My Dear Little Heart
Bismillahirrahmanirrahim.
Ummi rindu nak tengok Amir Solihin gelak macam ni. Sejak hari Selasa Amir batuk. Hari Rabu, Amir demam + batuk + selesema + muntah dan cirit. Disebabkan ubat-ubat Amir masih banyak, ummi dan abi tak bawa amir ke klinik.
Hari Khamis, Amir masih muntah-muntah. Jadi, abi called Dr Nasa untuk tanya. Berdasarkan apa yang abi ceritakan pada Dr Nasa, Dr Nasa kata keadaan Amir tak membimbangkan. Jadi, pagi Jumaat ummi dan abi bawa Amir ke klinik jumpa Dr Rohana. Dr Rohana check Amir, katanya tonsil Amir bengkak. Suhu badan Amir 37.7 celcius. Dan ubat-ubatan dibekalkan.
Hari Jumaat jam 9.50 malam, ummi dan abi bawa Amir ke rumah Dr Ariff (Ketua Patologi di HKL). Setelah Amir 'digodek-godek', mendengar bunyi paru-paru dan jantung. Doktor kata kahak Amir banyak tetapi tidak membimbangkan kerana hanya di bahagian atas paru-paru. Setelah itu anak Dr Ariff yang juga seorang doktor di wad padiatrik Hosp Sg Buloh check Amir. Katanya, di wad pun memang ramai budak-budak yang cirit dan muntah (rasanya banyak tempat macam tu).
Dr Ariff dan anaknya hanya minta pantau keadaan Amir di rumah. Berikan air 1 sudu besar setiap 1 jam. Khair...
Hari Sabtu jam 9.30 malam, abi tanya nak tak bawa Amir ambil darah sebab demamnya sudah lama. Dr Ariff sarankan supaya darah Amir diambil. Toink... Jauhnya. Dan Amir yang siangnya langsung tak tidur sedang enak beradu. Kami tangguhkan untuk bawa Amir ambil darah insha Allah hari Ahad (hari ini).
Jam 12 malam, Amir yang baru selesai menyusu... Batuk-batuk dan muntah dalam tidur, mujurlah ummi angkat dan alihkan Amir yang sedang muntah dalam tidurnya. Allah... Rupa-rupanya Amir terberak sekali masa batuk dan muntah. Sapu muntah Amir dan Amir sedang tidur dengan nyenyaknya. Masa tukar pampers, Amir terjaga dan tengok ummi.
Sebaknya rasa. Siangnya Amir kena marah dengan ummi sebab muntah selepas makan ubat. Marah bukan sebab Amir muntah, marah sebab tak sanggup tengok Amir muntahhhhhh je. Kesian tengok Amir yang menangis-nangis kerana sakit nak mengeluarkan muntah. Waaaa... Ummi nak bagi Amir cepat sembuh je sayang.
Amir diam bila ummi marah, diammmm... dan kemudian Amir menangis. Amir sedih ye sayang? Ummi bukan marah Amir... Ummi marah kat diri ummi :'( Abi bawa Amir keluar tengok kereta, tempat yang selalu Wan dukung Amir tengok kereta. Masuk rumah, Amir dah tidur pun. Sayu ummi tengok Amir.
Amir, cepat-cepat sembuh ye sayang!
Amir anak yang soleh, ummi + abi sayang amir jiddan!
Ummi dan abi doakan supaya Amir cepat sembuh, dijauhkan dari penyakit-penyakit berbahaya. Moga Allah jaga Amir baik-baik. Insha Allah. Aamin.
3 leaves:
Assalamualaikum...
semoga amir cepat sembuh ye..
Syafahullah :)
Amin..moga AMir sentiasa dilindungi-Nya..
Post a Comment