Peringatan Untuk Saya
Bismillahirrahmanirrahim
"The believer speaks little, but does much.
And the hypocrite talks a lot, but does little."
-----
Sama juga macam facebook kan, asyik letak status berderet, paut note banyak-banyak tapi tak aplikasikan. Dakwah bukan hanya lisan tetapi perbuatan. Bercakap dan buktikan. Begitu. Manusia bukan hanya robot yang memerlukan TEORI tetapi ada fitrah dan hati yang memerlukan kepada REALITI.
Bayangkan zaman sekarang, duduk sebelah menyebelah tetapi tiada sebarang komunikasi kerana asyik dengan gadget masing-masing. Jadi, pendakwah kena ada gadget untuk berdakwah. Tak salah. Yang menjadi salah apabila pendakwah asyik berdakwah dengan gadget sampai terlupa kepada manusia yang ada disebelahnya.
Peringatan pada saya, bila anak dah bangun. Turn off internet. Bye-bye all, mad'u ada depan mata. Sila jangan abaikan. Ramai manusia bila berjumpa sanak saudara dan sahabat-sahabat sekalipun, asyik sibuk dengan gadget. Langsung tak meraikan manusia di sebelah.
Manusia, Allah cipta hidup berkelompok. Bila asyik dengan gadget, suka bersendiri. Sama macam jin, suka menyendiri. Lepas dah ambil fitrah jin, bila jin datang berkawan baru la tercari-cari... Ahhhh... terlupa pada Tuhan. Sibuk dengan gadget, lupa nak solat.
Wallahua'lam.
5 leaves:
Peringatan yang sangat-sangat bagus. InsyaAllah kita kena selalu saling ingat-mengingati begini. Kalau tidak banyak silaturrahim dan usaha dakwah yang akan gagal di tengah jalan.
salam...
well said! terima kasih atas ingatan ini... saya share link entry ini ke facebook dan blog ya...
salam kenal :) saya follow blog ni utk mencari ilmu..
Ya Allah, rasa tersedar sekejap, hakikatnya begitulah senario skrg..
suka entri ni. tq for the reminder..
Post a Comment