Ana Rindukan Mesir
Bismillahirrahmanirrahim.
Pena terhenti, lama mengembara di dunia sendiri. Melihat dan memerhati, tanpa berkongsi sesuatu. Apabila zauj mengingatkan diri agar tidak 'menghilang' dari terus memberi manfaat, ana hanya tersenyum dan bermuhasabah semula. Apalah agaknya yang mampu ana berikan, hanya secebis kata di hujung pena yang entahkan difahami mahupun tidak oleh pembaca diluar sana. Diam dan berfikir akan kata-kata seseorang juga membuatkan ana terus lena di buai perasaan yang sukar untuk diungkapkan.
Alhamdulillah. Dia terus mentarbiyyah dengan cara dan kehendak Nya. Ana hanya melirikkan sebahagian rasa yang singgah di hati, tidak semua yang membaca akan memahami dan tidak mustahil ada yang sakit hati. Biarlah Tuhan yang mentadbir hati, ya Allah jauhkanlah kami dari kejahatan jin dan manusia, peliharalah kami dalam jagaan Mu kerana Engkaulah sebaik-baik Penjaga. Amiin.
Ana rindukan Mesir...
Jujur, sekalipun kedua tapak kaki ini TIDAK PERNAH melangkah ke daerah bumi kinanah tersebut namun sering pula hati ini tertanya bilakah masanya yang Allah tetapkan untuk merakam memori di sana. Cukuplah sebagai langkah awalnya mencetak buku di Mesir, supaya langkah kedua nanti akan disusuli dengan sepasang kaki yang mudah-mudahan Allah izinkan untuk terus berjalan dan bermusafir di bumi Nya :)
Teringat pula pada seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai 'ummi' sewaktu majlis walimah anak kepada imam masjid tempat zauj menjadi imam terawih Ramadhan yang lalu. Ramahnya seakan sudah berpuluh tahun kami berkenalan sedangkan itulah kali pertama kami bersua dan duduk semeja.
"Ustaz dulu belajar di mana?"
"Mesir."
"Oh... Berapa tahun duduk Mesir?"
"3 tahun lebih."
"Ni mesti pandai. Ummi dah tahu, kalau duduk Mesir lama-lama tu repeat paper la."
Hujungnya disusuli dengan senyuman. Ana pandang zauj sambil tersenyum, tak tahu nak kata apa dan zauj hanya tergelak kecil dengan muka yang sudah berubah.
"Menantu ummi belajar di Shoubra. Tapi dah lama balik Malaysia, dia belajar masa umur belasan tahun lagi."
Baru ana mengerti kenapa beliau tahu suasana pelajar Mesir. Tambahan pula suaminya yang bekerja di syarikat penerbangan MAS, selalu mengikut suami terbang ke serata pelosok dunia dan sudah banyak kali musafirnya ke bumi kinanah. Alhamdulillah, jauh perjalanan luas pengetahuan.
Baru-baru ini, zauj keluar memakai t-shirt PMRAM (Persatuan Melayu Republik Arab Mesir) yang merupakan persatuan pelajar di Mesir. Beliau disapa seorang lelaki yang sudah agak berusia.
"Pelajar Mesir ke?"
"Ye."
"Bila balik?"
"Tahun ni. Dulu belajar di Mesir juga ke?"
"Ya."
"Bila grad?"
"Tahun 1989. Tahun lepas pergi ke Mesir, cadang nak belajar tapi tak jadi la. Internet dimerata-rata, semua orang sibuk dengan internet. Tak ada suasana belajar."
Zauj hanya tersenyum kecil. Cerita-cerita yang 'kurang enak' selalu menerobos ke cuping telinga. Suatu ketika dahulu, apabila mendengar nama seseorang yang merupakan lepasan Mesir (Universiti Al-Azhar) pasti kembang dada tumpang bangga tapi kini semakin dipandang sebelah mata. Tidak dinafikan, setiap manusia diberi pilihan dan manusia sentiasa mempunyai peluang untuk memilih yang terbaik bagi dirinya, tetapi sering pula manusia memilih untuk binasa?
Orang selalu merasakan sijil tidak penting, yang penting bagaimana kita memahami apa yang dipelajari. Konsep yang ada pra dan kontra.
Benar, kalau hanya A+ di atas kertas tetapi tidak mampu menterjemah dalam bentuk kehidupan seharian seolah-olah ilmu hanya dipelajari untuk lulus dalam peperiksaan dunia, bukan berhajat untuk cemerlang dalam peperiksaan di mahkamah Allah? Tetapi, apabila menjadi penuntut ilmu tidak boleh tidak, mesti cemerlang dalam bidang tersebut.
"Bukan tak boleh lulus, tapi malas. Asyik dengan internet saja. Macammana nak lulus kalau dah lagi sebulan dua nak exam baru terhegeh-hegeh cari muqarar (silibus pelajaran)? Dah pula tu, siap spot soalan lagi."
Terdengar di hujung cuping telinga, satu lagi bidasan negatif terhadap pelajar-pelajar Mesir yang dilontarkan oleh seorang pelajar lepasan Mesir. Diam.
"Madam-madam (akhawat yang berkahwin) ramai yang tak habis, dah balik Malaysia. Orang kampung ingat dah habis. Jadi fitnah dah ni... Kalau nak kahwin, kena habiskan belajar dulu!"
Tegas seorang lagi pelajar M.A Mesir yang juga merupakan salah seorang mantan pemimpin persatuan.
"Hai... Buat ketupat dah... Buat ketupat dah." Seorang lepasan Mesir yang turut berada di tempat yang sama menggeleng kepala.
"Bukan ketupat saja ni, mengkritik yang membina bukan membunuh."
Suatu malam, sedang asyik menonton televisyen bersama zauj... Ana turut bercerita dan bertanya tentang filem yang sedang ditayangkan di televisyen. Zauj tersenyum.
"Abang dah tengok cerita ni. Abang duduk Mesir, macam-macam filem tengok."
"Ish Abang ni..."
"Lepas habis exam masing-masing sibuk pengajian HARD DISK bukan pengajian hadis! Download cerita dalam hard disk kemudian saling passing dengan yang lain."
Aduh, terasa hidung macam kena cabut saja. Sekali lagi perlu menadah telinga untuk mendengar 'kuliah' perdana dari zauj.
"Nasib baik duduk Mesir sekejap je, kalau lama makin rosak la Abang ni. Isk isk..."
"Astaghfirullah hal azhim."
Pada helaian daun yang berguguran jatuh ke bumi, tak tersambut dengan tangan yang kecil. Gugusan awan di langit, tak tercapai hanya dengan angan-angan tanpa disusuli dengan kesungguhan.
Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubah nasib mereka.
Mengapa orang tidak lagi memandang lepasan Universiti Al-Azhar sebagai seseorang yang berkredibiliti tinggi yang cakna dengan isu semasa dan masyarakat? Pulangnya bukan lagi menjadi sambutan dari masyarakat sebaliknya menambah palitan yang menyakitkan hati dan perasaan.
Masakan akan gemilang sebuah daulah Islam andai semua ikhwah berlumba mencorak jati diri seorang 'FAHRI' berbanding bermujahadah menjadi seorang Salehuddin al-Ayubi. Biarkan saja Palestin menangis dan digulingkan Yahudi kerana kita tidak ada kesempatan dan peluang untuk berfikir tentang umat. Masakan tertegaknya sebuah negara Islam andai akhawatnya sibuk merencana untuk menjadi Aisha pada Fahri yang diimpi, tidak terpandang pada sirah Aisyah r.a. yang faqeh dalam urusan deen.
Dan... ana terus merindukan cerita-cerita Mesir yang mampu mendodoi hati, moga kerinduan bertahun ini akan diubati. Rindu pada cerita enak bersulam kagum yang suatu ketika dahulu sering menjadi perangsang untuk terbang ke bumi Musa.
Wallahua'lam.
Al-Faqirah,
Insyirah Soleha.
18 leaves:
salaam'alayk ya ukhti...
Maaf jika menyinggung,ana kurang setuju dgn kata2 Ustaz:
""Nasib baik duduk Mesir sekejap je, kalau lama makin rosak la Abang ni. Isk isk..."
Tak sepatutnya disalahkan Mesir... kerana apa yg peru dipersalahkan ialah persekitaran kita..dengan siapa kita bergaul dsb..
Ana yakin senario ini bukan sahaja terdapat di Mesir malah di negara2 yang lain juga...
Banyak sgt majlis ilmu di sana... masyayikh bertaburan bak bintang2 di langit...terpulang pada pelajar itu sendiri...ingin bertalaqqi bersama2 mereka atau luangkan waktu utk sebaliknya...
Moga ALLAH membimbin kita semua...
Tak boleh disalahkan Mesir dan salahkan Al-Azhar...yang perlu dipersalahkan ialah pelajar itu sendiri..
:'(( kesian dengan Al-Azhar...
Maaf zahir batin ye jika ada salah silap...
Waalaikumussalam srikandi.
Apa yang ana nak sampaikan, DIRI SENDIRI... pena hujung ana menyebut Allah tak merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka.
Apa yang ana nak kongsikan, senario pelajar di mesir yang MALAS. Ana tak kata Mesir/al-Azhar itu salah kerana ramai pelajar yang merupakan lepasan Al-Azhar sangat cemerlang dalam pelajaran dan pulang ke tanah air sebagai tempat rujukan masyarakat TETAPI yang lebih banyak adalah pelajar-pelajar yang MALAS.
Mesir sangat meriah dengan majlis ilmu sebab tu digelar bumi khazanah, sebab banyak khazanah ilmu tetapi BERAPA RAMAI yang memanfaatkan peluang tersebut.
Jangan tercuit kalau tidak kena, ana hanya melontarkan apa yang selalu didengar cuma spesifikasinya kepada negara Mesir kerana pelajar agama warga malaysia di mesir sangat ramai.
Ambillah yang baik dan segala kekurangan itu dari diri ana.
Wallahua'lam.
p/s: Ukhti tak 'dapat' apa yang ana sampaikan :) Tak mengapa, moga ada yang faham.
assalamualaikum syira.
kakchik rasa kakchik faham apa yang syira cuba sampaikan. zauj kakchik juga lepasan al-Azhar dan serba sedikit ada persamaan apa yang dilaluinya dengan zauj syira.
dalam masa 3 tahun dia di sana, terlalu banyak pengalaman indah yg dia selalu ceritakan pd kakchik hinggakan kakchik sendiri amat ingin menjejakkan kaki ke sana. Setiap kali ada percakapan pasal al-Azhar, wajahnya amat nostalgia. Selalu juga disebut2 nak sambung belajar lagi di sana dan nak bawa kakchik. Allahu'alam bila masanya. Masa zauj pulang tahun 2000, org kg tatang dia tapi hari ni lepasan Mesir pulang tiada lagi perhatian sebegitu. Mgkn juga sb lamanya masa mereka habiskan di Mesir dan benar, isteri juga pulang tanpa menghabiskan pengajian. Cerita tidak enak yang selalu kakchik dengar ialah lepasan Mesir kurang bergaul dgn lepasan universiti lain terutama akhawatnya. Allahu'alam.
Assalamualaikum wbt..
kak insyirah,ana pun rindukan mesir gak..walaupun x pernah jejak kaki lagi kat sana..hehe hanya mampu bermimpi :)
rindulah kak insyirah..sekarang ni dah jarang menulis kan..hehe takpelah ana faham kak insyirah mesti sibuk dengan urusan rumahtangga~teruskan menulis ye!
p/s
~ana suka lepak kat 'playground' Haruman Mawar ni~^_^
assalamualaikum
alhamdulilah hari ini
akak dapat membaca entry terbaru ukhtie,alhamdulillah.tertunggu2 juga kak
teruskan berkongsi ya
Entry akak
tahniah dpt bljr dan DIPILIH oleh Allah utk ke sana..guna srta kgsikn sgala ilmu dan pglmn d sne kpd umat d ngare kta ini..
ketahuilh..msyrkt msh mmndg tggi kpd pljr llusn ngara tmr tgh khussnya mesir.. (^_^)
Assalamualaikum ya ukhti...
Setelah beberapa kali hanya menjadi pemerhati, ana ringankan jari untuk menaip.. Kerana yang disampaikan seolah mengetuk hati ini..
Ana juga rindukan Mesir.. Sama seperti ukhti, walaupun kedua tapak kaki belum pernah menjejak kesana.. Coretan ini bukan hanya untuk Pelajar Mesir, tapi juga buat pelajar yang sama persekitarannya dengan apa yang ukhti coretkan..
Syukran atas coretan yang menyedarkan ana dalam kebenaran yang mungkin tercalit kepuraan.. Mohon izin share ya.. ^_^
mula-mula sy 'seakan' brsetuju jugak dgn komen srikandi di atas. tp betul la, sy tak berapa faham n 'dapat' apa yg Puan Insyirah cuba sampaikan. dan bila baca komen balas penulis, barulah faham mesej sebenar artikal.. ^___^
sy tak tahu situasi sbnr pljar d sana krn sy tdk berada d sana. tp sy ada bbrapa sedara mara yg pulang dr Mesir tp kualitinya tak sprti yg dhrpkn. brjubah x mggambarkn seseorg itu yg trbaik. bleh jd yg brjubah itu tak pndai mghormati mertua. sy juga hairan sbnrnye knapa lepasan Mesir dulu n skrg brlainan. sdgkn biaah mreka biaah soleh. bnyk syeikh. samada nak atau tak nak blajar. jauh brbeza dgn situasi pljar d ngara2 bukan islam. cthnya kami di Australia. progrm keagamaan sgt sedikit. sprti kata Pn Insyirah, masalahnya MALAS. lulusan mana2 universiti pun kalau MALAS n tak nak rebut pluang blaja agama, mmg bila balik tiada kualiti. Mungkin dpt ijazah klas pertama utk mndptkn jwtan tinggi tp tiada akhlak utk mghormati orang lain, cthnye...
maaf, trpnjg plak.. kena tulis entri sndiri ni.. hehe..
p/s: tak sangka kt Mesir pn ada fenomena lpas exam, pnuhkn hard disk dgn movie.. hehe.. same ngn kwn2 sy kt cni n kt mana2 sy rasa.. macam2...
Assalamu'alaikum Ukhti Insyirah.
Tsumma walhamdulillah. Saya juga rindukan Mesir. Dan juga saya belum pernah berada di sana. Pelik? Tidaklah, Allah yang pegang hati semua orang. Maka tidak mustahil segalanya. Hasrat di hati sudah ditanam sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ingin menapak sendiri ke bumi anbiya itu. Namun tiada kesempatan.
Malah, universiti impian juga kalau Allah izinkan ingin menuntut di bawah lembayung al-Azhar. Masih lagi dalam angan-angan setakat ini. Walaupun umur sudah 20 tahun, saya masih lagi berharap agar dapat ke sana. Kalau angan-angan ini tidak tertunai, saya akan pastikan anak-anak saya masuk ke sana dan balik menjadi ulama' yang membawa kebaikan kepada semua orang.
Sangat memandang tinggi keperibadian para pelajar lepas al-Azhar yang maintain dalam kereta dakwah Islam. Itu waktu dulu. Kualiti sangat kelihatan ketara. Tapi sekarang, maaf cakap, memang lebih banyak lepasan dari sana kebudak-budakan. Ramai ya. Tapi bukan semua.
Agaknya kerana sekarang kuantiti lebih dari kualiti, mungkin?
Walau bagaimanapun, hati kecil ini masih berharap dapat menjejakkan kasih ke sana selain impian terbesar untuk ke Baitullah.
=)
Moga Allah selalu menenangkanmu ya Ukhti. Dan saya doakan buat Ukhti agar tercapai impian yang satu itu.
Allahumma ameen!
InsyaAllah sampai jugak nanti.
Salam..alhamdulillah perkongsian yang ana rasa amat bermakna dari ukhti.syukran jazilan. (^_^)
hmm~bg sy la yg duk di bumi mesir skrg pelajar yg repaet paper bkn sume yg jenis ngadap tenet je 24 jam..
ad jugak yg jenis kuliah xtuang..buku bace je..ngadap sheikh..tapi stil xlulus jgak...myb allah nk suh dye duk mesir lama2 kot...ntah laaa...tp uh la pndpt sy...lagi pn sy br 1 taun duk bumi mesir neh..kita hny mmpu merancang duk mesir 3 years..tapi allah da tntu kan dye duk mesir slama 4 5 taun..jgn hina atau pndg rendah..sbb mana tau..yg duk mesir 4 5 taun tuh lagi tinggi ilmu ny bnding yg duk mesir 3 4 taun je..^_^...juz pndpt k..jgn trasa hati @ tersinggung...;)
Assalamaulaikum wbt
Dimana2 bumi pun samada Mesir, Syria, Jordan hatta Mekah dan Madinah sekalipun, apabila runtuhnya Daulah Uthmaniyyah pada tahun 1924, hampir semua institiut yg sedia ada bergantung kpd pemerintahan yg sedia ada! Kalau sosialis, kapitalis, sekularis, pragmatis dsb. Setakat ini sudah 85 tahun berlalu, masih tidak nampak b/mana institusi dpt mengajar untuk memerintah kembali sistem Islam. Malah tak pernah pun mendengar tuntutan Hak2 milik dlm Islam ( Mulkiyyatul Ammah, Mulkiyyatul Daulah dan Mulkiyatul Fardhiyah) kerana Islam sudah menjadi sesuatu yg gharib. Apa yang telah berlaku perpecahan demi perpecahan sesama mrk yg mendakwa sebagai kumpulan Islam. Namun, Rasululah saw bersabda,`Sentiasa lah segolongan umatku yg menzahirkan atas hak, mereka berjuang walhal mrk org yg berilmu`. Wallahualam
Assalamualaikum..
kaifahal Insyirah?:)Alhamdulillah,ana dberi pluang oleh Allah utk mnuntut ilmu di Mesir selama 3 tahun(takhasus Qiraat).Ya,di mana2 institusi tetap ada pro dan kontranya.Bg hati yg sntiasa mrindui Allah dan tak jmu mntarbiah diri,Mesir adlh medan barakah yg sgt mmberikan kkuatan pda kta utk mlakukn pengislahan.syeikh di sana mgajar tak kira masa,siap boleh tanya kita "apa lg ilmu yg kamu nak syeikh ajar?" mashaAllah..budaya ilmu di sana ckup mngkagumkan..
-entry insyirah bg sy mmfokuskan ttg prsoaln sikap,ya sy stuju.bg pljr mesir,anggap ini sbg teguran n cabaran utk berubah ke arah yg lbih baik.bgitu jg studnt d tmpat lain.pokoknya,tuntutlh ilmu krn Allah!
-maaf dik,pnjg pula akk tulis:)
Salam 'alaik ya Puan insyirah. ^___^
Next year ana g mesir insyaallah. Jom2. Hehehehe.
Moga ALLAH perkenankan niat nti dan permudahkan segala hal. :)
terasa..
byk lagi kena ubah ni,,humm
Someone said..
"yang dah pergi taking it for granted, yang tak pernah pergi sampai termimpi-mimpi..."
Thinkin!
"beruntunglah siapa yang mensucikan, rugilah bagi yang mengotorinya "
-As-syams.9-10
Saya sayang mesir :)
Post a Comment