"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

27 March 2008

Malang Tak Berbau

21 Mac 2008 yang lalu, ana jumpa dengan Haji Amin untuk beberapa urusan. Abi amanahkan ana je untuk jumpa Haji Amin sebab keadaan abi tak mengizinkan, maka abang cik yang teman ana. Last minutes, adik pula nak ikut. Ok la tuh, nanti kalau tak ada parking boleh la adik temankan ana jumpa Haji Amin in case abang cik tak dapat keluar dari kereta.

Alhamdulillah, semua urusan beres. Syukur pada Allah yang memudahkan urusan... dalam perjalanan nak balik, singgah beli roti bun untuk abang cik dan adik. Kalau masuk dalam kereta, memang tak ada aktiviti lain selain makan. Musykil betul...

Dalam perjalanan nak balik rumah, dah dekat nak sampai rumah pun... Tiba-tiba kereta berpusing dan uncontrolled. Mungkin sebab jalan berlopak dan kebetulan hujan renyai-renyai. Allahuakbar, ana terkebil-kebil dah. Untuk mengelakkan kereta terlajak (masuk dalam gaung) maka, abang cik dengan izin Allah pusing stereng kereta ntah macammana terus langgar bukit. Allahuakbar, ana dah berderau darah...

Betul-betul dekat selekoh tajam, makanya... Nak pusing kereta yang kelihatannya berpusing 45 darjah dari arah jalan sebenarnya memang slow motion. Dan sedang nak kembalikan posisi kereta pada jalan, tiba-tiba datang satu kereta bertentangan dari arah ana dalam kelajuan yang mengerikan ana. Mataku terbeliak, ana terus istighfar dan beberapa inci lagi je nak kene kereta. Allahuakbar, tak dapat nak dibayangkan macammana situasi tersebut.

Terus kena heart attack sebab terlampau terkejut, ya Allah tak bernafas beberapa ketika. Abang cik betul-betul panic, cepat-cepat nak dipegang tangan ana. Belum sempat buat rescue (dah biasa dengan kerenah ana... huhu) ana dah pun pengsan. Nak patah balik ke hosp memang dah jauh. Terus betulkan posisi kereta dan vrommmmm... Singgah umah kawan abang cik, pun ana tak sedar-sedar jugak. Terus bawa balik rumah...

Sampai rumah, abi tengok ana yang sememangnya lembik dan pucat yang amat-amat terus ‘mandikan’ dengan air zam-zam. Allahuakbar... Sedar pun macam tak sedar je, hohoho... Kata abi, dah macam berada di alam lain. Terus paksa minum air zam-zam secawan, baru la ana boleh bercakap. Sebelum tu, tanya apa pun mata asyik tertutup. (Separuh sedar: kes biasa je nih. Hehe) Dah dipaksa teguk zam-zam baru la boleh bercakap, kuasa Allah...

Allahuakbar, sampai sekarang pun masih trauma lagi... Hihihihi... Walaupun hakikatnya tak ada luka kecil (apatah lagi besar) tapi hentakan kuat memang buat ana sakit beberapa hari. Dengan tulang rusuk yang baru sembuh dari bengkak, bronchitis yang baru pulih, buatkan ana hanya dapat tidur dalam keadaan duduk. Allahuakbar... Dari Allah kita datang kepada Nya kita dikembalikan.

Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin.

3 leaves:

Tirana 28 March 2008 at 07:17  

Alhamdulillah...Syirah selamat..

ecah 1 April 2008 at 14:42  

alhamdulillah...ALLAH selamatkan syirah..abg cik dan adik..seram betull..

dik..
akak doakan muga dpt kawen dgn suami yg syg syirah, yg soleh yg dpt membantu syirah..dan penyabar serya menerima syirah seadanya...aminnn

Anonymous,  10 April 2008 at 13:10  

Jaga kesihatan baik2 tau dik

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO