Sosok Lelaki Itu...
Bismillahirrahmanirrahim.
Menulis warkah untuk yang dicinta berlatar belakang < lagu ini >, tak tahu. Runtun, sedih, pilu. Menangis, hingus meleleh. Biarkan saja. Apabila sudah lama tidak menangis, cubalah bertanya kepada hati sudah berapa lama merasakan tidak perlukan Tuhan. Apabila sudah lama tidak menangis, cubalah risik kepada jiwa sudah berapa lama tinggalkan 'rasa' berTuhan. Apabila sudah lama berhenti menangis, cubalah belajar dengan berpura-pura menangis.
Tangisan. Andai seorang wanita seringkali menjadi diskriminasi, dipergunakan dan rela dipergunakan tanpa disedari ataupun dalam keadaan yang sedar. Terlupa pula untuk memberitahu kepada yang tidak tahu. Tidak mahu mengingatkan kepada yang terlupa, cubalah untuk merisik-risik kepada hati sejauh mana rasa cinta kepada kaum wanita yang sudahlah rasionalnya 1 dan emosinya 9 dibandingkan dengan lelaki yang punya 9 rasional dan 1 emosi. Andai cintamu hanya kepada nafsu, cubalah bertanya kepada hati sudah berapa lama tidak menangis?
Seorang lelaki tidak diizinkan menitiskan air mata apatah lagi menangis. Bimbang hilang ke'macho'an diri, runsing pudar kejantanan diri. Rasulullah s.a.w. itu seorang lelaki, bahkan sebaik-baik lelaki yang ada di bumi namun masih tetap mengalirkan air mata apabila hatinya dirundung pilu. Usah dialirkan airmata di hadapan manusia andai malu ditertawakan tetapi pujuk-pujuklah untuk mengalirkan airmata saat berkhalwat dengan Tuhan.
Andai putus cinta sahaja mampu merobekkan jiwa rasa dan menumpahkan airmata, apatah lagi timbul rasa TAKUT diputuskan cinta dari Sang Kekasih. Lebih wajar dan lebih patut untuk menumpahkan air mata bahkan sangat memenuhi fitrah manusia apabila merasai peritnya sebuah kehilangan.
"Ukhti, kalau ana di tempat ukhti... Ana akan terus kembangkan sayap ana meskipun tiada nakhoda yang mengemudi. Biarlah kita terbang dengan panduan Ilahi."
"Insyirah, bukankah lebih terjaga apabila dijaga oleh seorang suami?"
"Benar, tetapi apabila Allah hadirkan seorang peneman hidup (di dunia dan insha Allah di akhirat juga) semakin lama kita semakin rasa selesa. Sudah ada yang menjadi telinga untuk mendengar, sudah ada yang menjadi tangan untuk meringankan beban, sudah ada yang menjadi kaki untuk menguatkan langkah kaki. Kita menjadi semakin selesa dan keselesaan kita akan buat kita menjadi sangat lemah."
"Bukan kita semakin kuat ke?"
"Kuat pada zahir. Tetapi rapuh di dalam. Pada saat yang kita sendiri tak sedar akhirnya kita semakin tinggalkan waktu untuk berbicara dengan Tuhan. Pada saat kita sendiri tak sedar akhirnya kita semakin bergantung kepada teman yang Allah hadiahkan, pergantungan dan tawakal kepada Tuhan tidak lagi sekukuh dahulu (sebelum berkahwin)."
"Hmmm..."
Begitulah manusia. Bila Allah beri anugerah, kita melebihkan anugerah yang Allah berikan sehingga terlupa 'berterima kasih' kepada Allah dengan menambah lipat gandakan lagi rasa syukur dengan beribadah kepada Allah.
"Bukan ke berbakti dengan suami pun ibadah juga?"
"Ya! Itulah medan juang seorang isteri. Tetapi, jangan sampai lupa simpan sedikit rasa hati kepada Ilahi kerana manusia hanyalah pinjaman dari Allah. Sampai masanya, Dia akan ambil kembali apa yang Dia pinjamkan. Kita akan 'patah kaki' kerana tempat 'bergantung' sudah tiada lagi. Kita bergantung kepada Allah, bukan suami."
Masih seorang isteri yang juga memegang status kanak-kanak blackcurrent. Yihhaaaa!
3 leaves:
Itulah sebab Allah datangkan Poligami dalam Islam.Supaya,apabila para isteri dipoligamikan maka akan kuatlah pergantungannya dgn Allah dan bukan lagi dgn suami..jika kita mahu tgk kekuatan diri kita..tahap nafsu dan iman kita,,poligamilah jawapannya bagi seorg isteri..
Poligami bukan penyelesaian semua masalah :)
Benar..bukan penyelesai segala masalah:)..tetapi salah satu cara untuk didik perasaan isteri dgn pantas supaya menjadikan Allah segala-galanya lebih dicintai dari suami...(juz my 2 cens of view)
Post a Comment