Aduhai Ibu Mertuaku
Bismillahirrahmanirrahim.
Amir Solihin sudah berusia 2 bulan 1 hari, semalam beliau kena cucuk dan puas nurse gerak beliau tetapi dengan selamba macam biasa beliau tidur tanpa menghiraukan alat permainan yang berbunyi-bunyi itu lalu ana tidaklah begitu terkejut kerana semasa malam eid pun orang main mercun bergegar atap rumah dan Amir Solihin masih selamba tidur. Barangkali bak kata orang Utara, telinga dah mangli dengan bunyi bising dek kerana malam Ramadhan speaker surau direct menghala ke rumah <-- macam nak buat karangan UPSR je :D
Rasa macam best juga sebab sudah habis berpantang semasa Eid Fitri, jadi boleh lah berjalan ke rumah saudara dan sahabat handai. Ek eleh, masa berpantang pun berjalan juga... Errr, berjalan pergi klinik bawa Encik Amir untuk ambil ujian darah nak tengok tahap kuning. Tapi, dah lepas pantang rasa langkah lebih jaaaaaauh la. Hehe. Cuma makanan yang mables tidak boleh ditatap dan ditatang bagai minyak yang penuh, jeling-jeling manje pun Encik Zauj dah jeling ana. Hihi.
Tapi... 1 Syawal, mak cik-mak cik memaksa ana merasa semua juadah. Dek kerana tak tahu apa-apa sebab musabab dan juga komplikasi yang bakal berlaku, ana pun sami'na waato'na. Pergh... Elok sangat lah tu, Encik Amir baiiiik punya kembung sekali cirit gara-gara ana yang tak bersalah kena paksa merasa semua juadah. Itu jam, rasa mau jumpa mak cik-mak cik itu dan cakap;
"Tengok apa dah jadi..."
Eceh, macam berani je. Kesian Encik Amir.
"Anak sulung jangan pantang sangat, ajar sikit makan serba serbi."
Gurlp... Benarkah begitu? Tak faham eh. Habis tu, anak kedua, tiga... sepuluh kena pantang sangat-sangat pula ke? T__T
Disebabkan ana bersalin secara pembedahan, maka masa tempoh berpantang tidaklah bertungku bagai... Kata ibu mertua ana, masa dalam pantang beliau bertungku sampai hitam perut. Uish, khasiat bertungku untuk kecutkan urat dan rahim, takde lah sakit-sakit badan dan badan pun macam best je... Antara kelebihannya, bila rahim mengecut dengan sekecut-kecutnya takde lah jarak anak terlalu rapat. Tak perlu pil perancang pun :)
Penyusuan susu ibu sangatlah membantu untuk mengecutkan rahim dan mengecutkan badan yang bagai dipam-pam semasa mengandung :D Alhamdulillah, 9 hari selepas bersalin sudah menurunkan 7 kg (yelah, berat Amir 2.43kg, uri lagi, air ketuban lagi bla bla bla).
Masa seminggu berpantang dijaga oleh ibu mertua, bagaikan ratu... Pinggan yang makan pun ibu mertua suruh tinggal je atas meja, wah... Melampau sungguh, tapi dah dilarang juga ikut saja la. Seminggu pertama, memang lembik dengan sakit belakang dan nak bangun pun ibu mertua yang angkatkan, ada hati nak basuh pinggan... Keh keh keh.
Bila balik berpantang dengan ibu sendiri, kena tinggal di rumah bila adik-adik pergi sekolah. Uruslah diri sendiri, ummi dah siap masak lauk semua. Satu hari diteman adik perempuan dan kemudian pandai-pandailah urus sendiri sehinggalah ummi berpindah ke KL dan encik zauj ambil ana semula... Maka, encik zauj pula yang jadi pelayan :D
Masa berpantang, ibu mertua sangat memberi semangat untuk full breastfeeding (BF) pada Amir dan berusaha untuk buat selamba tidak mengajar Amir BF sambil baring dan setiap kali BF kena duduk, sementara nak duduk tu ambil masa yang lama juga... Antara kata-kata ibu mertua yang paling ana suka;
"Kalau bagi susu badan, anak dengar kata mak. Kalau bagi susu botol, anak degil sebab ikut perangai mak susuannya (lembu?). Kalau ada anak, boleh bandingkan anak yang minum susu badan dengan anak yang minum susu botol (formula)."
Oleh hal yang demikian, seakan takut pula sebab ibu mertua banyak berkongsi kisah yang buat ana fikir berkali-kali nak bagi susu formula masa susu badan kurang. Tapi... ana diajar oleh ummi untuk perah susu dan stock dalam peti ais, sejak dari dalam pantang Amir sudah diajar minum dengan botol dan direct BF. Alhamdulillah, setakat ini kalau ada kerjaan yang nak dibuat bolehlah Abu Amir 'menyusukan' Amir...
"Masa pantang tak boleh makan ini, tak boleh makan itu..."
Gelak saja baca status sahabat yang tengah berpantang, nampak stress sungguh kena berpantang. Ana pula rasa semua makanan masa berpantang sedap kecuali ikan haruan, haha. Ikan haruan lembik dan kembang tekak nak menelannya. Tapi, lauk-lauk lain sedap je. Mungkin sebab tak kisah sangat, janji dapat makan dan boleh menyusu Amir.
Tipsnya, masa berpantang kena berpantang betul-betul (bertungku, mengurut, jaga makanan dsb). Masa berpantanglah nak jaga badan pun. Errrr kalau ana... lepas basuh ayam 2 ekor, siang ikan pun dah terdampar. Huhu. Aduhai, hebat sungguh ibu mertuaku! Kalah menantu... T__T
Pada sahabat-sahabat yang sedang dan bakal berpantang, enjoy the moment ok! ^_~
Ummu Amir
2 leaves:
ramai je pantang tak ikut cara orang dulu... tapi akak still pantang cara lama - cuma makanan kena pilih secara sihat, sebab kita menyusukan anak.
walau bagaimanapun, bagus your MIL nasihat untuk penyusuan badan.. cuma kena ingat, faktor lain pun mempengaruhi untuk perkembangan anak (seperti persekitaran, didikan ibu bapa, rakan-rakan), bukan sekadar susu ibu / susu formula.
just giving my 2 cents since i also have formula fed babies, and breast milk babies. and my breast milk babies are more stubborn than my 2 oldest, jadi ada agak tersasar pemahaman di situ mengenai kedegilan anak berkaitan dengan susu lembu.
anyway, enjoy the moment of having a baby :). and i believe the more kids you have, the more experience that you learned
cheers!
-limau nipis-
Assalamualaikum,
masyaAllah, harap baby, ibunya dan ayah baby akak sihat. Alhamdulillah,lahir juga si Amir ni. Harap menjadi waris yang diharap-harapkan akak suami isteri. Aminn.
Post a Comment