"Bicara Pedusi"
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah atas nikmat dan anugerah Allah.
Alhamdulillah atas pinjaman dan bakat dari Allah.
Alhamdulillah atas kesempatan dan peluang dari Allah.
Ana sudah jadi "ummi", hihihi...
Buku ini telah siap ditulis pada bulan Januari 2010 dan siap diterbitkan pada bulan Oktober 2010. 9 bulan proses penerbitannya sama seperti fetus di dalam rahim seorang ibu yang lahir cukup bulan. Maka, tidak salah kalau ana katakan buku ini ialah anak sulung ana dan seterusnya melayakkan ana jadi ummi dengan tidak melalui proses segera kerana 9 bulan menanti untuk melihat manuksrip menjadi sebuah buku ibarat seorang ibu menanti dengan penuh excited untuk melihat bayi yang selama ini bergerak-gerak di dalam rahimnya.
Awal bulan Oktober 2010, teman di Mesir juga insan yang bertanggungjawab untuk merealisasikan impian untuk menerbitkan buku ini menghantarkan berita menerusi sms. Alhamdulillah, di pagi fajar itu ana tersenyum dan berkongsi khabar dengan insan tersayang yang selama ini tidak jemu memaksa ana untuk menulis dan terus menulis.
Buku kecil ini diterbitkan di bawah PMRAM (Persatuan Melayu Republik Arab Mesir) dengan kerjasama KELAP (Kem Latihan Penulis) atas tujuan pengumpulan dana bagi pembelian apartment. Maka, pembelian buku ini juga adalah amal jariah kerana keuntungan hasil jualan sepenuhnya akan disalurkan kepada dana pembelian apartment untuk pejabat persatuan dan kediaman pelajar.
Kepada pembaca-pembaca yang berada di Mesir, boleh dapatkan melalui kedai PMRAM dan HEWI PMRAM.
Kepada yang berada di Malaysia, ana sedang usahakan untuk membawa pulang "my babies" tetapi sudah beberapa orang menyarankan agar diterbitkan berasingan di Malaysia di bawah PTS atau Galeri Ilmu (dan mana-mana syarikat penerbitan lain) kerana dua syarikat penerbitan buku ini memberi pasaran yang lebih luas. Insya Allah, akan dibincangkan semula dengan pihak PMRAM kerana izin terbit dikeluarkan oleh pihak PMRAM.
Limited edition. Di Malaysia hanya terdapat 2 buah buku sahaja (yang di pos kepada ana), 1 telah ana hadiahkan kepada adik perempuan ana bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-14 dan sebuah buku lagi mahu dihadiahkan kepada en zauj. Jadi, pada yang berhajat tu mungkin ana tak dapat nak tunaikan hajat kalian. Sorry for now...
Kenapa ia diterbitkan di Mesir?
Selain sebagai infaq dan jariah, ia juga didasari motivasi yang tinggi untuk terbang ke Bumi Kinanah tetapi belum diberikan peluang dari Allah sehingga kini maka dibiarkan impian untuk menulis buku terlaksana dan dicetak di Bumi Musa tersebut. WalhamduliLLAH.
p/s : Pedusi bermaksud wanita/perempuan
Judul : Bicara Pedusi
Harga : LE 23
Terbitan : Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Sinopsis :
Jati diri seorang Durrah Fatinah, diadun dengan peribadi Islam yang kebal pada cabaran biar rencam duri memburu. Dia ingin menyusur langkah yang tegar sebagai seorang da'ei namun penuh kasih dan sayang dalam meniti silaturrahim sesama manusia. Dia percaya, kebahagiaan hanya akan dikecapi dengan menuai sabar lantas itu jalan sufi yang selalu dipilihnya.
Perjalanan hidup seorang wanita yang merupakan mahasiswa di perantauan. Keberadaannya di negara asing bukanlah halangan untuk terus memelihara maruah dan cara hidup yang berlandaskan syariat. Sahabat baiknya Nafisah juga mahasiswa Timur Tengah, mereka terpisah antara benua demi mengejar impian dalam mencipta kejayaan. Hanya berhubung melalui internet dapat mengubati kerinduan antara mereka dan segalanya dikongsi bersama. Sejarah srikandi dijadikan sandaran bagi Fatinah dalam menelusuri kehidupan seorang muslimah sejati.
Fatinah, seorang gadis yang punya dorongan motivasi diri yang tinggi dalam menilai erti hidup, bijak merencana masa depan dan punya kualiti seorang srikandi.
"Ombak tak jahat. Kerana ombak, hari itu aku mengerti hakikat seorang hamba yang meminjam segala-galanya dari Allah. Kerana ombak juga aku tahu setiap muslim itu perlu berkongsi. Kerana ombak juga aku tahu Allah menyayangiku. Dan kerana ombak, aku belajar menjadi manusia yang memanfaatkan pinjaman Allah padaku..."
Atas kerana inilah, kisah ini menggambarkan bahawa kehidupan dengan berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah sudah pasti akan sentiasa dilindungi oleh Allah biarpun di mana kita berada. Penghormatan dan maruah seorang wanita adalah anugerah paling berharga bagi insan yang bergelar PEDUSI.
Komentar
"Sebuah penulisan yang mempunyai teknik penyampaian yang menarik. Setiap mesej yang diketengahkan sarat dengan nasihat dan makna yang tersirat. Bagi saya ia sebuah karya yang bisa meruntun hati pembaca kerana sudah pasti kita akan tertanya apakah ini realiti kehidupan seorang pedusi. Apa yang pasti kaum Hawa juga mampu melakar sejarah sepertimana kisah lampau yang memartabatkan srikandi Islam dalam menjadi mata rantai perjuangan menegakkan kalimah Allah yang satu." - Zulhafeez Ahmad Zahidi, Pengarah Kem Latihan Penulis (KELAP) '09
"Buku yang diberikan judul 'Bicara Pedusi' ini merupakan satu seni susunan ayat dalam mengisahkan suasana Islam yang diinginkan oleh seorang wanita dan suasana sekelilingnya. Suasana Islam yang damai dan amat bertolak ansur dalam membawa satu-satu method ajarannya. Mengajar seorang wanita khususnya, manusia amnya menilai akan keindahan Islam dalam suasana yang cuba dibicarakan oleh penulis.
Kisah yang amat menarik tidak kurang hebatnya dengan sastera-satera lain yang hebat. Saya kira susunan ayat yang mudah dan jelas oleh penulis ini akan membuatkan para pembaca lebih meminati seni dan sastera kerana keindahan Islam bukan dek kerana khayalan yang dicetuskan sebagaimana penulis-penulis cerpen yang semata-mata beralasan cinta suci." - Shahrizan Mohd Hazime, Presiden PMRAM 2010.
Komen Penulis
Alhamdulillah. Atas rahmat Ilahi yang menganugerahkan pinjaman ini kepada ana, yang memberi ilham kepada ana untuk menulis. Atas rasa dan tanggungjawab untuk memberi sesuatu untuk ummah, tidak mampu mewaqafkan kudrat fizikal di medan perjuangan maka hamparan fikrah ini dilebarkan sebagai jaringan untuk menyampaikan risalah dakwah.
Seandainya mahu menikmati penulisan yang berlandaskan hadith dan dalil Quran untuk berhujah dalam menegakkan kebenaran, buku ini BUKAN yang terbaik sebagai bahan bacaan tetapi pada yang mencintai keindahan dan nilai sastera, moga buku kecil yang dhaif ini mampu membelai perasaan dan jiwa pembaca untuk menghayati jalan sufi yang dibelai dengan keindahan sastera melayu.
Mudah-mudahan Allah memberi ilham Nya untuk terus menulis...
Salam Pedusi,
Insyirah Soleha
26 leaves:
Salam..
Tahniah atas kelahiran "baby" dan semoga Allah bagi kekuatan, kesempatan dan ruang untuk anda terus berkarya dan berkongsi keindahan Islam....
Salam.
Salam.
Terima kasih. Insya Allah, sedang "buat" 2nd baby yang mana akan lebih luas skopnya insya Allah menyentuh isu feqh, siasah dan juga realiti kehidupan. :)
segerakanlah penerbitan nya di malaysia, agar segala isi yg terkandung dpt dikongsi bersama manfaatnya...insya'allah
AJ insya Allah sedang berunding dengan pihak Mesir untuk bawa pulang buku ke malaysia atau saya akan ke syarikat penerbitan malaysia untuk menerbitkan semula. Khair, insya Allah. ~mohon doa~
barakallahu feek!
semoga allah memberkati perjuangan saudari di medan ini.
p/s:kalau ana boleh tahu,lagu apa ya kat blog ant ni.suka dgr untuk sesi muhasabah diri.jzkk
slm ukhuwah kak insyirah..sgt2 berminat nak beli ur novel..nak-nak akak!n i've been following ur blog since this year.bnyk sgt manfaat.mohon sgt diterbitkan di malaysia :'(..teringin nak baca!^^
salam..tahniah insyirah solehah
(silent reader)
tahniah....
assalamualaikum:
Subahanallah..
jadi tanda tanya kepada ana buku apakah ini dan siapakah penulisnya ketika terlihat di web PMRAM..
MasyaAllah, ukhti rupanya penulis buku ni..
Tahniah buat ukhti..
Novelnya berjaya melebarkan sayap ke mesir dulu ya walau penulisnya belum lagi :)
anonymous :
syukran. muzik instrumental yang dapat dari hp abi.
Sachi Asukai (macam nama jepun)...
InsyaAllah akan diusahakan untuk ke Malaysia :) doakan moga segala urusan dipermudahkan ya!
anonymous (silent reader) :
alhamdulillah. terima kasih.
Kak Mia :
alhamdulillah, syukran :)
NurIslami :
Wa'alaykumussalam.
Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Nak buat macammana kalau tuan badan 'malas' berusaha untuk ke Mesir, nak berjalan mungkin mustahil. Nak berenang tak mungkin kot. Jadi, Allah bagi peluang untuk menghadirkan "jejak" sebelum kaki menapak :)
Jangan buat ana rasa pelik bila buat orang tertanya... wah, sapa la tulis buku tiba-tiba publish dalam web pmram ye. adoi..!
tahniah.syukur padaNYA.
sangat teringin la nk bace gak buku tu,
harap nnnt baby balik msia,supaya ramai boleh kongsi kasih syg dgn baby tu.
^_^
salam..
alhamdulillah.. teringin nak memiliki buku tu. moga akan ada di malaysia.. tahniah dengan kehadiran'baby' insyirah~~
salam...taniah ek insyirah...
dpt 'baby' baru....
6t bawak balik kat malaysia plak ek...
bg warga malaysia plak..
Bangga Pcik ada anak menakan yg berbakat ni..pcik ni nama dah mcm penulis tapi tak berbakat seperti namanya..hehe
Anonymous : Nak dapatkan buku tu? Sertai contest :)
Cahaya Kebahagiaan :
Silalah sertai contest, mungkin anda pemilik bertuah buku Bicara Pedusi ;)
Alysa Maisarah :
Lepas ni dapat baby lain pula... hihihi insya Allah.
Pakcik Kash :
Alhamdulillah... Tak de apa yang nak dibanggakan, amanah dari Allah kene juga kita jaga. Salah satu amanahnya ialah minat menulis, huhuhu...
salam, tahniah. saye juga berharap untuk memiliki hasil nukilan ini.
harap dapat membacanye ketika nyawa masihh belum diambil
walaupun izin terbit di bawah PMRAM, syira masih memiliki hak sebagai penulis. sebab tu akak nyatakan, lebih baik syira approach nama besar di dalam dunia penulisan. ingat novel "MARIA"? tulisan Emine SEnlikoglu, yang diterjemahkan Ustaz Mogd Rofizi Dollah? Sudah diterbitkan oleh PTS
Tahniah..Buat INSYIRAH atas kelahiran sulung karya ini.Agar teruskan niat menulis selagi mana pena masih bernyawa..
Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan kepada KELAP PMRAM untuk menguruskan penerbitan " BICARA PEDUSI ".
-Zulhafeez Ahamd Zahidi -
tahniah. sgt menginspirasikan.
-Shbt mesir
Post a Comment