Bagaimana Hati Merasa...
Bismillahirrahmanirrahim.
Anak bujang saya, minggu depan insya Allah akan menginjak usia 1 tahun 5 bulan. Keletahnya kadang-kadang menjadikan orang lain terkeliru, menyangka beliau sudah berusia 2 tahun. Masya Allah, tapi dalam masa yang sama juga seringkali buat saya mati kutu nak melayan 'panjang akalnya' buat macam-macam aksi nak mengelak dari melakukan apa yang saya cuba nak ajak dia lakukan bersama.
Sekarang ni satu cabaran nak memandikan Amir Solihin, tak nak buka baju dan asyik mengulang ayat "tak payah ar", ayat yang menunjukkan dia tak nak lakukan apa yang diajak. Puas pujuk, sedangkan dia memang seorang yang suka main air. Dan cabaran pula bila dah masuk tandas, tak nak keluar pula. Allah... Kadang sampai membiarkan Amir Solihin main air puas-puas, tunggu dia keluar sendiri.
Bila 'panjang akalnya' meletihkan emosi saya, selalu saya pula 'menyalahkan' suami.
"Amir Solihin overdose makan ubat IQ homeopathi abi lah ni, banyak sangat akal..."
:P
Sudah hampir 2 bulan saya menumpang di rumah ibubapa kerana kondisi kesihatan saya yang kurang baik. Bila ada masa lapang, suami akan datang menjenguk kami. Merasakan kondisi kesihatan semakin baik, saya mengusulkan kepada suami untuk pulang ke rumah. Tambahan pula saya kasihankan suami berulang alik ke sana sini, dengan hambatan tugas dan macam-macam kerja lain.
Hari pertama pulang ke rumah, Amir Solihin explore habis semua yang ada. Periuk, kuali, sudu, besen, baldi dan segala macam benda disusun ke ruang tamu rumah. Masuk dalam bilik, dia jumpa walker yang dia dah tak guna hampir 8 bulan! Dia sibuk menolak walker ke ruang tamu dan mula memanjat, nak duduk dalam walker. Maka berlari-larian lah Amir Solihin di dalam walker.
Hari ke-2, suami bawa kami ke Hospital Selayang. Ziarah bapa saudara saya yang tidak sihat, dan... puas berlarian di lobi hospital (kanak-kanak di bawah usia 12 tahun tidak dibenarkan untuk melawat pesakit), dia jumpa ibu-ibu saudaranya. Dan tak lama kemudian, jumpa dengan datuk dan neneknya (ibubapa saya) terus dipeluk cium (kata bonda, habis muka ayahandaku basah dengan airliur Amir <-- i="i">overdose kiss-->
! :P )
Masa nak balik, suami nak ambil Amir Solihin dari dukungan ayahanda. Amir Solihin TAK NAK!
Ha, sudah la... Nak buat macammana ya.
Akhirnya saya dan suami meninggalkan Amir Solihin pada ayahanda, terus mengambil kereta. Pusing semula ke lobi, di tempat ayahanda menunggu kami. Semasa memberikan Amir Solihin atas pangkuan saya, Amir Solihin sangatlah... er, muka dia menunjukkan dia sangat sedih dan barangkali kecewa. Saya pun tak tahu. Balik ke rumah, sebelah petangnya badan Amir Solihin dah panas. Malamnya, badan semakin panas.
Mata, telinga Amir Solihin dah merah. Mungkin kerana badannya sangat panas. Tidur malam pun tak berapa lena. Suami tampalkan 'cool fever', hanya sempat bertahan 1 jam sahaja. Amir Solihin tak suka memakai 'cool fever'. Bangun pagi, dengan badan yang sangat panas Amir Solihin 'usap kepala' saya yang sedang baring sambil menyuap karipap ke dalam mulut saya.
Masya Allah.
Kuatnya anak Ummi ni. Macam memujuk suruh saya bangun, gagahkan diri. Bersiap, bawa Amir Solihin ke klinik. Nurse yang melihat Amir Solihin terus menerus berlari, mengusik... "Kuatnya awak ni Amir."
Suami yang tak larat nak kejar pujuk, "Amir, buat la macam orang demam." Hehe!
Selepas siap urusan di klinik, suami bawa saya dan Amir Solihin ke rumah ibubapa saya semula. Minta duduk sebentar sehingga hilang demam Amir Solihin, demam rindukan datuknya.
Sewaktu ayahanda sampai ke rumah (pulang dari pejabat), Amir Solihin baru sudah makan bubur. Berlarian ke arah datuknya, masuk kereta terus dipeluk cium. Kata bonda, janggut ayahanda habis basah dengan air liur Amir Solihin. Sisa makan (bubur nasi) pun melekat pada janggut juga, iyalah tak sempat nak basuh mulut. Terus berlari nak pergi kepada datuknya.
Pulang dari 'bersiar' dengan ayahanda, Amir Solihin menari-nari dalam rumah. Happy sangat lah tu... :)
Abang Long Amir Solihin,
Bagaimanalah hatimu merasa rindu ya?
Susah lah Ummi dengan Abi kalau Wan dah pindah nanti :)
SyafakaLLAH Amir Solihin.
Rabbi habli minassolihin, aamin.
Ummu Amir.
0 leaves:
Post a Comment