"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

22 December 2011

Tahlil

Bismillahirrahmanirrahim.

Seorang lelaki tua menghampiri pemuda, dia ingin memberitahu sesuatu.

"Ustaz, malam nanti mohon ustaz jemputan yang mengajar kuliah Maghrib tidak terlalu panjang ya. Habis awal sedikit, malam nanti ada tahlil di rumah arwah."

"Ya Allah, Haji... Tahlil tu paling tinggi pun sunat sahaja tetapi menuntut ilmu ni wajib! Tambahan pula arwah bukanlah seorang 'kaki surau'."

Pemuda tersebut hanya beristighfar di dalam hati.

"Baiklah, kita buatlah mana yang terbaik." Nadanya bertukar rentak, wajahnya bertukar rona. Berpaling lalu menghilang.

Suatu hari, terfikir. Bertanya.

"Kenapa buat tahlil ye?"

"Nak sedekahkan pahala kepada si mati (arwah)."

"Kalau si mati seorang yang soleh, mempunyai anak-anak soleh dan solehah dia tidak perlu 'sedekah pahala dari orang lain' kan? Kalau si mati seorang yang alim, ilmu bermanfaat yang diajarkan kepada orang ramai diamalkan orang ramai, dia tidak perlu 'sedekah pahala dari orang lain' kan? Kalau si mati seorang yang hartawan dan menginfaqkan hartanya sebagai jariah, dia tidak perlu 'sedekah pahala dari orang lain' kan?"

"Ya."

Kerana itulah peluang sebuah KEHIDUPAN perlu dimanfaatkan.

Belajar ilmu dunia, jangan ketepikan ilmu akhirat.

Belajar ilmu akhirat, jangan lupa amalkan.


Pengajaran.

1. Jadikanlah rumah Allah (surau/masjid) sebagai rumah kedua. Sentiasa menjadi tetamu Allah semasa di dunia supaya kepulangan roh ke barzakh 'diraikan' oleh manusia dan malaikat.

2. Tahlil tak ada dalam syariat tetapi menuntut ilmu itu wajib maknanya syariat.

3. Bila dah 'tiada' baru mencari surau, minta orang ramai 'sedekahkan pahala' sedangkan semasa hayatnya melihat orang ke surau pun tak sudi apatah lagi mengimarahkan surau.

4. Kita hidup sekali, kalau ada peluang berkali-kali tak apalah. Jadi, sebab seKALI je maka bersungguh-sungguhlah untuk menjadi hamba Allah yang berkualiti.

Wallahua'lam.


Nota hujung jalan mati :

Saya pun akan mati, kamu pun akan mati. Harap kita sama-sama ingat mengingati penghujung kehidupan kita adalah mati. Hidup di sana abadi, maka beringat supaya bersungguh-sungguh buat amal bakti.


Insyirah Soleha

9 leaves:

aamalinaazman 22 December 2011 at 23:44  

alhamdulillah :)
suke dgn pengisian ini
sesungguhnya ilmu itu perlu dgarab dn damal sehingga akhir hayat kan..

Adam Malik 23 December 2011 at 00:17  

InsyaAllah,,.. sama2 kita buat 3 perkara sebelum tibanya 3 perkara ..

Izzati Zulkifly 23 December 2011 at 07:40  

salam akak,,nak tanya...
jadinya...tahlil & menuntut ilmu tu...
mana yang lebih diutamakan...
means tahlil bukan dalam syariat ye...
jadinya mengadakan kuliah tu lebih utama la ye.?

Insyirah 23 December 2011 at 10:18  

Encik Axixou.

Kadang-kadang yang penuh dengan makna pun tak dapat nak difahami apa makna yang disampaikan.

Insyirah 23 December 2011 at 10:19  

Aimie Amalina,

insha Allah. Kalau nak teruskan dengan majlis tahlil, yasin dan sebagainya pun raikan dan hormat kepada majlis ilmu. Majlis ilmu ni taman-taman syurga, jadi kena sentiasa biasakan diri duduk di taman syurga dunia [majlis ilmu] sebelum mengharap taman syurga akhirat.

wallahua'lam.

Insyirah 23 December 2011 at 10:20  

Nur Muhammad,

5 perkara sebelum 5 perkara pun tak apa :)

Insyirah 23 December 2011 at 10:25  

Izzati Zulkifly.

waalaikumussalam dik.

mengadakan kuliah tu perlu untuk menyebarkan ilmu, menuntut ilmu adalah wajib lebih-lebih lagi fardhu ain.

kuliah (majlis ilmu) lebih utama dari majlis tahlil. kalau ada kematian, lebih utama ziarah jenazah berbanding pergi kenduri kahwin kerana ia mengingatkan kita kepada kematian. sedangkan perkahwinan lebih kepada keseronokan. tetapi, majlis ilmu... lebih perlu diutamakan berbanding tahlil (apabila mayat sudah dikebumikan).

sejarah tahlil ni hanya di nusantara je. ulama' nak berdakwah [zaman dulu] kepada masyarakat yang mengingati arwah dengan berkumpul pada hari-hari tertentu [kerana banyak mengikut budaya hindu] seperti hari pertama, hari ke-3, hari ke-7, hari ke-40, hari ke-100. jadi, untuk tujuan dakwah maka ulama' buatkan tahlil dan yasin daripada meratap kematian.

wallahua'lam.

riihulwardah 23 December 2011 at 10:45  

saya suka penerangan post ni..
saya org perlis..
yg mana masyarakat perlis terbahagi kepada 2..
yg mana tidak melakukan tahlil atas faham tahlil bukan syariat, doa anak soleh akan mengiringi ayah bonda dan amal di dunia..
dan 1 lg masyarakat yg melakukan tahlil...atas ilmu tahlil itu sedekah utk arwah...

penerangan penulis blog ni sanagt jelas bg mengelak golongan yg melakukan tahlil dan tidak bertelagah...mohon kongsi

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO