InshaAllah, Ibumu Di Syurga.
Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau orang lain suka baca buku cerita pada anak sebelum tidur, saya dan suami pula suka bercerita sebelum tidur. Cerita-cerita biasa yang penghujungnya memberi peringatan bersama. Suatu malam, saya mula bercerita apa yang Ummi kisahkan kepada saya pada siangnya. Kisah seorang wanita yang berusaha sehingga hujung hayatnya untuk MENJADI SOLEHAH.
Kisah ini diceritakan oleh ibu saudara saya kepada Ummi, Ummi sampaikan kepada saya dan saya pula bercerita kepada suami. Semoga 'ibrahnya boleh saya jadikan peringatan sepanjang hayat, insha Allah.
---------------
Dalam menikmati penghabisan usia, menikmati status warga emas. Dia masih berusaha untuk menjadi isteri terbaik buat suaminya. Mungkin kerana perubahan usia, mengubah sama watak dan peribadi seseorang. Suaminya yang suka meleteri isteri yang pendiam, si isteri hanya mengalah dan menurut kata-kata suaminya.
Ramadhan yang lalu, awal paginya dia menyapu halaman rumah. Banyak dedaunan yang berguguran menjadi permaidani halaman tidak disenangi suami, lantas dia dengan kudrat tuanya menyapu dedaunan. Moga mata suaminya nanti akan selesa menikmati pemandangan. Saat dia melepaskan lelah dengan membaca al-Quran, suaminya meminta khidmatnya melakukan pekerjaan lalu dia menamatkan bacaan al-Quran untuk menghormati dan mentaati perintah suami.
Suami mengajak ke supermarket membeli barang dapur, hajatnya mahu makan itu dan ini. Once in a life, dia ke supermarket buat sekian kalinya dia memenuhi permintaan suami membeli barang dapur, pulang ke rumah memasak pula. Selesai pekerjaan di dapur, dia mengangkat mushaf al-Quran dan sekali lagi suaminya meminta sesuatu lalu dia menamatkan bacaan al-Quran. Mengikut kehendak suami.
Petangnya selepas Asar, suami meminta dibuatkan kuih. Barangkali kerana puasa, jadi nafsu makan juga agak tercabar. Rasanya mahu itu dan ini. Lalu, kerana mahu MENJADI SOLEHAH dia yang kepenatan terus menunaikan permintaan suami untuk membuat kuih yang dipinta. Siap menghidang lauk pauk di atas meja, air untuk berbuka puasa juga sudah tersedia hanya tinggal menambah ais batu sebelum berbuka sahaja. Badannya terasa benar-benar keletihan.
"Abang, saya nak tidur sekejap saja. Rasa peeeenat sangat harini."
"Air tak buat lagi."
"Sudah, semuanya dah siap tinggal nak tambah ais batu saja. Nanti kalau pukul 7 saya belum bangun, Abang tolong masukkan ais batu ya."
Dia memujuk suami, mengharap belas ihsan. Jam sudah melepasi angka 6 petang, badannya benar-benar keletihan yang luar biasa. Lelapnya diharapkan mampu memberikan tenaga untuk berterawih pula.
Jam 7 petang. Suami mengejutkan si isteri, meminta untuk meletakkan ais batu di dalam air. Rupa-rupanya si isteri sedang tidur dan tidak akan bangun semula buat selama-lamanya sehingga Allah bangkitkan di Mahsyar kelak.
Allahuakbar. Suami yang di sebelah pun langsung tak perasan bila Allah ambil nyawa isterinya. Tersangat mudah roh keluar dari jasad.
Jiran tetangga dan sahabat handai si isteri berulang kali menyatakan kepada anak-anak arwah, "Insha Allah, jangan risau dan sedih. Ibumu tempatnya di syurga. Dia sangat taat pada ayah kalian."
Subhanallah. Masha Allah.
-------------
Ummi juga cerita, arwah sangatlah taat dengan suami. Dengan usianya yang sudah tua, dia gagahkan diri memanjat tangga untuk lap dinding rumah (dinding papan) hanya kerana suaminya mengadu dinding nampak kotor akibat habuk.
Isteri yang sangat setia, sangat sabar melayani kerenah suami di usia tua.
Selalunya, kita mendengar orang perempuan suka membebel tetapi arwah sebaliknya. Apa kata suaminya, dia turutkan saja.
Masakan jiran tetangga dan sahabat handai tidak mengatakan "insha Allah, tempat ibumu di syurga."
-----------
Penghujung kisah, saya katakan pada suami. Kalau saya yang meninggal dahulu, entahlah bagaimana nak berdepan dengan Allah. Dosa dengan suami pun sangat banyak.
Akhirnya kami sama-sama meminta maaf atas setiap khilaf dan kekurangan.
Esoknya saya minta izin suami nak mengelap dinding (rumah kami rumah papan) kerana Amir Solihin suka sangat bermain langsir, bimbang habuk. Sedang asyik mengelap tiba-tiba suami cakap...
"Jangan nanti lepas lap dinding cakap 'nak tidur sekejap' pula..."
Saya menyambut dengan ketawa saja :)
Ramai wanita yang nak JADI SOLEHAH sebab nak yang SOLEH. Bila dah dapat yang SOLEH, wanita tersebut terus lupa dan kadangkala berhenti untuk JADI SOLEHAH.
Dahulunya manis bertudung labuh, selepas berkahwin tudung pun jadi singkat. Memang benar ukuran soleh dan solehah bukan pada tudung, tetapi kenapa menjadi trend yang bertudung labuh selepas bernikah terus menanggalkan tudung labuh ya?
Wanita, bila dah kahwin peluang untuk menghias diri, berpakaian seksi jauh lebih besar tetapi bukan ditunjukkan kepada semua orang. Tapi hak eksklusif untuk SUAMI. Kan seksi wanita bertudung labuh di luar rumah tetapi sangat cool pakai baju fesyen terkini di dalam rumah. Seksinya tak siapa pun tahu, tapi menjadi pujaan suami.
Sangat tak cool wanita berpakaian up to date tapi selekeh bila di rumah. Ya, tak cool. Macammana nak impikan berpegangan tangan dengan pasangan di dalam syurga Allah kalau di 'syurga dunia' (rumahtangga) suami tak rasa macam syurga pun.
Ya, kita semua tahu pengakhiran hidup ini MATI tapi berapa ramai yang berusaha untuk HUSNUL KHATIMAH.
Allahu akbar.
:'(
Ummu Amir.
12 leaves:
subanallah..ya allah jika kamu mahu aku mati matikanlah aku dlm iman
salam,
kakak kak solehah,
saya mohon share.=)
Assalamualaikum akak yang solehah,
tersentuh baca cerita ni, mengingatkan saya pada jiran nenek saya,seorang isteri solehah di usia emas beliau. beberapa bulan lepas, kubur beliau(Tok L) terpaksa digali semula untuk dipindahkan ke tempat baru,lebih memeranjatkan, kubur beliau tersangatlah wangi, walaupun telah meninggal puluhan tahun. bila ditanya orang-orang terdekat beiau, termasuk nenek saya, katanya, beliau sangatlah taat paa suami, hari-hari beliau akan tunggu suami pulang kerja naik basikal tua, dan tidak pernah terlepas temankan suami beliau makan,meskipun beliau akan masak makanan yang sama, namun suami beliau redha dgn beliau. dan tidak pernah terlepas solat berimamkan suami beliau, dan tidak pernah merungut akan keadaan hidup yang tidak mewah mereka. Alhamdulillah, di dunia lagi Allah dah tunjukkan balasan pada beliau. moga roh beliau ditempatkan di syurga dan mampu untuk kita jadikan teladan walaupun saya belum berkahwin.
cuma, saya nak tanya,
pengakhiran yang baik itu, KHUsnul khatimah atau HUSnul khatimah..sebab baik dalam Arab ialah Hasan kan? mohon pencerahan.
Allah..tersentuh membacanya.
Moga kita semua dapat meraih husnul khatimah itu..ameen
HUSNUL KHATIMAH....TYPING ERROR
JAZAKUMULLAH KHAIRAN
kalau kat fb, tkan je "LIKE"..kat cni xde "like"..tpi sy ttp "LIKE" ^_^
@ Ismi Iman,
Insha Allah. Moga Allah matikan kita dalam keadaan beriman kepada Allah. Aamin!
@ Syahira Ismail.
Silakan, semoga dimanfaatkan bersama yang lain.
@ ... nor...
Masha Allah, itulah. Nak hidup kerana Allah memang menjalani kehidupan yang payah kerana Syurga itu mahal harganya. Moga sama-sama perbaiki diri untuk terus meraih keredhaan Allah.
Tak semestinya nak masuk syurga hanya dengan jalan perkahwinan, bagi yang belum kahwin kena lah menggunakan ibubapa sebagai jalan untuk ke syurga :) Wallahua'lam.
Pengakhiran yang baik = husnul khatimah.
@ Hana Qariah.
Pengakhiran yang baik perlu selalu diusahakan dengan permulaan yang terbaik! permulaan yang baik x menjanjikan pengakhiran yang baik tetapi tanpa permulaan baik mata tidak sampailah kepada pengakhiran yang baik.
Insha Allah, semoga mati dengan redha Allah!
@ faqir ila Allah.
:)
INsha Allah.
Aamiin Aamiin ya Robbalalaamiin,
insya kelak ibuku di Syurga, aamiin
Post a Comment