Terima Kasih Ya Allah
Puji-pujian buat Pencipta Yang Esa, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Salam buat Nabi Junjungan mulia dan keluarga serta sahabat baginda. Betapa indahnya kemanisan dalam jalinan ukhuwah, betapa mekarnya rindu yang berputik, dianyam dengan rasa kasih sayang yang semakin bertaut erat. Ya Allah, kekalkan kami dengan nikmat iman dan Islam berpanjangan. Sesungguhnya inilah nikmat yang paling berharga dalam hidup!
Syukran wa jazakillah khairan buat Ukhti Nor Atiqah atas kesudian untuk bertemu dengan ana. Pertama kali bersua, subhanallah tak tergambar perasaan ana. Tak tahu bagaimana nak di coretkan keindahan perasaan kala bertemu mata dengannya. Allahuakbar, semuanya dengan izin Allah semata-mata. Syukur pada Mu ya Rabb.
14 Mac 2008 menjadi tarikh istimewa buat ana. Tercipta mekar sejarah bertemunya dua hati yang bertaut kerana Allah semata-mata. Semoga keindahan jalinan yang tercipta disuburi dengan iman dan taqwa kepada Allah, insyaAllah. Uhibbu lillahitaala... Moga Allah pelihara ukhuwah ini selagi kita memelihara hubungan dengan Nya.
Sepanjang perjalanan dr Sg. Buloh – Seremban, ana banyak menghabiskan masa dengan membaca. Sesekali melihat jendela komuter, menikmati panorama alam semulajadi. Subhanallah, terkandung berjuta rahsia di sebalik setiap sesuatu perkara. Terasa ana diperhatikan sekian lama, ana sedaya upaya mengelak dari bertembung mata dengan mata yang sedari tadi melihat ana. Ya Allah, jauhkan ku dari fitnah dunia.
5 jam berbual dengan ukhti, alhamdulillah. Itu sudah cukup buat ana, huhu walaupun hakikatnya masih banyak yang ingin dibicarakan. Hehehehe, kita rancangkan pertemuan lain selepas ini ya habibati..! InsyaAllah.
Sepanjang perjalanan dr Seremban – Sg. Buloh, ana meneruskan pembacaan sambil menikmati alunan lagu-lagu yang bisa menggetarkan perasaan. Bagus sekali dalam proses mentarbiyah hati, insyaAllah. Alhamdulillah, berjaya habiskan sebuah buku sepanjang dalam komuter. Dan sebahagian lagi, ana habiskan dengan menikmati panorama alam. Kesesakan lalu lintas di kota metropolitan!
Masa yang berlalu, ana isikan dengan rintihan pada Nya. Doa musafir insyaAllah mustajab. Di sisip dengan zikrullah dan istighfar. Perasaan ana makin hiba memikirkan apa yang berlaku, tiadalah dayaku melainkan dengan pertolongan dari Mu ya Allah. Ana dongak ke langit, subhanallah sekali lagi hati ana bergetar... Pelangi indah dan juga... Allahuakbar, benar ke apa yang dilihat atau sekadar khilaf pandangan mata ana. Moga Allah tunjukkan.
Terima kasih ya Allah kerana menemukan diri ini dengannya...
3 leaves:
Assalamu'alaikum Syirah...
Ummi baru tahu Syirah ada personal blog kat blogger...Nice blog..keep it up!!!!! Senang2, lawat la blog ummi..
Bila nak jumpa lagi dik? Hehehehe... Rindunya adik akak yang cantik i
assalamualaikum..eh3..baru kusedari diri ini telah menjadi sebagaian nama tersenarai dalam blog ini...hi3...moga dimudahkan pertemuan yang kali kedua...harap2 dapat jumpa adek sekali lagi pada konvo akak...
Post a Comment