"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

21 November 2011

Teletubbies Saya!

Bismillahirrahmanirrahim.

7 November pulang ke Kelantan.

8 November ziarah sahabat zauj yang dapat bayi lelaki, sudah berusia 9 hari semasa kami ziarah. Kecil saja, 2.4 kg lebih kurang besar Amir Solihin masa lahir juga tetapi bezanya kepala Amir Solihin besar :p

9 November Amir Solihin mula batuk dan selesema sikit-sikit dan merengek. Jam 9 malam kami bertolak pulang ke Shah Alam memandangkan kondisi Amir yang semakin tak baik.

10 November Amir Solihin demam panas. Jam 9.20 pagi selamat tiba di Shah Alam (12 jam 20 minit perjalanan). Perjalanan yang tersangat mencabar, Amir Solihin menangis sepanjang jalan kecuali bila dia tertidur kerana penat. Kebiasaannya Amir Solihin akan diletakkan di dalam car seat apabila kami musafir perjalanan yang panjang. Tetapi, kali ini Amir Solihin langsung tidak mahu diletakkan. Maka, duduk dalam pangkuan umminya sepanjang jalan dan kami pun banyak kali berhenti itu yang jadi 12 jam :p

Tiba di Shah Alam, mandikan Amir Solihin dan kami bersihkan diri terus makan bekalan dari Kelantan. Hajat nak rehatkan diri sejenak terpaksa dibatalkan, kami bergegas ke klinik kerana badan Amir Solihin semakin panas. Pergi klinik jam 11.05 pagi, jam 12.45 tengah hari baru sampai rumah. Tertidur jugalah Abu Amir di klinik sementara menunggu dipanggil.

11 November nampak Amir Solihin dah kurang demam tapi selesema dan batuk makin kuat.

14 November melihat keadaan kahak Amir Solihin yang semakin kuat maka selepas Abu Amir selesai kuliah maghrib, bawa Amir Solihin ke klinik. Doktor katakan memang Amir Solihin berkahak tetapi habiskan dahulu ubat-ubatan yang telah diberikan.

15 November kahak Amir Solihin semakin kuat dan beliau kurang menyusu. Nafasnya seperti orang lelah. Doktor bagi ubat cairkan kahak, antibiotik dan minta belikan menthol crystal. Kahak di dalam paru-paru Amir Solihin sangat banyak, kalau dibiarkan akan menjadi paru-paru berair.

Maka, kami pergi ke farmasi dapatkan menthol crystal buat Amir. Cuba buatkan seperti yang diajar doktor, meraung-raung Amir Solihin kesakitan kesan menthol crystal. Kami berhenti sebelum habis wap menthol crystal hilang kerana tak sanggup melihat Amir Solihin 'menggelupur' kesakitan.


17 November bawa Amir Solihin jumpa another doctor di Sungai Buloh, doktor kesayanganku! Masa tu langsung tiada pesakit, hanya Amir Solihin sahaja. Doktor check Amir Solihin (pernafasannya) dan terus berikan gas. Bila diberitahu doktor (di Shah Alam) suruh beli menthol crystal untuk berikan kepada Amir Solihin. Gotha! Kena marah kaw-kaw punya... :p

"Kau ingat anak kau ni askar ke? Ini penderaan tau. Menthol crystal tu sangat menyakitkan. Kita yang tua ni pun sakit inikan pula dia kecil lagi, lapisan hidung dia nipis. Sakit tau! Memang boleh bagi tapi sangat kejam. Kau kena ingat, aku ada 2 orang je anak. Apa yang aku bagi kat pesakit, aku bagi pada anak-anak aku. Aku mesti nak bagi yang terbaik je kat anak aku."

Gurlp... padan muka Insyirah, siapa suruh tak nak bawa Amir Solihin jumpa 'mak angkat' dia.

"Entah, doktor tu suruh buat. Saya pun tak tahu. Memang saya cuba, sakit."

"Sakit tau! Tengok aku bagi dia (Amir Solihin) gas, excited betul dia (Amir Solihin)."

Hehehe... Amir Solihin melompat-lompat dan bergelak ketawa semasa diberikan gas oleh nurse, doktor yang sedang lecture Ummu Amir hanya tersengih saja, lenguh tangan nak pegang Amir Solihin yang excited. Nurse pun tergelak dengan kerenah Amir Solihin, budak-budak lain menangis meraung menjerit diberikan gas tapi Amir Solihin excited. Kui kui kui...

"Lepas ni kau jangan mengada-ngada bagi menthol crystal lagi. Aku bagi ubat dan antibiotik, kau bagi dia makan sampai habis. Kalau anak kau sakit, jangan bawa jumpa orang lain bawa kat aku je. Dia ni anak aku, kau lahirkan dia je..."

Kui kui kui...

Feel so happy! Alhamdulillah, selepas siap diberikan gas kami ambil ubat dan bayar di kaunter. Amir Solihin kelihatan 'selesa' selepas diberikan gas. Kemaruk minum susu (nak qadho quota yang tak dipenuhi masa demam) sampai ummi kekeringan, lapar sokmo. Abi pun pelik tengok ummi mengunyah tak henti-henti. :)

"Lapar la banggggg..." :P

"Patut la dalam feqh. Rukhsoh wanita yang menyusu untuk tidak berpuasa lebih kuat berbanding ibu yang hamil." Abu Amir membuat kesimpulannya :)

Amir Solihin, moga jadi anak yang soleh.


Kesimpulannya, bukan semua doktor berjiwa 'ibu' untuk memberi nasihat yang terbaik kepada pesakit. Semakin ku mengerti perasaan ummi semasa melayani diriku suatu ketika dahulu, semakin ku fahami perasaan ummi sewaktu menerima ujian dari Rabb Izzati. Terima kasih Tuhan!

Ummu Amir

12 leaves:

ansorullah 21 November 2011 at 09:58  

Assalamua'laikum.

:). Teletubbies ya? Nak jadi Lala. (dulu suka tengok sebab ada nyanyi-nyanyi.. :p.. pastu dia lari-lari masuk dalam rumah, terkedek-kedek.. cute! Hehe)

Amir yang soleh demam ya? Insya'ALLAh, ALLAH nak bagi antibodi Amir makin kuat, n nak bgtau ummu Amir, nanti klau Amir tak sihat, kena bawa p jumpa Doktor yang baik tu. :).N disamping tu, nak inform pd yg lain supaya jangan bg anak2 kecil guna menthol crystal mcm yg doc 1st suggest.. Huhu

Sangat2 kasihan klau tgk si kecil demam.. Mata berair, kuyu.. merengek2 je, tak pandai lagi nak bgitau : badan saya tak selesa..

Semoga cepat sembuh ye, anak soleh. :)

Adik Syirah juga. ;)

Durratul Mujahid 21 November 2011 at 11:39  

Assalamualaikum..

Semoga Insyirah dan keluarga dirahmati Allah..

So sweet.. suka dengar cerita Amir Solehin yang comel.. dan suka tengok muka Amir yang menenangkan.. Teringat wajah anak-anak kat taska..

Memang banyak cabarannya jaga budak tengah sakit ni.. Itu baru demam.. semoga Allah memelihara Amir Solehin daripada sebarang sakit merbahaya..

Menthol Crystal ni memang kuat..sakit.. So tak sesuai untuk baby.. Biasanya kalau budak batuk or selesema.. sapukan minyak kayu putih kat ubun-ubun, dada dan tapak kaki.. insyaAllah mudah dia nak bernafas..

Anak sedara akak ada chronic lung desease.. Selalu sangat lelah.. So, akak selalu buat macam tu setiap kali lepas mandi and time dia sakit.. Alhamdulillah, berkurangan sakitnya.. so maybe Insyirah boleh try next time.. Selalu makan ubat pun tak elok juga, sebab ubat ada effect jangka panjang.

aida 21 November 2011 at 15:50  

ada artikel pasal doktor di US, kebarangkalian saah diagnose tu agak tinggi.. akak pun tak ingat berapa.

yang pastinya, kita kena ingat doktor ni pun manusia. ada masa tersilap. jadi kita patut seek second opinion, or third opinion untuk sakit anak-anak.

macam akak, i don't stick to one clinic. pergi banyak2 klinik.. barulah kita boleh compare klinik mana bagus rawatannya.

jadi bila dah tahu klinik mana bagus dari segi rawatan, biasanya kita akan sangugp ke klinik itu, walaupun kena tunggu berjam-jam.

alhamdulillah, klinik akak pergi ni, tak lokek dengan ubat dan kalau ada kes kahak yang teruk, dia akan terus bagi nebuliser. tapi bagi neb ni pun, bak pesan doktor, kena berpada-pada, takut anak bergantung sangat.

cuba jugalah makanan para nabi, madu atau kurma. dan yang penting, banyakkan amalan time anak sakit. ini pernah dengar dalam satu ceramah ustaz kazem.. cuba amalkan baca quran untuk ubati sakit. serta doa-doa penawar. alhamdulillah, dengan izin Allah, anak kita akan sihat sebab segala sakit itu datang dari Allah juga

Sufiana Mohamed 22 November 2011 at 23:19  

bestnya org dh ada permata hati...semoga bhgia dunia n akhirat..singgah sini, berkenalan dgn kwn blogger...=): Ganjil Itu Istimewa

Insyirah 22 November 2011 at 23:36  

Waalaikumussalam kak ansorullah.

eh, Lala tu watak Insyirah la kak! :P

ALhamdulillah demamnya sudah sihat cuma kahaknya masih ada lagi. doakan ye!

Insyirah 22 November 2011 at 23:37  

Waalaikumussalam Durratul Mujahid.

Alhamdulillah, memang ada buat spt yang disarankan letak minyak kayu putih (memang daily used pada amir pun) pada kaki, badan tapi tak pernah letak pada ubun-ubun lagi... boleh letak ye pada ubun-ubun baby?

Jazakillah, ilmu baru ni...

Insyirah 22 November 2011 at 23:42  

Kak Aida,

Jazakillah!

Thanks lot! selalu teropong kat blog kak aida jadi silent reader je. banyak belajar dalam blog akak tu... alhamdulillah.

nebulizer last choice, tapi doc bagi juga sebab kahak dalam apru-paru terlalu banyak takut jadi paru-paru berair nanti kene sedut kahak lagi "azab" pula katanya.

betul akak cakap, bila kita jumpa doc yang bagus, sanggup pergi even jauh pun...

daily bagi amir minum madu 1x. alhamdulillah dah kurang...

Insyirah 22 November 2011 at 23:45  

Halimatun sa'adiah

Alhamdulillah dah beransur pulih.

Insyirah 22 November 2011 at 23:45  

sufi haraki,

bila fikir seronok ada anak, best la. bila fikir tanggungjawab, berfikir-fikir juga nak ckap "best"... :)

Durratul Mujahid 23 November 2011 at 00:12  

InsyaAllah boleh.. dan yang suggest letak minyak kayu putih kat ubun2 ni pun doktor.. And kami dah biasa buat macam tu kat baby2 dalam keluarga kami.. Alhamdulillah, jarang kena selesema dan batuk kecuali yang memang ada semput

Insyirah 24 November 2011 at 09:28  

Durratul Mujahid,
terima kasih banyak2 atas perkongsian ilmu. insha Allah akan amalkan pada baby...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO