"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

31 October 2010

Dah Macam Robot

Bismillahirrahmanirrahim.

Ana minta maaf mungkin ramai yang terasa hati atau berkecil hati kerana ana tidak membalas kiriman-kiriman yang masuk ke dalam kantung inbox di email mahupun facebook. Sesekali, cuba juga menjengah masuk ke dalam email peribadi dan membaca mesej juga komen-komen para sahabat facebook dan ada ketikanya diusahakan untuk memberi respon kepada mereka namun tidak semuanya dibalas tetapi ana insya Allah akan membaca setiap komen dan mesej yang diberikan.

Maaf, lewat beberapa hari kesihatan tidak mengizinkan untuk menaip panjang kepada sahabat-sahabat. Terkadang, ana menunda balasan kiriman dari adik-adik yang menanti ana memberi sesuatu kepada mereka kerana ana mengharapkan dapat menulis sesuatu yang terbaik kepada setiap kiriman.

Jarang ana nak copy paste mana-mana artikel meski ana tahu banyak artikel yang jauh lebih baik dari ana kerana ana merasakan mereka berhajat kepada ana bukan kepada penulis artikel tersebut, jadi ana amat bimbang sekiranya mereka berkecil hati andai bukan ana yang membalasnya. Andai mereka berhajat kepada yang lain pasti mereka tidak mencoretkan kiriman yang ditaip dengan panjang kepada ana. Satu tanggungjawab kemasyarakatan, walhamduliLLAH.

Ramai lagi yang masih tertanya dan ramai pula yang berkecil hati dengan ana lewat ziarah ana ke blog mereka. Nampaknya ramai yang merasa bersalah dengan ana (isk, understanding lagi...) sedangkan bukan ana merajuk dengan sesiapa pun, hihihihi.

Cuma, kesihatan ana yang kurang memuaskan. Kedua-dua tangan ana mengeras dan sakit, jadi apabila menaip di keyboard ana terpaksa berubah menjadi seperti patung boo yang comel, berlagak comel saja tapi memang ana rasa semakin comel sejak menukar gambar profile di facebook, ya ya ya kartun boo memang comel (kelihatan kembali ke alam riang ria) :D

Tidak mampu duduk lama kerana tulang belakang terasa mengilu sedikit, kedua kaki juga sakit. Mungkin saraf sedang mengamuk pinta direhatkan. Dahulu, hanya kaki sebelah kiri sahaja yang akan membengkak apabila tulang belakang sakit kini kedua-dua kaki merajuk bila tulang belakang sakit. Untuk berdiri sahaja terasa pisau menghiris tapak kaki, tegang sungguh rasanya namun masih juga berjalan-jalan kerana ana tidak mahu memanjakan diri yang sememangnya sudah terlalu manja :P

Ada masa dan ketikanya tidak mampu untuk rukuk dan duduk diantara dua sujud jadi terpaksa berkawan semula dengan kerusi, tetapi selalu juga memujuk badan untuk terus ringan beribadah kepada Rabb. Pujuk juga tangan untuk menulis supaya saat Allah tidak mengizinkan lagi jemari untuk menarikan pena, ana tidak lagi merasa menyesal kerana mensia-siakan peluang yang Dia pinjamkan insya Allah. Menulis juga satu ibadah :)

Semalam, pergi ke masjid kenduri kahwin anak kepada sahabat ummi... Ramai yang excited jumpa ana sebab selepas kahwin tak jumpa-jumpa ana, hehehe. Jumpa seorang baby, waaa dia dah besar. Bangga sikit sebab nama kami sama, Insyirah :P Bila jumpa, jadi geeeeeram sangat sebab dia sangat tembam. *sigh* Tapi ana tidaklah berhajat mahu mendukungnya mahupun memegangnya kerana merasakan kedua tangan not available untuk menampung beratnya dan jalan pun tak stabil, bimbang kalau ana terjatuh baby pula kene hempap dengan ana :D

Adik-adik perempuan dah besar, yang bongsu pun tinggi dari kakaknya yang tingkatan 2. Bila duduk sekali, ummi sangkakan ana ialah adik bongsu *sigh* saja nak bagitahu satu dunia... "I lagi vouge dari adik I laaa..." lalalalala, ayat bangga. Dengan adik yang tingkatan 2 tu pun, dia lebih berat dari ana, ngeh ngeh ngeh... Bangga lagi. Mereka sedang membesar :)

Ana pula nak kecil sekecil-kecilnya sampai en zauj tanya buat apa nak kecil sangat "Bila sakit belakang tak larat nak bergerak nanti orang tak larat angkat, kalau kurus orang lambung-lambung je" ^_^


Sekian...

Salam Robotwomen :D
Insyirah Soleha

3 leaves:

Cahaya_Kebahag!aan 31 October 2010 at 21:26  

salam insyirah.. saya doakan insyirah cepat sembuh...

nurIslami,  31 October 2010 at 21:36  

Assalamualaikum:

Alhamdulillah, ke udara kembali Haruman Mawar untuk tatapan umum..

Syafakillah..

Anonymous,  31 October 2010 at 22:31  

sememangnya berat bahu yg memikul, dari yg mendengar luahan bicara pesakit cuma.

kak mia pn kdg2x ada ms bisa jatuh jika x kuatkan hati. Amat sukar menghadapi sakit yg di mata org kte adalah 'muda terkena sakit' & 'x nampak kesakitan reality," pd mereka.

Setiap masa cuba memujuk tanganku jua utk menulis, memujuk kaki & lututku jua utk berhati2x melangkah tanpa kesakitan menggugah, akhirnya...memujuk hati dengan smgt sendiri. Selalu byg kan andai yg tersayang tiada di depan kte,siapa yg boleh sokongi kte melainkan-Nya.

Benar juga kata syira....jika berdiam diri saja, pasti tiada terapi..bermakna senaman sekdr kemampuan bisa mengubati wp x sepenuhnya.

Yg terutama..sama2x la berdoa & terus bertahan menerima segala dugaan. Dia masih sayangkan kte.

Di saat kte sedang ingin menangis..mungkin di luar sana, lebih ramai insan yg menanggung derita yg kte tak tahu lbh sengsara dr kte.

P/s: setiap kali sakit, muhasabah muhasabah amat ptg selain sokongan. susah org nak faham kte sbg pesakit. Tp,mungkin kte sendiri perlu belajar utk menangani rs sakit meski ada air mata yg menuruni liang jiwa nurani tanpa sedar.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO