"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

26 July 2008

Namaku MUNA

Episod Pengenalan

Satu.. dua.. tiga.. empat..

Gadis bermata kuyu dengan cermin mata tak berbingkai itu kelihatan terbongkok-bongkok membaca buku di atas pangkin di bawah pondok di hujung padang permainan. Dia tidak memperdulikan pelajar-pelajar lain yang lalu lalang menuju ke arah kantin. Dia asyik sahaja dengan buku dan peralatan menulis di situ. Semua yang lalu di situ memandang kepada gadis itu penuh tanda tanya. Pelik agaknya melihat gelagat gadis itu.

Krriiiiinnnggg.....

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Pelajar-pelajar berpusu-pusu balik ke kelas masing-masing. Ada yang masih sempat lagi nak menghabiskan air minuman di dalam plastik. Yang sedang mundar mandir di koridor kelas juga masih banyak.

Sementara itu di dalam kelas Tingkatan 5 Sains Ibnu Sina...

"Attention class!!! Miss Anne tak datang hari ini... so ngkorang buat kerja sendiri lah ek..." suara Mujahid, Ketua Tingkatan membuat pengumuman sambil melangkah masuk ke dalam kelas. Setiap mata terpaku padanya. Semua ahli kelas memapar wajah lega mendengar berita baik itu. Siapa yang tidak kenal dengan Miss Anne; guru Matematik Tambahan yang garangnya tahap melampau itu. Sekali dipandang, kecut habis perut.

Suasana yang tadi diam, mula bertukar bising. Sudah jadi seperti pasar ikan. Nama sahaja kelas Sains. Kononnya pelajar terpilih. Tapi perangai sama sahaja dengan kelas lain. Bila tiada guru di dalam kelas, bising memanjang. Kalau ada pun, berapa kerat sangatlah yang meneruskan mentelaah pelajaran. SPM tidak lama lagi seperti tidak memberikan sebarang ingatan pada mereka untuk meningkatkan usaha menimba sebanyak ilmu dan membuat latih tubi sebanyak mungkin.

"Nasib baik lah cikgu kesayangan hang tu tak mai hari ini... kalau tak... teruklah kita.." Che Ah bersuara di belakang. Tangannya menepis lengan Uda di sisi. Anak mami seorang itu memang terlebih ramah selalunya.

"Hai kau kan selalu dok sebut-sebut nama dia... kau lah anak emas dia.." balas Uda.

Satu... dua... tiga... empat...

Selesai. Pena mata bola di tangannya ditutup. Buku latihan setebal 120 muka surat itu juga ditutup. Terpampang di bahagian depan kulitnya lencana sekolah. Sekolah Sains Seri Negeri. Pelipisnya rasa berdenyut-denyut. Mungkin kerana terlalu lama berfikir. Mana tidaknya, matematik tambahan bukannya semudah 1 + 2 = 3. Nak berapa pun boleh. Pengamiran, janjang arithmatik, janjang geometri dan sebagainya sudah menjadi bahan mainan harian mereka sekelas. Selain itu, formula-formula kimia, fizik dan nama-nama pelik di dalam Biologi juga sudah sebati dengan jiwa sejak Tingkatan 1 lagi.

Osmosis, hemolisis, krenasi. Aduh. Peliknya. Belum dikira dengan bab sistem klasifikasi tumbuhan dan haiwan. Binomial Linnaeus.

Osmosis is the movement of water molecules from an area of high concentration to an area of low concentration. Pergerakan molekul air dari kawasan berketumpatan tinggi ke kawasan berketumpatan rendah. Hemolysis is the breaking open of red blood cells and the release of hemoglobin into the surrounding fluid. Aduh. Banyaknya istilah yang perlu disumbat ke dalam otak.

Rilekslah sekejap. Pensil mekanikal dan kertas kosong berwarna putih sudah sedia di atas meja. Ligat mata pensil menari-nari mengikut rentak jari jemari yang halus mulus di atas kertas kosong itu. Luahan rasa seseorang berbeza antara satu sama lain. Ada sesetengah manusia suka meluahkan perasaan mereka dengan berbual dan melakukan aktiviti luar, ada yang suka menulis cerpen atau novel untuk mencurahkannya, bagi yang berbakat; melukis adalah satu cara yang sesuai. Hanya yang memahami erti seni sahaja dapat membaca apa yang tersirat dari yang tersurat di dalam lukisan.

Mata pensil mekanikal itu masih galak melakukan larikan dan lorekan. Sesekali pemadam Faber Castel menjalankan tugasnya. Sesekali tangannya berhenti memerhatikan hasil kerja yang masih belum siap itu. Sesekali dia menyengetkan kepalanya. Suasana hingar bingar di sekeliling seolah-olah tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya. Dia hanya berada di dalam kelas, tetapi di alam lain. Alamnya sendiri. Tiada siapa yang mengganggu. Atau mungkinkah tiada siapa yang sudi 'mengganggu'?

bersambung...

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

Nurani Seorang Ibu


"Seorang ibu itu istimewa." Subhanallah. Setiap orang mempunyai ibu, setiap ibu istimewa mengikut mata anak yang memandang. Ana terkesan membaca satu sudut majalah, sucinya hati seorang ibu.

Kisahnya begini, beliau mengidap penyakit jantung dan menjalani pembedahan sewaktu kecil. Selepas berkahwin, keadaan kesihatan tidak mengizinkan untuk beliau memperoleh zuriat namun keinginan untuk menjadi seorang ibu lebih dari segalanya. Setahun ditinggalkan SEMUA ubatan yang menghalang untuk memperoleh zuriat, alhamdulillah akhirnya mengandung dan...

Allahuakbar, hujung usia kandungan sudah di rujuk ke hospital untuk mengelakkan sebarang komplikasi. Semakin hampir waktu melahirkan, pakar jantung dari IJN di kejarkan untuk bersiap sedia dari sebarang kemungkinan. Disebabkan bayi dalam kandungan dah buang air besar, demi nyawa ibu dan anak maka pembedahan di jalankan. Usai pembedahan, ditempatkan di ICU dan hanya keesokan hari dapat menatap wajah si comel.

Subhanallah, ana terkesan dengan ayatnya "Pengorbanan ini berbaloi setelah melihat wajahmu, mama akan terus berjuang untuk melihat engkau membesar dengan kasih sayang!" Nurani tersentap, ingin rasanya mendakap ummi sepenuh hati, cium sepenuh kasih sayang. Besarnya pengorbanan seorang yang bergelar ibu. Segalanya sanggup di korbankan hatta nyawanya demi melihat anak.

Ibu... bergenang air mataku,
Terbayang wajahmu yang redup sayu,
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan,
Bagaikan laut yang tak bertepian,
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan,
Tidak pun kau merasa jemu,
Mengasuh dan mendidik,
Kami semua anakmu,
Dari kecil hingga dewasa,
Hidup mu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban,
Tak dapat ku balasi akan semua ini,
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu...

Ibu... kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu,
Restu mu yang amat aku harapkan,
Kerana di situ letak syurga ku,
Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajarku erti kesabaran,
Kau bagai pelita di kala aku gelapan,
Menyuluh jalan kehidupan,
Kasih sayang mu sungguh bernilai,
Itu lah harta yang kau berikan...

Kisah kedua lebih menyentak nubari ana, hanyut di buai perasaan. Gelora hati dan ledakan perasaan, hanya Tuhan yang mengetahui. Hiba, sebak, sayu semua beradun menjadi satu maka yang hadir hanya mutiara air mata... Ana sayang ummi!

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz, dialog bersama sahabatnya tentang istimewanya ibu. Suatu ketika dulu, ibu sahabat ustaz ni sudah uzur dan hatinya terlalu rindu untuk melihat halaman rumah setelah sekian lama sakit tua. Maka si anak lelaki ni dengan patuh, memimpin si ibu melihat jendela rumah sambil duduk di tangga. Digenggam erat tangan anak lelaki tersebut dan meluahkan bicaranya;

"Bila emak dah mati, siapa nak mendoakan kau nak?"

Semacam keluhan berat untuk di lepaskan. Subhanallah! Kalau kita meletakkan diri kita di tempat si ibu tersebut, ana yakin kebanyakan dari kita akan berkata;

"Bila emak dah mati, siapa agaknya mendoakan emak dalam kubur!"

Walaupun ibunya telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun lalu, namun seusai solat 5 rakaat tak pernah lupa untuk mendoakan si ibu. Itulah bezanya antara nurani ibu dan hati anak (macam kita ni). Tapi, menyedihkan... Ramai antara kita betah menyinggung hati ibu dengan niat sengaja nak sakitkan hati ibu setelah apa yang diminta tak di penuhi. Sedarilah, saat dan ketika itu kita sedang menempah neraka!

Di kalangan sahabat-sahabat, ana sering di cop "anak emak" atau "anak ayah", masakan tidak... Kalau ada kelas tambahan atau nak stay back di sekolah untuk study group, ana pasti sms abi minta izin dulu. (Ana satu-satunya pelajar yang dibenarkan bawa hp ke sekolah) Nak keluar pun selalu minta ummi atau abi temankan, sangkaan orang ana adalah isteri muda abi. Huh! Biarkan mereka... Ada juga segelintir yang menyangka ana adik bongsu ummi.

Kadang kala kita terlalu mementingkan kawan berbanding ibu bapa. Boleh keluar enjoy dengan kawan tapi nak keluar temankan ibu bapa beli barang, berjela-jela alasan yang diberikan. Tak kan bila mereka dah kaku di balut kafan, baru nak menangis tersedu-sedu memeluk dan mencium mereka? Kenapa tidak menzahirkan kasih sayang dari sekarang? Kenapa sanggup topup semata-mata nak sms/talifon buah hati tapi nak hantar 1 sms pada ibu bapa pun terlalu berat?

Curahkan kasih sayang sepenuh hati... Ana pernah membaca seorang usahawan berjaya berkongsi TIPS kejayaannya adalah "SETIAP HARI MENALIFON IBU WALAUPUN HANYA 1 ATAU 2 MINIT SEMATA-MATA MOHON DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA." Memang ibu tak pernah lupa mendoakan anak tapi bila kita talifon, berbunganya hati seorang ibu... Allah saja yang tahu.

Anda juga suatu hari nanti bakal seorang ibu juga bakal seorang bapa! Renung-renungkan!



Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

22 July 2008

Demi Nafas Ini



Salam rejab buat sahabat-sahabat, moga persediaan menghadapi kembara syaaban dan pesta ibadah di bulan ramadhan semakin meriah. Insya Allah. Harapan dan doa moga kalian subur iman dan amal dalam perjuangan masing-masing.

Penulis dipinta seorang sahabat untuk bercerita "tentang ana" khas buatnya, dan umum buat semua sahabat. Terlalu berat untuk menukilkan rentetan perjalan hidup seorang pengembara dhaif lagi hina di pandangan Nya, namun mengenangkan permintaan terakhir sahabat, penulis sedaya upaya menunaikannya.

Nikmat Yang Selalu Dilupakan

Jarang kita bersyukur, malah sedih lagi tragis bila kufur dengan nikmat Nya. Nauzubillah. Diingatkan diri yang alpa, segala yang ada pada kita adalah miliknya, maka semuanya adalah pinjaman sementara. Apa saja milik kita adalah milik Nya. Maka, anytime kita akan hilang apa yang kita miliki. Oleh itu, sentiasa lah bersyukur, berfikir dan merenung apa saja yang kita ada, semuanya pinjaman. Hatta nyawa kita juga adalah milik Allah s.w.t..

Antara nikmat yang Allah pinjamkan ialah nikmat bernafas, ramai yang tidak sedar sedang bernafas dengan pinjaman Allah ini. Tak terhitung rasanya dengan segala nikmat yang Allah beri. Bersyukur kerana sering diingatkan Allah betapa kita hanya musafir, bukan penduduk tetap bumi Allah. Alhamdulillah.

Dalam usia yang menjangkau ke angka 19. Pasti pelik bila anda diajar bagaimana untuk bernafas. Sejak keluar dari rahim bonda, tiada seorang makhluk Allah pun yang diajar bagaimana bernafas. Subhanallah, menangis juga tidak di ajar. Malah ia adalah perkara pertama yang dilakukan apabila lahir ke dunia. Kesimpulannya, bernafas dan menangis tidak perlu di ajar. (Jadi jangan mempersoalkan kenapa air mata ini sering merembes keluar)

Nikmat, anugerah dan ujian Nya datang silih berganti. Yang penting bagaimana untuk mengungkapkan rasa syukur pada al-Khaliq. Penulis sedih melihat saudara se-agama yang semakin terpesong aqidah. Makin ditelek majalah Mastika keluaran Julai, makin sayu hati. Tidak takut mati atau tidak takut dengan azab Allah? Merasa sering-sering "diintai" seksanya mati, terasa separuh nyawa membaca kenyataan demi kenyataan mereka. Astaghfirullah hal azhim.

Terlalu banyak perkara (masalah) yang di bangkitkan. Ketidak adilan Tuhan dan sebagainya. Astaghfirullah hal azhim. Sedangkan apa yang sudah diberi langsung tidak disyukuri malah kufur. Nauzubillah. "Tentang Ana" adalah kisah yang berlaku di sekeliling penulis, rentetan perjalan seorang musafir di bumi Allah.

Ingatan kembali pada peristiwa lalu, di ajar bagaimana untuk bernafas. Disuruh bernafas mengikut rentak yang di ajar. Di baring, di letak, di iring berbagai posisi untuk mencari kaedah yang memudahkan seseorang bernafas. Pelik bukan? Di ajar bagaimana bernafas! Mungkin kita pernah dengar/baca kaedah bernafas tertentu untuk menenangkan diri tapi berbeza dengan kaedah pernafasan yang diajar kepada penulis malah kaedah ini kalau di amalkan kepada mereka yang mempunyai fisio biologi yang baik akan berubah menjadi abnormal. Wallahutaala `alam.

Apabila Rejab, Syaaban dan Ramadhan menghampiri maka datanglah hadiah-hadiah istimewa dari Rabbul Izzati. Alhamdulillah, tanda ingatan Pencipta pada si hamba yang sering alpa.

"Tentang Ana"

"Ana" bukanlah insan istimewa apatah lagi orang yang penting, hanya insan biasa yang "istimewa" kerana sering dihadiahkan pelbagai anugerah Tuhan. Alhamdulillah. Merasa begitu terseksanya menghadapi mati (belum mati lagi tuh), terasa hidup ini tiada yang lebih bererti melainkan 2 jasad istimewa: ummi wa abi. Seandainya sahabat seusia dengan penuh kegembiraan dan menikmati keindahan alam remaja, dengan senang "ana" membesar dalam ruang lingkup sederhana. Bila sahabat bercerita tentang pentingnya seorang teman, hanya mampu membayangkan situasi itu. Bagaimana dikelilingi sahabat? Mungkin penulis di kelilingi ahli bait, maka tertanam di hati "Family first, friends comes second".

Bukan lah terkongkong atau dikongkong, tapi kesederhanaan ini yang sering di jaga. Wanita tempatnya di rumah. Ayat ni memujuk penulis. Memujuk untuk mencari kesederhanaan. Cukup untuk tidak menyusahkan orang lain, kerana setiap yang cuba merapati paling tidak pasti akan tempias disusahkan secara tidak sengaja.

Rejab menjengah, rindu... gembira semuanya bertaut, sebenarnya penulis lebih rindukan "jemputan Allah", apakah pula tarbiyyah Rejab dari Nya tahun ini? Apakah semanis tahun lalu? Alhamdulillah, walaupun tidak sehebat tahun lalu namun masih ada kemanisannya, jauhhhhhh lebih indah dan lazat dari segalanya.

"Abi, tolong ambil oksigen. I really need it now."

Hanya itu sms yang sempat dihantar setelah merasa seluruh tubuh kebas. (eh... mati tu sakit mcm mana ye, ada kebas-kebas dulu ke?) Bila abi tiba di rumah, badan langsung tak bergerak. (lumpuh pula ke? Eh x de la, acah je) Immediately nurse sampai rumah dengan oksigen & ambulans pula berkuasa extra turbo terus ke hospital. Badan dah biru, nak fikir apa lagi. Selalu ingatkan pada ahli bait dan sahabat-sahabat, kalau dah biru jangan di ajar bernafas, ajarlah kalimah "Lailaha illallah" kan lagi sedap bunyinya.

Ianya berulang kembali... Demi satu nafas untuk teruskan degupan jantung, rasa seperti pejuang di medan perang walaupun tanpa senjata yang canggih apatah lagi kelengkapan askar yang hebat. Demi meneruskan jantung berdegup dalam irama yang tidak seindah nada lagu, hanya ungkapan "Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar" and everything just smooth like nothing. Sakitnya menghadapi perpisahan antara nafas dengan nafas seterusnya, andai tersasar posisi dan cara nafas yang di ajar, tiadalah degupan seterusnya.

Penulis teringat insiden di bilik kecemasan sebuah hospital kerajaan yang hampir semua staff di wad kecemasan kenal dengan penulis. Lalala... Mengecohkan staff yang bertugas, di ajar bernafas... Ingat lagi ayat good looking doctor, memang cun habis la doctor ni. Hehehe... "Dik, nafas dik. Macam ni... Macam ni." Sambil doktor meletakkan posisi badan dalam keadaan tertentu. Dalam hati nak tergelak walaupun air mata sebaldi dah keluar. Sakitttttt... Sakittttttt sangat-sangat melepaskan nafas, bertambah sakit untuk mengharapkan nafas seterusnya.

Setelah menghembuskan nafas, adakah masih ada peluang untuk nafas seterusnya? Inilah persoalan yang sering penulis tanyakan pada diri yang alpa, hati yang berkarat mazmumah juga iman yang sering terumbang ambing. Bagaimana merasai sakitnya sakaratul maut? Andai punya jawapan, pasti tidak lagi pena ini menari kerana sudah pastilah jasad ini selamat di liang lahad.



Islam Nyawa Kita

Nikmat Islam yang kita rasai hari ini adalah dari pengorbanan nyawa para syuhada, darah mereka menitis untuk kita merasai nikmatnya iman, harta mereka habis untuk agama agar kita mampu hidup dalam cahaya Islam. Tanpa pengorbanan mereka, mungkin kita tidak dapat merasai manisnya iman dan sedarilah apakah zuriat keturunan kita nanti masih dapat merasai kemanisan iman dan Islam andai fikiran, jiwa dan fokus kehidupan kita hanya DUNIA? Jangan kerana kedangkalan akal kita dalam meniti kehidupan akan mengakibatkan zuriat keturunan hilang pedoman.

Kembalilah wahai mujahidin harapan ummah, bangkitlah wahai pejuang yang gagah, bangunlah dari lena yang panjang wahai saudaraku, ayuh! Kita gegarkan dunia dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH! Andai para saintis menafsirkan gerak balas bio-kimia dalam badan kita hanya membolehkan organ-organ berfungsi dan jantung berdegup hanya untuk beberapa bulan, maka jalanilah bulan-bulan itu sebagai detik yang terpanjang dalam sejarah hidupmu. In Islam, there is NO words for give up or hands up. You only have 2 choice; win as mujahid or die as syahid..!

Penulis teringat motivasi yang dianjurkan Doktor Tengku Asmadi dengan laungan "Bangkit Islam Bangkit". Apakah masih kedengaran laungan ini di nubari kita?

"Ramai orang memandang sinis pada orang yang tamak beribadah seolah-olah lupa dunia, sedangkan berapa ramai yang tidak dipandang serong bila tamak dunia dan lupa akhirat." [Dr Yusof Abbas]

May Allah bless and keep us among the pious.

Sahabat penulis merupakan pelajar Sarjana Kejuruteraan Kimia yang telah kembali ke rahmatullah pada 16 Julai jam 11.20 p.m Malaysia setelah beberapa minggu terlantar di ICU menderita osteosarcoma selama beberapa tahun. Penulis terkilan tidak sempat menyiapkan artikel ini sepenuhnya sebelum sahabat pergi buat selamanya. Al-Fatihah.

Teman, betapa pilunya hati
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhai
Persahabatan dan perpisahan...

SekilaS Lalu

Gerak balas bio-kimia yang berlaku mengakibatkan badan menjadi kebas dan kadang kala kebiruan adalah akibat dari kekurangan darah beroksigen di bahagian otak. Masalah pernafasan adalah komplikasi yang berlaku pada paru-paru yang mudah di serang bronchitis dan sistem kardiovaskular yang lemah. Serangan pada bahagian saraf menyebabkan badan seakan lumpuh, tidak mampu bergerak kadang kala berubah 360 darjah apabila menjadi seolah-olah pesakit parkinson yang tidak mampu mengawal bahagian sendi dari menggeletar. Everything is out of my control.

Ditanya soalan maut oleh seorang hamba Allah.

"Sakit apa yang anti tak pernah rasa?"

Sudah pasti soalan maut di balas dengan kenyataan maut. Seronok juga menjadi seorang suka psiko. Hehe.

"Sakit mati belum lagi." Hakikat dan kenyataan yang PASTI.

Suatu ketika dulu "dia" merupakan "drug addict" kerana terlalu bergantung pada segala macam jenis ubat. Hampir setiap hari menelan purata 50 biji ubat yang mengakibatkan buah pinggang mengalami masalah kesukaran "menapis" bendalir badan dek kerana dihakis oleh bahan-bahan kimia.

Ramai sahabat rajin mengingatkan "dia" untuk menelan ubat, ada yang istiqamah mengingatkan makan ubat on time bahkan tak kurang juga yang memujuk untuk menjamah ubat-ubat. Tapi mereka sendiri bila demam menyinggah, 2-3 biji ubat pun malas nak telan. Ish ish ish... siapa yang sepatutnya lebih malas ni?

Tidak hairanlah "dia" digelar sebagai "mesin expired" semuanya "rosak" dek kerana kerakusan bahan kimia. Katakan TAK NAK pada dadah... Ngeh ngeh ngeh! Tambah pula selalu tak sedar diri dan terpaksa jadi "baby tua" yang sering didukung abi wa akhun (ni part paling tragis) akhirnya tulang belakang pula menjadi "mangsa" kerana merajuk dengan akhun, memilih untuk tidak di dukung sewaktu usia 14 tahun menyebabkan jatuh secara ekstrem, bengkok tulang belakang. Fuhhhh... Tak berjalan beberapa minggu.

Pengalaman manis ialah mengambil PMR selepas 2 minggu keluar dari ICU dan mendapat result ICU sebab study pun cara ICU, ahaks. Berkampung di hospital hampir sebulan untuk mengambil SPM. Memang layanan VVIP! Masa exam, boleh tidur seketika sebelum sambung exam. Jeles kan? Alhamdulillah. Itulah istimewanya jadi orang "istimewa". Kih kih kih :P

Alhamdulillah. Syukur pada Allah atas setiap "anugerah" ini. Berkat doa ummi wa abi, akhun wa ukhtun, sahabat sahabiah, muallimi... Ini lah perjalanan hidup seorang musafir. Khas dinukilkan atas permintaan arwah sahabat dan teristimewa buat ukhti Aisyah, ukhti Hafizah, ukhti Liyana Afiqah yang seringgggg sabar melayan kesengalan penulis dan semua sahabat. Barakallahu fiik.

Berkata Imam Ibn Jauzi : Dunia ini hanya untuk dilalui bukan untuk di ramaikan. (",)

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

09 July 2008

Kahwin? Boleh ke Tulis ni...

Halaqah Akhawat bersama ukhti Husna, ukhti Khairiyyah (Ain) dan ukhti Nabila. (Kalian memang adik-adik yang selalu buat ana ketawa depan pc). Kalini ana lebih banyak bertanya pendapat mereka dari memberi pendapat ana, masing2 bercerita pasal orang kawin. Hihi, musim kawin sekarang ni. Kalau di Malaysia, baru selesai jemputan kawin yang banyak ana x dapat pergi. Sehari 4-5 undangan, utara-selatan. Mau di belah badan ni... Tapi tetap juga dapat bersama dalam kalam doa, insyaAllah.

Cerita pasal kawin, hehe. Budak bertiga ni pun mula la pasang angan-angan bila ana bagi 'greenlite' nak bincang apa pun. Cerita pasal Prince Charming! Ciri-ciri yang patut ada pada sorang laki pada mata mereka. Haa... Ana tersengih sorang-sorang depan PC, amboi... sekolah tak abis lagi dah merangka idup yang lebih jauh. Bagus adik-adik ni, fikir panjang. Kesemuanya bercakap tentang soleh, penyabar, penyayang dan bertanggungjawab.

Lama biarkan mereka dengan 'Prince Charming'nya, ana menyelit.

"Bagus! Adik-adik semua nak ciri-ciri laki yang soleh. Tapi, akak nak tanya la dengan adik-adik, adakah semua ciri-ciri yang ditulis tu dah ada dalam diri adik-adik?"

Banyak la komen dari mereka, tersenyum ana. Panjang lebar pula bincang kali ni, agak menggelikan hati sebab cerita tentang kawin. Puas ana menegakkan pendirian ana, "tidak penting siapa jodoh kamu, yang penting bagaimana kamu mencorak diri kamu untuk layak berdamping dengan dia. Maksudnya, siapa dia... apa wataknya. Adakah seperti Mustakim? Kang Azzam mahupun Fahri. Tidak penting merangka semua itu kalau kamu sendiri tidak mencorak peribadi solehah."

Ukhti Husna dengan hujah-hujahnya... Hehe, ana senyum lagi.

"Duhai adik-adikku, kalau semua mengharapkan Ali tanpa membina sahsiah Fatimah, layak ke berdamping dengannya? Kalau mengharapkan Mustakim tanpa menjadi Khazinatul Asrar, layak ke kita? Berkahwin bukan proses mencari tapi ianya proses menjadi. Maksud akak, ianya bukan sekejap tapi bermula dari sekarang. Nak bina sahsiah memerlukan teramat banyak pengorbanan dan juga kene mujahadah, istiqamah."

Panjang lebar sebenarnya kupasannya, cuma point terpenting ialah: berkahwin bukan proses mencari tapi proses menjadi. Menjadi Fatimah supaya mendapat Ali, kalau tak dapat yang seperti Ali pun terima jer la. Lihat sejenak ke alam rumah tangga, sepasang suami isteri. Seorang penyabar, seorang kuat mengamuk. Kan Allah itu Maha Adil, kalau dua-dua mengamuk, anak-anak jadi mangsa keadaan. Jangan terlalu mencari, jangan terlalu meletakkan LIST sepanjang-panjangnya pada bakal suami, tapi sebaliknya letakkan LIST yang kamu harapkan pada lelaki dengan mencoraknya dalam diri kamu.

Ingat dan yakin janji Allah, wanita baik utk lelaki yang baik.

Beberapa hari kemudian, dapat mesej dr Ust Marwan "Syirah, rumuskan tentang perkahwinan pada pandangan kamu." Fuh... "Mati aku!" itu lah yang keluar dari mulut sampaikan abi pun tanya apa yang mati... Huhuhu. Penangan ust Marwan, ana pun x tau nak tulis apa. Kata sorang sahabat, ana sendiri tak kawin jangan pandai-pandai sangat. Ngeh ngeh ngeh!

Rumusannya:
Kahwin bukan proses MENCARI tapi proses MENJADI. Menjadi solehah, menjadi penyabar, menjadi penyayang, menjadi penyejuk mata, menjadi penawar hati, menjadi pendidik... Wah, barangkali kembara ini perlu diperincikan. Wah, sukar... Tapi... Hanya Tuhan yang Tahu....

Read more...

Hatiku Milik Mu ya Rabb!



"Alhamdulillah." Barangkali ini yang pertama kali yang di ucap selepas mendengar apa yang di nantikan. Terima kasih ya Allah kerana tak jemu-jemu memberikan ujian buat hamba yang kerdil. Terasa bertuah kerana sering dipandang dengan ujian yang diundang Allah. Puas menghabiskan sisa-sisa air mata, ana bangkit dan basuh muka. Mengemas apa yang perlu sebelum bertolak ke kampung. Sebelum mata membengkak, eloklah berhenti. Sepanjang perjalanan, air mata tak kering malah makin menjadi.

Duhai Pemilik Hati, hanya kepada Engkau lah aku meminta dan bergantung harap, kuatkanlah dan lapangkanlah hatiku kerana Engkaulah sumber kekuatan ku ya Ilahi...

Perkara yang paling best duduk kampung ialah pesta ikan, huhu. Ikan kembung yang fresh dari laut 2kg hanya RM5, buat asam pedas, goreng rangup-rangup cicah air asam. Waaa... nikmat betul, hehe. Itulah makanan utama bila balik kampung, berkilo-kilo ikan dengan harga yang susah nak dapat di tempat lain. Yummy! Dengan kenaikan berganda harga minyak, semua barang pun naik. Lepas ni tanam ubi kayu jer la, hehe.

Aktiviti di kampung yang paling ngeri ialah dipaksa makan belut. Aiyok, sebelum ni pun memang selalu dihidang belut tapi ana akan letak jauh-jauh. Bila tengok orang makan pun, berkerut dahi ni. Masih trauma dengan peristiwa lalu. Bila dipaksa makan belut untuk kebaikan kesihatan, dipejamkan mata serapat yang boleh, membayangkan kebab yang sedap baru la ngap belut. Masya Allah, sedappp la belut ni. Huhu. Tapi kalau buat sup, tak daya la nak makan. Ana memang penakut.

Usaha menternak lintah Pak Uteh makin berkembang, malah dah ada produk sendiri dan buat kelas untuk bakal penternak lagi. Bravo! Pak Uteh mantan Pengarah Akademik, lepas kolej ditutup (kerana sumber kewangan disekat oleh pihak tertentu) beliau mula mengaplikasikan formula yang di ajarkan pada pelajar-pelajar. Jadi usahawan!

Ana di nasihatkan mencuba berbekam lintah. Haa... Mesti geli kan dengar perkataan lintah. Hehe, memang geli pun. Ana pejam mata rapat-rapat, siap beluk bantal sekuat-kuatnya, kunci mulut siap-siap. Hingga lintah jatuh, waaa... membesar 3x ganda dari saiz asal. Kata Pak Uteh, kalau pengidap HIV atau AIDS memang lintah tak nak sedut darah. Hmmm, lintah pun reject darah HIV.

Ana pernah baca kisah seorang pengidap HIV, selepas di sebat di tulang belakang (tak ingat berapa kali) dan di uji darahnya sekali lagi. Subhanallah, dah bebas dari HIV. Hikmahnya orang berzina kene sebat, kalau dah kawin kena rejam sampai mati. Ni lah akibatnya, menyebarkan penyakit pada orang yang tak bersalah.

Kalau berminat nak tau lebih lanjut tentang ternakan lintah atau khasiat lintah, boleh tengok website ni: www.arowanavis.com




Happy Belated 14th Birthday
7 Julai 2008


Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

04 July 2008

Uhibbu ya Ummi wa Abi

~My Beloved Parents~

Ana termenung memikirkan ayat yang paling sesuai dan berhikmah bagi menjawab pertanyaan adik. Pening nak memahamkan dia tentang apa yang berlaku, hakikatnya dia perlu difahamkan agar tak terus-terusan tertanya. Ana tersenyum panjang dengan soalannya, telinganya agak tajam dengan persekitaran, selalu buat ana jadi lebih berhati-hati sebelum dan semasa bercakap. Kadang-kadang tak sabar juga dengan kerenahnya yang memenatkan. Allahuakbar, selalu buatkan ana pening nak mencari ayat yang sesuai.

Kenapa kat dalam rumah pun kene pakai tudung?

Kalau diterangkan dengan hukum seperti yang diterangkan pada akhawat, mau pening kepala adikku yang sorang tu. Sepupu dari Kedah datang rumah, jadi ana pakai tudung dalam rumah. Nampak pelik pula pada budak kecil ni, walaupun selalu ana bertudung dalam rumah. Agaknya dah lama tak nampak ana pakai tudung dalam rumah, bila sepupu datang dari kampung, pelik jadinya. Hoho siap tanya tak susah ke nak buat kerja bila pakai tudung. Hehehe, tak ada apa yang susah sayang, Allah mudahkan segalanya.

Pertanyaan adik mengingatkan ana pada perjumpaan tahunan keluarga yang lalu, buat di Port Dickson. Makanya, memang bersantai sungguh! Dah nama pun Family Gathering, takkan ana nak duduk dalam bilik sokmo. Ikut juga la yang lain turun ke swimming pool, tapi tak de la ana terjun sekali. Hanya tolong meramaikan je sekitar kawasan pool, ana decided caj laptop sepenuhnya dan online (wireless) di lobi hotel, sebelah dengan pool. Sepupu, makcik, pakcik, abang-abang dan adik semuanya terjun dalam swimming pool. Ana menjaga sepupu-sepupu yang kecil di pool budak. Dipelawa sekali lagi...

Jom lah terjun, bukannya orang kenal pun kalau kita mandi kat sini. Don’t worry!

Ana hanya menyambut pelawaan dengan senyuman. Jauh di sudut hati, agak terasa dengan ayat tersebut. Ana banyak bersantai tepi laut membawa perasaan, dalam diam terasa keagungan Allah, betapa indah percaturan Nya walaupun memendam rasa meremukkan hati dengan pelbagai ujian yang hadir tapi semuanya tak lain adalah rahmat Allah yang sentiasa ingin ana dekati Nya dan meluahkan bicara pada Nya. Sendu dan tangis berlagu kala sendiri... Duhai Tuhan, sukarnya melentur peribadi solehah. Sukarnya mentarbiyah hati menjadi seorang yang solehah pada kalam dan perbuatan.

Ana teringatkan sms dari ukhti Atiqah: Allah sayangkan seseorang, Allah bagi IMAN. Allah lebih sayangkan seseorang, Allah bagi kekuatan dalam mengamalkan SYARIAT. Allah tersangat sayangkan seseorang, Allah bagi UJIAN dalam menegakkan urusan agama. Sedaya-upaya merasai kelazatan dalam perjuangan ini. Ya! Menjadi wanita solehah itu tidak mudah, onak melata sepanjang perjalanan tapi jangan lupa kita masih punya Allah Yang Maha Penyayang yang sentiasa memujuk kita dengan cara dan kehendak Nya. Subhanallah.

Memanglah masuk dalam pool (hotel tu) tak diwajibkan swimming suit (nauzubillah), Mak Uda menyarankan ana memakai t-shirt dan seluar hitam, jadi tak lah ketara sangat. Ana tetap dengan keputusan ana: TIDAK! Tidak adalah tidak. Walaupun serba hitam, kalau keluar dari air nanti, tetap juga menampakkan perhiasan yang tak sepatutnya dinampakkan. Islam tak menghalang umatnya bersuka ria tapi bukan dengan cara ini. Islam ada caranya yang lebih menjaga pandangan lelaki juga menjaga maruah seorang muslimah! Jangan kita jatuhkan maruah kita setelah Allah mengangkat martabat kita disisi Nya. Betapa malunya di depan Allah, seusai solat seringkali mengangkat tangan bermunajat pada Nya...

Ya Allah, sayangilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mencintaiku sewaktu aku masih kecil. Redhakanlah mereka, berkatilah umur mereka, rezekikan mereka dengan rezeki yang halal, bahagiakanlah kedua mereka di dunia dan akhirat dan janganlah Engkau bebankan mereka apa yang tak sanggup mereka hadapi. Jauhkan mereka dari fitnah dunia, azab kubur, kehinaan di akhirat jauh sekali fitnah dajjal. Ya Rabbi, muliakanlah mereka sebagaimana Engkau memuliakan hamba-hamba Mu yang soleh. Ya Khaliq, berilah hati ini pada hamba yang mencintai Mu sebagaimana cinta ku kepada Mu. Sesungguhnya, Engkaulah Pemilik hati ini. Jangan pesongkan hati ini setelah Kau campakkan hidayah dan petunjuk, jauhkanlah diriku dari menjadi asbab kelalaian mujahid Mu.

Tat kala berlinangan air mata bila dahi mencecah sejadah. Seakan semuanya hilang sekelip mata apabila dihidangkan dengan keseronokan dunia! Astaghfirullah hal azhim. Bagaimanalah ingin mendambakan seorang lelaki yang SOLEH sebagai pendamping hidup dunia akhirat andai peribadi sendiri tidak menjamin mampu menjadi penyejuk mata dan penawar hati seorang lelaki yang sah untuk dicintai hanya kerana mengharap redha Ilahi. Bagaimanalah ingin diluahkan cinta membara buat ayah bonda andai DENGAN SENGAJA mencampakkan mereka ke dalam api neraka. Bagaimanalah ingin membalas jasa dan mengabdikan diri buat ibu bapa andai kita mengaibkan mereka? Ya Rabbi, bantulah kami dalam mencari Mu kala diri dihanyut dengan keseronokan dunia.

Entah kenapa air mata terlalu mudah mengalir. Betapa ramai anak-anak bertuah yang mempunyai ayah yang SOLEH dan beramal soleh serta berbuat baik dengan ahlul bait. Tapi, betapa ramai anak-anak dengan sengaja mencampakkan ayah mereka ke dalam lautan api neraka. Benarkah mereka menyayangi ibu ayah mereka? Ana bermuhasabah sendiri... Sayangkah ana pada umi wa abi andai dengan akhlaq ana yang sengaja mencampakkan mereka ke dalam jilatan api Jahannam yang sangat-sangat panas. Hatta neraka-neraka di sekelilingnya menjerit kepanasan tat kala neraka Jahannam bernafas, inikan pula kita dengan sengaja mencampakkan kedua insan yang bertanggungjawab melahirkan kita ke dalamnya. Nauzubillah!

Kala seorang demi seorang mempelawa ana untuk menikmati kesegaran air dalam pool, ana lebih rela bermain pasir di tepi pantai. Sunyi... Berfikir dan muhasabah diri, ingin sekali bermeditasi tapi tak ada kekuatan melakukan seorang diri. Silap hari bulan, sedar-sedar dah duduk tempat lain... Huhu. Nanti abi dah tak de geng nak gaduh, sian kat abi. Ana buka laptop, bait demi bait ayat lahir, hanya lukisan dari perasaan yang terpendam. Kata abi, ana mewarisi minat umi dalam menulis puisi dan berkarya. Nampak kayu lama, hampir reput... Diukir atas pasir INSYIRAH LOVE UMI WA ABI SO MUCH! Tapi tak puas hati... Ana berjalan ke gigi air, kuyup stoking terus diketawakan mbak. [rindu mbak sangat-sangat!]

INSYIRAH LoVe uMi aBi 4 – eVeR... Dalam hati ingin sekali dijeritkan sekuat-kuatnya ke segenap alam betapa ana sayangkan umi dan abi. Betapa mereka telah sedaya upaya mendidik kami adik beradik dengan SEMPURNA. Hanya kami yang selalu leka dengan nikmat dunia, hanyut di bawa arus fatamorgana. Kali ini, ana puas hati. Ukiran tersebut hilang apabila ombak menghempas pantai. Terasa seolah-olah derasnya ombak membawa lukisan hati, menyebarkan ke seluruh DUNIA. Sang air, khabarkan kepada dunia betapa aku cinta umi dan abi. Sang bayu, khabarkan pada seluruh hidupan betapa aku sayang umi dan abi.

Bila ditanya adik yang bingung dengan ana, bertudung di dalam rumah. Ingin sekali ana memberinya jawapan yang akan membuatkan dia selamanya merasa bahawa jawapan ini adalah jawapan tersangat bererti selagi jantungnya berdegup dan selagi dia dapat menghirup udara.

Akak pakai tudung sebab akak sayang abi dan umi. Sayangggg sangat-sangat!

Iya, memang dia bingung. Cara dia merenung ana, membuktikan bahawa dia tersangat bingung. Seakan tidak menjawab soalan, bahkan seolah langsung tersasar dari apa yang diinginkan. Apa kaitan sayang umi wa abi dengan bertudung?

Sedarilah adikku sayang, bila masa berputar dan engkau semakin dewasa, engkau kan fahami apa yang berlaku. Betapa sukarnya menjadi seorang muslimah yang berhajatkan peribadi solehah lantaran terlalu ramai orang mempersoalkannya. Namun, tautan hati yang sangat menyayangi umi dan abi, tidak sesekali terlintas untuk mencampakkan mereka ke dalam api neraka. Betapa sungguh hati ini mengharapkan pendamping hidup yang soleh, maka akan diteruskan perjuangan ini walau seramai mana sekalipun orang mempersoalkannya! Selagi Allah bersama, kalamullah bergema, hamdalah sentiasa mengiringi di hati.

Siapalah diriku mendambakan lelaki yang soleh andai tidak berusaha mencorak peribadi solehah, tidak membentuk akhlaq quran tetapi berhajat untuk melahirkan generasi quran. Sayangkah diriku pada dua insan mulia bergelar ibu bapa andai saling berbantah-bantah di hadapan Tuhan tat kala padang mahsyar membahang sejengkal di bawah terik matahari. Ya Rabbi, kurniakanlah kecintaan kami pada kedua ibu bapa kami sehingga kami berjaya mencorak peribadi solehah sebagaimana Engkau meredhai dan membahagiakan seorang ayah yang telah mati di alam kubur dek kerana taatnya seorang anak kepada si suami. Berikanlah kekuatan itu kepada kami... amin allahumma amin. Uhibbu ya UMMU wa ABU AIMAN.


Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

02 July 2008

A Part Of My Adventure Journey



[29 Jun 2008 – Ahad]

Seminggu selepas keluar dari wad, badan still weak, pale and vomit after ate. Alhamdulillah, Allah juga yang memberi kekuatan pada sebuah kembara kehidupan. Life is a journey, bagi seorang mujahidah pasti penuh dengan duri-duri yang menghiasi perjalanan, tak dibentangkan dengan kesenangan berpanjangan. Setiap kali iman teruji, pasti menitis air mata mengenangkan ayat-ayat cinta dari Ilahi: Fazkuruni azkurkum wash kuruli wala takfurun. Ya ayyuhallazi naamanus ta‘inu bissobri wassolah, innallah hama’as sobirin. [al-baqarah 152-153]

Hampir seminggu membiarkan adik-adik mengambil alih tugas mengemas
Harini, rasa sihat berbanding hari-hari lalu. Alhamdulillah. Siap menyapu dan mengemas, terasa susah sangat nak nafas. Just sitting and take a deep breath, bernafas seperti yang diajar: batuk bila rasa tak selesa. Sedar-sedar dah duduk dalam bilik, allahuakbar fainted again. Whole day tidurrrrr jer, badan memang lemau giler! Nak bangun pun tak larat. Hihi, semuanya sakit. Try bangun, macam drunker. Kepala bengong, sakitttt betul. Lastly selepas beberapa percubaan, dapat juga bangun terus terjatuh kat bucu katil. (allahuakbar, sabar je) Dah lewat nak solat Zohor, its ok I can’t walk but still can crawl.

[30 Jun 2008 – Isnin]

Alhamdulillah, umi dah masak sebelum pergi kerja. Aiman tolong sidai kain then buatkan sarapan untuk ana. Huhuhu, thanks dik! Terasa bengong jer but better then yasterday. Alhamdulillah. Buang sampah dan menjemurkan diri di bawah sinar matahari. Matahari pagi tak per, banyak vitamin. Hehehe. Saraf seakan mengecut, nak bergerak pun kene slow motion. Dah tengah hari, tetibe ada orang called. Banyak misscalled, bukan tak nak angkat tapi keadaan tak mengizinkan. Tapi no yang satu ni, memang bersungguh betul called, so angkat jer la. Panggilan dari orang yang tak disangka-sangka. Masya Allah, maluuuuuuu nyer. Tapi buat macam tak de apa-apa dan paling best buat macam sihat je, bila rasa susah nak nafas terus batuk (ianya memudahkan pernafasan).

Petang tu makin terasa sakit satu badan, nafas makin sukar. Just sapu dengan balm tapi makin sakit je rasanya. Slowly pegang tulang temulang, masya Allah langsung tak perasan bahu, tulang selangka dan tulang rusuk bengkak, tulang belakang mengamuk sejak semalam. Hihihi, patut la badan rasa sakit sangat bila bergerak. Rupanya bengkak merata tempat. Check kaki pula, terus tergelak rupanya lebam. Allahuakbar, jatuh macam mana la sampai semuanya bengkak. Rupanya ana jatuh dari kerusi terus landing atas lantai, kepala pula debush atas lantai. (Ketawa tengok adik buat demo) Siap cakap tak nak tunjuk macam mana jatuh dari kerusi, nanti dia lak yang sakit. Ngeh ngeh ngeh

**Genap 3 tahun perginya sahabat seperjuanganku... al-fatihah...

[1 Julai 2008 – Selasa]

Umi dan abi pergi Kuala Lumpur, abi ada meeting di HQ dan umi ada urusan. Pagi ni aiman belikan kueh dan nasi lemak. Makan separuh jer, separuh lagi Aiman yang habiskan. Badan still sakit merata tempat, mujur sebelum pergi sekolah Aiman sidai baju. Terasa macam nenek tua umur 60-an yang tak larat nak buat kerja, nak jalan pun pegang kerusi meja. Huk huk... innallah hama’as sobirin. Teruskan juga journey, belum lagi jumpa noktahnya. So, pegang kata-kata Saidina Umar al-Khattab: Waktu pagi jangan tunggu petang, waktu petang jangan tunggu malam.

So, selagi belum tiba masanya, mesti jalani kehidupan macam biasa. Yang penting kena selalu kawal emosi yang cepat naik suhunya. Huk huk... Fasobrun jamil, innallah hama’ana. Kadang kala memang suhu cepat naik, nak buat apa pun kena dapatkan someone untuk bantu, itu yang rasa rendah diri dan selalu nak duduk sendirian supaya tak ganggu orang lain. Kene polish mind, be more positive, insya Allah. Aameen...

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya ada seorang lelaki yang berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berikanlah wasiat padaku!" Nabi s.a.w. menjawab: "Janganlah engkau marah." Orang itu mengulang-ulangi lagi permintaan wasiatnya sampai beberapa kali, tetapi beliau s.a.w. tetap menjawab: "Janganlah engkau marah." [Riwayat Muslim]

Harini umi called pun tak angkat, I know umi just want to make sure that I’m OK at home alone. Bukan tak nak angkat tapi duk berguling. Gerak sini sakit, gerak sana sakit. So, membekukan diri macam snowman. Kalini jadi snowgirl with socks, thick sweater and blanket. Just like winter, hehehe. Kebetulan hujan lebat dah beberapa hari, dengar air sungai belakang rumah pun takut. Deras sangat..! Dapat SMS dari ukhti Miftah, just delivered a baby boy. Yuhuuuuu! Congratulations ukhti Soleha, ukhti Ila and ukhti Miftah for your baby boy. (semua anak sulung, hihi)

Huhu, tak tahu la nak coretkan panjang lagi. Cukup kot, hopefully ukhti serai happy dengan perkongsian ini. Get well soon ukhti, be strong! Bila tau ukhti Aini dah 10 tahun rheumatologist, subhanallah! Terasa ada kekuatan semangat yang mengalir dalam tubuh (chewah!).

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO