Malang Tak Berbau
Alhamdulillah, semua urusan beres. Syukur pada Allah yang memudahkan urusan... dalam perjalanan nak balik, singgah beli roti bun untuk abang cik dan adik. Kalau masuk dalam kereta, memang tak ada aktiviti lain selain makan. Musykil betul...
Dalam perjalanan nak balik rumah, dah dekat nak sampai rumah pun... Tiba-tiba kereta berpusing dan uncontrolled. Mungkin sebab jalan berlopak dan kebetulan hujan renyai-renyai. Allahuakbar, ana terkebil-kebil dah. Untuk mengelakkan kereta terlajak (masuk dalam gaung) maka, abang cik dengan izin Allah pusing stereng kereta ntah macammana terus langgar bukit. Allahuakbar, ana dah berderau darah...
Betul-betul dekat selekoh tajam, makanya... Nak pusing kereta yang kelihatannya berpusing 45 darjah dari arah jalan sebenarnya memang slow motion. Dan sedang nak kembalikan posisi kereta pada jalan, tiba-tiba datang satu kereta bertentangan dari arah ana dalam kelajuan yang mengerikan ana. Mataku terbeliak, ana terus istighfar dan beberapa inci lagi je nak kene kereta. Allahuakbar, tak dapat nak dibayangkan macammana situasi tersebut.
Terus kena heart attack sebab terlampau terkejut, ya Allah tak bernafas beberapa ketika. Abang cik betul-betul panic, cepat-cepat nak dipegang tangan ana. Belum sempat buat rescue (dah biasa dengan kerenah ana... huhu) ana dah pun pengsan. Nak patah balik ke hosp memang dah jauh. Terus betulkan posisi kereta dan vrommmmm... Singgah umah kawan abang cik, pun ana tak sedar-sedar jugak. Terus bawa balik rumah...
Sampai rumah, abi tengok ana yang sememangnya lembik dan pucat yang amat-amat terus ‘mandikan’ dengan air zam-zam. Allahuakbar... Sedar pun macam tak sedar je, hohoho... Kata abi, dah macam berada di alam lain. Terus paksa minum air zam-zam secawan, baru la ana boleh bercakap. Sebelum tu, tanya apa pun mata asyik tertutup. (Separuh sedar: kes biasa je nih. Hehe) Dah dipaksa teguk zam-zam baru la boleh bercakap, kuasa Allah...
Allahuakbar, sampai sekarang pun masih trauma lagi... Hihihihi... Walaupun hakikatnya tak ada luka kecil (apatah lagi besar) tapi hentakan kuat memang buat ana sakit beberapa hari. Dengan tulang rusuk yang baru sembuh dari bengkak, bronchitis yang baru pulih, buatkan ana hanya dapat tidur dalam keadaan duduk. Allahuakbar... Dari Allah kita datang kepada Nya kita dikembalikan.
Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin.