"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

31 October 2010

Dah Macam Robot

Bismillahirrahmanirrahim.

Ana minta maaf mungkin ramai yang terasa hati atau berkecil hati kerana ana tidak membalas kiriman-kiriman yang masuk ke dalam kantung inbox di email mahupun facebook. Sesekali, cuba juga menjengah masuk ke dalam email peribadi dan membaca mesej juga komen-komen para sahabat facebook dan ada ketikanya diusahakan untuk memberi respon kepada mereka namun tidak semuanya dibalas tetapi ana insya Allah akan membaca setiap komen dan mesej yang diberikan.

Maaf, lewat beberapa hari kesihatan tidak mengizinkan untuk menaip panjang kepada sahabat-sahabat. Terkadang, ana menunda balasan kiriman dari adik-adik yang menanti ana memberi sesuatu kepada mereka kerana ana mengharapkan dapat menulis sesuatu yang terbaik kepada setiap kiriman.

Jarang ana nak copy paste mana-mana artikel meski ana tahu banyak artikel yang jauh lebih baik dari ana kerana ana merasakan mereka berhajat kepada ana bukan kepada penulis artikel tersebut, jadi ana amat bimbang sekiranya mereka berkecil hati andai bukan ana yang membalasnya. Andai mereka berhajat kepada yang lain pasti mereka tidak mencoretkan kiriman yang ditaip dengan panjang kepada ana. Satu tanggungjawab kemasyarakatan, walhamduliLLAH.

Ramai lagi yang masih tertanya dan ramai pula yang berkecil hati dengan ana lewat ziarah ana ke blog mereka. Nampaknya ramai yang merasa bersalah dengan ana (isk, understanding lagi...) sedangkan bukan ana merajuk dengan sesiapa pun, hihihihi.

Cuma, kesihatan ana yang kurang memuaskan. Kedua-dua tangan ana mengeras dan sakit, jadi apabila menaip di keyboard ana terpaksa berubah menjadi seperti patung boo yang comel, berlagak comel saja tapi memang ana rasa semakin comel sejak menukar gambar profile di facebook, ya ya ya kartun boo memang comel (kelihatan kembali ke alam riang ria) :D

Tidak mampu duduk lama kerana tulang belakang terasa mengilu sedikit, kedua kaki juga sakit. Mungkin saraf sedang mengamuk pinta direhatkan. Dahulu, hanya kaki sebelah kiri sahaja yang akan membengkak apabila tulang belakang sakit kini kedua-dua kaki merajuk bila tulang belakang sakit. Untuk berdiri sahaja terasa pisau menghiris tapak kaki, tegang sungguh rasanya namun masih juga berjalan-jalan kerana ana tidak mahu memanjakan diri yang sememangnya sudah terlalu manja :P

Ada masa dan ketikanya tidak mampu untuk rukuk dan duduk diantara dua sujud jadi terpaksa berkawan semula dengan kerusi, tetapi selalu juga memujuk badan untuk terus ringan beribadah kepada Rabb. Pujuk juga tangan untuk menulis supaya saat Allah tidak mengizinkan lagi jemari untuk menarikan pena, ana tidak lagi merasa menyesal kerana mensia-siakan peluang yang Dia pinjamkan insya Allah. Menulis juga satu ibadah :)

Semalam, pergi ke masjid kenduri kahwin anak kepada sahabat ummi... Ramai yang excited jumpa ana sebab selepas kahwin tak jumpa-jumpa ana, hehehe. Jumpa seorang baby, waaa dia dah besar. Bangga sikit sebab nama kami sama, Insyirah :P Bila jumpa, jadi geeeeeram sangat sebab dia sangat tembam. *sigh* Tapi ana tidaklah berhajat mahu mendukungnya mahupun memegangnya kerana merasakan kedua tangan not available untuk menampung beratnya dan jalan pun tak stabil, bimbang kalau ana terjatuh baby pula kene hempap dengan ana :D

Adik-adik perempuan dah besar, yang bongsu pun tinggi dari kakaknya yang tingkatan 2. Bila duduk sekali, ummi sangkakan ana ialah adik bongsu *sigh* saja nak bagitahu satu dunia... "I lagi vouge dari adik I laaa..." lalalalala, ayat bangga. Dengan adik yang tingkatan 2 tu pun, dia lebih berat dari ana, ngeh ngeh ngeh... Bangga lagi. Mereka sedang membesar :)

Ana pula nak kecil sekecil-kecilnya sampai en zauj tanya buat apa nak kecil sangat "Bila sakit belakang tak larat nak bergerak nanti orang tak larat angkat, kalau kurus orang lambung-lambung je" ^_^


Sekian...

Salam Robotwomen :D
Insyirah Soleha

Read more...

29 October 2010

Meracip Pengalaman

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, pena kembali ditarikan walau dengan langkah yang masih sumbang dan gerak perlahan. Belajar dari si anak kecil, meniarap dan kemudian belajar merangkak, berdiri, bertatih dan berjalan meski terjatuh berkali-kali. Untuk berjaya, tidak semudah menutur kata. Dalam kehidupan, tidak semudah berimiginasi di alam fantasi kerana kenyataan sebuah kehidupan adalah alam yang penuh dengan warna-warni. Moga Allah mengilhamkan yang terbaik buat semua, insya Allah.

Menutup blog. Banyak mesej dan komen yang ditinggalkan dalam akaun facebook dari pembaca blog, ramai yang merajuk kerana tidak dijemput untuk membaca blog. Maaf, salah sangka yang tercetus buat ana hilang bahasa untuk memberitahu duduk perkara sebenar.

Terlalu ramai yang tidak tahu apa yang terjadi tetapi terlalu ramai yang membuat spekulasi. Ana hanya tersenyum membaca dan diam, biarlah kejadian yang berlaku tidak menjadi satu pengikat yang akan merantai tangan untuk terus menarikan pena, ujian tersebut meski nampak kecil di mata orang lain namun impak dan natijahnya pada ana yang melalui agak berat. Hentikan apa-apa spekulasi :)

"perlu ke insyirah tutup haruman mawar? kenapa cepat patah hati? jadikan kritikan seseorang sebagai jalan untuk terus maju ke hadapan :)" -komen yang membuatkan ana tersenyum lebar.

Kritikan di dalam penulisan ana adalah salah satu cara untuk ana memperbaiki metod penulisan dan gaya untuk menyampaikan sesuatu kepada umum, pengkritik tegar adalah encik abi sendiri yang sentiasa setia membaca untaian kata dan bilah bahasa ana di dalam blog bahkan selalunya encik abi menduduki tangga pertama sebagai insan yang menegur pelbagai kesalahan ana untuk diperbaiki. Ana sangat berbesar hati untuk dikritik tetapi kebanyakan hanya membuat spekulasi dan menembak tanpa meletak sasaran yang tepat.

"pepun, kak mia doakan semoga syira meneruskan bakat penulisan untuk manfaat semua. jaga kesihatan elok-elok & ceria-ceria selalu walaupun tak di invite to read your blog" -kak mia merupakan seorang teman maya yang dikenali lewat sebuah website. Beliau selalu mengikuti blog ana dan ana terasa beliau kecil hati kerana tidak di jemput masuk ke dalam blog.

Hakikatnya, ana telah mengunci blog kepada semua tanpa memberikan VIP atau VVIP invitation kerana tidak mahu melebihkan sesiapa di dalam perkara ini sedangkan Encik Abi yang menjadi pembaca tegar pun tidak dijemput apatah lagi sahabat-sahabat lain. Ana hanya meletakkan blog di dalam kondisi "available only for authors" iaitu ana dan zauj. Mahu adil kepada diri sendiri dan semua.

Tetapi, respon yang diterima dari mesej dan komen di dalam facebook sedikit sebanyak mencuit hati ana untuk kembali muhasabah. Musibah yang Allah berikan bukanlah untuk menghukum kesemua orang yang tidak bersalah bahkan mereka sangat mengharapkan blog .:: HaRuMaN MaWaR ::. terus berdenyut dan kembali hidup seperti dahulu. Maka, ana memberi ruang kepada diri sendiri untuk berfikir.

Dengan lafaz basmalah, ana membuka kembali .:: HaRuMaN MaWaR ::. meski tidak mampu untuk meninggalkan apa-apa pesan, setidak-tidaknya ana tidak melukakan hati mereka yang bertandang kerana rumah kecil ini bersedia menerima mana-mana tetamu yang berhajatkan kepada ana. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua, semoga gerak perlahan ini tidak terus berhenti.

Ingin berkongsi secebis kisah yang ana kutip. Ibrah dalam pengembaraan. Mengikuti en zauj ke universiti dan duduk refleksi diri di masjid memberi ruang waktu untuk ana muhasabah dan melihat gelagat manusia. Ana selesa berada di masjid kerana ia memberi privasi buat ana, pernah juga duduk di kawasan terbuka tetapi akhirnya merasakan masjid adalah tempat terbaik untuk ana menghabiskan waktu membaca :)

Tidur lewat, bangun awal pagi dan masak kemudian bersiap sebelum subuh dan seusai solat subuh akan segera keluar dari rumah. Tiba di masjid, akan bersarapan dengan en zauj dan beriringan masuk ke masjid dengan urusan masing-masing. Seterusnya ana melakukan aktiviti bagi mengisi ruang waktu tersebut, suatu hari merasakan mengantuk yang tidak mampu ditahan akhirnya duduk di ruangan belakang dan baring. Datang seorang wanita yang sudah berusia.

Kalamnya tidak difahami dan ana sedar kata-kata itu ditujukan buat ana. Yang ana faham beliau marah kerana ana tidur di masjid, tidak memanfaatkan waktu di masjid untuk beribadah. Ana terus memejam mata dan berpura-pura sudah tidur. Kepala sudah berat mungkin kerana kurang tidur dan mata sangat pedih, berkali-kali tertidur semasa duduk bersandar di dinding. Sekadar memejam mata, tidaklah tidur lena. Bila bangun, tengok jam... Melihat sekeliling dan ana tersenyum. Sekujur tubuh beralaskan sejadah mungkin sedang qailullah (tidur sekejap selepas dhuha).

"Abang nak tahu, ada Mak Cik ni tadi marah-marah sebab Sayang tidur di masjid. Bila Sayang bangun, makcik tu tengah tidur. Hehehehe."

En Zauj hanya mendengar celoteh. Sebelum keluar dari ruangan muslimat, ana membetulkan pakaian dan tudung juga memakai niqab yang dibuka. Nampak makcik tu macam terkejut bila ana memakai niqab, mungkin dia sangkakan ana orang arab dan tidak faham bicaranya dan dia terus membebel kepada ana memandangkan hanya kami berdua di ruangan muslimat.

Ibrahnya, apabila kita tidak tahu apa yang berlaku jangan buat-buat seperti tahu. Bertanyalah punca sebelum membidik kata yang akan melukakan hati seseorang. Insaf ana dengan apa yang Dia tarbiyyahkan hanya dari seorang makcik yang mungkin tidak tahu bahawa ana memerlukan rehat untuk mengekalkan momentum kesihatan yang tidak sekuat dirinya :)

Baru-baru ini... Sementara menunggu abang ana, duduk menanti di kerusi dan di sebelah ana ada dua orang anak kecil yang comel. Awalnya, nampak seperti kakak begitu menjaga adik perempuannya kerana bimbang diapa-apakan oleh ana yang nampak seperti 'asing' tambahan pula ana ketika itu memakai pakaian berwarna gelap. Ana bertanya beberapa soalan dan ralit dengan keletah mereka yang melayani soalan-soalan ana.

Tiba-tiba, si adik yang sedari tadi melihat ana bertanya.

"Kenapa pakai ini?" Sambil ditunjukkan kepada niqab. Ana teringatkan sepupu ana yang berusia 3 tahun, Qashrina. Dahulu, Qashrina juga bertanyakan soalan dengan gaya yang sama seperti anak kecil ini.

Ana senyum sendiri. Memandangkan kedudukan ana di tempat yang terbuka, teksi lalu-lalang dan ana cuba berikan jawapan yang boleh diterima akal si kecil.

"Sebab di sini ada banyak habuk dan asap, jadi achik tutup la..." Alhamdulillah, si kecil itu gembira dengan jawapan tersebut dan teruja untuk berbual dengan ana. (Eh, dah pandai gelar diri sebagai "Achik", dulu sumpah kene bunuh mati hidup semula pun tak mengaku "Achik" depan budak-budak, paksa juga panggil "kakak"... hohoho)

Di hujung kerusi ada lelaki dewasa yang tersenyum dengan jawapan ana, mungkin bapa kepada anak-anak ini kerana ibu mereka sedang membeli tudung dan mereka menanti di kerusi tersebut. Sering ana merasakan Allah menjaga ana, meski di tempat awam begitu bukan merasa mulia tetapi Allah selalu menjauhkan ana dari lelaki. Allah selalu menjaga ana dan memelihara supaya ana tidak diganggu lelaki.

Nampak kelibat abang ana yang melambai tangan ke arah ana. Bangun dan mencubit pipi anak-anak kecil ini dan berjalan ke arah abang yang menanti...

Sebak dan hampir menitis air mata atas perpisahan, namun diteruskan langkah. Semangat yang tercuit harus segera dijahit demi sebuah perjuangan... Semoga perpisahan mengajar erti kasih-sayang dan akan lebih menghargai nikmat yang Dia hadirkan di sisi hamba Nya. Kita akan menghargai sesuatu apabila ia telah ditarik nikmatnya kepada kita, kita akan menghargai seseorang apabila dia tidak lagi berada di sisi kita.

Kata Pak Su "kita selalu menghilangkan sesuatu yang berharga"... Dan ana pun kembali memberi nota-nota kecil ini kepada diri sendiri.

Pendapat Kak Zima buat ana berfikir betapa ana mementingkan diri sendiri menutup blog ini, alasannya biarlah antara ana, abi wa zauji yang mengerti (dan mereka memahami). Ana mengharapkan ilham dari Allah sama ada perlu membuka atau mengekalkan blog didalam keadaan 'invisible' tetapi Allah membuka hati dengan kata-kata Kak Zima.

"kenapa nak baca blog syirah? sebab, some other blogs mungkin hanya akan cerita mengenai hadis ini, surah itu, artikel ini, artikel itu. tapi haruman mawar is different in a way that, it's about this girl who is pretty much a human being, Allah tested her the way Allah tested her, but this is how she reacts towards it. now, what do you learn from her? how are you when Allah tested you, can't you learn something from her? Haruman mawar banyak menyuntik persoalan2 untuk difikirkan dan menjentik fenomena untuk dilihat dari sudut yang berlainan. kerana itu, akak teringin nak kenal budak insyirah nih... dah lah nama dia sama dengan anak dara ku yang seorang itu.. harap sangat insyirah kecik dapat jadik cam insyirah yang solehah nih... setakat nih, ok lah jugak. tapi kuat protes budak insyirah kecik nih..."


Ya, what you learned from .:: HaRuMaN MaWaR ::.

Sincerely, kalam dari Kak Zima yang mencubit lengan ana untuk menarikan pena. Kata-katanya yang mencuit hati agar tidak memanjangkan rajuk yang bukan berpunca dari pembaca blog. Semuanya menuntut sebuah ruang untuk kembali menjahit hubungan dengan Sang Khaliq yang menegur pada hamba kecil ini agar memelihara hubungan sesama manusia.

Maka... cicipan pengalaman dan kesudahan uzlah hati ini, ana membuka tangan menerima tetamu yang sudi berkunjung. Statistik menunjukkan tetamu kedua terbanyak datangnya dari Mesir, ada yang bermukim dari Indonesia, UK, US, Australia, Singapura, Jordan, Korea, Jepun, Saudi Arabia... Entah siapa kalian, ana tidak mengenali namun segugur rasa memohon maaf atas setiap rasa yang singgah di hati kalian kerana berkecil hati menganggap kalian tidak dijemput. Tiada spekulasi yang mahu ditimbukan mahupun berkompromi untuk menidakkan kalian dalam wujudnya rumah maya ini.

Urusan hati ini, biar Allah yang menghiburkan. Insya Allah :)

Faqirah Wa Dhoifah,
Insyirah Soleha.

Read more...

22 October 2010

Mari Rapatkan Saf

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, setelah lama menunggu akhirnya zauj dapat juga tuliskan request dari ana sejak dari Ramadhan haritu. Hasil pemerhatian di surau semasa solat terawih, banyak yang ana bertanya pada zauj, dan natijahnya ana kongsikan di sini.

Ramai di antara kita yang mengambil sikap mudah dalam solat berjemaah. Mereka merasakan bahawa sudah cukup sekiranya mereka menunaikan solat berjemaah di masjid sedangkan kedudukan saf bersimpang siur bak cacing kepanasan.

Jika ada yang menarik tangan atau baju supaya berada dalam keadaan rapat, mereka membatu sahaja, bahkan ’mengeraskan’ diri, tidak berganjak dari tempatnya.


Sesetengahnya pula apabila ternampak ruang kosong pada saf di hadapan, mereka melangkah selangkah, berhenti beberapa ketika (adakalanya sampai seminit), kemudian melangkah selangkah lagi, berhenti beberapa ketika, kemudian selangkah lagi barulah sampai ke ruang kosong. Alasan mereka, tidak boleh bergerak 3 kali berturut-turut kerana ia membatalkan solat. Sedangkan yang sebenarnya pergerakan yang tidak dibenarkan ialah perbuatan yang tiada kaitan dengan solat.

Meluruskan saf bukan hanya para jemaah lelaki sahaja, bahkan jemaah muslimat juga perlu mengambil perhatian. Terkadang jemaah muslimat mengambil sikap lewa dalam masalah ini. Kita di Malaysia, sudah menjadi satu budaya, muslimat pasti (atau kebiasaanya) akan bawa sejadah sendiri jika bersolat di masjid.

Tentunya jika masing-masing solat menggunakan sejadah sendiri, akan ada ruang antara mereka. Tidak rapat. Bahkan lebih teruk jika diminta untuk merapatkan saf, ada yang menjawab:

"solatlah kat sejadah sendiri!!"

Ya Allah, mereka amat susah untuk 'meninggalkan' sejadah mereka.

Di sini, saya bawakan beberapa hadith Nabi saw dalam permasalahan saf:

1-عن أنس رضي الله عنه قال: أقيمت الصلاة فأقبل علينا رسول الله e بوجهه فقال: (أقيموا صفوفكم وتراصوا ، فإني أراكم من وراء ظهري) وفي رواية قال أنس :( وكان أحدنا يلزق منكبه بمنكب صاحبه ، وقدمه بقدمه ) أخرجه البخاري (ح / 719-725) .


Maksudnya : Daripada Anas bin Malik ra, katanya: Solat telah diiqamah, lantas Nabi berpaling ke arah kami seraya bersabda : Luruskan saf kamu dan rapatkan, sesungguhnya aku boleh melihat dari belakangku. Dalam riwayat lain Anas berkata, lalu setiap dari kami sentuhkan bahu ke bahu, kaki dengan kaki.

2- عن النعمان بن بشير رضي الله عنه قال : ( كان رسول الله e يسوي صفوفنا ، حتى كأنما يسوي بها الِقداح ، حتى رأى أنا قد عقلنا عنه ،ثم خرج يوماً فقام حتى كاد يكبر ، فرأى رجلاً بادياً صدره من الصف ، فقال: عِباد الله ، لتسوّن صفوفكم أو ليخالفن الله بين وجوهكم ). أخرجه مسلم (ح / 436) ، والبخاري في مختصراً (ح / 717) .


Maksudnya: Dari Nukman bin Basyir ra katanya : Adalah Rasulullah saw meluruskan saf-saf kami sehingga seolah-olah baginda membetulkan dengan anak panah, sehingga apabila baginda melihat kami sudah faham tentangnya (meluruskan saf). Kemudian pada suatu hari baginda keluar (untuk solat) dan hampir bertakbir, baginda ternampak seorang lelaki yang terkedepan dari saf, baginda lantas bersabda: Wahai hamba Allah, betulkan saf kamu jika tidak Allah akan menukar rupa kamu.

3- عن النعمان بن بشير قال : ( كان رسول الله e يسوي صفوفنا إذا قمنا للصلاة ، فإذا استوينا كبر ) صحيح أبي داود (ح / 665) .

Maksudnya: Dari Nukman bin Basyir ra katanya: Rasulullah akan meluruskan saf-saf kami ketika kami ingin solat, apabila kami telah lurus, baginda bertakbir.

4 ـ عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : "أقيموا الصفوف وحاذوا بين المناكب ، وسدوا الخلل ، ولينوا بأيدي إخوانكم ، ولا تذروا فرجات للشيطان ، ومن وصل صفاً وصله الله ومن قطع صفاً قطعه الله " . صحيح أبي داود (ح / 666)


Maksudnya : Dari Abdullah bin Umar ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Betulkan saf-saf dan samakan antara bahu, tutupi ruang kosong, capailah tangan saudaramu (untuk membetulkan saf), jangan biarkan ada ruang untuk syaitan, sesiapa yang menyambung saf pasti Allah akan sambungkan (rahmat) kepadanya, sesiapa yang memutuskan saf pasti Allah akan memutuskan (rahmat)-Nya.

5 ـ عن أنس بن مالك رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :" رصوا صفوفكم ، وقاربوا بينها ، وحاذوا بين الأعناق ، فوالذي نفسي بيده إني لأرى الشيطان يدخل من خلل الصف كأنها الحذف " . صحيح أبي داود (ح / 667).


Maksudnya: Dari Anas bin Malik ra, Rasulullah saw bersabda: Rapatkan saf kamu, dekat-dekatkan, selaraskan antara leher. Demi jiwaku di tangan-Nya,sesungguhnya aku melihat syaitan memasuki ruang saf seumpama kambing hitam kecil.

6 ـ عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :" أتموا الصف المقدم ، ثم الذي يليه ، فما كان من نقص فليكن في الصف المؤخر " صحيح أبي داود (ح / 671).


Maksudnya: Dari Anas bin Malik ra, bahawa Rasulullah saw bersabda: sempurnakan saf yang di depan kemudian yang selepasnya, apa yang kurang (saf sudah penuh) maka beradalah di saf yang belakang (mulakan saf baru).


Kesimpulan

1. Meluruskan saf seperti mana yang diperintahkan oleh baginda, adalah melalui :

i. Selari antara tumit dan bahu sehingga berada dalam satu garis tanpa ada yang terkedepan atau terkebelakang

ii. Berada dalam kedudukan rapat antara satu sama lain dan tidak membiarkan ada ruang antara orang bersebelahan supaya tidak memberi ruang untuk syaitan mengganggu dan berada di ruang kosong

iii. Memenuhkan saf pertama, jangan dimulakan saf baru sehinggalah saf sudah penuh

iv. Jarak antara saf-saf haruslah hampir dan tidak jauh, cukup sekadar 3 hasta atau ruang untuk sujud


2. Sepatutnya kita ‘ringan’ ketika ada jemaah yang bersebelahan menarik tangan kita bagi membetul atau merapatkan saf

3. Para imam perlu mengambil berat perihal saf, jangan terlalu cepat untuk bertakbir sebelum memerhati keadaan saf terutamanya ketika solat jumaat. Berikan sedikit masa untuk makmum memenuhkan saf.

4. Memenuhkan dan meluruskan saf bukan hanya pada solat fardhu sahaja, bahkan pada semua jenis solat jemaah yang lain seperti terawih, gerhana dan sebagainya.

Wallahua'lam.

Salam Sayang,
Insyirah Soleha

Read more...

21 October 2010

Menulis Tanpa Semangat

Bismillahirrahmanirrahim.

Kesuraman semangat untuk menulis dan kehilangan momentum penulisan. Lewat beberapa hari mengadap assignment zauj, tak banyak yang mampu ana hasilkan untuk membantu proses menyiapkan assignment tersebut. Namun, melalui pembacaan yang 'diserahkan' pada ana banyak yang membawa ana ke dunia khayalan. Akhirnya, duduk dan termenung di jendela. Sejarah demi sejarah dibentangkan, perjuangan demi perjuangan diharungi dan akhirnya bila tiba pada kita semuanya tidak dihargai.

* entri ini sangat panjang *

Suatu malam, zauj memberi tazkirah ringkas dan ditekankan kepada ana untuk berdisiplin menulis. Tak tahu nak cakap apa, senyum dan diam. Melalui entri "Dunia Blogger" pada sebelum, semasa dan selepas menulisnya ana sangat yakin banyak orang yang akan terasa dan seperti yang dijangka terlalu mudah membuat kesimpulan sedangkan intipati yang disampaikan tidak dicerna dengan baik. Bukan salah sesiapa, salah ana sendiri. Tetapi, merasa keperluan sesekali untuk 'menjentik' agar ada yang berfikir.

Menulis boleh sahaja, percintaan, persahabatan, isu semasa, politik dan sebagainya. Antara blog kegemaran ana adalah tulisan pena dari seorang sahabat, bukan sentiasa serius dan bicara soal agama tetapi skop hidup beragama itu terlalu luas untuk diterangkan. Bila ana katakan menulis sesuatu yang merasa dekatnya Allah dengan kita, ada yang terasa dengan menganggap bahawa terlalu kecil skop penulisan ana. Tersenyum. Bicara dan berbual apa sahaja, tetapi andai kata-kata yang berjangka hayat dunia dan akhirat lebih baik mengapa hanya berkata-kata sekadar hayat di dunia. Er, faham tak maksud ana ni?

Secara ringkasnya, andai kita boleh melakukan satu usaha yang memberi saham di dunia dan akhirat mengapa kita hanya memilih untuk melabur di dunia :)

Ulama' dahulu boleh berbincang sesuatu permasalahan bermula selepas Isyak dan hanya berhenti selepas solat Fajar. Dipendekkan, sepanjang malam digunakan untuk ummah. Berfikir tentang ummah. Kita ada saudara jauh yang menanti kita, kita ada teman-teman yang menaruh harapan pada kita, kita ada sahabat yang penuh bersemangat di sana, kita ada ramai yang berhajat kepada kita tetapi kita tidak menghargai mereka kerana sikap angkuh dan pentingkan diri.

Siapa mereka? Pernah kita berfikir mendalam tentang kewujudan mereka?

Mereka yang sedang bergelut dengan segala bentuk ujian rohani dan fizikal namun atas amanah dan taklifan sebagai KHALIFAH ALLAH, mereka menjunjung dan menjulang panji Islam meski nyawa mereka menjadi taruhan. Dan kita? Masih bersenang-senang di sini dengan tidak merasa bersalah apabila melupakan mereka.

* Tulisan di bawah pengaruh lagu. Khayal yang nyata. Maaf, pada yang lemah semangat sila abaikan *




Semasa sedang melayari facebook, tunjukkan kepada zauj.


"Abang, buku baru Fatimah Syarha. Dia tulis dengan zauj dia, "Palestin, Kami Datang" kisah sukarelawan haritu."

Zauj diam sejenak.

"Tak sama kita menulis dan melaungkan jihad berbanding kita duduk di sana dan merasa hiruk pikuk bedilan bom."

Ana terdiam. Sungguh usaha yang terlalu kecil, letak di bawah mikroskop pun tak nampak apa-apa dek kerana terlalu sangat-sangat-sangat kecil. Kalau di Mahsyar nanti Allah persoalkan masa yang Dia berikan di dunia ni, apa yang telah kita lakukan. Apalah agaknya jawapan kita... "Update blog?", "Chatting?", "Upload gambar dalam facebook?", "Mengulit lagu-lagu kegemaran?"... Allah.

Mereka yang jauh dari kita saat ini mungkin sedang menangis ketakutan, anak-anak kecil dan para wanita sedang berpelukan antara satu sama lain. Para remaja mengangkat senjata, menjalani rekrut ketenteraan demi mempertahan sebuah permata bernilai yang kita semua tidak hargai. Permata yang mereka bermandi darah untuk memperjuangkan, ad-deen...!

Kita yang mudah dan dipermudahkan, dimudah-mudahkan sehingga terlalu leka dengan kesenangan.

"Insyirah, banyakkan bersabar ye."

"Kak Syira, sabar banyak-banyak tau. Allah sentiasa bersama orang yang sabar."

"Dik, sabar je la..."

Dari dulu sehingga kini, disaat Allah menghadiahkan musibah pasti di antara kita saling berpesan pada ungkapan sabar. Fasobrun jamil. Dan berpesanlah pada kebenaran dan berpesan pada kesabaran, alhamdulillah kita masih mengikut petunjuk Quran juga saranan dari Ilahi namun sangat sedikit di antara yang mengungkapkan kalimah sabar akan mengajarkan bagaimana untuk memupuk sabar, bagaimana untuk melatih sifat kesabaran.

Ana tidak mahu bawa contoh yang jauh, cukup contoh diri sendiri. Awalnya, kanvas maya ini berkisar kehidupan sendiri dan ana bebas menulis mengikut rentak hati dan perasaan namun lama-kelamaan kebebasan diragut dan ana mencari medium lain untuk berentak mengikut hayunan dan langkah sendiri. Ana terbuka bicara soal sakit dan ana meletakkan open diary dalam rentetan perjalanan menempuh fasa-fasa yang menggerunkan hati dan nurani kerana ana suka baca apa yang ana tulis di saat ana semakin 'hilang'.

Dan al-hasilnya ramai yang berkongsi perkara yang sama dengan ana tetapi melalui kiriman e-mail. Ada juga kebaikan berkongsi di sini meski ada juga yang berfikir sebaliknya. Mereka sakit dan melalui proses yang hampir sama dengan ana, bezanya mereka memendam dan ana melepaskan di kanvas sepi ini. Tapi, apa yang dilepaskan hanyalah cebisan dari apa yang berlaku, usahlah terus membuat kesimpulan sendiri.

"Manusia dicipta dengan tergesa-gesa..."

Berkongsi sesuatu yang berkaitan dengan ungkapan sabar. SABAR, hanya lima huruf dan satu perkataan yang sering kita pesan pada mereka yang ditimpa musibah. Dahulu, saat masih mentah menilai kehidupan dan terbaring kaku seperti mayat hidup dalam suasana yang dhaif (lemah), setiap yang hadir tidak lepas mengungkapkan kalimah SABAR. Semua yang mampir hanya mengirimkan perkataan SABAR.

"Rasanya, kalau orang sedang ditimpa musibah dan asyik suruh sabar je agaknya dia akan sabar ke?"

"Dan berpesanlah pada kebenaran dan berpesanlah pada kesabaran. Habis tu takkan nak suruh jangan sabar pula."

"Ye la, kalau semua orang suruh sabar, hilang kesabaran jadinya... Silap haribulan dia sepak terajang pula. Hehehe."

"Isk, ada pula macam tu?"

"Ada."

"Pandai-pandai je Syira ni."

"Betul, ana dah lalui sebab tu ana cakap ada. Haha..."

* dialog ini adalah monolog *


Saat jasad terbaring dan manusia datang dan pergi, hanya ungkapan sabar yang mereka mampu berikan. Hanya perkhabaran itu yang mereka luahkan. Sabar? Akhirnya, hilang kesabaran dan ana mengamuk, mengamuk kerana bosan dengan manusia yang asyik mengulang kalimah sabar, sabar dan sabar. Seolah-olah tiada ungkapan yang lebih baik dari sabar? Yang terbaring bukan kamu, kaku macam mayat ni bukan kamu yang ungkapkan sabar maka bolehlah kamu cakap begitu.

Sehingga satu saat di waktu malam, abi tercinta datang mengusap perlahan ubun-ubun ana yang sedang menangis dan meraung dengan sungguh-sungguh akibat kebosanan pada semua yang sentiasa mengulang kalimah sabar tanpa merasa hatta secebis apa yang ana rasa. Ana, si kecil yang menangis pada malam itu dan abi membisikkan kata-kata yang membuat ana diam.

"Abi tahu Syirah sakit, ummi tahu Syirah sakit. Semua orang tahu Syirah sakit tapi sakit bulan alasan Syirah nak marah semua orang. Allah yang bagi sakit, kalau Syirah sabar Allah akan sembuhkan. Doa banyak-banyak."

Ana marah, marah dengan sangat-sangat pada diri sendiri yang langsung tidak mampu buat apa-apa.

"...kalau Syirah sabar Allah akan sembuhkan." Sepanjang malam ana mengulang sendiri. Ya, Allah yang akan sembuhkan dan hanya Dia yang boleh sembuhkan. Kesimpulannya, hanya Allah yang ada untuk kita, kita hanya punya Allah yang akan memujuk dengan cara dan kehendak Nya, mengharap kepada manusia sama seperti kita tak yakin kepada Allah.

Disaat mereka yang mampir dan meluahkan bahasa sedih dan ceritera kehidupan yang menguji, sangat jarang ana mengungkap sabar pada mereka kerana ana yakin sudah terlalu ramai yang berpesan pada kalimah itu dan mungkin otaknya juga sudah menghafal sebaris perkataan tersebut.

"Ada dua pilihan. Pertama, kamu akan jalani ujian ini dengan redha dan bersyukur pada Allah yang memberikan ujian. Kedua, kamu akan mendengus dan merungut dengan apa yang berlaku. Hakikatnya kalau kamu bertenang atau merungut, ujian tersebut tetap berlaku. Bezanya, bila kamu redha, kamu akan lebih bertenang dan muhasabah akhirnya kamu akan bersyukur pada Allah kerana menguji kamu. Kalau kamu merungut, ia tidak meringankan hatta sedikit pun masalah tersebut."

Bila disimbah dengan ujian yang bertali arus, sangkut bersangkutan dan bersahut sahutan akhirnya iman terjelupuk dan merenung sendiri. Saat ini, ungkapan sabar umpama racun yang membunuh saki baki semangat yang ada pada mereka yang sudah lelah dengan ujian.

"Jangan menangis kerana ujian yang hadir sebaliknya menangislah kerana dipilih oleh Allah untuk diuji."

Hakikatnya, dugaan yang Allah pautkan kepada hamba-hamba Nya sehingga tenggelam di dalam lautan ujian lebih enak dan indah berbanding dibiarkan kelemasan dalam lembah nafsu. Setidak-tidaknya apabila diberi ujian, kita diberi peluang untuk muhasabah. Kesempitan dan kesengsaraan zahir membuahkan kelapangan dan ketenangan hati andai hati diikat kepada Allah.

Bila melihat orang ditimpa musibah, jangan sekadar berpesan pada sabar tetapi ajarlah bagaimana cara untuk menjadi orang yang sabar, tunjukkan kaedah untuk bersabar. Umpama berpesan kepada anak-anak kecil untuk solat, jangan hanya berpesan atau menyuruh tetapi ajarlah bagaimana untuk solat, tunjukkan caranya untuk bersolat dan paling penting kita juga mesti solat sebelum suruh orang lain solat. Bila kita ditimpa musibah, haruslah kita juga bersabar sepertimana kita mengungkapkan kepada orang lain. ^_~

Relatenya... Sahabat, saudara, teman yang JAUH dari kita di Palestin dan serata dunia sudah bosan apabila disuruh bersabar! Tidak ada cara selain mengangkat senjata dan mempertahankan ad-deen yang sangat mereka hargai tetapi kita memandang sebelah mata. Andai kita merasai apa yang mereka rasai, apakah kita akan 'bersabar' atau mengangkat senjata? Dua pilihan yang diberi, kalau kita memilih untuk mengangkat senjata apakah kita bersedia menjadi syuhada?

"Bukan mudah nak jadi syuhada, susah sangat. Kebanyakan syuhada ni mereka yang sangat jaga hubungan dengan Allah, tahajudnya masya Allah! Mereka juga yang banyak berkorban (menjaga kebajikan sesama manusia), di saat orang lain tidur kepenatan mereka masih membasuh di dapur." - Perkongsian seorang aktivis yang pernah menghidu haruman darah syuhada.

Kelesuan Minda,
Insyirah Soleha.

Read more...

18 October 2010

Dunia Blogger

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah lama berlegar di ruang minda, sesuatu yang ingin dikongsikan segera dilupuskan untuk berkongsi dan hasilnya sekadar monolog sepi di ruangan hati. Kata-kata yang dibiarkan berlegar di minda dan sesekali 'berbual' bersama Qarin yang menemani. Pesan dari seseorang buat jiwa ini kembali merenung dan muhasabah, bukan semua cerita boleh dikongsikan di dalam kanvas maya maka biarlah monolog sepi akan segar dengan monolog-monolog yang berlagu di jiwa. Hanya insan tertentu yang membaca dan mungkin sekadar tatapan diri sendiri :)

Lewat kebelakangan ini, sering berkongsi cerita en zauj. Mungkin ada pihak yang memandang sudut positif dan ada pihak yang melihat dari sudut negatif, setiap manusia berbeza dan hati kita juga berubah mengikut turun dan naik iman yang pasang surut parasnya. Rasa terharu apabila anak-anak murid zauj dari Mesir mengirimkan doa dan ada pula yang menyampaikan berita gembira, meski tidak mampu untuk memberi apa-apa, kami mendoakan kesejahteraan beliau dalam kembara menuntut ilmu.

Dalam pada itu, mungkin di sisi lain ada manusia yang merasa ana mahu menarik simpati *sigh* atau menagih perhatian. Bukan ana meminta apa-apa, sekadar memberitahu kepada sahabat-sahabat dan mohon bantuan doa (bukan kewangan atau bebelan :p), namun ana tidak berkecil hati dengan mana-mana pihak kerana lumrah dunia maya ini tidak ada yang realiti. Disebalik 'kepalsuan' identiti dan sebagainya, masih ada lagi insan yang tulus memberi dan terus mengharap agar dapat memberi. Terima kasih daun keladi, doa kalian sangat kami hargai.

Dalam ramai-ramai yang mendoakan, baik sahabat ana mahupun zauj atau silent reader dan sesiapa sahaja... Hanya Allah sahaja dapat membalas kebaikan kalian, mudah-mudahan kebaikan tersebut dibalasi Allah dengan sebaik-baik pembalasan. Amiin.

"Bukan hanya kawan yang membaca blog, lawan juga membaca."

Diam. Tersenyum dan berfikir sambil menikmati sesuatu yang sedang mengembang di fikiran. Makin lama berangan, makin tak tertulis bingkisan tersebut. Biarlah, kalau Allah izinkan dan hati berkehendakkan dan tangan berusaha untuk menulis insya Allah akan terhasil juga akhirnya. Pokok pangkalnya diri sendiri yang sedang bergelut dalam kemelut perasaan yang pasang surut.

Mungkin tulisan sepi dalam kanvas maya ini membuatkan beberapa insan jatuh hati *sigh* pada ungkapan yang berselirat, sering ana terhibur dengan kalam-kalam dari seorang ukhti di Singapura. Ada masa dan ketika, membaca mesejnya dengan muka yang merah menyala, di saat lain berlinang juga air mata. Biarlah bahasa hati ini hanya difahami oleh mereka yang membaca dengan hati, bukan mata semata-mata :)

Ana memohon kemaafan dari mana-mana pihak yang terguris dan berkecil hati dengan kelakuan ana. Ana disapa dan diajak untuk berkawan, ana terima dengan lapang dada dan tangan terbuka. Ana disaran menjenguk rumah maya, ana juga berbesar hati untuk berkunjung ke teratak mereka namun janganlah berkecil hati andai tangan kecil dan jiwa rapuh ini tak mampu untuk "mengikuti" tulisan di rumah-rumah kalian. Rasa terkilan namun runtun hati ini tidak suka dipaksa-paksa.

Pada seorang adik yang sangat berhajat supaya ana menjadi "follower" blognya. Ana berkunjung ke blog tersebut, namun hasrat hati ana terhenti dan ana tersenyum.

assalamualaikum...
akak dah tengok blog *, alhamdulillah. cuma, hehehe... mostly akak dah baca apa yang * masukkan dalam blog. so, akak nak tanya apa keistimewaan blog * supaya akak kene follow? hehehe... cube bagi akak jawapan. jeng jeng jeng..

Ana cuba (berusaha) untuk bertanya dengan santai, supaya adik ini tidak berasa kecil hati. Ada sesuatu yang ingin ana kongsikan.

salam kak..heheh..sebab blog saya best lah huhu ^_^

okeh.. apa yang bestnye blog adek? akak da buka blog adek (even sekarang pun tengah tengok blog adek) cumanya... akak tengok mostly adek copy paste je, akak tak nampak kelainan... akak suka baca tulisan yang ditulis sendiri oleh penulis blog, bukan copy paste. uhuk3. dan bila akak follow blog, akak bukan sekadar menambah bilangan follower sahaja tetapi akak baca apa yang ditulis oleh penulis blog tersebut. jeng jeng jeng...

akak tak suka just meramaikan bilangan follower. sebagai muslim, untuk apa kita buat sesuatu.?? dan... akak lebih sukakan sesuatu yang ditulis sendiri, so... akak akan dapat benda baru. tp random akak dalam blog adek, copy paste je... hurm, jadi... adek kene ada aim apa yang adek nak dalam blog. jadikan blog adek ssuatu yang HIDUP, jadikan blog adek ada aura supaya orang yang follow akan betul-betul follow dan BACA. tak best kan kalau hanya ramai yang follow tapi mereka tak baca pun... :)

thinking it... :)

adek follow blog akak, akak hargainya but akak menulis blog BUKAN suruh orang follow akak dek bahkan akak jarang nak menjejak siapa follow blog akak atau adakah dia atau sesiapa sahaja link blog akak dalam blog dia sebab akak menulis blog kerana akak memang nak menulis bukan nak ada ramai follower atau sebab-sebab lain... akak tak suka copy paste artikel lain dalam blog akak sebab bagi akk, akak ada tanggungjawab pada follower blog... orang yang follow blog akak, dia nak baca apa yang akak tulis bukan apa yang orang lain tulis...

but... what ever asbab dan alasan sekalipun, akak menulis untuk kepuasan diri akak. akak tak paksa orang terima pendapat akak but kalau just suka-suka nak follow blog tapi tak nak baca apa yang ditulis, bagi akak.. takde makna pun :)

sorry, its hurting you. akak tahu... but, akak tak nak adek rasa seronok atau lalai bila ada follower dalam blog, adek rasa bangga blog popular or so on... buatlah sesuatu yang boleh buat hati adek merasa dekatnya dengan Allah dan indahnya agama Allah. wallahua'lam.

Menulis kerana nak menulis, bukan supaya orang follow blog tak best ni. Memang tahu tak best pun, jadi yang baca sampai habis tu kenapa? Nak buat macammana, dah TERfollow blog ni jadi TERpaksa la baca. Tak sengaja pun. Ngeh ngeh ngeh. Jazakumullah khairan, maaf andai lewat kebelakangan ini selalu saja tidak mampu menjadi yang terbaik (anak terbaik, adik terbaik, kakak terbaik, sahabat terbaik).

* silent *

Kita hanya suka awan yang putih dan cantik, kita tak suka pada awan hitam sedangkan hanya awan hitam yang menurunkan air hujan untuk menyuburkan tanaman dan sebagainya.

Sama juga dengan hidup, kita hanya suka kawan dengan orang yang baik den...gan kita, tak suka kawan dengan orang yang kurang baik (pada pandangan kita) sedangkan kawan yang tak baik (pada pandangan kita) yang selalu menyedarkan kita. :)

Begitu juga dengan kehidupan, kita hanya suka perkara yang gembira sahaja dan menjauhi perkara yang mendukacitakan sedangkan perkara yang mendukacitakan akan membawa hati kita dekat kepada Tuhan, ia menyedarkan kita dari kelalaian.

Malam ini, terasa nak duduk di jendela dan menguak dada langit sambil mengutip gugusan bintang yang berterabur. Tapi, rasa di hati terpaksa ditahan supaya kepala tidak dibebankan dengan masalah yang tidak akan selesai meskipun berfikir sepanjang-panjangnya. Ingat senang ke nak kira bintang... Isk! Selamat malam.


Rindu sangat budak ini. Notty!

Impian : nak menulis cerpen yang bisa menyentuh kalbu manusia hingga mereka menitiskan air mata keinsafan, mahu menukilkan sebuah buku yang bisa membuat manusia merasa Allah itu terlalu dekat, mahu berkongsi nikmat IMAN dan ISLAM supaya ada hati yang tergerak untuk mendayung perahu ke lautan cinta Ilahi. Ujian itu tarbiyyah, sabar itu indah. DOAKAN faqirah yang tidak punya apa-apa ini, sekadar impian di dada langit...

Insyirah Soleha
Soul Singing With Beautiful Song

Read more...

16 October 2010

Islah Heart Shoppe

Bismillahirrahmanirrahim.

Sukacita memaklumkan dan menjemput sahabat-sahabat untuk ke online shop ana ♥ Islah Heart Shoppe ♥ di bawah nama Islah Heart yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 4 Oktober 2010. Kedai atas talian (online shop) masih lagi dalam proses pembinaan, setiap kekurangan mohon dengan rendah diri untuk memaafkan.

Sempena pembukaan ♥ Islah Heart Shoppe ♥, harga promosi diadakan sehingga November 2010.

Sejarah penubuhan ♥ Islah Heart Shoppe ♥ apabila abang ana yang memulakan perniagaan beliau sekitar 1 tahun lebih mengalami masalah, hampir RM100k ditipu. Jatuh bangun di alam perniagaan, kerugian besar yang dialami membuatkan ana simpati dan ♥ Islah Heart Shoppe ♥ ditubuhkan untuk memberi sokongan moral dari ana buat abang ana.

Insya Allah, mudah-mudahan usaha kecil ini akan membantu beliau kembali lincah dan bersemangat meneruskan perjuangan dan perniagaan. Kini, abang ana kembali bertatih dari bawah dengan syarikat barunya World Taqwa Marketing.

Produk-produk HERBATTUS yang dijual dalam ♥ Islah Heart Shoppe ♥ adalah hasil buah tangan dari pakcik ana, beliau yang sudah beberapa tahun menternak dan menjalankan perniagaan berasaskan lintah, kesemua produk sudah menjadi sebati dalam kehidupan keluarga kami. Testimoni dan kajian terhadap keluarga dan feedback dari pelanggan alhamdulillah semuanya best! :)

Insya Allah, di masa akan datang ♥ Islah Heart Shoppe ♥ akan mengembangkan kepada cabang-cabang produk lain.

Apa yang boleh ana katakan, ♥ Islah Heart Shoppe ♥ adalah kombinasi sokongan kepada keluarga dan en zauj yang bersungguh-sungguh mahu ana 'terjun' dalam dunia perniagaan. Sejarah Islam membuktikan, perniagaan yang dijalankan dengan tulus, amanah dan taqwa akan memberi pulangan dunia dan akhirat. Insya Allah.

*******


(klik gambar untuk paparan jelas)

Harga PROMOSI Pembukaan
♥ Islah Heart Shoppe ♥
dari 16 Oktober 2010 sehingga 30 November 2010


HERBATTUS Body Soap
Semenanjung : RM 19.90 - RM 17.90
Sabah/Sarawak : RM 24.90 - RM 22.90

Menghilangkan bau badan, menjadikan kulit sentiasa bersih dan halus secara semulajadi, menambah kesegaran tubuh, memperbaiki tisu-tisu kulit, membantu memulihkan penyakit kulit, membantu menegangkan kulit (awet muda), menghilangkan stress.

*(Boleh juga digunakan untuk mencuci muka)

Cara penggunaan : cuci dan biarkan selama beberapa minit sebelum membilas bagi mendapatkan kesan maksimum.


HERBATTUS Facial Cleanser
Semenanjung : RM 19.90 - RM 17.90
Sabah/Sarawak : RM 24.90 - RM 22.90

Menghilangkan jeragat dan jerawat muka, menambah kesegaran muka, memperbaiki tisu-tisu kulit, membantu memulihkan penyakit kulit, membantu menegangkan kulit (awet muda), kecerahan kulit muka, menghilangkan stress.

* (Boleh juga digunakan untuk badan)

Cara penggunaan : Cuci dan biarkan selama beberapa minit sebelum membilas bagi mendapatkan kesan maksimum.


HERBATTUS Body Lotion
Semenanjung : RM 29.90 - RM 27.90
Sabah/Sarawak : RM 34.90 - RM 32.90

Menghilangkan sengal dan sakit otot/sendi, melancarkan perjalanan darah, menghilangkan angin dalam badan, menghilangkan stress, menambah kesegaran tubuh, menghilangkan sakit dan pening kepala, kembung perut, menghilangkan selulit, mengempiskan perut, melembab dan melicinkan kulit, membantu menegangkan kulit (awet muda), sesuai untuk ahli sukan.

Cara penggunaan : sapu pada bahagian yang sakit.


Stay-D Oil
Semenanjung : RM 29.90 - RM 27.90
Sabah/Sarawak : RM 34.90 - RM 32.90

Melancarkan peredaran darah, menghilangkan lenguh sendi dan urat, kembung perut, kencing malam, gout, senggugut, sakit terkena sengatan bisa dan lain-lain kegunaan luaran.

Promosi satu set lengkap HERBATTUS
Semenanjung : RM 90 sahaja
Sabah/Sarawak : RM 110 sahaja

** Harga tidak termasuk kos pos **

Read more...

04 October 2010

Wanita & Kecantikan

Bismillahirrahmanirrahim.

[Cerita 1]

Alhamdulillah, menghirup pagi Isnin dengan udara yang Allah pinjamkan moga usia yang tersisa dimanfaatkan sebaik mungkin. Insya Allah. Beberapa hari yang lalu demam dan kebetulan tulang bahu kiri agak sakit dan menyukarkan ana menulis di keyboard pada kelajuan biasa, asyik tekan break saja. Mahu mengurut, zauj tidak berani kerana urat ana sudah bengkak. Entah macammana boleh terpusing bahu ana, meletup tulang dan tersenyap seketika terus pejam mata. Bangun pagi ni, alhamdulillah dah boleh main bowling agaknya :)

Sabtu dan Ahad ada jemputan walimah sahabat di Banting tetapi dalam keadaan yang kurang mantap, batalkan hasrat untuk bermusafir dan hanya memenuhi undangan sekitar rumah. Semalam, mengikut zauj ke Shah Alam sempena rumah terbuka anjuran Yayasan Restu. Bulan Ramadhan dan Syawal, umpama pesta makanan. Macam-macam makanan jumpa, tapi ana tetap pandang sebelah mata. Yang perlu dijauhi, dipejam-pejam mata. Kerana mulut, badan binasa. Nikmatnya hanya di celah kerongkong, natijahnya satu badan merana! ^_~

"Insyirah, makan la semua jenis. Macam-macam ada ni, makan ye." Kawan zauj mempelawa kami menikmati pelbagai juadah.

"Dia tok mmake..."

Pelik dah ana. "Apa Abang cakap?"

Zauj dah ketawa, ana tak faham bicaranya. Dalam hati dah monolog sendiri, 'bukan ke tengah makan ni?', 'isk, apa la Abang ni...' nak tanya rasa malu. Bila dah sampai rumah, sambil melayan cerita Pontianak Gua Musang ana segarkan kembali moment di meja makan pada waktu siangnya.

"Apa maksud Abang cakap tadi dengan Ustaz Hamdan?"

Abang ketawa lagi. Ana pun tumpang ketawa juga walaupun tak faham apa-apa. Meraikan tawa Abang, tumpang sekali la... :p

"Maksud tok mmake tu... Bukan jenis makan baaaanyak. Contohnya kalau cakap 'ike mmake kuucing' maksudnya ikan di makan kucing." Giliran ana pula ketawa.

"Eh, ikan makan kucing? Hehehe. Ikan yang makan kucing bukan kucing makan ikan."

Sekarang, ana diajar dan belajar 3 bahasa dari zauj. Bahasa Urdu, Bahasa Arab dan Bahasa Kelantan. Walaupun lingua franca kami di rumah adalah bahasa baku tetapi sesekali mendengar perkataan yang pelik, ana akan tanya pada zauj. Alhamdulillah, setakat ni boleh berinteraksi dengan baik bersama keluarga di Kelantan kerana ana memahami bahasa Kelantan cuma lidah masih keras untuk bertutur menggunakan bahasa Kelantan, tambahan pula duduk rumah selalu saja speaking London dengan zauj.

Kadang kala membetulkan pronounciation zauj, selalu juga zauj membetulkan sebutan ana.

Teringat pada abi, hohohoho... Selalu abi betulkan pronounce ana, tergeliat lidah nak menyebut dan membiasakan sesuatu perkataan baru. Bila tonton siri siasatan Midsomer Murder, lagi dalam bahasanya makin tak faham bicaranya. Cerita abi, sewaktu awal tiba di UK pada tahun 80-an ambil masa beberapa minggu untuk faham bahasanya kerana terlalu dalam sebutannya. Hish...

"What is your name?" Tapi tak berbunyi what is your name pun... Hehe.

[Cerita 2]

Lanjutan dari entri Tabir Buat Muslimah, banyak email yang bertanyakan perihal niqab. Raikan saja. Semalam, semasa memenuhi undangan majlis kesyukuran jiran yang bakal berangkat menunaikan ibadah haji ana ditegur oleh cucunya.

"Buka la... Nak tengok." Sambil dia menyelak niqab ana. Gelak ana. Jiran kami terus menarik tangan cucunya dan bila ana ceritakan pada zauj, terus zauj ketawa. Mungkin sesetengah orang tidak selesa dan rasa kecil hati apabila 'di tegur' oleh si kecil sebegitu tetapi ana merasakan kesemua situasi yang tidak terjangka adalah moment yang indah, kelakar dan sering menjadi bahan untuk ketawa.

Walaupun pakai niqab, Amanina masih kenal dengan ana. Bila jumpa, ana nak bersalam dengan Ummu Amanina dan terus si kecil tu menghulur tangan dan melonjak minta ana dukung. Jadi, ana tak rasa niqab pelik sangat cuma bagi yang tidak pernah melihat mungkin akan terkedu seketika. Kalau budak kecil dan tiada lelaki di sekitar, ana selalunya bermain mata dan membiarkan dia bertambah 'cuak' kemudian ana buka niqab dan tersenyum. Selalunya, mereka akan rasa 'puas' bila boleh melihat muka yang akhirnya tersenyum tanda gembira 'bukan alien yang aku jumpa' agaknya begitulah hatinya bersuara.

[Cerita 3]

"Apa pendapat Insyirah perempuan pakai celak?"

Tersenyum. Jumhur ulama' sepakat mengatakan seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan dan sebahagiannya berpendapat seluruh tubuh wanita adalah aurat berdasarkan hadith "...wanita adalah aurat...".

Dalam mentafsirkan ayat 31 surah an-Nur, Imam at-Tobari telah berkata:

"Pendapat yang paling benar ialah pendapat yang mengatakan bahawa perhiasan wanita yang zahir yang boleh ditunjukkan ialah muka dan tapak tangan. Ia termasuklah celak, cincin, gelang dan inai."

Imam al-Jassas dalam mazhab Hanafi telah berkata:

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Mujahid, ‘Ata yang mengatakan maksud ayat tersebut (ayat 31 surah an-Nur) adalah sesungguhnya muka dan tapak tangan, inai dan celak termasuk dalam perhiasan zahir yang boleh ditunjukkan.

Imam Abu Bakar bin al-Arabi dari mazhab Maliki telah berkata ketika mentafsirkan ayat yang sama:

"Perhiasan zahir yang dibenarkan untuk ditunjuk ada dua bahagian. Perhiasan zahir yang asal dan yang dibuat. Yang asal adalah mukanya yang asal bagi kecantikan dan keelokan semula jadi. Perhiasan yang dibuat adalah apa yang cuba dilakukan wanita untuk mengelokkan kejadiannya seperti pakaian, barang kemas, celak dan inai."

Jadi, pendapat-pendapat ini menyokong bahawa celak boleh diperlihatkan - hiasan yang zahir. Tetapi, kalau seorang muslimah itu berniqab ana kurang setuju apabila dia mengenakan celak apatah lagi kalau ianya tebal. Hanya kelihatan mata, dan apabila mata 'ditonjolkan' ia akan menambahkan lagi seri pada mata yang membuatkan tidur malam sang arjuna tidak lena! Kalau tidak berniqab, memakai celak pada kadar biasa mungkin tidak mengundang resah lelaki yang terpandang.

"Kalau dahulu perempuan pakai niqab lelaki dah TAK pandang tetapi sekarang ni pakai niqab lagi la lelaki pandang..." Nasihat zauj pada ana. Tetapi, apabila berniqab sudah membantu lelaki 'menahan' pandangannya kerana kalau dilihat pun tidak melihat wajah yang sudah terlindung jadi kalau memakai celak apatah lagi tebal, maka... tak ke ianya membuatkan kecantikan terserlah?

"Kita tidak boleh menyangkal mana-mana pendapat ulama' terdahulu meski ada pendapat yang kurang tepat pada pandangan kita kerana pendapat dan fatwa yang dikeluarkan adalah berdasarkan kepada SITUASI masyarakat zaman tersebut." Zauj menambah nasihat pada ana semasa berkongsi pendapat dan lontaran buah fikiran semasa kami sama-sama berbincang mengenai satu isu yang dibentangkan oleh kawan sekelas zauj.

Jadi, kalau kamu bertanya ana... Atas nasihat zauj bahawa 'sekarang ni pakai niqab lagi la lelak pandang' maka ana mengambil pendapat tidak perlu memakai apa-apa hiasan keluar dari rumah. Sekarang adalah zaman fitnah.

"Islam ni menyusahkan ke?" Soalnya lagi setelah ana memberikan sedikit penjelasan.

"Tidak, Islam memuliakan wanita dan sangat menjaga wanita supaya tidak menjadi tatapan lelaki kerana wanita itu terlalu istimewa."

Kalau nak berhias, memakai haruman dan berfesyen mengikut peredaran zaman tidak salah bahkan ana sangat setuju tetapi cukuplah di hadapan suami. Nak pakai baju terdedah di dada, skirt singkat nampak punggung sekalipun tidak mengapa tetapi cukuplah di hadapan suami. Kalau tak nak pakai apa-apa sekalipun tak apa tetapi hanya di hadapan suami. Fuhhh... Ada berani?

Malu itu sebahagian dari iman jadi kalau tidak malu mempamerkan aurat itu tandanya imannya sakit, malaikat pun bertempiaran bila wanita mendedahkan aurat maka apabila kalian membuka aurat ia adalah galakan dan suntikan untuk mengatakan 'syaitan, mari.. mari dekatku!' dan apabila diganggu lelaki berperangai syaitan usahlah terpekik merasa pelik dengan tingkahlaku lelaki begitu!

Di hadapan lelaki, wanita dihias-hias oleh syaitan dan nampak begitu cantik. Jadi, usahlah menambah 'perisa' dalam adunan yang telah diadun oleh syaitan sebaliknya bentengkan perisai diri dengan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna supaya setiap langkah kaki di luar rumah dijaga oleh malaikat. Insya Allah.


Wanita dan kecantikan, wanita dan perhiasan adalah lumrah. Fitrah yang disuburkan ke dalam diri wanita tetapi letakkan fitrah itu sesuai pada tempatnya. Jangan sehingga fitrah menjadi fitnah, bimbang musnah kecantikan dan perhiasan sejati iaitu al-haya' (malu) yang senada dalam diri wanita.

Wallahua'lam.


Achik Cda, Achik Jie & Achik Nur bila nak raya dengan Amanina?

Salam 25 Syawal
Insyirah Soleha

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO