"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

31 October 2011

Tolong Tanggal Niqab...

Bismillahirrahmanirrahim.

Entri ini sudah lama berada di dalam 'draft', baru berkesempatan untuk menyambung tulisan. Dalam menghadapi kerenah orang sekitar, pelbagai ragam dan pelbagai reaksi yang pernah ditemui. Alhamdulillah, selepas berkahwin terasa lebih 'kuat' untuk menghadapi pandangan masyarakat tentang niqab.

Menetap di kediaman sekarang ini dan duduk dengan golongan atasan yang mana kebanyakan mereka terdiri dari ahli perniagaan dan ahli korporat sedikit sebanyak membina jurang kemesraaan. Tambahan pula usia yang sangat berbeza, terasa sukar untuk memecah tembok yang menjadi penghalang.

Usia ana 21 tahun. Apabila mahu 'mendekati' ibu-ibu yang selayaknya ana panggil nenek memerlukan dos kasih sayang yang lebih, tetapi dengan cara vogue dan trendy, sedikit sebanyak ketandusan idea untuk duduk bersama dengan mereka. Maksud ana, bersilaturrahim.

Sudah beberapa kali muslimat di sini 'menyuruh' encik zauj pesan pada ana untuk mengikuti kelas-kelas yang diadakan di surau. Sudah banyak kali juga mereka pesankan pada zauji menyuruh ana bersosial dengan kaum ibu. Tetapi, masa itu masih berpantang dan mereka terima alasan tersebut. Semasa bulan Syawal, muslimat mengadakan jamuan Eid di penghujung Syawal... Alhamdulillah, dengan ditemani oleh zauj, ana ikut serta juga.

Gugup dan terkejut jadinya apabila seorang ibu (boleh dipanggil nenek :D) menyuruh ana menanggalkan niqab, tanpa sempat ana membuka niqab beliau telahpun membuka niqab ana. Terkedu. T__T

Sebenarnya, ana sangat tidak bermasalah menanggalkan niqab semasa berada bersama muslimah apatah lagi di kawasan yang tertutup. Tetapi, tindakan mak cik tersebut membuatkan adrenalin bergerak pantas dan muka bertukar jadi hijau cuma badan yang tak membesar seperti incredible hulk.

Baca luahan seorang adik, tersenyum sendirian.

-----

okey. tidak dapat dinafikan. saya lah diantara kawan-kawan niqabis yang paling SUSAH nak buka niqab. Ye ! saya tahu wajah bukannya aurat. Dan salah satu asbab saya berniqab adalah untuk mengelakkan fitnah.


Kalau dengan wanita tak kan nak berniqab juga kut ?


err. ye. sangat-sangat dibenarkan. lagi-lagi sekiranya dalam satu kumpulan. hanya wanita sahaja. seperti ketika berusrah, bergathering sesama muslimah dan sebagainya. sebenarnya di antara asbab saya malu untuk membuka niqab saya di hadapan sahabiah adalah kerana tarbiyah. saya sudah ditarbiyah untuk kekal kan berniqab ke mana sahaja saya pergi. insyallah saya akan cuba untuk beristiqamah. jadi, sahabiah yang saya sayangi semua, terima kasih kerana memahami keadaan saya. saya perlu kan masa dan waktu yang tenang sekiranya ingin membuka niqab di hadapan antunna sekalian. Percayalah, jika antunna tidak memaksa saya, sabar menanti, antunna akan dapat juga lihat wajah saya secara live. yeaahaaa ! \^o^/


------------

Nukilan untuk kakak pengawas yang PAKSA saya buka Niqob. semoga kakak baca ye !


My name’s Harlina . I’m 19 years old. I was wearing hijab since child ….which I can not remember one. I wear because I believed that my Creator wants from me and I also believed that it benefits to myself. By covering my face, I’m honoring myself. I’m presenting myself to the world. As a some of my character, as a some of my personality, my contribution towards society. And it is a little bit that I’m doing to enable me to go through path of spiritual discovery. And it’s something that I feel glad and happy. I feel so wonderful to having done it. And it just spiritual choice… It just…example for the fact that I’m hornor muslim women, who has her own opinion. She has her own voice. I have my own personality, I have my character, I have everything that wonderful about me. The way I contribute towards society.And.. my beauty is wonderful part of me as well. But I don’t feel that I have to display to all over the world. You know, muslim women who choose to dress this way, do that because they feel…you know, covering this way…first of all because they believed that God said to them. They believed that God knows better for them than they know.

-----

Situasi lainnya, kurang selesa apabila bersemuka dengan wanita berpurdah tetapi enggan menanggalkan purdahnya meskipun berada di kawasan tertutup tanpa kehadiran muslimin. Selepas membaca 'isi hati' sahabat ini maka ana pun tersenyum. Iya, berikan ruang dan sedikit masa untuk niqabi supaya mereka menanggalkan niqab dalam keadaan yang tenang.

Tapi, ana punya sedikit masalah.

Ana dikatakan anti-sosial oleh ibu-ibu di sini lantaran ana tidak meluangkan waktu untuk bergaul mesra dengan mereka. Ana sudah cuba tetapi rasa kurang keserasian. Apabila duduk sekali dengan mereka, perbualan mereka menjurus kepada hal-hal yang tidak menjadi minat ana. Maka, ana hanya menjadi pendengar yang setia.

Wanita, kecantikan dan perhiasan adalah menjadi satu yang tidak boleh dipisahkan. Duduk dengan golongan yang mengikuti perkembangan fesyen membuatkan ana terdiam... Bukan kerana tidak suka, tetapi tidak tahu mahu mencelah di mana tambahan pula jarak usia memisahkan kami untuk beramah mesra.

Dialog-dialog mereka juga menakutkan ana, bimbang ana juga tergelincir lidah dan sering berbual hal ehwal dunia.

"I beli handbag ni di Paris last year, this year I nak bawa anak-anak I pergi bla bla bla... Shopping kasut."

"Oh, handbag ni I beli kat bla bla bla sekali dengan kasut. Puas hati la, bukan mahal sangat. Dalam RM?k je..."

"Oh, bandbag macam ni I tengok kat bla bla bla... kasut bla bla bla."

Telan air liur saja. Sangat bersyukur kerana encik zauj tidak menghadiahkan handbag semasa bernikah tempoh hari, kalau tidak nasib handbag tersebut duduk dalam almari saja T__T

Terima kasih juga encik zauj kerana tidak pernah membelikan high heel, kalau tidak nasib high heel tersebut elok menjadi perhiasan dalam almari.

Terima kasih encik zauj kerana menghadiahkan handbag yang lagi best boleh dipeluk-peluk (Encik Amir Solihin :P) dan sepasang selipar super cool sebelum bersalin tempoh hari. Sungguh! Langsung tak reti nak ber'jangok', tengok orang sibuk merancang nak membeli perhiasan barang kemas pun dah terasa "Takde topik lain ke?".

Soalan paling hampeh pernah ditanya kepada encik zauj.

"Kalau pergi kenduri kahwin, kena pakai barang kemas ke?"

Hahahaha...

Sungguh tak boleh blah!

Sebab hairan melihat orang semua sibuk-sibuk pakai barang kemas, jadi terpinga-pinga. Kesian encik zauj dapat isteri yang kuno macam ana.

Mahapkan saya wahai mak cik, saya tak gheti nak sembang dengan mak cik pasal handbag dan high heel yang mak cik beli ribu riban ituuuu. Saya juga tak berminat nak berbincang soal itu. Mak cik, saya dah blur sangat ni...

*pakai niqab dan cari encik Amir ajak encik zauj balik umah*


Blurrrrrr...

Ummu Amir

Read more...

30 October 2011

Mujahadah : Mudah Tapi Susah

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah 2 minggu tidak mengemas kini pondok kecil ini. Pondok yang banyak menyimpan memori suka duka. Meski tidak mengemas kini entri namun jari menyemak catatan lalu, sejarah yang ingin dikenang-kenangkan saat diri terasa 'sudah tua'. Kesibukan melayani si kecil Amir Solihin yang semakin lincah, saat dihujani idea... Ia hanya menari di dalam minda kerana kekangan peluang untuk berlama-lamaan di depan lappy. Saat duduk-duduk sahaja, idea sudah terabur dibawa bersama angin yang meniup.

Hati sedikit teruji, sesuatu... Bila Allah nak menegur seseorang hamba, DIA punya pelbagai cara untuk mengusik jiwa manusia. Terpulang kepada kebijaksanaan hamba tersebut untuk menilai 'teguran' dari Allah sama ada untuk memperbaiki diri atau menyalahi takdir ketentuan Ilahi. Parameter yang menyukat bukan hanya pada akal tetapi dengan hati yang disaluti nur iman.

"Akhlaq awak harini adalah proses tarbiyyah yang akan awak berikan kepada anak-anak awak. Jadi, untuk berhajatkan sesuatu kenikmatan memperoleh anak-anak soleh solehah, 'keperitan' bermujahadah menjadi insan yang soleh solehah itu perlu ditekankan. Orang selalu pandang remeh soal ini, hakikatnya perbuatan kita hari ini natijahnya pada hari kemudian. MENCARI yang soleh sebenarnya lebih susah dari MENJADI yang solehah. Apabila MENCARI, awak tercari-cari tetapi apabila MENJADI awak tahu apa yang perlu awak jadi... Solehah pada kalam dan perbuatan."

Apa yang diri sendiri rasa saat membaca apa yang pernah ditulis suatu ketika, lama dahulu! Sudah lama tulisan ini, serasanya saat membaca kalam ini ia seakan menggigit jiwa dan hati yang kelelahan. Lelah dengan 'kesenangan' yang Allah berikan, terasa lemah dengan semua nikmat yang Allah hujankan ke atas diri.

Allah kurniakan seorang suami yang soleh, mendidik diri dengan hikmah dan penuh sabar. Melayani kerenah dan kecetekan akal fikiran seorang wanita dalam menghadapi ujian perasaan. Tabah menguruskan rumahtangga dengan seorang isteri yang sering 'tempang' gerak dan langkah. Allah... Dihujani nikmat-nikmat sebegini menjadikan diri terasa kurang bersyukur dengan Allah. Astaghfirullah hal azhim.

Seringkali dibisikkan kepada diri; "Aku minta sedikit sahaja tetapi Allah memberi dan terus memberi jauh lebih banyak dari apa yang aku minta. Apakah aku mahu terus begini..."

"MUJAHADAH"

Sebaris perkataan yang membuatkan diri terus nanar.

Langkah pertama mujahadah untuk menyediakan seorang 'mujahid' buat ummah adalah dengan disiplin diri sendiri. Rayuan demi rayuan kepada Ilahi agar menitipkan seorang nakhoda yang soleh bagi membimbing pelayaran layar menuju kepada Nya. DIA berikan insan yang pernah melalui pengalaman yang sungguh membuat diri ini terasa kerdil. Untuk berdiri di sebelah mujahidin, mengigil saat pertama kali bersentuhan tangan selepas diakad nikahkan.

Langkah kedua mujahadah untuk menyediakan seorang 'mujahid' buat ummah adalah bersama-sama 'terjun' dan 'bergelumang' dengan lelaki yang telah pun diamanahkan untuk menjaga urusan agama, dunia dan akhiratku. Berpergian bersama suami di majlis ilmu adalah lapangan untuk meneguk takungan ilmu Allah, peluang untuk refleksi diri dan kesempatan untuk bersama masyarakat.

Langkah ketiga mujahadah untuk menyediakan seorang 'mujahid' buat ummah adalah sentiasa 'melempar' perasaan dan perangai yang bukan-bukan sepanjang proses kehamilan. Saat paling teruji adalah saat Allah menguji sejauh mana bertawakkal kepada DIA, iya... boleh saja ana katakan saat kehamilan adalah klimaks (pada ana) DIA sengaja menduga untuk membekalkan secebis semangat supaya terus memeluk tali Nya.

Langkah keempat mujahadah untuk menyediakan seorang 'mujahid' buat ummah adalah berusaha sekerasnya mewujudkan suasana dengan menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Lahirnya si kecil diusahakan suami untuk mempraktikkan sunnah Rasulullah agar si kecil membesar dengan rahmat dan dilimpahi kehidupan penuh barakah.

Kini... Kami diberikan amanah Ilahi untuk mendidik si kecil Amir Solihin, bukan sahaja keseronokan saat si kecil ketawa tetapi kegusaran dengan tanggungjawab yang tergalas.

Selepas habis tempoh berpantang, 'lesen besar' untuk terbang bebas. Di mana Allah gerakkan suami untuk menyampaikan ilmu Nya, maka akan diusahakan terbang bersama si kecil Amir Solihin. Sebelum bertolak ke majlis ilmu, keperluan Amir Solihin disediakan terlebih dahulu. Mengajar si kecil agar mencintai majlis ilmu, mendidik si kecil untuk seronok berada di rumah Allah dan mengajak masyarakat untuk sama-sama membawa anak.

Teringat saat bersua dengan seorang sahabat, dia dan suaminya adalah pembaca blog. Suaminya berkenalan dengan Encik Zauj pada Ramadhan lalu dan Allah temukan kami semasa Syawal lalu... Kata-katanya mengusik emosi.

"Bawa buku, bawa pen ikut suami mengajar. Kita belajar dan mengajar. Nak berdakwah dengan orang lain agar turut sama bawa pen dan buku semasa mendengar ilmu. Kita tak boleh suruh orang buat sebelum kita sendiri yang mulakan. Kena tunjukkan contoh."

Benar. Teringat kisah semasa Rasulullah melaksanakan haji. Rasulullah menyuruh para sahabat bercukur tetapi tiada siapa yang mendengar atau melaksanakan ucapan Rasulullah sehingga ummul mukminin Ummu Salamah menarik Rasulullah dan menyarankan Rasulullah bertahallul terlebih dahulu. Selepas Rasulullah bertahallul barulah para sahabat 'perasan' dengan kelainan Rasulullah dan mereka pun bercukur :)

Tidak dinafikan, sukar untuk membawa anak kecil ke masjid dengan suasana di Malaysia yang 'tidak meraikan kanak-kanak' sepertimana negara barat, arab dan sebagainya. Sedikit cabaran juga membawa Amir Solihin yang sangat peramah, semua orang ditegurnya sehingga mengganggu tumpuan orang untuk mendengar ilmu. Cabaran menjadi lebih besar apabila Amir Solihin sudah pandai membuat pelbagai mimik muka yang sangat mengganggu insan yang berada di sekitarnya kerana turut mahu bermain dengan Amir Solihin T_T

Pengalaman.

1. Tiada muslimah di surau. Selepas membersih dan menukar lampin Amir Solihin, runsing kerana tiada muslimat. Azan Isyak akan berkumandang beberapa minit lagi. Kalau ditinggalkan Amir Solihin sendirian di ruangan muslimat, bimbang pecah tangisnya nanti bergegar surau orang menyangkakan "bayi ditinggalkan" sehingga mengganggu majlis ilmu. Akhirnya, ditenung-tenung si kecil yang dihurung kantuk tetapi tetap tidak mahu tidur. Tiba-tiba Allah hadirkan seorang muslimah yang mahu bersolat, lalu dititipkan pesan untuk tengok-tengokkan Amir Solihin sementara mahu berwudu'. Betapa Allah memudahkan urusan :)

2. Dek kerana kelewatan solat berjemaah, ikut masbuk dan Amir Solihin sudah menukar posisinya, kepalanya sudah jatuh dari toto. Jemaah yang melihat Amir Solihin baru muqaddimah nak 'berbunyi' cepat-cepat dibetulkan Amir Solihin, lalu Amir Solihin menghadiahkan senyuman kepadanya yang membuatkan beliau geram. Alhamdulillah, tak jadi Amir Solihin 'berbunyi.' :)

Bangun malam menyusukan Amir Solihin, menukar lampin dan sebagainya. Berkira-kira nak berwuduk. Kalau orang kata berkahwin seronok, ana ketap bibir berfikir berkali-kali tentang keseronokannya. Dulu sendirian, bangun malam terasa ringan. Tetapi kini, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jadi berat. Barulah faham mengapa ada hadith menukilkan Allah merahmati pasangan suami isteri yang bangun di tengah malam untuk sujud kepada Nya. T__T

Lebih-lebih lagi wanita... Nak solat kena dekat dengan tempat tidur supaya bila suami menyedari kehilangan si isteri, selesai solat boleh terus menyelinap di sebelahnya. Hmmm... Nampak mudah saja kan? Hakikatnya... SUSAH...!


Permisi dulu, Amir Solihin nak ikut abi ke majlis ilmu malam nanti... Assalamualaikum :)


Ummu Amir

Read more...

15 October 2011

Mujahid Kami [Photoblog]

Bismillahirrahmanirrahim.

Mujahid kami, Amir Solihin alhamdulillah sudah berusia 3 bulan 3 hari. Fizikalnya agak kecil tetapi pencapaiannya alhamdulillah agak memberangsangkan. Sejak berusia 2 bulan lagi, encik zauj sangat gemar mengajar Amir Solihin berjalan. Badannya sudah keras, tidak perlu menyokong leher dan kepala.

Suka melonjak, sudah pandai menegur orang dan mudah tersenyum dengan orang. Setiap kali melonjak, orang yang memegangnya perlu 'mengangkat' beliau seolah-olah melompat. Kalau tidak diangkat semasa melonjak, Amir Solihin akan melonjak lagi dan lagi... Amir Solihin pandai angkat sebelah kening. Amir selalu bagi 'chance' ummi solat, tetapi sudah sampai tahiyat akhir Amir Solihin minta perhatian. Amir Solihin suka dengar azan :)

Bila ikut abi pergi kuliah, Amir Solihin boleh duduk soleh-soleh. Tegur orang, sibuk nak memberi respon dalam majlis ilmu supaya abi tahu Amir Solihin bukan duduk saja-saja, Amir Solihin pun menadah ilmu juga. Suatu hari nanti, Amir Solihin pula duduk di depan dan abi pula jadi pendengar, insha Allah :)



Gambar di hospital
Berat : 2.43 kg
Panjang : 50 cm



Semasa dalam pantang, agak lemah.
Demam kuning yang tinggi.
Bacaan di hospital 350 (peh!)
Gara-gara kuning tinggi, beratnya tinggal 2.25 kg.



Menggeliat.
Berusia 1 bulan.
Berat : 2.7 kg
Panjang : 53 cm



Tidurnya seorang Amir Solihin.
Tak tutup mata.
Berusia 2 bulan.
Berat : 3.8 kg
Panjang : 58 cm


Muka baru bangun tidur.
Terus kena dera dengan ibu-ibu saudara.



2 bulan 3 minggu.
Amir Solihin kena buli dengan umminya.
Dipaksa pakai serban.
Semasa ketiadaan abi pula.
Selalunya abi menjadi 'pelindung',
bila ummi nak kenakan Amir Solihin.
Kali ni, Amir Solihin terpaksa merelakan diri.
Geleng-geleng kepala je.
Berat agaknya 'serban' besar sangat ^_^

3 bulan
Berat : 4.5 kg
Panjang : 63 cm

Amir Solihin mempunyai masalah kurang berat badan. Masih boleh pakai baju saiz 'newborn', insha Allah beberapa hari lagi Amir Solihin akan berjumpa dengan doktor pakar. Mudah-mudahan tiada masalah...

Nota Amir Solihin:
Ummi cakap Amir tak 'besar' sebab Allah Maha Mengetahui.
Ummi cakap lagi, Amir tak 'besar' sebab Allah Maha Penyayang.
Kalau Amir besar macam orang lain, ummi tak larat dukung Amir.
Kalau Amir besar macam orang lain, ummi susah nak dukung Amir.
Allah bagi setakat yang ummi mampu. Baikkan Allah...
Amir yang 'kecil' ni pun ummi asyik jatuh je.
Kalau Amir besar, tak tahu la macammana ummi tergolek-golek.

Ya Allah, indahkanlah akhlaq Amir Solihin sebagaimana Engkau mengindahkan wajahnya. Berilah Amir Solihin kefahaman dalam agama. Perelokkanlah agama Amir Solihin. Rabbana hablana minladunka zurriyyatan toyyibah, innaka sami'ud du'a. Aamin.


Ummu Amir,
Insyirah Soleha

Read more...

14 October 2011

Takut Pada Islam

Bismillahirrahmanirrahim.

Orang kata pakai purdah tak releven zaman sekarang.

Saya tanya kenapa.

Dia jawab sebab nanti orang takut dengan Islam.

Saya cakap, sebenarnya mereka bukan takut pada Islam tapi mereka takut melihat orang Islam yang tak mengamalkan Islam.

Dia kata lagi, purdah hanya fesyen.

Saya tanya di mana fesyennya.

Dia kata orang berpurdah pun tak tutup aurat, pakai baju ketat-ketat, pakai seluar singkat-singkat kadang nampak pusat, ada masa pakai legging saja.

Saya tanya lagi, sekarang... Yang salahnya purdah atau pada orangnya?

Dia kata lagi, purdah budaya orang Arab saja.

Saya kata pula. Oh, disebabkan Rasulullah s.a.w. berbangsa Arab, semua yang datang dari Rasulullah hanyalah budaya Arab. Syariat Islam pun dikatakan budaya Arab juga. Tapi, kenapa tang pemakaian saja nak pertikaikan. Kenapa semasa Ramadhan, berbuka puasa dengan kurma sebab ianya sunnah Rasulullah? Kenapa tak berbuka puasa dengan cornflakes saja? Kan semua yang datang dari Rasulullah hanya budaya, kenapa tak pertikaikan berbuka puasa dengan kurma adalah sunnah Rasulullah?

Dia cakap lagi, pakai purdah pun akhlaq macam sampah.


(Lukisan Cecer Syudde ~ Insyirah Soleha)


Saya senyum saja. Saya tertanya-tanya, tapi saya takut nak tanya nanti awak makin tertanya-tanya kenapa awak bertanya. Sebenarnya saya nak tanya, awak bermasalah dengan purdah atau awak ada masalah dengan Si Pemakai Purdah?


Saya nak bagitahu awak, sahabat saya cakap... Purdah bukan hanya pakaian tutup hidung, tutup mulut, tutup sebahagian muka atau nampak mata macam ninja saja. Sahabat saya kata lagi, purdah ialah sunnah (baginya yang memegang pendapat purdah adalah sunnah). Kalau sunnah, maknanya dari Rasulullah. Bila datang dari Rasulullah, kena la jaga betul-betul. Purdah adalah Islam. Orang kafir tak pakai purdah. Bila pakai purdah, kena jaga imej Islam. Menutup bukan sekadar mulut tetapi menjaga lidah dari mengadu domba, berprasangka, mencaci, menghina, mengumpat dan sebagainya. Bila orang yang pakai purdah tapi perangai macam sampah macam yang awak cakap tu, maksudnya bukan salah purdah tapi salah orang tu yang tak jaga akhlaq dia.

Awak kata lagi, bila berpurdah orang akan berprasangka dengan Islam.

Saya tanya awak, siapa yang berprasangka dengan Islam. Orang atau awak?

Awak tanya lagi, tak susah ke nak bermuamalat bila pakai purdah. Nanti orang pandang serong.

Saya nak bagitahu awak, muamalat dengan memakai purdah lebih menjaga muslimah bahkan orang yang tidak beriman dengan syahadah 'La ilaha illaLLAH, Muhammad Rasulullah' pun lebih menghormati muslimah daripada orang Islam sendiri.

Awak tak percaya juga.

Ada muslimah bercerita, dia baru je buat kad pengenalan (IC) minggu lepas sebab cip IC dah rosak. Tiba gilirannya untuk diambil gambar, pekerja lelaki tersebut mintakan pekerja wanita yang ambilkan gambarnya kerana segan dengan muslimah yang memakai purdah. Dan, pekerja lelaki tu BUKAN orang Islam. Barangkali dia tidak menganut mana-mana agama atau kristian. Dia terus berlalu meninggalkan kaunter. Awak rasa dia fikir orang berpurdah hantu ke? Tak... Dia tak takut tapi dia menghormati pendirian muslimah tersebut. Jadi, kenapa orang bukan Islam boleh menghormati pendirian orang Islam berbanding orang Islam sendiri?

Ini hanyalah analogi sebuah kisah yang selalu mempertikaikan sesuatu yang berkaitan dengan Islam. Seperti yang hangat baru-baru ini (sekarang pun masih hangat juga) mengenai syariat Hudud. Sesuatu yang orang tak sedar atau tak nak sedar... Orang Islam lebih takut kalau syariat Islam tertegak dibandingkan ketakutan mereka yang bukan Islam.

Renung-renungkanlah...

Wallahua'lam.


I love Islam,
Insyirah Soleha

Read more...

08 October 2011

Engkau... Mawar Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim.

8 Oktober 1996, 15 tahun yang lalu... sepanjang seminggu sebelum mencapai tarikh ini, seringkali disoal oleh guru di tadika.

"Bila nak dapat baby?"

"Bulan 10."

"Sekarang dah bulan 10."

Tersengih-sengih menampakkan barisan gigi yang tak sempurna.

Alhamdulillah, setelah 15 tahun berlalu. Usia adik perempuanku sudah mencapai 15 tahun. Buat adinda Fatin Mahfuzah, coretan ini buatmu. Moga ianya bermakna.

Semakin bertambah sehari,
Semakin meningkat usiamu sehari,
Wajarlah engkau semakin menguntum mekar,
Andai dirimu diumpamakan seperti sekuntum mawar,
Sudah semakin mekar kelopakmu,
Semakin harum baumu,
Semakin indah warnamu,
Namun... Dirimu perlu diingatkan,

Sekuntum mawar itu punya...
Kelopak yang rapuh sifatnya,
Ditiup sang angin, lentok meliuk,
Dipegang sang manusia, layu jadinya,
Dikucup-kucup selalu, hilang baunya,

Begitulah diri seorang wanita,
Andai akalnya tidak diwarisi iman,
Rebah ke bumi perasaannya,
Terkulai layu jiwanya,

Hiasilah dirimu dengan pagar keimanan,
Pupuklah hatimu dengan duri ketaqwaan,
Ikatlah perasaanmu dengan rasa berTuhan...
Kerana engkau sekuntum mawar milik Tuhan ^_~


Ya Allah,
Jadikanlah Fatin Mahfuzah seorang hamba Mu yang solehah, mentaati perintah ibu ayah, patuh pada ajaran Quran dan sunnah, berkatilah usia Fatin Mahfuzah, berkatilah kehidupan Fatin Mahfuzah di dunia dan akhirat, perelokkanlah akhlaq Fatin Mahfuzah sebagaimana Engkau memperelokkan wajahnya, cantikkanlah agama Fatin Mahfuzah, permudahkanlah urusan Fatin Mahfuzah di dunia untuk mendapatkan keredhan Mu.

Ya Allah,
Ampunkanlah dosa-dosa Fatin Mahfuzah yang telah lalu dan Engkau berkatkanlah usianya yang akan datang. Berilah kepada Fatin Mahfuzah sekeping hati bersalut sifat-sifat mahmudah, hati yang lunak dan akrab dengan Mu ya Allah. Berilah kejayaan kepada Fatin Mahfuzah di dunia dan akhirat. Barakallahu fiki. Aamin ya Allah.

With love and hugs,
Insyirah Soleha.

Read more...

07 October 2011

Sosok Lelaki Itu...

Bismillahirrahmanirrahim.

Menulis warkah untuk yang dicinta berlatar belakang < lagu ini >, tak tahu. Runtun, sedih, pilu. Menangis, hingus meleleh. Biarkan saja. Apabila sudah lama tidak menangis, cubalah bertanya kepada hati sudah berapa lama merasakan tidak perlukan Tuhan. Apabila sudah lama tidak menangis, cubalah risik kepada jiwa sudah berapa lama tinggalkan 'rasa' berTuhan. Apabila sudah lama berhenti menangis, cubalah belajar dengan berpura-pura menangis.

Tangisan. Andai seorang wanita seringkali menjadi diskriminasi, dipergunakan dan rela dipergunakan tanpa disedari ataupun dalam keadaan yang sedar. Terlupa pula untuk memberitahu kepada yang tidak tahu. Tidak mahu mengingatkan kepada yang terlupa, cubalah untuk merisik-risik kepada hati sejauh mana rasa cinta kepada kaum wanita yang sudahlah rasionalnya 1 dan emosinya 9 dibandingkan dengan lelaki yang punya 9 rasional dan 1 emosi. Andai cintamu hanya kepada nafsu, cubalah bertanya kepada hati sudah berapa lama tidak menangis?

Seorang lelaki tidak diizinkan menitiskan air mata apatah lagi menangis. Bimbang hilang ke'macho'an diri, runsing pudar kejantanan diri. Rasulullah s.a.w. itu seorang lelaki, bahkan sebaik-baik lelaki yang ada di bumi namun masih tetap mengalirkan air mata apabila hatinya dirundung pilu. Usah dialirkan airmata di hadapan manusia andai malu ditertawakan tetapi pujuk-pujuklah untuk mengalirkan airmata saat berkhalwat dengan Tuhan.

Andai putus cinta sahaja mampu merobekkan jiwa rasa dan menumpahkan airmata, apatah lagi timbul rasa TAKUT diputuskan cinta dari Sang Kekasih. Lebih wajar dan lebih patut untuk menumpahkan air mata bahkan sangat memenuhi fitrah manusia apabila merasai peritnya sebuah kehilangan.

"Ukhti, kalau ana di tempat ukhti... Ana akan terus kembangkan sayap ana meskipun tiada nakhoda yang mengemudi. Biarlah kita terbang dengan panduan Ilahi."

"Insyirah, bukankah lebih terjaga apabila dijaga oleh seorang suami?"

"Benar, tetapi apabila Allah hadirkan seorang peneman hidup (di dunia dan insha Allah di akhirat juga) semakin lama kita semakin rasa selesa. Sudah ada yang menjadi telinga untuk mendengar, sudah ada yang menjadi tangan untuk meringankan beban, sudah ada yang menjadi kaki untuk menguatkan langkah kaki. Kita menjadi semakin selesa dan keselesaan kita akan buat kita menjadi sangat lemah."

"Bukan kita semakin kuat ke?"

"Kuat pada zahir. Tetapi rapuh di dalam. Pada saat yang kita sendiri tak sedar akhirnya kita semakin tinggalkan waktu untuk berbicara dengan Tuhan. Pada saat kita sendiri tak sedar akhirnya kita semakin bergantung kepada teman yang Allah hadiahkan, pergantungan dan tawakal kepada Tuhan tidak lagi sekukuh dahulu (sebelum berkahwin)."

"Hmmm..."

Begitulah manusia. Bila Allah beri anugerah, kita melebihkan anugerah yang Allah berikan sehingga terlupa 'berterima kasih' kepada Allah dengan menambah lipat gandakan lagi rasa syukur dengan beribadah kepada Allah.

"Bukan ke berbakti dengan suami pun ibadah juga?"

"Ya! Itulah medan juang seorang isteri. Tetapi, jangan sampai lupa simpan sedikit rasa hati kepada Ilahi kerana manusia hanyalah pinjaman dari Allah. Sampai masanya, Dia akan ambil kembali apa yang Dia pinjamkan. Kita akan 'patah kaki' kerana tempat 'bergantung' sudah tiada lagi. Kita bergantung kepada Allah, bukan suami."


Saya nak jadi sayap awak dan terbang bersama ke sana ^__^


Masih seorang isteri yang juga memegang status kanak-kanak blackcurrent. Yihhaaaa!

Read more...

06 October 2011

Bicara Tentang Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Tengah malam semalam, sambil berbual di kotak Yahoo Messenger dengan seorang sahabat ligat fikiran menerima apa yang dikisahkan kepada ana, dalam masa yang sama bukan masalah yang ingin difikirkan hikmahnya tetapi memandang 'ibrah dari apa yang dikongsikan.

Tentang HATI.

Bicara mengenai segumpal darah yang begitu unik, untuk melihat keadaan sihat atau sakitnya seseorang maka lihatlah kepada hatinya. Seseorang yang memiliki hati yang sihat yakni rohani yang segar membugar akan memiliki wajah yang tenang, jiwa yang lapang dan fikirannya juga seimbang. Jauh dari sifat mazmumah dan prasangka terhadap orang lain, melihat sesuatu dari sudut yang positif sahaja.

Seseorang yang memiliki hati yang sakit yakni rohani yang cedera parah yang mana perlu dikuarantin dari menularkan penyakit hati kepada manusia lain, bahkan ada ketikanya hati kita bagaikan kronik sehingga perlu dirawat di dalam wad khas bagi memulihkan kembali penyakit hati yang sedang merebak.

Merawat hati (rohani) bukanlah dengan menjerit sekuat hati melepaskan rasa supaya manusia lain 'menikmati' cebisan rasa hati sendiri tetapi rawatan hati yang paling mustajab adalah KEMBALI kepada Pemberi rasa hati iaitu Allah subhanahu wa taala. Dia yang menjadikan hati manusia berbolak balik. Bahkan ada manusia di waktu siangnya sangat beriman dan beramal soleh tetapi menjadi taghut yang bengis lagi kejam di waktu malam. Ada manusia yang menjadi binatang di waktu siang tetapi pada malam harinya menikus setelah diberi seteguk hidayah oleh Allah.

Kadang, kita terlalu bebas membiarkan hati 'berjalan' sehingga mengutip segala kekotoran dunia. Menjadi seorang yang gemar berprasangka buruk kepada orang lain, memandang negatif pada usaha orang lain, meremehkan pandangan orang lain dan sebagainya. Duduklah, tenangkan sejenak hati yang liar dan jinakkanlah hati di dalam sangkar. Renungkan pada pokok, tanah, bintang, matahari dan rembulan... Andainya semua itu tidak mampu meredakan pelupuk emosi yang garang untuk menundukkan hati yang lantang, maka usahakanlah melihat pada lautan luas dan jeram air terjun.

Sungguh...! Sekeras-keras hati manusia, tunduk juga kepada Allah. Sekejam-kejam manusia yang mengaku Tuhan, Firaun akhirnya akur bahawa dia juga diciptakan oleh Pencipta yang Esa. Bawalah sejenak hati merenung dan bermuhasabah, apakah hati ditadbir dengan RASA seorang hamba Tuhan atau dipimpin dengan bangga sebagai manusia tak bertuhan?

"Kita kuat bila kita lemah... Kita lemah bila kita kuat. SUSAH kita nak kuat bila kita kuat tapi MUDAH kita lemah bila kita lemah."

Kebergantungan kita kepada Allah seringkali kita anyam kemas-kemas bila kita lemas di lautan masalah atau ujian yang bertimpa-timpa. Tetapi, anyaman tawakkal dan nilai keimanan kita menjadi susut apabila Allah menyogok kita dengan nikmat dan kemewahan dunia. Kita lalai dan lupa kepada Pemberi nikmat kerana diri sendiri mendabik dada berbangga bahawa usahanya sudah terlaksana sedangkan terlupa, andai Allah tidak mengizinkan hal itu berlaku maka dia tetap tidak mampu mencapai apa yang kita gapai.

Begitulah namanya manusia, selalu terlupa...
Itu tandanya kita manusia biasa, sentiasa perlukan Yang Esa!
Perlukan Dia untuk sentiasa mengingatkan kita kembali.
Agar bahtera sentiasa melalui jalan Ilahi.
Tidak terpesong ke laluan sesat lagi menyesatkan diri.

Namun, sukar rasanya untuk tetap konsisten dengan iman yang ada pasang surutnya. Seperti pasang surut air di lautan, mengikut peredaran sang rembulan... Kita manusia biasa, sesekali menaik graf iman dan ada ketikanya dipukul ribut bergelora maka jatuh menjunam. Tidak penting sebanyak mana ombak memukul kubu hati kita dengan ribut dan masalah tetapi yang paling penting sebagaimana kita berdepan dengan ombak yang melanda.

Berdoalah, "Ya Allah, jangan Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan kami hidayah."

Rentangkanlah layar keimanan dan bawalah kembali kapal ke arah jalan taqwa agar hati yang resah mendesah akan kembali tenang...

Kita manusia, mudah... terlalu mudah untuk hilang kebergantungan kepada Allah yang Esa tatkala dipukul ribut dan ombak ujian, merasa tidak mampu untuk bangkit dan melangkah gagah di medan juang, segera melepaskan senjata (doa) keyakinan kepada Sang Kekasih.

Tahukah... betapa Allah rindu untuk mendengar bisikan hamba Nya, mengadu dengan isakan seperti anak-anak yang terisak meminta sesuatu dari ibubapanya... Allah rindu pada suara hamba Nya, bukan Dia menghukum kita dengan takdir Nya tetapi mendidik agar kita lebih bersyukur... Belajarlah erti syukur.

"Kita kuat bila kita lemah... Kita lemah bila kita kuat. SUSAH kita nak kuat bila kita kuat tapi MUDAH kita lemah bila kita lemah."

Manusia yang bersyukur dengan Allah adalah manusia yang paling banyak berterima kasih kepada manusia.

Masakan kita akan mensyukuri nikmat Allah sedangkan kita terlalu kedekut dengan manusia.

Beberapa ketika, hati terusik sendiri.

Memandang sepi pada wajah si kecil, mudah-mudahan Allah memelihara hatimu dengan baik wahai anakku.

Rabbana hablana min ladunka zurriyyatan toyyibah, innaka sami'ud du'aa. Aamin.


Wallahua'lam


Bicara Hati,
Insyirah Soleha.

Read more...

01 October 2011

Monolog Bersuara

Bismillahirrahmanirrahim.

Amir Solihin anak yang soleh.
Amir Solihin jarang menangis.
Amir Solihin suka senyum.
Amir Solihin pandai tidur mengiring.
Amir Solihin pandai alas tangan di pipi.
Amir Solihin pandai tidur macam Rasulullah.
Amir Solihin suka mandi.
Amir Solihin tak tidur selepas Subuh.
Amir Solihin suka dengar kuliah abi.
Amir Solihin tak suka dengar nyanyian.
Amir Solihin suka abi baca al-Quran.


2 Bulan 3 hari ~ Amir Solihin tidur ikut sunnah Rasulullah s.a.w,
dari dalam rahim selalu dengar pengajian Syamaail Muhammadiyah.


~ Dialog 1 ~

"Baby nama apa?"

"Amir Solihin."

"Masha Allah sedapnya nama. Menangis malam tak?"

"Tak pun, menangis nak menyusu je."

"Seronoknya awak, cucu saya menangis bergegar rumah."

Senyum... Terima kasih ya Allah kerana memberi Amir Solihin yang soleh.


~ Dialog 2 ~

"Diam je dia dengar ayahnya bagi kuliah, elok je lepas tu tidur."

Senyum... Terima kasih ya Allah kerana memberi Amir Solihin yang soleh.


~ Dialog Abi kepada Amir ~

"Amir, hisap la susu ni sayang. Ni susu ummi juga. Minum sayang, ummi tak boleh bangun tu."

Amir hanya menangis... Menangis dan menangis sehingga tertidur dalam dakapan abi.


2 Bulan 4 Hari ~ Tersenyum riang

~ Monolog Seorang Ummi ~

Yasterday, attacked by back pain. Seharian duk baring sebelah Amir sampailah lepas Abang balik solat jumaat tadi... Abang mandikan Amir, siapkan Amir skali. Masa nak solat jumaat, Abang tinggalkan Amir disebelah yang sedang terbaring... Belum seminit, Amir menangis. Tak boleh nak angkat Amir, tarik je kaki Amir sambil pegang bahu amir. Amir ketawa kerana menyangka ana berjenaka :(

Air mata dah menitis. Tarik Amir letak atas badan... Amir menangis juga. Dipujuk, tepuk-tepul... letak pipi Amir atas pipi, Amir nak tidur tapi tak selesa. At the same time, Amir dah senyap tapi mencari posisi yang selesa. Strugling very hard untuk cari posisi nak kurangkan sakit belakang sambil support Amir atas badan.

Nak bangun tak boleh, Amir resah... banyak kali try selesakan Amir. At last, tarik Amir letak di bahagian kiri dan try bagi susu kat amir. 1st time susukan amir sambil baring dan menangis sekuat-kuat hati... Amir tengok je sambil hisap susu dan beliau sangat innocent. Akhirnya Amir ketiduran dalam dakapan dan diriku ketiduran sebab penat menangis. Kesian amir, he deserved to get better then this :(


~ Sesi Kaunseling ~

Hmmm, masalah kalau dipendam, lama-lama akan burn out. Insyirah Soleha bayangkan, setiap hari syirah bawak plastik beg, then hari-hari Syirah isi kentang. Hari-hari Syirah buat macam tu. Apa akan jadi pada plastik tu & kentang tu lama-kelamaan? Atau, hari-hari Syirah heret beg.. sampai setiap perhentian, Syirah isi barang. Hari-hari Ssyirah buat macam tu. Apa syirah rasa? Dan apa jadi pada beg tu?

Kentang yang bawah jadi penyek, sebab kentang makin banyak. Kentang lama busuk sebab lama tak guna. Plastik koyak... T_T

Hmmm, macam tu lah diri kita. hati kita. Insyirah Soleha boleh cari orang yang syirah betul-betul selesa nak bercerita. Atau tulis pada kertas, then koyakkan. Jangan diam je. Pada suami pun boleh cerita. Pada ALLAH juga. Lama-lama, bimbang hati akan terpukul dek masalah / apa yg dipendam tu. Kita manusia biasa. Pasti akan ada perkara melanda hati & fikiran.


~ Kasih Seorang Sahabat ~

Akak nak pesan apa kat adik akak Insyirah Soleha nih ek? Akak rasa, Syirah kena sabar... sebab walaupun syirah ada dugaan nih, tapi everytime you faced it, you would go through it with flying colours even though every time it seemed hard to overcome the obstacles. If you look back, from a teenager, and then, u got married, and then you got pregnant, and then you gave birth, and then you had small baby, and then your baby grew and still growing, and each times, all the impossible become possible. That is how great Allah is and how dependent we are to his mercy. Therefore, syirah jangan terlalu emosi dengan keadaan syirah... Yes, u can be emotional, just enough for amir to know how much ummi loves him and this love creates the bonding between you, amir and abi amir. It is something only the 3 of you experience and treasure, none of us has this special relationship. So cheer up my dear... We are all here for you. We know you are a strong person and a strong person you are. ♥ ♥ ♥


Beautiful of friendship.

Keikhlasan umpama semut hitam yang berjalan di waktu malam.
Biar keikhlasan berbicara di hati luas saujana...

"Kalau rasa tak ada sesiapa di dunia bersamamu, ingat... masih ada Allah untuk kita!"


Pen Of Heart,
Insyirah Soleha

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO