"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

27 September 2011

Resepi Nasi Afghan

Bismillahirrahmanirrahim.

*Lama pending menulis resepi yang mables ini*


Bahan-bahan untuk nasi (anggaran 8 orang)

Beras rebus - 1 kg
Buah tomato merah - 5 biji (saiz besar)
Buah pelaga - 4 biji
Jintan manis - setengah sudu kecil
Kismis - 2 kotak kecil
Bawang besar (kuning) - 5 biji
Bawang putih - 5 ulas
Lobak merah - 5 batang (saiz sederhana)
Garam
Gula
Ayam - 8 ketul


Cara-cara :

1. Beras Rebus direndam di dalam air selama 1 jam.
2. Jintan manis dan buah pelaga di kisar (kering).
3. Bawang besar (kuning) dan bawang putih dikisar halus.
4. Kismis direndam di dalam air panas sehingga kembang.
5. Lobak merah dipotong panjang-panjang (jangan terlalu halus).
6. Tomato segar dipotong 6.
7. Ayam diletakkan garam dan kunyit.


Sesi memasak nasi :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang siap dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan tomato segar ke dalam periuk dan penyekkan sehingga hancur.
3. Masukkan jintan manis dan buah pelaga yang siap dikisar.
4. Masukkan garam secukup rasa dan satu sudu kecil gula.
5. Masukkan beras rebus yang sudah direndam ke dalam periuk, gaul sehingga sebati.
6. Setelah nasi sudah masak, masukkan ayam yang telah digoreng ke dalam nasi. Gaul sehingga sebati.


Rupa kismis dan lobak yang sudah digoreng


7. Lobak merah yang siap dipotong panjang digoreng.
8. Kismis yang sudah kembang digoreng.

(Lobak merah dan kismis boleh digaul terus bersama nasi atau diasingkan untuk ditabur di atas nasi semasa hidang)


Bahan-bahan untuk sayur :

1. Tomato segar - 3 biji
2. Timun hijau - 1 biji (besar)
3. Yogart tanpa perisa (low fat) - 1 cawan


Cara-cara :

1. Tomato dipotong 6 dan diasingkan bijinya. Tomato dipotong dadu.
2. Timun diasingkan bijinya dan dipotong dadu.
3. Gaul tomato dan timun bersama yogart.

OK... Dah siap untuk dihidang! ^_~


Sekiranya ingin menggunakan daging untuk menggantikan ayam. Daging dipotong 4 segi sederhana saiz. Air kisar bawang besar (kuning) dan bawang putih di tapis, air tapisan disimpan untuk masak nasi dan tapisan bawang tersebut digunakan untuk perap daging supaya daging cepat empuk dan rasanya lebih lembut dan enak.


Untuk memasak Nasi Afghan versi daging :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang siap dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan tomato segar ke dalam periuk dan penyekkan sehingga hancur.
3. Masukkan jintan manis dan buah pelaga yang siap dikisar.
4. Masukkan garam secukup rasa dan satu sudu kecil gula.
5. Masukkan daging yang siap diperap ke dalam periuk dan gaul sehingga sebati. Air bawang yang diasingkan (tadi) dimasukkan sekali.
6. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan beras rebus yang sudah direndam ke dalam periuk, gaul sehingga sebati.

7. Lobak merah yang siap dipotong panjang digoreng.
8. Kismis yang sudah kembang digoreng.

(Lobak merah dan kismis boleh digaul terus bersama nasi atau diasingkan untuk ditabur di atas nasi semasa hidang)

Selamat mencuba! ^_^


Gambar hiasan.



Nasi Afghan berlauk daging. Tetapi tidak menggunakan yogart sebaliknya buat air asam, hihi. Kreatif :)

Read more...

25 September 2011

Geng Rambu Ramba

Bismillahirrahmanirrahim.

21 September, sahabiah yang dikenali melalui facebook datang menziarahi Amir Solihin. Seperti biasa, suasana havoc disulami dengan pelbagai kisah, dalam kekecohan tersebut terselit banyak nasihat. Sangat best..! Kakak-kakak berpangkat ibu yang sangat sporting bergaul dengan adik-adik remaja dan kanak-kanak rebina.

"Untuk melihat siapa kita, maka lihatlah dengan siapa kita berkawan."

Bergaul dan bermesra. Bila ada diantara kami yang mempunyai masalah, insha Allah kakak-kakak yang berpangkat ibu akan saling memberi pandangan buka atas dasar teori tetapi disandarkan dengan asam garam kehidupan yang mereka lalui. Seronok kan kalau ibu kita sendiri boleh join "usrah" anak-anak seperti yang kakak-kakak ini lakukan, boleh saja panggil "emak" pada mereka namun apabila gelaran "kakak" maka keserasian lebih mudah untuk termeterai, jurang pada umur juga tidak terlalu dirasakan. Jadi, bertepuk bertampar adalah perkara biasa, makan bersuap juga ada :)

Apabila bersahabat dengan mereka yang lebih matang, lebih berilmu, lebih tenang, lebih sabar maka kita akan banyak belajar dengan mereka. Dengan kematangan mereka dalam kehidupan, kita adaptasikan juga ilmu-ilmu tersebut di dalam kehidupan kita. Dengan ketenangan mereka melayan kerenah "jiwa kacau adik-adik" maka kita akan menjadi lebih sabar dalam menghadapi kekacauan jiwa yang melanda.

"Friendship is build based on respect, trust and sincerity." ~ Ticher Nur

Tidak ada manusia yang sempurna, terkadang dalam menghadapi kerenah sahabat-sahabat mungkin ada yang terluka dengan gurauan manja, ada yang terguris dengan teguran kasih sayang, ada yang merajuk dengan usikan bersahaja. Namun dalam rencah kehidupan tersebut, ada terselit kemanisan... Iaitu, warna warni perasaan yang mengikat persaudaraan, titik tolaknya adalah hati yang disaluti dengan keimanan.

Andai hati tidak disalut dengan nur keimanan, ukhuwah yang indah akan dilihat sebagai masalah. Bila ukhuwah diikatkan kerana Allah, pasti banyak ujian yang datang untuk melihat sejauh mana kita meletakkan Allah di dalam hubungan sesama saudara yang kita katakan "ukhuwah fillah". Hidup ini sentiasa diwarnai dengan ujian meskipun kita sedar atau tidak. Syukur... Allah titipkan sahabat-sahabat yang 'rock and steady' dalam menghadapi kerenah manusia di sekeliling.

Rajuk tidak akan panjang bila melihat catatan dan dialog maya yang terlayar di skrin putih... Sampaikan kakak-kakak semua menganggap ikatan ini adalah penyegar rasa, lelah dengan kesibukan urusan rumahtangga maka usik-mengusik dengan adik-adik seperti minum teh hangat di waktu pagi... Kembali menyegarkan badan yang sudah lesu.

Sahabat kami ada yang kurang sihat, natijahnya... mereka merencana untuk menziarahi kakak kami pada bulan hadapan, insha Allah. Mudah-mudahan dengan ziarah mahabbah dan ukhuwah ini akan memberi semangat buat kakak kami menempuh ujian dari Allah, selamat menempuh perjalanan buat sahabat-sahabat semua. Moga Allah akan mempermudahkan segala rencana kalian, menjaga kalian sepanjang permusafiran. Insha Allah, aamin.


Mana Amir Solihin ye, kenapa beliau tidak kelihatan?
Terlupa di mana Amir Solihin masa ni...


Alhamdulillah, setelah berbulan berpisah... 21 September kami bertemu lagi di dalam halaqah cinta. Pulang dari rumah ana, mereka semua berfairy dream di library.

"Asalnya Ina nak datang seorang je, tapi biasalah **** ni akan rebut semua peluang untuk bergather-gatherrrrrr." Hik hik.

Read more...

22 September 2011

Bicara Pedusi Online

Bismillahirrahmanirrahim.


RM 10 / buku
RM 15 (termasuk pos)
*diedit pada 4 Januari 2013*

Sinopsis :

Jati diri seorang Durrah Fatinah, diadun dengan peribadi Islam yang kebal pada cabaran biar rencam duri memburu. Dia ingin menyusur langkah yang tegar sebagai seorang da'ei namun penuh kasih dan sayang dalam meniti silaturrahim sesama manusia. Dia percaya, kebahagiaan hanya akan dikecapi dengan menuai sabar lantas itu jalan sufi yang selalu dipilihnya.

Perjalanan hidup seorang wanita yang merupakan mahasiswa di perantauan. Keberadaannya di negara asing bukanlah halangan untuk terus memelihara maruah dan cara hidup yang berlandaskan syariat. Sahabat baiknya Nafisah juga mahasiswa Timur Tengah, mereka terpisah antara benua demi mengejar impian dalam mencipta kejayaan. Hanya berhubung melalui internet dapat mengubati kerinduan antara mereka dan segalanya dikongsi bersama. Sejarah srikandi dijadikan sandaran bagi Fatinah dalam menelusuri kehidupan seorang muslimah sejati.

Fatinah, seorang gadis yang punya dorongan motivasi diri yang tinggi dalam menilai erti hidup, bijak merencana masa depan dan punya kualiti seorang srikandi.

"Ombak tak jahat. Kerana ombak, hari itu aku mengerti hakikat seorang hamba yang meminjam segala-galanya dari Allah. Kerana ombak juga aku tahu setiap muslim itu perlu berkongsi. Kerana ombak juga aku tahu Allah menyayangiku. Dan kerana ombak, aku belajar menjadi manusia yang memanfaatkan pinjaman Allah padaku..."

Atas kerana inilah, kisah ini menggambarkan bahawa kehidupan dengan berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah sudah pasti akan sentiasa dilindungi oleh Allah biarpun di mana kita berada. Penghormatan dan maruah seorang wanita adalah anugerah paling berharga bagi insan yang bergelar PEDUSI.


Komentar

"Sebuah penulisan yang mempunyai teknik penyampaian yang menarik. Setiap mesej yang diketengahkan sarat dengan nasihat dan makna yang tersirat. Bagi saya ia sebuah karya yang bisa meruntun hati pembaca kerana sudah pasti kita akan tertanya apakah ini realiti kehidupan seorang pedusi. Apa yang pasti kaum Hawa juga mampu melakar sejarah sepertimana kisah lampau yang memartabatkan srikandi Islam dalam menjadi mata rantai perjuangan menegakkan kalimah Allah yang satu." - Zulhafeez Ahmad Zahidi, Pengarah Kem Latihan Penulis (KELAP) '09

"Buku yang diberikan judul 'Bicara Pedusi' ini merupakan satu seni susunan ayat dalam mengisahkan suasana Islam yang diinginkan oleh seorang wanita dan suasana sekelilingnya. Suasana Islam yang damai dan amat bertolak ansur dalam membawa satu-satu method ajarannya. Mengajar seorang wanita khususnya, manusia amnya menilai akan keindahan Islam dalam suasana yang cuba dibicarakan oleh penulis.

Kisah yang amat menarik tidak kurang hebatnya dengan sastera-satera lain yang hebat. Saya kira susunan ayat yang mudah dan jelas oleh penulis ini akan membuatkan para pembaca lebih meminati seni dan sastera kerana keindahan Islam bukan dek kerana khayalan yang dicetuskan sebagaimana penulis-penulis cerpen yang semata-mata beralasan cinta suci." - Shahrizan Mohd Hazime, Presiden PMRAM 2010.

Komen Penulis

Alhamdulillah. Atas rahmat Ilahi yang menganugerahkan pinjaman ini kepada ana, yang memberi ilham kepada ana untuk menulis. Atas rasa dan tanggungjawab untuk memberi sesuatu untuk ummah, tidak mampu mewaqafkan kudrat fizikal di medan perjuangan maka hamparan fikrah ini dilebarkan sebagai jaringan untuk menyampaikan risalah dakwah.

Seandainya mahu menikmati penulisan yang berlandaskan hadith dan dalil Quran untuk berhujah dalam menegakkan kebenaran, buku ini BUKAN yang terbaik sebagai bahan bacaan tetapi pada yang mencintai keindahan dan nilai sastera, moga buku kecil yang dhaif ini mampu membelai perasaan dan jiwa pembaca untuk menghayati jalan sufi yang dibelai dengan keindahan sastera melayu.

Mudah-mudahan Allah memberi ilham Nya untuk terus menulis...

Read more...

13 September 2011

Aduhai Ibu Mertuaku

Bismillahirrahmanirrahim.

Amir Solihin sudah berusia 2 bulan 1 hari, semalam beliau kena cucuk dan puas nurse gerak beliau tetapi dengan selamba macam biasa beliau tidur tanpa menghiraukan alat permainan yang berbunyi-bunyi itu lalu ana tidaklah begitu terkejut kerana semasa malam eid pun orang main mercun bergegar atap rumah dan Amir Solihin masih selamba tidur. Barangkali bak kata orang Utara, telinga dah mangli dengan bunyi bising dek kerana malam Ramadhan speaker surau direct menghala ke rumah <-- macam nak buat karangan UPSR je :D

Rasa macam best juga sebab sudah habis berpantang semasa Eid Fitri, jadi boleh lah berjalan ke rumah saudara dan sahabat handai. Ek eleh, masa berpantang pun berjalan juga... Errr, berjalan pergi klinik bawa Encik Amir untuk ambil ujian darah nak tengok tahap kuning. Tapi, dah lepas pantang rasa langkah lebih jaaaaaauh la. Hehe. Cuma makanan yang mables tidak boleh ditatap dan ditatang bagai minyak yang penuh, jeling-jeling manje pun Encik Zauj dah jeling ana. Hihi.
Link
Tapi... 1 Syawal, mak cik-mak cik memaksa ana merasa semua juadah. Dek kerana tak tahu apa-apa sebab musabab dan juga komplikasi yang bakal berlaku, ana pun sami'na waato'na. Pergh... Elok sangat lah tu, Encik Amir baiiiik punya kembung sekali cirit gara-gara ana yang tak bersalah kena paksa merasa semua juadah. Itu jam, rasa mau jumpa mak cik-mak cik itu dan cakap;

"Tengok apa dah jadi..."

Eceh, macam berani je. Kesian Encik Amir.

"Anak sulung jangan pantang sangat, ajar sikit makan serba serbi."

Gurlp... Benarkah begitu? Tak faham eh. Habis tu, anak kedua, tiga... sepuluh kena pantang sangat-sangat pula ke? T__T

Disebabkan ana bersalin secara pembedahan, maka masa tempoh berpantang tidaklah bertungku bagai... Kata ibu mertua ana, masa dalam pantang beliau bertungku sampai hitam perut. Uish, khasiat bertungku untuk kecutkan urat dan rahim, takde lah sakit-sakit badan dan badan pun macam best je... Antara kelebihannya, bila rahim mengecut dengan sekecut-kecutnya takde lah jarak anak terlalu rapat. Tak perlu pil perancang pun :)

Penyusuan susu ibu sangatlah membantu untuk mengecutkan rahim dan mengecutkan badan yang bagai dipam-pam semasa mengandung :D Alhamdulillah, 9 hari selepas bersalin sudah menurunkan 7 kg (yelah, berat Amir 2.43kg, uri lagi, air ketuban lagi bla bla bla).

Masa seminggu berpantang dijaga oleh ibu mertua, bagaikan ratu... Pinggan yang makan pun ibu mertua suruh tinggal je atas meja, wah... Melampau sungguh, tapi dah dilarang juga ikut saja la. Seminggu pertama, memang lembik dengan sakit belakang dan nak bangun pun ibu mertua yang angkatkan, ada hati nak basuh pinggan... Keh keh keh.

Bila balik berpantang dengan ibu sendiri, kena tinggal di rumah bila adik-adik pergi sekolah. Uruslah diri sendiri, ummi dah siap masak lauk semua. Satu hari diteman adik perempuan dan kemudian pandai-pandailah urus sendiri sehinggalah ummi berpindah ke KL dan encik zauj ambil ana semula... Maka, encik zauj pula yang jadi pelayan :D

Masa berpantang, ibu mertua sangat memberi semangat untuk full breastfeeding (BF) pada Amir dan berusaha untuk buat selamba tidak mengajar Amir BF sambil baring dan setiap kali BF kena duduk, sementara nak duduk tu ambil masa yang lama juga... Antara kata-kata ibu mertua yang paling ana suka;

"Kalau bagi susu badan, anak dengar kata mak. Kalau bagi susu botol, anak degil sebab ikut perangai mak susuannya (lembu?). Kalau ada anak, boleh bandingkan anak yang minum susu badan dengan anak yang minum susu botol (formula)."

Oleh hal yang demikian, seakan takut pula sebab ibu mertua banyak berkongsi kisah yang buat ana fikir berkali-kali nak bagi susu formula masa susu badan kurang. Tapi... ana diajar oleh ummi untuk perah susu dan stock dalam peti ais, sejak dari dalam pantang Amir sudah diajar minum dengan botol dan direct BF. Alhamdulillah, setakat ini kalau ada kerjaan yang nak dibuat bolehlah Abu Amir 'menyusukan' Amir...

"Masa pantang tak boleh makan ini, tak boleh makan itu..."

Gelak saja baca status sahabat yang tengah berpantang, nampak stress sungguh kena berpantang. Ana pula rasa semua makanan masa berpantang sedap kecuali ikan haruan, haha. Ikan haruan lembik dan kembang tekak nak menelannya. Tapi, lauk-lauk lain sedap je. Mungkin sebab tak kisah sangat, janji dapat makan dan boleh menyusu Amir.


Ibu mertuaku yang gagah perkasa :)

Eid kali ini ibu mertua tak ambil tempahan makanan seperti tahun-tahun sebelumnya :) Kenduri kendara, ibu mertua boleh membasuh sendirian ayam sehingga 45 ekor dan kemudian boleh pula memotong daging 10 kg, kemudian memasak pula. Ana berkerut, huhhh... 45 ekor ayam sendirian? Kemudian, potong daging 10 kg sendirian? Kemudian memasak pula? Hmmm...

Tipsnya, masa berpantang kena berpantang betul-betul (bertungku, mengurut, jaga makanan dsb). Masa berpantanglah nak jaga badan pun. Errrr kalau ana... lepas basuh ayam 2 ekor, siang ikan pun dah terdampar. Huhu. Aduhai, hebat sungguh ibu mertuaku! Kalah menantu... T__T

Pada sahabat-sahabat yang sedang dan bakal berpantang, enjoy the moment ok! ^_~


Ummu Amir

Read more...

12 September 2011

Kalau Sudah Jodoh...

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, baru berkesempatan untuk online. Lama menghilang, mujurlah tenggelam boleh timbul semula. Kalau tenggelam tak timbul-timbul? ^_~

Salam Eid Mubarak!

Alhamdulillah, Syawal kali ini meriah dengan kehadiran anakanda Amir Solihin. Kami sekeluarga beraya di Kelantan, 10 hari beraya di Kelantan sempatlah kami saling menziarahi sahabat dan saudara mara. Lama juga 10 hari, kan? Dari penghujung Ramadhan sehingga awal Syawal beraya di Kelantan, meriah dengan jemputan walimah sahabat juga saudara mara. Selamat pengantin baru! Barakallahu lakum.

Pagi Syawal, apabila sudah bersiap maka menyiapkan Encik Amir Solihin yang soleh. Bangun sebelum subuh dan tidak mahu tidur selepas subuh melainkan sudah dhuha, hihihi. Maka, Encik Zauj memandikan anakanda untuk bersiap bagi menunaikan solat sunat eid fitri. Wah wah, berbaju hijau yang ditaja oleh Aunty Syudde. Jauh baju Encik Amir Solihin, imported dari United Kingdom. Jazakillah aunty Syudde :)

Alhamdulillah, seronok beraya kali ini sebab bawa sekali Encik Amir Solihin. Disebabkan kami kelewatan gara-gara ana yang terhegeh-hegeh menyiapkan Amir, ana duduk di kawasan luar masjid. Alhamdulillah, berangin... Alaskan kain di atas sejadah dan letakkan Amir di sebelah ana supaya Amir boleh melihat ana, tidaklah Amir menangis. Selalunya pun begitu juga, kalau solat dan Amir dalam keadaan berjaga maka akan diletakkan di sebelah. Sebelum solat, akan pesan dahulu.

"Amir duduk diam-diam tau, duduk baik-baik tau, jangan menangis ummi nak solat."

Sebelum solat, Amir dah mula menunjukkan simptom nak laban (susu) tetapi tak sempat sebab dah nak mula solat. Hihi... Masa tahiyat akhir, Amir menangis. Alhamdulillah, ada hamba Allah yang baik hati tolong angkatkan Amir. Selepas selesai solat, terus ambil Amir. Hehe... Sepupu encik zauj yang duduk di sebelah ana terus senyum, pandai Amir pilih waktu nak menangis.

Selesai solat, dengar khutbah dan bila keluar masjid tercari-cari kelibat encik zauj dan ibu mertua yang tak dapat dikesan dengan radar mata :P Lama menunggu di belakang tembok pagar masjid barulah encik zauj datang melenggang tersenyum lebar ke arah ana. Patutlah tak nampak, jauh dah encik zauj pergi. Maka, melengganglah pula kami beraya di rumah ibu saudara encik zauj ^_^

Amir Solihin diserbu bagai gula dihurung semut tetapi beliau dengan penuh selamba tidur dengan senyenyak-nyenyaknya :D


Lihat bagaimana saya tidur, kaki letak atas bantal tuh. Bukan main lagi... Baju raya ditaja oleh Aunty Syudde yang diimport dari United Kingdom. Jazakillah! Abi tanya kenapa lengan panjang tapi kaki nampak kepala lutut? Amir pergi masjid tak tutup aurat T_T

Lamaaaa kemudian, baru melihat hp. Tadaaaa...

"Syira raya di Kelantan ke?"

"Kampung zauj kat mana?

"Tadi Syira pergi masjid ke?"

Lalalala... Rupa-rupanya ada seorang sahabat yang dikenali lewat blog dan beberapa kali berhubung menerusi facebook yang nampak kelibat ana.

"Salam. Tadi akak keluar dari masjid duk melilau cari mak akak, tiba-tiba ternampak seorang muslimat pakai purdah di tepi pagar masjid. Hati berbisik alhamdulillah makin ramai anak gadis kampung ni pakai purdah. Tiba-tiba akak ternampak seorang rijal menghampirinya "aik macam kenal je" mata akak jatuh pada baby kecil yang didukungnya "err macam kepala Amir Solihin je" lama akak memerhati "takkan insyirah, macam tak logik je" lalu akak hubungi Kak Alwani minta kepastian dan nombor talifon. Persoalannya adakah muslimat itu insyirah?"

Tersengih lebar orang cakap anak gadis, hik hik ^_^

"Hehe, kecilnya dunia ni sekecil blog je. Rumah zauj Syirah kat mana? Ingat nak pi jalan-jalan tengok En Amir Solihin dan ummi dia."

Lagi-lagi... ^_^

"Laaa... yang sebelah-sebelah ada rumah batu kan? Depan ada parit tak. Rumah timbalan menteri besar tu bapa sepupu akak. Mak mertua Syirah nama mak cik *** ke? Ala macam spy la plak."

Muehehehe... ^_^

"Akak dah agak dah... Jenguh sehari suntuk duk kaitkan muka zauj Syirah dengan mak cik *** dan adik dia, kawan akak masa tadika dulu. Sebelah rumah mak mertua Syirah tu, mak saudara akak. Baru balik. Rumah akak dekat-dekat situ ja lepas masjid. Cer tanya mak cik *** kenal tak hawa... mesti dia kenal. Hehe."

Sesi ta'aruf ^_^

"Nasib baik akak tak selongkar semua kad kahwin yang tersimpan kat rumah....."

Ok, rasa dah nak gelak terguling saja.

Rasa macam dunia ni dah besar tapi bila dibandingkan dengan matahari, matahari tu jauh berganda lebih besar. Matahari yang sebesar itu pun hanya kecil dibandingkan dengan planet lain. Planet yang jauh lebih besar dari matahari pun hanya kecil jika dibandingkan dengan bla bla bla... Eh eh, dunia yang dirasakan besar ni... Rupanya selama ni berhubung melalui alam maya dengan JIRAN sebelah rumah. Hik hik hik...


Amir tidur mata tak rapat, kata abi... Amir fikir masalah umat.

Itulah, kalau sudah jodoh... ketemu juga. Jazakillah kak Hawa Jamilah atas kesudian menziarahi Amir Solihin dan umminya, mudah-mudahan silaturrahim ini menjadi saham akhirat buat kita :)

Amir Solihin sudah ketemu ummi Jie, ummi Jie cerita tentang Amir di sini ^_~

Permisi dulu, assalamu'alaikum.


Ummu Amir

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO