"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

14 October 2011

Takut Pada Islam

Bismillahirrahmanirrahim.

Orang kata pakai purdah tak releven zaman sekarang.

Saya tanya kenapa.

Dia jawab sebab nanti orang takut dengan Islam.

Saya cakap, sebenarnya mereka bukan takut pada Islam tapi mereka takut melihat orang Islam yang tak mengamalkan Islam.

Dia kata lagi, purdah hanya fesyen.

Saya tanya di mana fesyennya.

Dia kata orang berpurdah pun tak tutup aurat, pakai baju ketat-ketat, pakai seluar singkat-singkat kadang nampak pusat, ada masa pakai legging saja.

Saya tanya lagi, sekarang... Yang salahnya purdah atau pada orangnya?

Dia kata lagi, purdah budaya orang Arab saja.

Saya kata pula. Oh, disebabkan Rasulullah s.a.w. berbangsa Arab, semua yang datang dari Rasulullah hanyalah budaya Arab. Syariat Islam pun dikatakan budaya Arab juga. Tapi, kenapa tang pemakaian saja nak pertikaikan. Kenapa semasa Ramadhan, berbuka puasa dengan kurma sebab ianya sunnah Rasulullah? Kenapa tak berbuka puasa dengan cornflakes saja? Kan semua yang datang dari Rasulullah hanya budaya, kenapa tak pertikaikan berbuka puasa dengan kurma adalah sunnah Rasulullah?

Dia cakap lagi, pakai purdah pun akhlaq macam sampah.


(Lukisan Cecer Syudde ~ Insyirah Soleha)


Saya senyum saja. Saya tertanya-tanya, tapi saya takut nak tanya nanti awak makin tertanya-tanya kenapa awak bertanya. Sebenarnya saya nak tanya, awak bermasalah dengan purdah atau awak ada masalah dengan Si Pemakai Purdah?


Saya nak bagitahu awak, sahabat saya cakap... Purdah bukan hanya pakaian tutup hidung, tutup mulut, tutup sebahagian muka atau nampak mata macam ninja saja. Sahabat saya kata lagi, purdah ialah sunnah (baginya yang memegang pendapat purdah adalah sunnah). Kalau sunnah, maknanya dari Rasulullah. Bila datang dari Rasulullah, kena la jaga betul-betul. Purdah adalah Islam. Orang kafir tak pakai purdah. Bila pakai purdah, kena jaga imej Islam. Menutup bukan sekadar mulut tetapi menjaga lidah dari mengadu domba, berprasangka, mencaci, menghina, mengumpat dan sebagainya. Bila orang yang pakai purdah tapi perangai macam sampah macam yang awak cakap tu, maksudnya bukan salah purdah tapi salah orang tu yang tak jaga akhlaq dia.

Awak kata lagi, bila berpurdah orang akan berprasangka dengan Islam.

Saya tanya awak, siapa yang berprasangka dengan Islam. Orang atau awak?

Awak tanya lagi, tak susah ke nak bermuamalat bila pakai purdah. Nanti orang pandang serong.

Saya nak bagitahu awak, muamalat dengan memakai purdah lebih menjaga muslimah bahkan orang yang tidak beriman dengan syahadah 'La ilaha illaLLAH, Muhammad Rasulullah' pun lebih menghormati muslimah daripada orang Islam sendiri.

Awak tak percaya juga.

Ada muslimah bercerita, dia baru je buat kad pengenalan (IC) minggu lepas sebab cip IC dah rosak. Tiba gilirannya untuk diambil gambar, pekerja lelaki tersebut mintakan pekerja wanita yang ambilkan gambarnya kerana segan dengan muslimah yang memakai purdah. Dan, pekerja lelaki tu BUKAN orang Islam. Barangkali dia tidak menganut mana-mana agama atau kristian. Dia terus berlalu meninggalkan kaunter. Awak rasa dia fikir orang berpurdah hantu ke? Tak... Dia tak takut tapi dia menghormati pendirian muslimah tersebut. Jadi, kenapa orang bukan Islam boleh menghormati pendirian orang Islam berbanding orang Islam sendiri?

Ini hanyalah analogi sebuah kisah yang selalu mempertikaikan sesuatu yang berkaitan dengan Islam. Seperti yang hangat baru-baru ini (sekarang pun masih hangat juga) mengenai syariat Hudud. Sesuatu yang orang tak sedar atau tak nak sedar... Orang Islam lebih takut kalau syariat Islam tertegak dibandingkan ketakutan mereka yang bukan Islam.

Renung-renungkanlah...

Wallahua'lam.


I love Islam,
Insyirah Soleha

8 leaves:

Eyza AlHusna 14 October 2011 at 15:35  

assalammualaikum~ post yg saya kira sangat osem
sedih juga bila syariat tidak ditegakkan.
sampai bila?
sedih juga bila banyak pemikir jahil mempertikaikan hukum Allah, x sesuai la apa la.. macam-macam.

Unknown 14 October 2011 at 19:14  

salam sayang ^__^

Dari kejauhan dan kedinginan bumi irbid..dataran syam ini..terasa ingin mencoretkan sesuatu di sini..

purdah xsalah kan ukhtiku sayang :)
sebagai invidu yang mengenakan si suci purdah ini yang harus jaga identiti kita supaya kesucian purdah ini sering terbela :)

mohon teguran dan nasihat...

ex-serikandiumar ^__^

skrang dah tukar nama ea... Qani'ah Mawaddah

Blogger 14 October 2011 at 19:50  

Mereka ni memang bebal dan patut dibakar dialam dunia lagi,belajar agama tak nak,ceramah agama dikatakan
sama dengan ceramah politik,bila penceramah berceramah mengenai sesuatu kemungkaran dikatakan mengata kat orang...mana satu yang betul beb...

Jamy Yaacob 14 October 2011 at 20:35  

salam saudari insyirah...sy setuju..hari tu masa menaiki komuter dan seorang lelali mempelawa saya duduk memandangkan train sesak dengan org..apa yg saya dapat simpulkan mereka menghormati muslimah berpurdah...

Akhafullah 14 October 2011 at 23:13  

Maaf mencelah..tentang isu Hudud silalah lawati blog saya.http://akhafullah-kembaramusafirah313.blogspot.com/.

Miera Azli 15 October 2011 at 00:18  

Subhanallah .. setuju dengan entry ni .. ramai yang suka sangka buruk dengan orang pakai purdah .. diorang pandang rendah kat para niqobis tapi mengagungkan orang yang tak tutup aurat .. dunia memang dah hujung puncak ..

Imah Rosse 15 October 2011 at 03:30  

bila orang nak yang salah itu menjadi benar,,begitulah jadinya..moge2 terbuka hati semua umat manusia..

Nur 15 October 2011 at 08:29  

setuju dengan Eyza AlHusna. GOJES OSEM with capitals!

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO