"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

18 October 2010

Dunia Blogger

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah lama berlegar di ruang minda, sesuatu yang ingin dikongsikan segera dilupuskan untuk berkongsi dan hasilnya sekadar monolog sepi di ruangan hati. Kata-kata yang dibiarkan berlegar di minda dan sesekali 'berbual' bersama Qarin yang menemani. Pesan dari seseorang buat jiwa ini kembali merenung dan muhasabah, bukan semua cerita boleh dikongsikan di dalam kanvas maya maka biarlah monolog sepi akan segar dengan monolog-monolog yang berlagu di jiwa. Hanya insan tertentu yang membaca dan mungkin sekadar tatapan diri sendiri :)

Lewat kebelakangan ini, sering berkongsi cerita en zauj. Mungkin ada pihak yang memandang sudut positif dan ada pihak yang melihat dari sudut negatif, setiap manusia berbeza dan hati kita juga berubah mengikut turun dan naik iman yang pasang surut parasnya. Rasa terharu apabila anak-anak murid zauj dari Mesir mengirimkan doa dan ada pula yang menyampaikan berita gembira, meski tidak mampu untuk memberi apa-apa, kami mendoakan kesejahteraan beliau dalam kembara menuntut ilmu.

Dalam pada itu, mungkin di sisi lain ada manusia yang merasa ana mahu menarik simpati *sigh* atau menagih perhatian. Bukan ana meminta apa-apa, sekadar memberitahu kepada sahabat-sahabat dan mohon bantuan doa (bukan kewangan atau bebelan :p), namun ana tidak berkecil hati dengan mana-mana pihak kerana lumrah dunia maya ini tidak ada yang realiti. Disebalik 'kepalsuan' identiti dan sebagainya, masih ada lagi insan yang tulus memberi dan terus mengharap agar dapat memberi. Terima kasih daun keladi, doa kalian sangat kami hargai.

Dalam ramai-ramai yang mendoakan, baik sahabat ana mahupun zauj atau silent reader dan sesiapa sahaja... Hanya Allah sahaja dapat membalas kebaikan kalian, mudah-mudahan kebaikan tersebut dibalasi Allah dengan sebaik-baik pembalasan. Amiin.

"Bukan hanya kawan yang membaca blog, lawan juga membaca."

Diam. Tersenyum dan berfikir sambil menikmati sesuatu yang sedang mengembang di fikiran. Makin lama berangan, makin tak tertulis bingkisan tersebut. Biarlah, kalau Allah izinkan dan hati berkehendakkan dan tangan berusaha untuk menulis insya Allah akan terhasil juga akhirnya. Pokok pangkalnya diri sendiri yang sedang bergelut dalam kemelut perasaan yang pasang surut.

Mungkin tulisan sepi dalam kanvas maya ini membuatkan beberapa insan jatuh hati *sigh* pada ungkapan yang berselirat, sering ana terhibur dengan kalam-kalam dari seorang ukhti di Singapura. Ada masa dan ketika, membaca mesejnya dengan muka yang merah menyala, di saat lain berlinang juga air mata. Biarlah bahasa hati ini hanya difahami oleh mereka yang membaca dengan hati, bukan mata semata-mata :)

Ana memohon kemaafan dari mana-mana pihak yang terguris dan berkecil hati dengan kelakuan ana. Ana disapa dan diajak untuk berkawan, ana terima dengan lapang dada dan tangan terbuka. Ana disaran menjenguk rumah maya, ana juga berbesar hati untuk berkunjung ke teratak mereka namun janganlah berkecil hati andai tangan kecil dan jiwa rapuh ini tak mampu untuk "mengikuti" tulisan di rumah-rumah kalian. Rasa terkilan namun runtun hati ini tidak suka dipaksa-paksa.

Pada seorang adik yang sangat berhajat supaya ana menjadi "follower" blognya. Ana berkunjung ke blog tersebut, namun hasrat hati ana terhenti dan ana tersenyum.

assalamualaikum...
akak dah tengok blog *, alhamdulillah. cuma, hehehe... mostly akak dah baca apa yang * masukkan dalam blog. so, akak nak tanya apa keistimewaan blog * supaya akak kene follow? hehehe... cube bagi akak jawapan. jeng jeng jeng..

Ana cuba (berusaha) untuk bertanya dengan santai, supaya adik ini tidak berasa kecil hati. Ada sesuatu yang ingin ana kongsikan.

salam kak..heheh..sebab blog saya best lah huhu ^_^

okeh.. apa yang bestnye blog adek? akak da buka blog adek (even sekarang pun tengah tengok blog adek) cumanya... akak tengok mostly adek copy paste je, akak tak nampak kelainan... akak suka baca tulisan yang ditulis sendiri oleh penulis blog, bukan copy paste. uhuk3. dan bila akak follow blog, akak bukan sekadar menambah bilangan follower sahaja tetapi akak baca apa yang ditulis oleh penulis blog tersebut. jeng jeng jeng...

akak tak suka just meramaikan bilangan follower. sebagai muslim, untuk apa kita buat sesuatu.?? dan... akak lebih sukakan sesuatu yang ditulis sendiri, so... akak akan dapat benda baru. tp random akak dalam blog adek, copy paste je... hurm, jadi... adek kene ada aim apa yang adek nak dalam blog. jadikan blog adek ssuatu yang HIDUP, jadikan blog adek ada aura supaya orang yang follow akan betul-betul follow dan BACA. tak best kan kalau hanya ramai yang follow tapi mereka tak baca pun... :)

thinking it... :)

adek follow blog akak, akak hargainya but akak menulis blog BUKAN suruh orang follow akak dek bahkan akak jarang nak menjejak siapa follow blog akak atau adakah dia atau sesiapa sahaja link blog akak dalam blog dia sebab akak menulis blog kerana akak memang nak menulis bukan nak ada ramai follower atau sebab-sebab lain... akak tak suka copy paste artikel lain dalam blog akak sebab bagi akk, akak ada tanggungjawab pada follower blog... orang yang follow blog akak, dia nak baca apa yang akak tulis bukan apa yang orang lain tulis...

but... what ever asbab dan alasan sekalipun, akak menulis untuk kepuasan diri akak. akak tak paksa orang terima pendapat akak but kalau just suka-suka nak follow blog tapi tak nak baca apa yang ditulis, bagi akak.. takde makna pun :)

sorry, its hurting you. akak tahu... but, akak tak nak adek rasa seronok atau lalai bila ada follower dalam blog, adek rasa bangga blog popular or so on... buatlah sesuatu yang boleh buat hati adek merasa dekatnya dengan Allah dan indahnya agama Allah. wallahua'lam.

Menulis kerana nak menulis, bukan supaya orang follow blog tak best ni. Memang tahu tak best pun, jadi yang baca sampai habis tu kenapa? Nak buat macammana, dah TERfollow blog ni jadi TERpaksa la baca. Tak sengaja pun. Ngeh ngeh ngeh. Jazakumullah khairan, maaf andai lewat kebelakangan ini selalu saja tidak mampu menjadi yang terbaik (anak terbaik, adik terbaik, kakak terbaik, sahabat terbaik).

* silent *

Kita hanya suka awan yang putih dan cantik, kita tak suka pada awan hitam sedangkan hanya awan hitam yang menurunkan air hujan untuk menyuburkan tanaman dan sebagainya.

Sama juga dengan hidup, kita hanya suka kawan dengan orang yang baik den...gan kita, tak suka kawan dengan orang yang kurang baik (pada pandangan kita) sedangkan kawan yang tak baik (pada pandangan kita) yang selalu menyedarkan kita. :)

Begitu juga dengan kehidupan, kita hanya suka perkara yang gembira sahaja dan menjauhi perkara yang mendukacitakan sedangkan perkara yang mendukacitakan akan membawa hati kita dekat kepada Tuhan, ia menyedarkan kita dari kelalaian.

Malam ini, terasa nak duduk di jendela dan menguak dada langit sambil mengutip gugusan bintang yang berterabur. Tapi, rasa di hati terpaksa ditahan supaya kepala tidak dibebankan dengan masalah yang tidak akan selesai meskipun berfikir sepanjang-panjangnya. Ingat senang ke nak kira bintang... Isk! Selamat malam.


Rindu sangat budak ini. Notty!

Impian : nak menulis cerpen yang bisa menyentuh kalbu manusia hingga mereka menitiskan air mata keinsafan, mahu menukilkan sebuah buku yang bisa membuat manusia merasa Allah itu terlalu dekat, mahu berkongsi nikmat IMAN dan ISLAM supaya ada hati yang tergerak untuk mendayung perahu ke lautan cinta Ilahi. Ujian itu tarbiyyah, sabar itu indah. DOAKAN faqirah yang tidak punya apa-apa ini, sekadar impian di dada langit...

Insyirah Soleha
Soul Singing With Beautiful Song

6 leaves:

Unknown 18 October 2010 at 22:44  

salam syira. apa yang syira tulis ni sedikit-sebanyak adalah jawapan yang lama berbuku dalam hati kakchik tapi tak terucap kepada setiap pengunjung blog yang follow dan minta di follow kembali. terima kasih syira.

limaumaniss 18 October 2010 at 22:46  

betul...kekadang tak faham kenapa adanya follower tu...sbb follower akan notice post baru hanya bila mereka login ke blog mereka sendiri..betulkan kalau akak tersilap...[sbb jarang ambil pot ttg follower, x pasti sangat mcm mana ia berfungsi]

ernahazwani 19 October 2010 at 00:06  

Salam syira..terima kasih atas jawapan syirah....walaupun saya tidak bertanyakan soalan yang sama dengan adik tersebut..tapi saya tidak suka memaksa org untuk folow blog saya....walau apapun..inilah dunia blogger...perkongsian ilmu ada dimana-mana...cuma kite perlu pandai memilih blog yang sesuai dengan kita...terima kasih ye syira

Kak Idah 19 October 2010 at 00:50  

Salam syira dan kakchik..
Apa yang syira sampaikan tu betul..
Akk bukan kaki blogger dan akk jarang nak follow atau buat blogwalking, namun mana2 blog yang akk suka baca akk akan masukkn dalam blo akk..rasanya empunya diri pun tak tahu...hihihi..salah satu sebab takut mcm syira tulis tu...minta di follow padahal blog akk biasa aje..hihi malu...sbb tu tak suka nak minta org follow atau difollow...semua nya atas kerelaan sendiri..semoga teruskan menulis..menulis dan menulis lagi..

Unknown 19 October 2010 at 09:12  

Salam Insyirah:

Akak setuju sgt2 dgn pendapat ni.. Kadang2 rasa segan nak komen kat blog orang sebab org kata tu salah satu cara nak tarik org ke blog kita...
Akak buat blog kerana nak belajar menulis dan bila ada follower, akak kena tunaikan hak kepada mereka yang dah jadi follower tu, jadi sukar lak nak tulis sebab takut tersalah maklumat...
Bagi akak, akak akan follow mana2 blog yang akak minat dan rasa berfaedah kat akak, dan akak harap kalau ada org follow akak pun sebab tu jugak.. bukan kerana akak dah follow diorang..
Wallahua'lam.. Utk yang kesekian kalinya, teruskan memblog, akak memang suka baca blog ni walau sesekali macam terkena batang hidung sendiri.. tapi, itulah nikmatnya.. :)
Salam..

hafizquran 19 October 2010 at 22:12  

salam

sy pernah menulis ttg ini..

http://hafizquran.blogspot.com/2009/05/aku-menulis-bukan-kerna-nama.html

ttp dari satu sudut,elok jg andai pinta 'si kecil' itu dipandang sbg meminta motivasi.mgkin, bila 'kakak2' yg hebat follow blog dia, dia akan smakin bsmgt untuk menulis dari tinta sndiri:).. teguran perlu,tasyji' jgn pula dilupa..skdr pndangan.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO