"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

31 October 2011

Tolong Tanggal Niqab...

Bismillahirrahmanirrahim.

Entri ini sudah lama berada di dalam 'draft', baru berkesempatan untuk menyambung tulisan. Dalam menghadapi kerenah orang sekitar, pelbagai ragam dan pelbagai reaksi yang pernah ditemui. Alhamdulillah, selepas berkahwin terasa lebih 'kuat' untuk menghadapi pandangan masyarakat tentang niqab.

Menetap di kediaman sekarang ini dan duduk dengan golongan atasan yang mana kebanyakan mereka terdiri dari ahli perniagaan dan ahli korporat sedikit sebanyak membina jurang kemesraaan. Tambahan pula usia yang sangat berbeza, terasa sukar untuk memecah tembok yang menjadi penghalang.

Usia ana 21 tahun. Apabila mahu 'mendekati' ibu-ibu yang selayaknya ana panggil nenek memerlukan dos kasih sayang yang lebih, tetapi dengan cara vogue dan trendy, sedikit sebanyak ketandusan idea untuk duduk bersama dengan mereka. Maksud ana, bersilaturrahim.

Sudah beberapa kali muslimat di sini 'menyuruh' encik zauj pesan pada ana untuk mengikuti kelas-kelas yang diadakan di surau. Sudah banyak kali juga mereka pesankan pada zauji menyuruh ana bersosial dengan kaum ibu. Tetapi, masa itu masih berpantang dan mereka terima alasan tersebut. Semasa bulan Syawal, muslimat mengadakan jamuan Eid di penghujung Syawal... Alhamdulillah, dengan ditemani oleh zauj, ana ikut serta juga.

Gugup dan terkejut jadinya apabila seorang ibu (boleh dipanggil nenek :D) menyuruh ana menanggalkan niqab, tanpa sempat ana membuka niqab beliau telahpun membuka niqab ana. Terkedu. T__T

Sebenarnya, ana sangat tidak bermasalah menanggalkan niqab semasa berada bersama muslimah apatah lagi di kawasan yang tertutup. Tetapi, tindakan mak cik tersebut membuatkan adrenalin bergerak pantas dan muka bertukar jadi hijau cuma badan yang tak membesar seperti incredible hulk.

Baca luahan seorang adik, tersenyum sendirian.

-----

okey. tidak dapat dinafikan. saya lah diantara kawan-kawan niqabis yang paling SUSAH nak buka niqab. Ye ! saya tahu wajah bukannya aurat. Dan salah satu asbab saya berniqab adalah untuk mengelakkan fitnah.


Kalau dengan wanita tak kan nak berniqab juga kut ?


err. ye. sangat-sangat dibenarkan. lagi-lagi sekiranya dalam satu kumpulan. hanya wanita sahaja. seperti ketika berusrah, bergathering sesama muslimah dan sebagainya. sebenarnya di antara asbab saya malu untuk membuka niqab saya di hadapan sahabiah adalah kerana tarbiyah. saya sudah ditarbiyah untuk kekal kan berniqab ke mana sahaja saya pergi. insyallah saya akan cuba untuk beristiqamah. jadi, sahabiah yang saya sayangi semua, terima kasih kerana memahami keadaan saya. saya perlu kan masa dan waktu yang tenang sekiranya ingin membuka niqab di hadapan antunna sekalian. Percayalah, jika antunna tidak memaksa saya, sabar menanti, antunna akan dapat juga lihat wajah saya secara live. yeaahaaa ! \^o^/


------------

Nukilan untuk kakak pengawas yang PAKSA saya buka Niqob. semoga kakak baca ye !


My name’s Harlina . I’m 19 years old. I was wearing hijab since child ….which I can not remember one. I wear because I believed that my Creator wants from me and I also believed that it benefits to myself. By covering my face, I’m honoring myself. I’m presenting myself to the world. As a some of my character, as a some of my personality, my contribution towards society. And it is a little bit that I’m doing to enable me to go through path of spiritual discovery. And it’s something that I feel glad and happy. I feel so wonderful to having done it. And it just spiritual choice… It just…example for the fact that I’m hornor muslim women, who has her own opinion. She has her own voice. I have my own personality, I have my character, I have everything that wonderful about me. The way I contribute towards society.And.. my beauty is wonderful part of me as well. But I don’t feel that I have to display to all over the world. You know, muslim women who choose to dress this way, do that because they feel…you know, covering this way…first of all because they believed that God said to them. They believed that God knows better for them than they know.

-----

Situasi lainnya, kurang selesa apabila bersemuka dengan wanita berpurdah tetapi enggan menanggalkan purdahnya meskipun berada di kawasan tertutup tanpa kehadiran muslimin. Selepas membaca 'isi hati' sahabat ini maka ana pun tersenyum. Iya, berikan ruang dan sedikit masa untuk niqabi supaya mereka menanggalkan niqab dalam keadaan yang tenang.

Tapi, ana punya sedikit masalah.

Ana dikatakan anti-sosial oleh ibu-ibu di sini lantaran ana tidak meluangkan waktu untuk bergaul mesra dengan mereka. Ana sudah cuba tetapi rasa kurang keserasian. Apabila duduk sekali dengan mereka, perbualan mereka menjurus kepada hal-hal yang tidak menjadi minat ana. Maka, ana hanya menjadi pendengar yang setia.

Wanita, kecantikan dan perhiasan adalah menjadi satu yang tidak boleh dipisahkan. Duduk dengan golongan yang mengikuti perkembangan fesyen membuatkan ana terdiam... Bukan kerana tidak suka, tetapi tidak tahu mahu mencelah di mana tambahan pula jarak usia memisahkan kami untuk beramah mesra.

Dialog-dialog mereka juga menakutkan ana, bimbang ana juga tergelincir lidah dan sering berbual hal ehwal dunia.

"I beli handbag ni di Paris last year, this year I nak bawa anak-anak I pergi bla bla bla... Shopping kasut."

"Oh, handbag ni I beli kat bla bla bla sekali dengan kasut. Puas hati la, bukan mahal sangat. Dalam RM?k je..."

"Oh, bandbag macam ni I tengok kat bla bla bla... kasut bla bla bla."

Telan air liur saja. Sangat bersyukur kerana encik zauj tidak menghadiahkan handbag semasa bernikah tempoh hari, kalau tidak nasib handbag tersebut duduk dalam almari saja T__T

Terima kasih juga encik zauj kerana tidak pernah membelikan high heel, kalau tidak nasib high heel tersebut elok menjadi perhiasan dalam almari.

Terima kasih encik zauj kerana menghadiahkan handbag yang lagi best boleh dipeluk-peluk (Encik Amir Solihin :P) dan sepasang selipar super cool sebelum bersalin tempoh hari. Sungguh! Langsung tak reti nak ber'jangok', tengok orang sibuk merancang nak membeli perhiasan barang kemas pun dah terasa "Takde topik lain ke?".

Soalan paling hampeh pernah ditanya kepada encik zauj.

"Kalau pergi kenduri kahwin, kena pakai barang kemas ke?"

Hahahaha...

Sungguh tak boleh blah!

Sebab hairan melihat orang semua sibuk-sibuk pakai barang kemas, jadi terpinga-pinga. Kesian encik zauj dapat isteri yang kuno macam ana.

Mahapkan saya wahai mak cik, saya tak gheti nak sembang dengan mak cik pasal handbag dan high heel yang mak cik beli ribu riban ituuuu. Saya juga tak berminat nak berbincang soal itu. Mak cik, saya dah blur sangat ni...

*pakai niqab dan cari encik Amir ajak encik zauj balik umah*


Blurrrrrr...

Ummu Amir

8 leaves:

Bidadari Syurga 31 October 2011 at 10:16  

Assalamualaikum.
Em, actually this is common thing untuk niqobis mcm kt n utuk sape2 yg bawa imej Islam..Pada pandangan akak, Insyirah boleh take advantage from that situation.. Cuba la mix dgn mereka dgn niat dapat membawa kebaikan kpd mereka n kita dan yg paling penting jangan biarkan ruang untuk membina silaturahim tertutup rapi kerana tertutpnya wjah kita..if diorag ckp bab2 kasut, beg, dll cubala buat2 tanya (wlpn sebenarnya kt langsung x berminat kan..^___^ ) dgn niat untuk membuka ruang silarturahim.Apapun yg plg penting jgn biarkan ayat " kera sumbang" or "sombong" terkeluar dari mulut mereka sebagai "hadiah" untuk kita..Kita hidup bukan untuk diri sendiri shj tp untuk Islam jua..Apapun keadaanya..yg plg penting tunjukan akhlak yg mulia.Moga kebaikan dari akhlak itu mampu menjadikan mereka org2 yg terpilih :-)
Have a nice strong..Spread Islam through our sound manner:-)..

aida 31 October 2011 at 11:34  

astagfirullah, sampai macam tu sekali dibuatnya.. kenapa orang tua ingat dieorang ada lesen untuk buka niqab orang lain?

ya Allah, mujurlah aku tak bercampur dalam majlis yang berbincang mengenai aksesori duniawi

walaupun akak juga macam anti sosial, tetapi mereka harus faham kita ada tanggungjawab dengan keluarga :(

jundulloh_anahamlatilquran 31 October 2011 at 12:42  

salam saudariku insyirah...ana rase dalam kes enti ni mungkin pada permulaan enti ni enti perlu meraikan sahaja mereka...walau jurang perbezaan antara mereka dan enti ni agak jauh...mereka dah biasa dengan kehidupan begitu dan enti terdidik dengan tarbiah Islam....jadi, tak salah rasanya enti meraikan mereka, sekadar menghormati mereka sebagai yang tua...mungkin tu juga boleh menjadi salah satu uslub dakwah...mulakan dengan membina ukhwah atau menghapuskan jurang...nanti slow2, bila mereka dah cukup kenal enti itu ini, InsyaAllah mereka akan menghormati enti....sama keadaannya bila ana berhadapan dengan orang sekeliling ana di kampung, daripada pelik, dan ada yang nampak tak berapa suka dengan pemakaian ana, lalu ana wujudkan kemesraan, dan sekarang mereka boleh menerima ana seadanya..malah mereka menghormati ana lagi walaupun ana xpernah harapkan itu....ini berdasarkan pengalaman ana la....dan pendapat dari ana...moga enti terus istiqomah....

jundulloh_anahamlatilquran 31 October 2011 at 18:19  

salam mahabbah lillah ukhti insyirah soleha...moga dalam rahmat serta redhoNya...ana ade sedikit saranan untuk enti dalam menangani kes enti ni...ana rasa first step enti mulakan dengan membina hubungan, means enti layan je dulu mereka tu...sampai satu tahap bila mereka dah kenal enti betul2, mereka akan faham enti...perbezaan yang wujud antara enti dengan mereka ialah perbezaan budaya, tambahan pula dngan latar yang berlainan, enti plak ditarbiyah dengan tarbiyah Islam...jadi memang nampak di situ ada kontra..jadi, sebaiknya enti raikan mereka supaya yang renggang tu dapat dirapatkan dan supaya dapat memahami antara satu sama lain...ini just saranan atau pendapat dari ana, sebab ana sendiri pun pernah melalui apa yang enti lalui...insyaAllah bila niatnya betul, Allah akan bantu...jazakillah ya ukhti...wassalam

fiqalbi 31 October 2011 at 22:15  

=)
Assalamualikum..
adik insyirah, err...
pada pendapat akk, elakkan terus berlalu pergi drpd mereka, mungkin dlm perbualan boleh diselit2kan tazkirah walaupun seayat...
mcm, "masyaAllah, cantik sungguh beg ini, sesuai dgn pemakainya. Alhamdulillah...Allah itu maha pemurah pada hamba2nya. diberikan peluang untuk menikmati nikmat hidup. justeru, sebagai balasan hendaklah kita bersyukur kepada Allah. =)"

dan pasti ada yang menyambut baik jika pertuturan kita dengan cara yang baik. dan kadang2 tazkirah yang pendek itu, meniggalkan kesan yang baik di hati mereka. Ins Allah..

btw: entry yang menarik. =)
semoga Allah merahmati kamu.
dan menuju jalan mujahadah itu memerlukan kesungguhan.. ^_^
ilal liqa, ma'assalamh, fi amanillah..

wasalam..

Nurul Hazwani 31 October 2011 at 23:18  

diorg tarik niqab akak ke?

:: Zahratu Billaurah :: 1 November 2011 at 13:39  

Assalamualaikum, wah~ lamanya x komen blog akak ^__^ rindu..=')

psl niqab, mungkin mereka masih x faham, mcm tu jelah nak sedapkan hati. Yg tanggalkan niqab akak scr tiba2 tanpa izin akak tu, adik x setuju, terkejut juga..sbb nampak kurang adab. Tp xpelah, mungkin x sengaja. Msti sentiasa husnudzhon dan memaafkan andai brd dlm situasi getir ini, ehe~ ^__^

Kalau Rabi'ah dkt tempat kak Syirah pun mesti x tahu nak cakap apa...sbb adik pun xbrp tahu ttg hal mcm tu, kuno juga...T__T high heel tu...=__="

mungkin akak boleh mula dgn mnukar topik, tanya ttg anak2 mereka ke. Kalau nk berhubung dgn manusia, kunci nak rapat dan buat org selesa dgn kita, tunjukkan kita ambil berat ttg diri mreka. Apa yg kita suka org buat utk kita, mcm tu jugalah kita buat utk org lain. Ha, gitu~ ^_~

tapi walau apapun org nak ckp, truskan kesabaran akak dlm mengahadapi tanggapan manusia yg kurang memahami ^__^ berlapang dada~ sntiasa support akak!

*nak peluk Amir Solihin! dah lama nak peluk baby, adik2 dkt rumah semuanya bsar2 T__T*

P/S: ni kena kahwin juga ni. (gatal~)

Insyirah 2 November 2011 at 14:59  

Assalamualaikum semua...

JAZAKUMULLAH khairan atas pandangan, saranan dan nasihat kalian semua. Terima kasih banyak2. Ya, saya perlu belajar dengan GIGIH untuk menjadi orang yang "boleh masuk" dengan semua golongan esp golongan elit seperti mereka yang berada di sekeliling saya. Insha Allah, terima kasih semua... :)

Barakallah...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO