"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

10 November 2010

Cetusan Seorang Insyirah

Bismillahirrahmanirrahim.

For every rainy days there will be the rainbow,
For every pain there will be a smile,
For every dark cloud there will be a sunshine,
For every darkness there will be a moonlight,
For every empty heart there will be the stars light
and
for every ups and down in our life
there will be a light the end of the tunnel.

SMILE :)

Kata-kata ini memujuk hati sendiri, lantaran perkongsian ini dilakukan pada status facebook suatu ketika dahulu. Ramai manusia punya pelbagai cara untuk meluahkan rasa dan bahasa hati, ada yang memilih jalan yang Allah redha dan tidak sedikit yang memilih jalan yang Allah murka. Dan, sedaya upaya memotivasikan hati untuk terus bersangka baik kepada Rabbul Izzati dan terus-terusan memujuk hati supaya kembali bangkit bertatih meski jatuh tersungkur berkali-kali.

"Bangun. Jahit kembali baju yang terkoyak meski dengan jari yang masih berdarah!"

Itulah kalam yang sentiasa diberi peringatan oleh akal kepada hati yang terjelupuk di lantai takdir Ilahi. Meski diri ini penuh dengan kekurangan dan terlalu banyak kelemahan namun Allah selalu memujuk dengan cara dan kehendak Nya, jalan yang Dia beri meski pahit dan kelat untuk ditelan namun Dia sentiasa punya cara untuk memastikan ana selaku hamba Nya untuk menelan supaya syifa' (penawar) dari Ilahi akan dinikmati di kemudian hari. Alhamdulillah!

Bicara Pedusi. Cetusan hati Wardah Syaukiyyah. Ana tersenyum pertama kali melihat promosi tersebut di dalam laman dana syaqah (apartment). Hampir semua bingkisan yang ana tintakan adalah kalam wasiat buat hati yang selalu lemah dan manja! Hampir semua cetusan yang dilakarkan adalah ibrah yang ana kutip dari sebuah pengembaraan menuju Tuhan, berliku itu bukan asbab untuk terus mengangkat tangan mengaku kalah. Perit bukan asbab untuk terus berpatah balik ke jalan belakang sebaliknya ana cuba memujuk hati.

"Allah yang beri ujian, Dia pasti memujuk dengan cara dan kehendak Nya."

Arh... Tuhan selalu punya cara terbaik untuk mentarbiyyah hamba-hamba Nya, hanya kita sahaja (hamba yang tak mengaku hamba, nauzubillah) sombong dalam menilai satu per satu hikmah yang Dia perlihatkan.

Dalam muka pertama, "UJIAN ITU TARBIYYAH" di dalam Bicara Pedusi menggambarkan betapa ujian itu adalah guru kepada manusia. Manusia sentiasa berubah dan akan berubah, hati juga sentiasa berbolak balik tetapi Allah mengajar manusia supaya berdoa kepada Dia. Wahai Pemilik hati, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan hidayah. Ya, hidayah itu milik mutlak Allah. Dia hanya memandang usaha manusia dalam mengajak manusia lain ke arah kebaikan.

"Insyirah, kenapa tak minta komisen sedikit?"

Ana tersenyum. Buku itu bukan hak ana kerana kebanyakan isi-isinya adalah dari sekeliling. Manusia-manusia yang mengajar, Allah yang mentarbiyyah dan alam yang mengajar ana untuk berfikir dan 'mengelamun' di dunia kecil ana. Bicara tentang ombak, pesisir pantai yang saujana mata memandang. Ana menulis tentang ombak adalah hasil pemerhatian kepada gulungan ombak yang tidak pernah engkar kepada Allah, ada ombak kecil dan ada ombak besar.

"Dua punca gempa bumi adalah apabila TELINGA disibukkan dengan HIBURAN dan minum ARAK berleluasa."

Dan kita manusia di atas bumi yang alpa dengan peringatan yang Allah berikan di dalam al-Quran juga tidak mengendahkan amaran Rasul junjungan hanya melihat konteks sains di dalam kehidupan tanpa mengambil ibrah dari apa yang Allah dan Rasulullah pesankan. Bila berlaku sesuatu musibah, yang dipandang hanyalah jasad tetapi rohani terus-terusan dibiarkan kering kontang.

Sebulan berlalu, di saat hati ini merintih pilu dan sendu kepada Pemilik yang Satu... Ana menjahit kembali hati yang berkecai di bawah, menyusun dan terus mencantumkan. Dia yang memiliki segala-galanya, Dia yang mentakdirkan sesuatu maka Dia juga pasti akan membahagiakan hamba Nya menurut cara yang Dia kehendaki buat hamba Nya, bukan cara yang hamba idam-idamkan.

Alhamdulillah. Di sebalik tangisan dan rintihan, Allah menghadiahkan senyuman kepuasan saat melihat buku Bicara Pedusi di tangan. Awalnya, ana mahu menghadiahkan sebuah buku kepada Encik Zauj namun atas alasan yang ana sendiri tak tahu, ana mahu menghadiahkan kepada pembaca .:: HaRuMaN MaWaR ::. dan akhirnya Allah juga yang memujuk dengan menghadiahkan sesuatu yang lebih comel dari buku tersebut. Alhamdulillah.

Allah... Sentiasa punya cara yang terbaik buat hamba Nya :)

Akhir-akhir ini, ana dirundum kemalasan yang luar biasa untuk menulis.

Hari Isnin lalu, Allah pertemukan ana dengan Azmah di UKM. Encik Zauj ada imtihan madah Undang-Undang, maka ana pun mengatur pertemuan untuk bertemu dengan Azmah dan beliau juga tidak ada imtihan pada hari Isnin. Alhamdulillah.

"Kak, akak makin cantik selepas kahwin."

Ana ketawa, buat muka comel.

"Adik nak cantik?"

"Haa... sudah! Orang nak kenakan dia, dia nak kenakan orang."

Ana tersenyum. Ada yang kata ana makin kurus selepas kahwin. Dahulu, melihat kakak-kakak selalu berbicara tentang jodoh, ana ketawa sendirian dan selalunya ana buat tidak endah kalau apa yang dibicarakan sekadar suka-suka tetapi kalau berbicara secara serius, ana selalu mendengar. Tidak kurang juga apabila ramai sangat yang bertanyakan soalan yang ana sendiri tak mampu nak jawab.

"Insyirah, ada ke orang nak kahwin dengan Insyirah? Iya la, Insyirah kan sakit."

Ana tersenyum. Bicara jodoh tidak merobekkan hati ana kerana persoalan jodoh bukan perkara penting untuk ana. Tidak penting bagaimana jodoh yang kita impikan, yang penting bagaimana kita mempersiapkan diri untuk berkahwin. Tidak penting bagaimana lelaki yang datang melamar, yang penting bagaimana untuk menerima lelaki yang Allah hadirkan.

Ramai orang yang terlalu merisaukan kenapa belum berjodoh, bahkan terlalu sibuk memikirkan ciri-ciri yang perlu ada pada bakal suami TANPA melihat kepada diri sendiri. Hanya melihat kenapa belum berjodoh tanpa berfikir apakah diri sudah bersedia untuk menghadapi 'kerenah' dalam rumahtangga. Hanya memandang apa yang perlu ada pada bakal suami tanpa melihat apa yang perlu diperbaiki.

Tersenyum melihat mesej yang pernah diberikan, wanita perlu bertanya kepada lelaki apakah solat fardhunya cukup? Apakah solat berjemaah? Apakah itu dan ini... Tetapi adakah ditanya kepada diri sendiri. Lelaki dan perempuan sama sahaja, selepas berkahwin ana melihat konteks kedua-dua pertembungan yang menjadikan ana seorang kanak-kanak yang terlalu cepat tua (er, dewasa). Moralnya, jangan kahwin awal sangat nanti minda cepat tua tapi kalau dah kahwin bawa-bawa la kesedaran diri yang empuna badan bukan lagi budak-budak :P

Baiklah, mahu undur diri. Dengan ini, saya, Insyirah Soleha merasa sangat bangga kerana berjaya melawan kemalasan diri super duper kritikal tahap gaban untuk menulis. Saya juga merasa terlalu bangga kerana menyiapkan assignment encik zauj, puan pensyarah... assignment tu saya yang buat sila bagi markah lebih... hoho! Siapa tak bangga buat assignment master, keh keh keh :D

Dakwah itu sentiasa harus berjalan, andai kemampuanmu hanya pada penulisan jangan berhenti menulis, sehingga saat rohmu bercerai dari jasad, menulislah dengan hatimu. Kalau harimau mati meninggalkan belang biar manusia mati meninggalkan peringatan. Dan andai peringatan itu melalui tulisan, tulislah apa yang kau rasa. Semoga manusia sentiasa saling ingat mengingati dengannya ~ Kata-kata ini ana ambil dari blog Ukhti Izyan tetapi ana edit sedikit. Jazakillah khairan ya ukhti secret admire :P

Mukaddimah touching semacam, dah hujung-hujung jadi apa je... Mahu jadi kanak-kanak blackcurrent sementara masih ada waktu, tak nak jadi orang tua atau budak-budak yang perasan tua :P

Di pembaringan... Moga hati tidak terbaring seperti jasad. Amiin.

4 leaves:

ernahazwani 10 November 2010 at 22:31  

Salam....saya hampir menangis membaca entry Insyirah. Bukan apa, saya mengenangkan kehidupan saya dahulu kala. Dulu saya begitu jahil walaupun saya kurang keluar rumah, tetapi saya tau hati saya kurang dekat kepada-Nya. Terima kasih ye Insyirah. Alhamdulillah, sudah setahun saya kekal dengan hati saya. Kekal dengan perubahan saya pada masa kini. Allah itu benar-benar berkuasa atas kehendak-Nya.

Sachi Asukai 11 November 2010 at 01:22  

salam akk,i think i can't make up contest 2 la.sgt sedey.sbb 14th ni tutup kan?nurul bz dengan exam.so, takde mase sgt.kesihatan pun tganggu.sory ye kak.but deeply inside, nurul teringin sgt2 nak novel 2.alahai, takde rezeki.takpelah.akk, ur words keep inspiring me from days to days.kata-kata akk buatkan sy bakal ikut jejak akk.the way u are.insyaAllah.dengan berpurdah,one day soon.cuma xd kekuatan.akk berilah nasihat.:)

Unknown 11 November 2010 at 09:03  

Salam...

Akak membaca dan belajar... Teruskan menulis ya...And take care..

Anonymous,  11 November 2010 at 20:30  

suke pada penulisan insyirah ini....teruskan menulis...tabahkan hati dik menempuh liku2x perjalanan...semoga bahgia sentiasa mengiringi hidupmu ..begitu juga kesihatan

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO