Ciri-Ciri Masyarakat Unggul
Bismillahirrahmanirrahim.
Ciri-ciri Masyarakat Unggul (Menurut Surah Al-Baqarah)
21. Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
Islam adalah agama yang tidak memisahkan antara kehidupan zahir (dunia) dan spiritual (agama). Oleh kerana pencipta manusia adalah Allah, maka tentulah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik dan sesuai untuk manusia.
Al-Quran menegaskan bahawa, masyarakat yang unggul adalah masyarakat yang beribadat kepada Allah dan mencapai tahap ketaqwaan yang seterusnya akan membawa kehidupan yang unggul dunia dan akhirat.
PENGERTIAN IBADAH
Berasal dari perkataan arab عبد yang membawa maksud tunduk, patuh dan terhampar.
Manakala penggunaan menurut pandangan agama, ibadah adalah perkataan yang merangkumi segala bentuk perkara yang disukai dan diredhai Allah sama ada perkataan, perbuatan, perasaan dan kepercayaan zahir dan batin.
Antara perkara yang terhimpun di bawah nama IBADAH ialah :
1. Ketaatan :
Manusia dilarang daripada mentaati selain daripada Allah contohnya syaitan :
60. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu Wwhai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
Atau mendewakan ahli agama
31. mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah,
2. Doa
60. dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada Ku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.
3. Perasaan
165. (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.
قال عليه أفضل الصلاة والسلام أوثق عرى الإيمان : الموالاة في الله ، والمعاداة في الله ،والحب في الله،والبغض في الله عز وجل
Maksudnya: Nabi s.a.w. bersabda : Ikatan Islam yang paling kukuh ialah : Bergandingan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, berkasih sayang kerana Allah, membenci kerana Allah.
Wallahua'lam
0 leaves:
Post a Comment