"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

19 February 2012

My Dear Little Heart

Bismillahirrahmanirrahim.


Ummi rindu nak tengok Amir Solihin gelak macam ni. Sejak hari Selasa Amir batuk. Hari Rabu, Amir demam + batuk + selesema + muntah dan cirit. Disebabkan ubat-ubat Amir masih banyak, ummi dan abi tak bawa amir ke klinik.

Hari Khamis, Amir masih muntah-muntah. Jadi, abi called Dr Nasa untuk tanya. Berdasarkan apa yang abi ceritakan pada Dr Nasa, Dr Nasa kata keadaan Amir tak membimbangkan. Jadi, pagi Jumaat ummi dan abi bawa Amir ke klinik jumpa Dr Rohana. Dr Rohana check Amir, katanya tonsil Amir bengkak. Suhu badan Amir 37.7 celcius. Dan ubat-ubatan dibekalkan.

Hari Jumaat jam 9.50 malam, ummi dan abi bawa Amir ke rumah Dr Ariff (Ketua Patologi di HKL). Setelah Amir 'digodek-godek', mendengar bunyi paru-paru dan jantung. Doktor kata kahak Amir banyak tetapi tidak membimbangkan kerana hanya di bahagian atas paru-paru. Setelah itu anak Dr Ariff yang juga seorang doktor di wad padiatrik Hosp Sg Buloh check Amir. Katanya, di wad pun memang ramai budak-budak yang cirit dan muntah (rasanya banyak tempat macam tu).

Dr Ariff dan anaknya hanya minta pantau keadaan Amir di rumah. Berikan air 1 sudu besar setiap 1 jam. Khair...

Hari Sabtu jam 9.30 malam, abi tanya nak tak bawa Amir ambil darah sebab demamnya sudah lama. Dr Ariff sarankan supaya darah Amir diambil. Toink... Jauhnya. Dan Amir yang siangnya langsung tak tidur sedang enak beradu. Kami tangguhkan untuk bawa Amir ambil darah insha Allah hari Ahad (hari ini).

Jam 12 malam, Amir yang baru selesai menyusu... Batuk-batuk dan muntah dalam tidur, mujurlah ummi angkat dan alihkan Amir yang sedang muntah dalam tidurnya. Allah... Rupa-rupanya Amir terberak sekali masa batuk dan muntah. Sapu muntah Amir dan Amir sedang tidur dengan nyenyaknya. Masa tukar pampers, Amir terjaga dan tengok ummi.

Sebaknya rasa. Siangnya Amir kena marah dengan ummi sebab muntah selepas makan ubat. Marah bukan sebab Amir muntah, marah sebab tak sanggup tengok Amir muntahhhhhh je. Kesian tengok Amir yang menangis-nangis kerana sakit nak mengeluarkan muntah. Waaaa... Ummi nak bagi Amir cepat sembuh je sayang.

Amir diam bila ummi marah, diammmm... dan kemudian Amir menangis. Amir sedih ye sayang? Ummi bukan marah Amir... Ummi marah kat diri ummi :'( Abi bawa Amir keluar tengok kereta, tempat yang selalu Wan dukung Amir tengok kereta. Masuk rumah, Amir dah tidur pun. Sayu ummi tengok Amir.


Amir, cepat-cepat sembuh ye sayang!

Amir anak yang soleh, ummi + abi sayang amir jiddan!

Ummi dan abi doakan supaya Amir cepat sembuh, dijauhkan dari penyakit-penyakit berbahaya. Moga Allah jaga Amir baik-baik. Insha Allah. Aamin.

Read more...

15 February 2012

Conversation : Abaya Gojes

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama menghindarkan diri dari alam maya. Sekadar menampal sedikit perbincangan bersama teman-teman sebentar tadi. :)


Insyirah : Saya dapat sehelai abaya yang sangat gojes sampai saya terbeliak mata memandangnya dan sangat terkedu membayangkan betapa gojesnya abaya yang diHADIAHkan oleh seseorang. Lalu, saya menyimpan abaya tersebut sekadar tontonan mata sendiri dalam almari. Kenapa?

Kerana... bimbang apakah bisa aku menyarungkan abaya tersebut adalah semata-mata untuk menutup aurat dan menjaga maruahku ataupun kerana gojesnya abaya tersebut. Dan biarlah... ia menjadi hiasan untukku semata-mata T_T

Kak Hajar : Pakai dalam rumah

Insyirah : Kak Hajar, dengan anakanda? oh... no no no...

Kak Hajar : Biar anakanda dan suamianda tengok anda gojesssssssss :p

Kak Marina : Insaf kejap baca posting yg ni, takutnya... sekecil-kecil niat pun Allah SWT akan kira. So... kalau pakai sebab abaya gojes memang tak berapa nak boleh ke Insyirah? Sebab nanti takut timbul riak ek?

Kak Hajar : Iyer Marina. Takut timbul riak. Sbb nanti jalan dabik dada, rasa macam "TENGOKLAH ABAYA SAYA NI" T__________T

Kak Hajar : dusyummmm

Zahrah ‎: cabaran bila pakai baju lawa-lawa ni nak kekalkn niat dengan keadaan sekeliling.

Insyirah : Rasulullah tidak mahu hidup mewah, tidak menerima kekayaan tetapi Rasulullah tidak pernah menyekat sahabat untuk hidup mewah :) begitu jugalah dengan saya. Saya tidak memakai abaya yang gojes tetapi saya tidak melarang sapa-sapa nak memakai abaya. Kerana saya selalu bertanya : aku pakai baju sebab nak tutup aurat ka sebab nak tunjuk baju aku cantik kat orang? Sebab tu saya asyik pakai baju yang sama je, muekeke. Sebab buruk pun buruk lah, asalkan pakai sebab nak tutup aurat. Ada sehelai baju all black takde langsung warna lain, yang tu ok fine takpe pakai. orang tak nampak langsung hiasannya sebab memang takde pun. muekekeke. Kalau nak pakai baju lain, salunya baju saya pakai kotak-kotak... dan asyik-asyik baju yang sama. Ahhh, biarlah. Pakai baju sebab tutup aurat bukan pakai baju nak tunjuk cantik kat orang. Ngeh ngeh ngeh. Bila tengok abaya yang cantik-cantik, takut... bukan apa, takut pakai bukan sebab nak tutup aurat. Tapi, ni HANYA untuk saya je lah... Rasulullah tidak mahu hidup mewah tetapi Rasulullah tak pernah melarang sahabat-sahabat untuk mewah. Wallahua'lam. Just my 1cent. :)

Kak Hajar : bimbang bimbang.... bimbang niat nk tutup aurat jadi bimbang pakai abaya sebab gojes.

Kak Marina : Allah... kadang-kadang Allah dah bagi kita petunjuk tapi kita buat tak endah je. Sebenarnya akak pun banyak pakai baju yang sama je... dan akhir-akhir ni memang adanya niat merasakan bahawa akak perlu beli baju baru sebab asyik-asyik baju yang sama tapi bila baca post ni baru akak tersedar bahawa baju akak tu semua masih elok cuma coraknya sahaja yang tak berubah sbb baju tak banyak.

Insyirah : Lalala... kak Marina, beli baju baru untuk pakaian di rumah supaya encik suami memandang tak jemu. hihi... nak riak pakai baju mahal gojes pun takpe, suami je yang tengok. Nak bangga pakai baju baru mables pun takpe, anak-anak suka.

"wow, cantiknye ummi harinihhhh!"

Kembang kempis satu badan lalu sedap giles lah lauk esoknye... muekeke... bukan apa, sebab pengalaman yang ciput nih kan kak reen. Sekali encik suami cakap "cantiknye" gara-gara pakai baju baru yang mables, satu hari sasau kakkkkkk... hahahahaha. Feeling dia, uhhhhh... mables! (waaa.. larikkkkk... malu...)


Zahrah ‎: Allah kan suke kecantikan. Dan kecantikan itu cantik pada tempatnya. baru betul-betul cantik.

Kak Marina : Maksud akak baju jalan-jalan bukan baju dok umah baju dok umah tu haruslah marbeles. hmmm... tq Insyirah. Alhamdulillah.

Insyirah : Kak Marina, niat dah ada nak beli baju kan... beli je la cumanya pesongkan niat nak beli baju jalan kepada baju duk umah. Dapat juga baju baru, hehehehe... sesungguhnya menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri pun feelingnya mables kan kak... :)

Kak Zima : Rasulullah pun pakai jugak gamis gojes. Baginda tak hidup dalam kemewahan, tapi baginda juga banyak dapat hadiah gojes-gojes yang baginda pakai dan sering dipuji para sahabat, antaranya baju jubah dari rome warna maroon yang sangat indah buatan nya. Baginda tak beli, baginda dapat hadiah dan baginda sangat suka menerima dan memberi hadiah. Wallahualam.

Kak Hajar : melawan nafsu untuk membeli abaya dan beli dan beli dan beli dan beli..... haishhhh T___T

Insyirah : Rasulullah banyak memakai baju warna merah. Ya, benar kak. Tetapi, kalau wanita (read : muslimah) pula dicontohkan dengan contoh dari Saidatina Aisyah dan ummahatul mukminin yg lain :) wallahua'lam...

Kak Marina : Rasulullah saw banyak pakai baju warna merah ye? so... nak pakai kaler merah lah... hehehehe

Kak Hajar : Pakai baju cantik gojes. Asalkan tak berlebihan dan membazir dan riak. Pakai baju super gojes & seksi meksi depan suami :p

Insyirah : Kak Marina, suruh suami le... rasulullah berjanggut, apakah kak reen mahu menyimpan janggut? :p

Kak Hajar : Insyirah macammana pula kalau kita pakai baju dengan niat tutup aurat, tapi orang sekeliling yang memandang, kemudian memuji-muji baju itu?

Kak Marina : Sebab takde janggut je ni... kalau ada lama dah simpan you!

Kak Marina : Arghhhh... pakai baju hitam je la.. plain takde apa-apa.

Insyirah : Tafsiran cantik dan gojes antara seorang dengan seorang yg lain adalah BERBEZA mengikut kepada budaya, tempat, suasana dan latarbelakang seseorang membesar disamping ilmu dan pengalaman. wallahua'lam :) sebab tu saya kata, kes nih untuk saya saja... atas kelemahan-kelemahan hati yang tak mampu dibendung, untuk orang lain yang tabah dan cekal mengekang mazmumah tidaklah dilarang sama sekali... sama juga adab seorang ulama', kalau dia mengambil hukum sesuatu perkara atas sebab-sebab berhati-hati, dia tidak perlu memberatkan ummah untuk mengambil hukum tersebut sebaliknya hukum kepada ummah adalah hukum yang ringan dan hukum (sikap) berhati-hati adalah untuk dirinya sendiri. wallahua'lam.

Insyirah : contohnya wanita saudi mereka all black, bila kita pergi saudi pakai baju warna sket pun bagi mereka kita bertabarruj dengan pakaian yang bunga-bunga, warna-warna. Tetapi, bila mereka datang Malaysia dan melihat kita terbiasa dengan warna dan bunga-bunga pada baju kurung, mereka (yang berilmu) akan tolaransi bahawa suasana di Malaysia bukannya all black jadi lelaki melihat warna warni pakaian wanita bukanlah sesuatu yang menaikkan syahwat. Hukum sesuatu perkara BOLEH BERUBAH mengikut tempat, zaman dan sebagainya... Wallahua'lam.

Kak Marina : oooo... bagi akak yang ada banyak bling-bling tu gojes dah tu... lagi satu suami akak suka pakai simple.... hmm.... jadinya niat nak pakai abaya ropol-ropol ke macam kawan-kawan lain tak berapa nak sesuai nanti jalan dengan suami... huhu... itu antara faktornya.

Kak Hajar : oke. nak pakai cantik-cantik pakailah. teringat masa zaman U. masa usrah. ada sorang ustaz senior tu kata "nak pakai mcm mana pun, pakailah, janji tutup aurat, tak berlebihan. nak pakai tudung mcm mana pun, pakailah, janji tutup yang sepatutnya tutup, TERMASUKLAH NAK PAKAI TUDUNG GAYA BABAI-BABAI"

(tudung babai-babai tu, tudung ala-ala wardina pakai masa mula-mula wardina bertudung. tudung bawal, yang pin kat bahagian atas belakang tudung. bila kena tiup angin, kan tudung tu melambai-lambai)

Insyirah : gaya babai-babai tu apa pula kak Hajar? teringat kata2 suami, "mana-mana orang yang melakukan sesuatu sunnah (perbuatan) yang tidak baik dan menjadi ikutan, maka dia akan mendapat saham atas sunnah (perbuatan) yang dimulakan." fehhhh... sama juga dengan siapa yang melakukan sunnah (perbuatan) maaruf, maka dia juga mendapat saham atas sunnah (perbuatan) yang dilakukan.

Kak Hajar : tudung biasa je Insyirah. tapi dipinkan kebelakang tu. macam mana nak terangkan ek. tapi mcm tu lah.

Insyirah : kak Marina, memang betul nak pakai baju apapun pakailah selagi menutup aurat, nak pakai macammana sekalipun fesyen takde masalah selagi menutup aurat. Itu adalah keringanan dalam Islam. Namun, tidak salah bagi muslimah yang sudah menutup aurat untuk UP GRADE tatacara berpakaian dengan merelatekan soalan seperti : apakah aku pakai tudung/baju sebab nak tutup aurat atau sebab nak tunjuk baju/tudung aku cantik... :) kerana Allah mengingatkan dalam al quran bahawa sebaik-baik pakaian adalah TAQWA. Apakah bila kita sarung mana-mana pakaian nak keluar rumah atas dasar taqwa? <-- jom kita fikir pasal akhirat pulak :)

Insyirah : kak Hajar, oh... mcm wardina pakai dulu ye, pin kiri dan kanan. kawan-kawan cakap tu gaya butterfly... rupanya ustaz panggil tudung babai-babai ek... :) hihi. lawak pula.

Kak Hajar : Insyirah yang tu pin kiri kanan. ni yang style satu pin kiri @ kanan, satu lagi pin kat belakang. kat area kepala tu. ustaz tu memang lawak.

Insyirah : kita ada raaaaaamai sahabat tetapi dalam ramai-ramai sahabat yang kita ada, belum tentu akan bawa kita ke syurga. Akan ingatkan kita tentang akhirat. Akan pesankan pada kita supaya tidak meletakkan dunia di hati. Tetapi... seseorang yang akan ingatkan kita tentang hubungan kita kepada Allah adalah dari seorang MUSUH yang akan menyerang 'kebiasaan' dan 'keselesaan' hidup kita di dunia lalu kita akan memusuhinya kerana menegur sikap kita yang terbiasa dengan keselesaan hidup di dunia. wallahua'lam :)


Saya nak jadi sahabat yang selalu diingatkan tentang kehidupan akhirat supaya saya tidak lupa bak pesanan seorang sahabat hidup di dunia hanyalah ibarat berada di dalam tandas. Kita tidak perlu berlama-lama, cukuplah kita mengambil apa yang perlu sahaja. Tandas itu jijik, kotor. Bahkan Rasulullah mengumpamakan dunia seperti bangkai. Apakah kita mahu mencintai bangkai?

Salam Cintakan Sunnah Rasulullah,
Insyirah Soleha.

Read more...

06 February 2012

[Cerpen] Dia Aisyahku 6

Bismillahirrahmanirrahim.

Humaira membetulkan duduknya supaya kelihatan beradab dan tidak bersikap kurang sopan di hadapan ibunya. Kelihatan bapanya sedang memotong beberapa batang tebu di halaman belakang rumah, itik dan ayam peliharaan bapanya dikejar Mus'ab dan Rufaidah, anak-anak saudaranya.

"Mak, mana Kak Aisyah?"

"Kak Aisyah sudah ke surau, tolong memasak. Malam nanti sediakan waktu untuk ke surau."

"Insha Allah."

Humaira faham benar maksud ibunya. Meraikan majlis ilmu dan memuliakan alim ulama' menjadi perkara yang sangat diutamakan oleh ibubapanya.

"Ilmu itu cahaya yang akan menerangkan kehidupan kamu. Nabi juga pesankan kepada kita, kalau inginkan kesenangan di dunia maka diperlukan ilmu, kalau berhajatkan kesenangan di akhirat maka diperlukan ilmu, kalau mahukan kesenangan di dunia dan akhirat maka dengan ilmu juga. Ilmu juga akan menyebabkan kita menjadi semakin dahaga untuk terus menggali ilmu-ilmu Allah, semakin kita tahu semakin kita menjadi nak tahu perkara yang lain pula."

Suara ayah mematikan langkah Humaira yang menuju ke muka pintu untuk mendapatkan Mus'ab yang memegang beberapa batang tebu yang siap dibuang kulit

"Insha Allah, ayah."

------

Usai melaksanakan solat Asar yang diimamkan oleh ibunya, Humaira memberi isyarat kepada kakak iparnya, Aisyah.

"Kenapa Dik?"

"Humaira nak minta pandangan Kak Aishah."

"Tentang apa Dik?"

"Tentang purdah."

Aishah membetulkan duduknya supaya lebih selesa. Rufaidah sudah berlari mengikut langkah neneknya ke dapur.

"Apa yang Adik nak tanya?"

"Bagaimana penerimaan Abang Saufi apabila Kak Aishah mahu memakai purdah?"

"Alhamdulillah, awalnya memang Abang Saufi terkejut. Biasalah, bila kita nak berubah... samada ibubapa atau keluarga mahupun orang yang rapat dengan kita bimbang, bukan apa takut ia sekadar ikut-ikutan bukan dengan persiapan mental dan ilmu. Bila sekadar ikut-ikutan, kita sendiri yang 'goyang' bila ditiup angin. Alhamdulillah, setelah istikharah dan solat hajat. Abang Saufi memberi keizinan untuk akak memakai purdah. Mula-mula, mak dan ayah juga rasa kekok bila melihat Kak Aisyah berpurdah tetapi lama-kelamaan mereka boleh menerima perubahan Kak Aisyah."

"Alhamdulillah. Seronok Adik dengar, Adik pun terkejut kali pertama melihat Kak Aisyah berpurdah. Lama-lama, dah biasa. Kak Aisyah, ada sahabat Humaira yang tanya sekiranya seorang muslimat memang berpurdah dan sewaktu melamar, keluarga pihak lelaki dan bakal suami tahu muslimat tersebut berpurdah tetapi untuk majlis tunang dan perkahwinan, muslimat tersebut tidak dibenarkan berpurdah. Bakal suaminya juga meminta kepada muslimat tersebut supaya tidak memakai purdah selepas berkahwin. Semuanya diucapkan semasa melamar. Bagaimana mendapat Kak Aisyah?"

"Syara' membenarkan lelaki untuk melihat wajah wanita yang bakal dinikahinya supaya merasa tenang untuk berkahwin dengan wanita tersebut. Jadi, tidak ada masalah sekiranya lelaki tersebut mahu melihat wajah wanita yang bakal dinikahinya dengan syaarat wanita tersebut menutup aurat dengan sempurna dan ditemani oleh mahram.

Untuk majlis pertunangan dan perkahwinan pula, ia terletak pada wanita tersebut. Wanita itu memilih untuk menerima lamaran lelaki yang tidak mahu beliau berpurdah dan sudah diberikan syarat sebelum berkahwin untuk menanggalkan purdah semasa majlis pertunangan dan majlis perkahwinan. Dari sisi syara', apabila lelaki melamar dan wanita bersetuju mengahwini lelaki tersebut (bersanggup untuk menjadi isteri) maka sudah termeterai pertunangan antara lelaki dan wanita tersebut. Apabila wanita tersebut memilih untuk menerima lelaki tersebut yang awal-awal meletakkan syarat kepadanya untuk menanggalkan purdah, maka pendirian wanita tersebutlah sama ada nak menanggalkan purdah atau sebaliknya.

Purdah adalah perkara khilaf yang menjadi perbahasan ulama'. Terpulang kepada wanita tersebut, berdasarkan ilmunya untuk memilih pendapat yang mewajibkan atau sunnah memakai purdah. Sekiranya dia berpegang kepada pendapat WAJIB, maka dia WAJIB berusaha untuk mengekalkan purdah dan dia juga demi kewajipan berpurdah, perlu menolak lamaran lelaki tersebut.

Sebagaimana contohnya A meminang B, dengan syarat B tak boleh bertudung semasa majlis pertunangan dan perkahwinan seterusnya selepas berkahwin B tak boleh bertudung maka B terang-terangan perlu menolak lamaran lelaki tersebut. Contoh ini juga sesuai dirujuk kepada mereka yang berpegang pendapat wajib untuk berpurdah.

Sebab apa Kak Aisyah katakan begitu, kerana dia meletakkan kewajipan berpurdah maka kewajipan itu sudah tergalas kepadanya dan dia perlulah untuk menjaga kewajipan tersebut (untuk mengekalkan purdah).

Pada wanita yang memegang berpurdah adalah sunnah (berdasarkan ilmunya), maka sunnahlah dia berpurdah dan dia perlulah mengutamakan perintah suami yang meminta menanggalkan purdah selepas berkahwin kerana taat kepada suami adalah wajib manakala berpurdah adalah sunnah (dalil yang dia pegang berdasarkan ILMUnya). Wallahua'lam."

"Terima kasih atas penjelasan Kak Aisyah. Kak, adakah dikira tidak soleh lelaki itu, apabila dia membuat permintaan sedemikian? Sudah pastilah seorang muslimat menginginkan yang terbaik untuk dirinya. Dan apa pendapat Kak Aisyah jika muslimin itu mahukan isterinya memakai tudung bidang 60? Semua keinginannya disampaikan sebelum berkahwin. Adakah setelah mengahwininya, seorang isteri wajib mengikutinya sedangkan wanita tersebut sudah lama memakai tudung labuh."

Aisyah tersenyum. Riak wajahnya terbayangkan sahabat-sahabatnya yang dahulunya bertudung labuh, namun setelah berkerjaya dan memiliki keluarga, pelbagai fesyen tudung dikenakan sehinggakan ada yang tidak lagi menjaga aurat hanya kerana mengikut arus fesyen yang sentiasa menduga kemahuan wanita untuk berhias-hias. Di saat wanita-wanita lain berbual mengenai peredaran fesyen semasa, adik iparnya melontarkan kebimbangan seorang wanita yang diberikan syarat dari bakal suami untuk meninggalkan 'tudung labuh'nya. Allahuakbar.

"Dik, kita tidak mampu mengukur kesolehan seorang hamba, kesolehan diri sendiri pun kita tak mampu nak sukat apatah lagi kesolehan pada diri orang lain, kan? Jadi... solusinya ialah meletakkan ALLAH sebagai destinasi, tujuan kehidupan kita. Gunakan dunia sebagai akhirat, jadikan dunia sebagai tempat kita bersenang-senang di akhirat. Insha Allah, jalan mujahadah yang sangat perit di dunia terlalu singkat dibandingkan dengan kehidupan akhirat yang abadi.

Tidak dinafikan, keinginan berkeluarga, punya suami yang soleh... semua itu impian kepada semua wanita. Tetapi, kita juga kena tahu UNTUK apa kita berkahwin, KENAPA kita berkahwin dan BAGAIMANA menguruskan diri sebelum dan selepas berkahwin. Ramai muslimat memandang solehnya seorang lelaki pada kopiahnya, solehnya seorang suami pada keizinan isteri untuk berpurdah... sebaliknya... jadikanlah perkahwinan sebagai WASILAH kita mendekatkan diri kepada Allah.

Ada orang yang soleh/solehah tetapi pasangannya Allahu Rabbi sangat lah teruk perilaku dan akhlaqnya. Kita kena ingat, semua yang datang adalah pilihan yang dari awalnya Allah dah berikan. Allah bagi jalan-jalan untuk kita, kita memilihnya (terkadang membelakangkan Allah) dan setiap jalan yang kita pilih pasti akan ada cabaran, bezanya apabila kita memilih dengan menyertakan Allah maka kita akan BERSEDIA untuk menerima ujian yang Allah hadirkan di hari kemudian. kalau kita memilih dengan NAFSU maka kita akan meletakkan nafsu kita di hadapan apabila berdepan dengan ujian dalam rumahtangga.

Perkahwinan ini bukan lukisan alam yang serba indah. Rumahtangga Rasulullah juga disapa badai, dilanggar ombak namun semuanya itu bukan kerana bencinya Allah kepada kekasih Nya sebaliknya ia adalah tangga-tangga menuju taqwa, agar kita memegang erat tali Allah.

Pasangan yang soleh, bukan pada kopiahnya bahkan seorang ustaz pun kita tidak mampu menjamin bahawa dia akan menjadi seorang suami yang soleh, maksud Kak Aisyah, suami yang mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.. Bukan kopiah dan serbannya menjadi jaminan bahawa dia akan membawa kita ke syurga Allah tetapi penghayatan kepada hidup beragama seorang lelaki lah yang menjadi PAKSI kepada kita dalam memilih calon suami. Kena ingat Dik, kadang kala ustaz juga lebih 'teruk' dari mereka yang bukan dalam bidang agama. Kerana, ustaz-ustaz juga diuji Allah dengan ilmu yang mereka pelajari.

Semakin kita berlari kepada Allah, semakin banyak syaitan yang mengejar dan merantai perjalanan hidup kita. Yang penting, jadikan sebuah perkahwinan sebagai medan untuk mengumpul sebanyak-banyak pahala. Hiaskan rumahtangga sebagai syurga dunia, gunakan suami sebagai wasilah kepada kita untuk menjadi LEBIH BERTAQWA kepada Allah. Ada manusia, dengan perkahwinan menjadi lebih bertaqwa. Ada manusia, dengan perkahwinan menjadi kufur dengan nikmat-nikmat Nya. Ada manusia, hidup bersendirian menjadikan dia lebih bertaqwa. Ada manusia, hidup berpasangan menjadikan dirinya bertambah taqwa.

Bukan pasangan yang menjadikan seseorang bertambah taqwa tetapi menjadikan pasangan sebagai wasilah untuk melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya, kebaikan yang dilakukan bersandarkan kepada ketaqwaan kepada Allah. Jangan menjadikan pasangan sebagai sebab kita menjadi kufur kepada Allah.

Bertudung atau tidak... bukan persoalannya. Tetapi menutup aurat adalah fokusnya. Tidak kiralah tudung jenis apa yang kita pakai, asalkan kita menutup aurat. Fokus utama adalah menutup aurat, kalau tudung saji boleh menutup aurat, takde masalah nak tutup dengan tudung saji.

Ramai manusia yang bertudung labuh tetapi tidak melabuhkan hatinya kepada Allah bahkan pakaiannya menyebabkan dia menjadi riak. Berpakaianlah dengan pakaian TAQWA. Insha Allah, moga tenang dan damailah hati muslimah tersebut. Wallahua'lam."

"Allahuakbar. Subhanallah... Betapa ramainya manusia menilai manusia berdasarkan apa yang dilihat pada zahirnya, menilai kesolehan seorang wanita pada labuhnya tudung yang dipakai, kepada baju yang disarungkan tetapi terlupa dengan pandangan yang Allah gariskan yakni agama."

"Ya, tetapi kena ingat juga Dik. Bukan semua yang bertudung labuh dan berjubah litup itu bertaqwa kepada Allah tetapi muslimat yang bertaqwa akan melabuhkan pakaiannya agar terpelihara auratnya supaya terjaga maruahnya sebagai seorang muslimah di mata Allah."

"Ya kak. Kerana taqwa itu di hati, maka urusan Allah lah untuk menilainya. Kita sebagai manusia, sentiasa perlukan Allah dalam urusan kehidupan agar tidak salah dalam menilai pandangan kehidupan ini."

"Insha Allah."



.... Bersambung ....

Ummu Amir Solihin

Read more...

03 February 2012

Ciri-Ciri Masyarakat Unggul

Bismillahirrahmanirrahim.


Ciri-ciri Masyarakat Unggul (Menurut Surah Al-Baqarah)


21. Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.


Islam adalah agama yang tidak memisahkan antara kehidupan zahir (dunia) dan spiritual (agama). Oleh kerana pencipta manusia adalah Allah, maka tentulah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik dan sesuai untuk manusia.

Al-Quran menegaskan bahawa, masyarakat yang unggul adalah masyarakat yang beribadat kepada Allah dan mencapai tahap ketaqwaan yang seterusnya akan membawa kehidupan yang unggul dunia dan akhirat.


PENGERTIAN IBADAH

Berasal dari perkataan arab عبد yang membawa maksud tunduk, patuh dan terhampar.

Manakala penggunaan menurut pandangan agama, ibadah adalah perkataan yang merangkumi segala bentuk perkara yang disukai dan diredhai Allah sama ada perkataan, perbuatan, perasaan dan kepercayaan zahir dan batin.

Antara perkara yang terhimpun di bawah nama IBADAH ialah :


1. Ketaatan :

Manusia dilarang daripada mentaati selain daripada Allah contohnya syaitan :

60. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu Wwhai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

Atau mendewakan ahli agama

31. mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah,


2. Doa

60. dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada Ku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.


3. Perasaan

165. (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.



قال عليه أفضل الصلاة والسلام أوثق عرى الإيمان : الموالاة في الله ، والمعاداة في الله ،والحب في الله،والبغض في الله عز وجل


Maksudnya: Nabi s.a.w. bersabda : Ikatan Islam yang paling kukuh ialah : Bergandingan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, berkasih sayang kerana Allah, membenci kerana Allah.

Wallahua'lam

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO