Conversation : Abaya Gojes
Bismillahirrahmanirrahim.
Lama menghindarkan diri dari alam maya. Sekadar menampal sedikit perbincangan bersama teman-teman sebentar tadi. :)
Insyirah : Saya dapat sehelai abaya yang sangat gojes sampai saya terbeliak mata memandangnya dan sangat terkedu membayangkan betapa gojesnya abaya yang diHADIAHkan oleh seseorang. Lalu, saya menyimpan abaya tersebut sekadar tontonan mata sendiri dalam almari. Kenapa?
Kerana... bimbang apakah bisa aku menyarungkan abaya tersebut adalah semata-mata untuk menutup aurat dan menjaga maruahku ataupun kerana gojesnya abaya tersebut. Dan biarlah... ia menjadi hiasan untukku semata-mata T_T
Kak Hajar : Pakai dalam rumah
Insyirah : Kak Hajar, dengan anakanda? oh... no no no...
Kak Hajar : Biar anakanda dan suamianda tengok anda gojesssssssss :p
Kak Marina : Insaf kejap baca posting yg ni, takutnya... sekecil-kecil niat pun Allah SWT akan kira. So... kalau pakai sebab abaya gojes memang tak berapa nak boleh ke Insyirah? Sebab nanti takut timbul riak ek?
Kak Hajar : Iyer Marina. Takut timbul riak. Sbb nanti jalan dabik dada, rasa macam "TENGOKLAH ABAYA SAYA NI" T__________T
Kak Hajar : dusyummmm
Zahrah : cabaran bila pakai baju lawa-lawa ni nak kekalkn niat dengan keadaan sekeliling.
Insyirah : Rasulullah tidak mahu hidup mewah, tidak menerima kekayaan tetapi Rasulullah tidak pernah menyekat sahabat untuk hidup mewah :) begitu jugalah dengan saya. Saya tidak memakai abaya yang gojes tetapi saya tidak melarang sapa-sapa nak memakai abaya. Kerana saya selalu bertanya : aku pakai baju sebab nak tutup aurat ka sebab nak tunjuk baju aku cantik kat orang? Sebab tu saya asyik pakai baju yang sama je, muekeke. Sebab buruk pun buruk lah, asalkan pakai sebab nak tutup aurat. Ada sehelai baju all black takde langsung warna lain, yang tu ok fine takpe pakai. orang tak nampak langsung hiasannya sebab memang takde pun. muekekeke. Kalau nak pakai baju lain, salunya baju saya pakai kotak-kotak... dan asyik-asyik baju yang sama. Ahhh, biarlah. Pakai baju sebab tutup aurat bukan pakai baju nak tunjuk cantik kat orang. Ngeh ngeh ngeh. Bila tengok abaya yang cantik-cantik, takut... bukan apa, takut pakai bukan sebab nak tutup aurat. Tapi, ni HANYA untuk saya je lah... Rasulullah tidak mahu hidup mewah tetapi Rasulullah tak pernah melarang sahabat-sahabat untuk mewah. Wallahua'lam. Just my 1cent. :)
Kak Hajar : bimbang bimbang.... bimbang niat nk tutup aurat jadi bimbang pakai abaya sebab gojes.
Kak Marina : Allah... kadang-kadang Allah dah bagi kita petunjuk tapi kita buat tak endah je. Sebenarnya akak pun banyak pakai baju yang sama je... dan akhir-akhir ni memang adanya niat merasakan bahawa akak perlu beli baju baru sebab asyik-asyik baju yang sama tapi bila baca post ni baru akak tersedar bahawa baju akak tu semua masih elok cuma coraknya sahaja yang tak berubah sbb baju tak banyak.
Insyirah : Lalala... kak Marina, beli baju baru untuk pakaian di rumah supaya encik suami memandang tak jemu. hihi... nak riak pakai baju mahal gojes pun takpe, suami je yang tengok. Nak bangga pakai baju baru mables pun takpe, anak-anak suka.
"wow, cantiknye ummi harinihhhh!"
Kembang kempis satu badan lalu sedap giles lah lauk esoknye... muekeke... bukan apa, sebab pengalaman yang ciput nih kan kak reen. Sekali encik suami cakap "cantiknye" gara-gara pakai baju baru yang mables, satu hari sasau kakkkkkk... hahahahaha. Feeling dia, uhhhhh... mables! (waaa.. larikkkkk... malu...)
Zahrah : Allah kan suke kecantikan. Dan kecantikan itu cantik pada tempatnya. baru betul-betul cantik.
Kak Marina : Maksud akak baju jalan-jalan bukan baju dok umah baju dok umah tu haruslah marbeles. hmmm... tq Insyirah. Alhamdulillah.
Insyirah : Kak Marina, niat dah ada nak beli baju kan... beli je la cumanya pesongkan niat nak beli baju jalan kepada baju duk umah. Dapat juga baju baru, hehehehe... sesungguhnya menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri pun feelingnya mables kan kak... :)
Kak Zima : Rasulullah pun pakai jugak gamis gojes. Baginda tak hidup dalam kemewahan, tapi baginda juga banyak dapat hadiah gojes-gojes yang baginda pakai dan sering dipuji para sahabat, antaranya baju jubah dari rome warna maroon yang sangat indah buatan nya. Baginda tak beli, baginda dapat hadiah dan baginda sangat suka menerima dan memberi hadiah. Wallahualam.
Kak Hajar : melawan nafsu untuk membeli abaya dan beli dan beli dan beli dan beli..... haishhhh T___T
Insyirah : Rasulullah banyak memakai baju warna merah. Ya, benar kak. Tetapi, kalau wanita (read : muslimah) pula dicontohkan dengan contoh dari Saidatina Aisyah dan ummahatul mukminin yg lain :) wallahua'lam...
Kak Marina : Rasulullah saw banyak pakai baju warna merah ye? so... nak pakai kaler merah lah... hehehehe
Kak Hajar : Pakai baju cantik gojes. Asalkan tak berlebihan dan membazir dan riak. Pakai baju super gojes & seksi meksi depan suami :p
Insyirah : Kak Marina, suruh suami le... rasulullah berjanggut, apakah kak reen mahu menyimpan janggut? :p
Kak Hajar : Insyirah macammana pula kalau kita pakai baju dengan niat tutup aurat, tapi orang sekeliling yang memandang, kemudian memuji-muji baju itu?
Kak Marina : Sebab takde janggut je ni... kalau ada lama dah simpan you!
Kak Marina : Arghhhh... pakai baju hitam je la.. plain takde apa-apa.
Insyirah : Tafsiran cantik dan gojes antara seorang dengan seorang yg lain adalah BERBEZA mengikut kepada budaya, tempat, suasana dan latarbelakang seseorang membesar disamping ilmu dan pengalaman. wallahua'lam :) sebab tu saya kata, kes nih untuk saya saja... atas kelemahan-kelemahan hati yang tak mampu dibendung, untuk orang lain yang tabah dan cekal mengekang mazmumah tidaklah dilarang sama sekali... sama juga adab seorang ulama', kalau dia mengambil hukum sesuatu perkara atas sebab-sebab berhati-hati, dia tidak perlu memberatkan ummah untuk mengambil hukum tersebut sebaliknya hukum kepada ummah adalah hukum yang ringan dan hukum (sikap) berhati-hati adalah untuk dirinya sendiri. wallahua'lam.
Insyirah : contohnya wanita saudi mereka all black, bila kita pergi saudi pakai baju warna sket pun bagi mereka kita bertabarruj dengan pakaian yang bunga-bunga, warna-warna. Tetapi, bila mereka datang Malaysia dan melihat kita terbiasa dengan warna dan bunga-bunga pada baju kurung, mereka (yang berilmu) akan tolaransi bahawa suasana di Malaysia bukannya all black jadi lelaki melihat warna warni pakaian wanita bukanlah sesuatu yang menaikkan syahwat. Hukum sesuatu perkara BOLEH BERUBAH mengikut tempat, zaman dan sebagainya... Wallahua'lam.
Kak Marina : oooo... bagi akak yang ada banyak bling-bling tu gojes dah tu... lagi satu suami akak suka pakai simple.... hmm.... jadinya niat nak pakai abaya ropol-ropol ke macam kawan-kawan lain tak berapa nak sesuai nanti jalan dengan suami... huhu... itu antara faktornya.
Kak Hajar : oke. nak pakai cantik-cantik pakailah. teringat masa zaman U. masa usrah. ada sorang ustaz senior tu kata "nak pakai mcm mana pun, pakailah, janji tutup aurat, tak berlebihan. nak pakai tudung mcm mana pun, pakailah, janji tutup yang sepatutnya tutup, TERMASUKLAH NAK PAKAI TUDUNG GAYA BABAI-BABAI"
(tudung babai-babai tu, tudung ala-ala wardina pakai masa mula-mula wardina bertudung. tudung bawal, yang pin kat bahagian atas belakang tudung. bila kena tiup angin, kan tudung tu melambai-lambai)
Insyirah : gaya babai-babai tu apa pula kak Hajar? teringat kata2 suami, "mana-mana orang yang melakukan sesuatu sunnah (perbuatan) yang tidak baik dan menjadi ikutan, maka dia akan mendapat saham atas sunnah (perbuatan) yang dimulakan." fehhhh... sama juga dengan siapa yang melakukan sunnah (perbuatan) maaruf, maka dia juga mendapat saham atas sunnah (perbuatan) yang dilakukan.
Kak Hajar : tudung biasa je Insyirah. tapi dipinkan kebelakang tu. macam mana nak terangkan ek. tapi mcm tu lah.
Insyirah : kak Marina, memang betul nak pakai baju apapun pakailah selagi menutup aurat, nak pakai macammana sekalipun fesyen takde masalah selagi menutup aurat. Itu adalah keringanan dalam Islam. Namun, tidak salah bagi muslimah yang sudah menutup aurat untuk UP GRADE tatacara berpakaian dengan merelatekan soalan seperti : apakah aku pakai tudung/baju sebab nak tutup aurat atau sebab nak tunjuk baju/tudung aku cantik... :) kerana Allah mengingatkan dalam al quran bahawa sebaik-baik pakaian adalah TAQWA. Apakah bila kita sarung mana-mana pakaian nak keluar rumah atas dasar taqwa? <-- jom kita fikir pasal akhirat pulak :)
Insyirah : kak Hajar, oh... mcm wardina pakai dulu ye, pin kiri dan kanan. kawan-kawan cakap tu gaya butterfly... rupanya ustaz panggil tudung babai-babai ek... :) hihi. lawak pula.
Kak Hajar : Insyirah yang tu pin kiri kanan. ni yang style satu pin kiri @ kanan, satu lagi pin kat belakang. kat area kepala tu. ustaz tu memang lawak.
Insyirah : kita ada raaaaaamai sahabat tetapi dalam ramai-ramai sahabat yang kita ada, belum tentu akan bawa kita ke syurga. Akan ingatkan kita tentang akhirat. Akan pesankan pada kita supaya tidak meletakkan dunia di hati. Tetapi... seseorang yang akan ingatkan kita tentang hubungan kita kepada Allah adalah dari seorang MUSUH yang akan menyerang 'kebiasaan' dan 'keselesaan' hidup kita di dunia lalu kita akan memusuhinya kerana menegur sikap kita yang terbiasa dengan keselesaan hidup di dunia. wallahua'lam :)
Saya nak jadi sahabat yang selalu diingatkan tentang kehidupan akhirat supaya saya tidak lupa bak pesanan seorang sahabat hidup di dunia hanyalah ibarat berada di dalam tandas. Kita tidak perlu berlama-lama, cukuplah kita mengambil apa yang perlu sahaja. Tandas itu jijik, kotor. Bahkan Rasulullah mengumpamakan dunia seperti bangkai. Apakah kita mahu mencintai bangkai?
Salam Cintakan Sunnah Rasulullah,
Insyirah Soleha.
3 leaves:
salam adik syirah...
alahai lucunya. penuh humor bila akak baca. tergelak2. tersengih2. tadi akak baru lepas update stok, sekali jenguk fb syirah sebut "abaya gojes" pulak. terus klik memandangkan akak jual abaya di blog akak yang akak namakan koleksi tu "Abaya Gorgeous" hihi. terkejut sekejap.
setelah akak baca entri ni, ya. akak bersetuju dgn syirah. kita boleh pakai apa pun asal tutup aurat dan tak riak. kalau bagi diri kita bila abaya tu ada bling-bling terasa sgt gojes n tak mampu kawal diri dari rasa riak sbb orang lain keliling kita contoh tmpt kerja, masjid or mana2 kita pegi tak pakai camtu, kna betulkan niatlah. atau pun hold dulu pakai.
tapi kalau itu adalah fenomena biasa dalam environment kita, contoh sme org pakai abaya bling bling jd tgk abaya bling2 pun dah tak rasa apa pun. jadi tak pe. no hal.
apa2 pun, biarlah kita ulang tayang baju yang sama, kita sama, akak pun camtu, hehe.. asalkan time solat senang. tak perlu ribut2 cari or bawa telekung. kan? hehe
nice posting petang hari buat akak gelak2. :P
salam...
suka sangat post2 dalam bukan ni..boleh x kalau ana nak share kat group fb? :)
salam ukhuwah..
Subhanallah, a very good reminder. syukran jazillan :) :)
Post a Comment