"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

11 December 2012

Niqab : Antara Keinginan dan Kewajipan

Bismillahirrahmanirrahim.

Satu kumpulan di dalam facebook, awalnya saya sendiri kurang cakna bila saya berada di dalam kumpulan tersebut. Kemudian, baru saya sedar bahawa pemula kumpulan tersebut menyenaraikan saya antara yang menjadi pentadbir kumpulan. Itupun bila ada beberapa muslimah menghantar mesej supaya saya menerima permintaan mereka untuk memasuki kumpulan.

Rata-rata mereka adalah muslimah yang telah memakai niqab (purdah), berusaha untuk memakai purdah, berazam untuk memakai purdah suatu hari nanti. Seringkali juga saya membaca luahan perasaan muslimah yang berkeinginan untuk berhijrah daripada masa lalu kepada kehidupan yang lebih baik. Daripada tidak kisah sangat dengan soal pemakaian kepada penelitian terhadap aurat, daripada tidak peduli dengan apa kata orang kepada kepedulian kepada apa yang Allah dan Rasul Nya kata.

Kesuntukan masa, kesempitan ruang selalu membuatkan saya membiarkan sahaja luahan perasaan yang dicatat memandangkan sudah ramai yang memberikan buah fikiran. Meskipun ada yang ingin ditambah, biasanya saya memendam sahaja. Mungkin kerana lebih banyak tumpuan perlu dialihkan kepada soalan-soalan yang menuntut kepada jawapan yang lebih utama. Seorang tanya pasal haid, ada yang bertanya perihal nifas, wiladah dan cabang-cabang ilmu pengetahuan di mana lebih perlu difokuskan.

Lama kelamaan, saya memerhati semakin banyak luahan yang saya jadi terkilan membaca bait ayat mereka.

Bila seorang yang saya rasakan insyaAllah lebih muda dari saya meluahkan kebencian terhadap ibubapanya kerana tidak membenarkan beliau berniqab. Saya yakin dan pasti, perkenalan di alam maya dengan sahabat-sahabat yang berniqab sedikit sebanyak akan membuatkan perasaan jadi teringin untuk berniqab. Itu satu perkara yang bagus, cuma yang tidak manisnya bila perasaan mendahului keperluan untuk berniqab tidak disusuli dengan kajian ilmiah kepada pemakaian niqab.


Saya sangat suka adik-adik remaja mencintai pemakaian niqab, berusaha untuk memakai niqab tetapi keinginan yang berteraskan emosi itu tidak akan berkekalan kalau ia sekadar sebuah EMOSI.

Saya BUKANLAH orang yang arif tetapi permulaan hijrah nampak tempang apabila kewajipan untuk mentaati dan menghormati kedua ibubapa dicalari dengan kebencian hanya untuk perkara yang khilaf. Saya pasti, sekiranya mencari maklumat mengenai niqab di sesawang internet sudah ramai ustaz-ustaz yang menerangkan kedudukan hukum pemakaian niqab kepada wanita.

Pada saya, niqab adalah perkara yang tidak tetap. Hukumnya boleh berubah-ubah; sunat, harus ataupun wajib.

Namun, tiada khilaf pada mana-mana ulama' dalam mana-mana mazhab sekalipun tentang kewajipan untuk mentaati ibubapa. Allah mewajibkan manusia untuk mentaati ibubapa selagimana ibubapa tidak menyuruh berbuat syirik kepada Allah.

Banyak luahan-luahan hati yang sedih, kecewa bahkan berputus asa untuk terus berusaha ke arah penghijrahan diri semata-mata kerana keluarga tidak membenarkan memakai niqab.

"Aku nak buat baik, nak jadi orang baik pun tak bagi. Kalau macam tu lebih baik aku jadi jahat, tak payah tutup aurat."

Kalau terlintas sebegini di benak, istighfarlah. Ambil wuduk, bentangkan sejadah menghadap kiblat dan lakukanlah solat sunat taubat dan disusuli dengan solat hajat.

Bila nak jadi baik, berusaha ke arah kebaikan dan berhijrah kepada dimensi persekitaran yang lebih baik memang (tak berani nak cakap pasti) kita bakal diuji dengan pelbagai rencam ujian. Rasulullah pun apabila mengajak orang ke arah kebaikan, dicaci, dihina, dikeji bahkan sampaikan berlumba-lumba orang nak membunuh Rasulullah. Namun, cacian, kejian dan hinaan bukanlah pematah semangat untuk mengajak orang lain menjadi baik tetapi ia sebagai wasilah untuk bermohon-mohon kepada Allah.

Bila terdetik untuk berhijrah, bersyukurlah. Mulakanlah hijrah dengan penambahan ilmu.

Wanita memang dibaluti dengan pelbagai perasaan dan seringkali tewas dengan perasaan sendiri tetapi dengan panduan ilmu yang insyaAllah mencambahkan iman, kita akan merawat perasaan dengan lebih mendekatkan diri kepada Allah.

Sebenarnya, itulah penghijrahan terbaik! Apabila mentaati ibubapa dan memuliakan mereka, Allah juga akan meletakkan keberkatan dalam perjalanan kita menuju kepada Allah. Apalah yang lebih indah berbanding nikmat iman, tanpa rahmat dari Allah mana mungkin kita akan bernafas dengan hela nafas keimanan pada Nya. 

Tak semestinya kita kena pakai niqab untuk jadi SOLEHAH.

Tak semestinya bila pakai niqab kita jadi SOLEHAH.


Niqab hanyalah 'journey', bukannya 'destiny'. Niqab boleh mengubah seorang manusia kepada cintakan kebaikan tetapi tanpa berniqab juga kita boleh mencintai Allah dan Rasul Nya bahkan tidak mustahil terkadang hanya secebis kain di wajah membuatkan seseorang jauh dari tuhannya, nauzubillahi min zalik.

Berhati-hatilah mentadbir hati, jangan sampai makan hati hanya kerana picisan perkara yang tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang perlu diperdebatkan sehingga mengetepikan kewajipan kita kepada perkara yang perlu diutamakan.

Wallahua'lam.


Ummu Amir.

7 leaves:

Mar Mansor 11 December 2012 at 08:25  

salam..awak muda 6 tahun dari saya tp setiap kali baca nukilan2 awak..seperti awak adalah KAKAK kepada saya..

Maya Mahbubah 11 December 2012 at 08:31  

As salam, alhmdulilah..Mklumat ni srba sdkit mnambh ilmu pngetahuan sy..Sy juga berkeinginan berniqab, tp apbla difkirkn blik..Blom ckup lg ilmu agma dlm dri sy..Sy prlu perlengkpkn dgn ilmu agma bru sy brsedia utk smua tu..Sy khuatr, jka sy bernqab, mash lg sy lakukn dosa..Mnusia memg x trleps pda brbuat dosa tp sy nk beristqmah betul2 kt Allah s.w.t..Doakn sy ye :)

celikmatahati 12 December 2012 at 12:40  

assalamualaikum..ya ukhti..alhamdulilah..bgus sungguh entry ini.sy bru baca blog anda..dan pd sy..sgt bgus krn ianya tidak jumud dan tidak la kata terbuka smpai x tahu hala tuju..keep it up ur good writing..semoga semua mendapat manfaat :)

Unknown 17 December 2012 at 12:03  

assalamualaikum syirah. alhamdulillah kakchik suka tulisan syirah ni dan pastinya kakchik nak minta izin untuk kongsikan tulisan ni bersama kawan-kawan lain di facebook kakchik. boleh ke?

Unknown 18 December 2012 at 11:50  

Assalamualaikum.Alhamdulillah,artikel ini sungguh bagus sekali...

Unknown 11 April 2013 at 09:05  

Assalamualaikum..
Sy suka dgn kata2 awk diatas ini..
Spt sy jg..di hati terdetik ingin memakai niqab krn atas cinta sy kpd allah dan suami..ttp sy ingin memperkukuhkn iman dan taqwa dlm diri sblm berhijrah lebih jauh lg..
Sy hanya inginkn keredhaan dr allah s.w.t saja
Sy ingt satu aje..buat krn allah bkn krn org..
Cuma kehidupan di singapura lebih mencabar kalau nk dibanding dgn malaysia...sbb di negara sini sudah spt negara barat...
Sy cuma berharap sy dpt berhijrah ke negeri yg penuh dgn keislaman...insya allah amin mohon doa dr kalian juga
Terima kasih

adhwa nadirah (mrs.najib) 22 August 2014 at 17:34  

Assalamualaikum. Sy juga memakai purdah. Namun bknlah setiapwmasa. Sy pakai waktu tertentu sahaja.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO