambil direct flight KLIA-Madinah, rasanya tak mahal pakej yang kami ambil sebab rata-rata kalau direct flight ke Madinah lebih mahal (dr yang kami survey). Wallahua'lam.
Alhamdulilah Insyirah dah ke Mekah..Kak Jamy belum sampai lagi, in sha Allah akan sampai..Seronok Amir Solihin ye..
InsyaAllah, semoga urusan kak Jamy ke Mekah dipermudahkan Allah. Allahumma amin!
:)
Post a Comment