Sendiri...
Sendiri
Melewati bening malam
Berteman sang cengkerik menyanyi bait-bait zikir
Tak henti memuji Tuhan
Menggesek biola jemari kakinya
Bagai membilang butir-butir tasbih
Entah berapa panjang zikirnya malam ini,
Mungkin setelah tahmid dan takbir
Dipuji-puji lagi Tuhan
Dengan tasbih yang mengasyikkan
Dengan harap dan raja’
Pada kasih sayang Allah
Bukankah Allah sudah memberitahu kita
Kalau bukan kerana sang unggas dan haiwan melata
Juga kerana kasihkan tumbuhan
Nescaya titis hujan takkan membasah kanvas bumi
Lantaran dosa manusia
Manusia seperti aku

0 leaves:
Post a Comment