"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

30 May 2013

Kelebihan Habbatus Sauda' Perahan Sejuk

Bismillahirrahmanirrahim.

Kelebihan Habbatus Sauda' Minsyam

PENGENALAN.

Nabi s.a.w bersabda : Tetaplah kamu dengan habbatus sauda' kerana padanya ada penawar segala penyakit kecuali mati. [HR Bukhari]

Kapsul minyak habbatus sauda' (gold habbatus sauda) Minsyam adalah minyak habbatus sauda' berkualiti tinggi. Minyak yang dihasilkan menggunakan teknik PERAHAN SEJUK iaitu dengan kehangatan 25 darjah celcius meningkatkan lagi mutu minyak habbatus sauda' emas Minsyam. Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah.

Sebagai contoh, sekiranya 1 kg biji habbatus sauda' diperah dengan teknik panas, akan dapat menghasilkan diantara 500-750 gram minyak habbatus sauda'. Berbanding perahan 150 gram kalau dihasilkan melalui perahan sejuk.

Jelas minyak habbatus sauda' perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Analogi mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan. Apabila telah digunakan berkali-kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap.

ANTARA KHASIAT HABBATUS SAUDA' :

1. Meningkatkan daya tahan badan (imuniti)
2. Mengurangkan risiko sakit jantung
3. Memusnahkan tumor
4. Mengurangkan risiko pertumbuhan tumor
5. Mencegah dan merawat kanser payudara
6. Merawat asma
7. Meningkat pertumbuhan sel darah merah
8. Merawat kanser pankreas
9. Anti radang dan rheumatism
10. Dan lain-lain lagi...

CARA PENGGUNAAN :

Dos yang dicadangkan ialah 2 kapsul setiap hari sebelum atau selepas sarapan. 

CADANGAN :

Pek permulaan 3 kotak untuk pengambilan 1 bulan. (1 kotak mengandungi 20 biji kapsul habbatus sauda')


1 kotak RM 12

Promosi istimewa SAH 2 HARI SAHAJA lagi.
12 kotak RM 144 + PERCUMA penghantaran ke SELURUH MALAYSIA 
(termasuk Sabah dan Sarawak)

Islah Heart Shoppe,
Bermuamalat Berlandaskan Syariat.

Read more...

28 May 2013

♥ Nota 3 Tahun ♥

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, pada tarikh ini 3 tahun yang lalu Allah menukarkan gelaran saya daripada cik kepada puan. Menjadi suri kepada seorang lelaki bergelar suami. Hari Jumaat, selepas selesai solat Jumaat kira-kira jam 3.30 petang diakad nikah oleh bapa saya sendiri, dengan majlis yang sangat santai siap ada sesi gelak ketawa sebelum diakad nikah, saya kira bapa saya sangat cemerlang menghilangkan gemuruh di hati suami :)

Seperti masih terlalu awal, rupanya sudah 3 tahun ia berlalu.

Alhamdulillah, semuanya dengan perancangan dari Allah. Memberi apa yang manusia perlu, pada masa yang betul, pada tempat yang betul dengan manusia yang insyaAllah betul.

Selepas pulang menziarahi tanah suci beberapa bulan yang lalu, banyaklah cerita yang kami kongsikan sekeluarga. Abang saya ada kongsikan tentang adik-adik perempuan saya yang dirisik oleh jemaah yang sama-sama mengikuti kumpulan kami, ibu saya pun bercerita perkara yang sama. Adik-adik perempuan saya dirisik oleh beberapa ikhwah sepanjang keberadaan di tanah suci, lebih-lebih lagi semasa berada di Mekah kerana di dalam ihram semuanya melepaskan niqab, jadi ada yang terus mahu meminang.

Cerita ibu, ada seorang ibu kepada seorang ikhwah yang secara terus terang bertanya kepada ibu saya mengenai salah seorang adik perempuan saya. Dan, akhirnya terkejut besarlah bila mengetahui bahawa usia adik-adik saya masih bersekolah menengah. Heh! Ada yang sangkakan si kakak adalah adik, si adik adalah kakak dan bila mengetahui kakak adalah kakak dan adik adalah adik, terus ibu tersebut kata, "nasib baik tak terus pinang, kalau tidak salah orang."

Macam-macam kisah mengenai adik-adik perempuan saya. Orang itu berkenan, orang ini berkenan. Orang itu merisik, orang ini mahu terus meminang. Mereka gunakan ibu saya dan ada yang berbual dengan abang saya untuk mengorek cerita. Akhirnya, selepas berkongsi-kongsi cerita bapa saya dengan selamba berkata,

"Tapi... Tak ada seorang pun yang berani mengadap."

Ya, tiada yang berani menyatakan hasrat terus kepada bapa saya. :P

Saya yang tengah sibuk-sibuk dengan Amir Solihin terus ketawa. Setakat ini, hanya seorang sahaja pemuda yang berani mengadap terus kepada ayahanda saya menyatakan hasrat untuk memperisterikan anak perempuan ayahanda saya. Dan, pemuda tersebut dah pun jadi menantu ayahanda saya. ^_^

Tak ada kias-kias bahasa, tak ada kata-kata mengorat atau mahu menggoda. Selepas bersilaturrahim dengan keluarga, suami bercerita tentang saya kepada ibunya dan tak lama kemudian dengan selamba cakap pada bapa saya nak kahwin dengan saya. Bapa saya juga agak berani melepaskan saya untuk dijaga oleh suami kerana semasa bersilaturrahim dengan keluarga saya, saya duduk atas kerusi roda :)

Saya yang memang selalu Allah tarik nikmat kesihatan, memanglah berat untuk ibubapa lepaskan ke penjagaan orang lain lebih-lebih lagi kepada orang yang langsung sebelum ini tidak dikenali. Berulang kali bapa 'memahamkan' suami tentang keadaan saya yang tidak sempurna seperti orang lain, semasa keluarga suami bertandang ke rumah untuk berkenalan juga bapa memaklumkan lagi dan lagi tentang saya yang tidak sempurna.

Pernikahan itu bukan mencari kesempurnaan,
Tetapi saling melengkapkan kekurangan,
Agar sama-sama berusaha ke arah kebaikan :)



3 tahun sudah bersama, suka duka dalam menjalani kehidupan rumahtangga. Moga Allah suburkan cinta dan iman kami kepada Nya supaya kami menghargai kasih sayang sesama manusia. InsyaAllah, aamin.


:)

Insyirah Soleha

Read more...

22 May 2013

Kerana Allah Menyayangimu

Bismillahirrahmanirrahim.

Perbualan antara saya dan seorang saudara seIslam, saya telah mendapat keizinan darinya untuk berkongsi kepada umum.

Semoga bermanfaat. 

--- 

Assalammualaikum. 

Maaf akak mesej. Akak selalu baca blog Syirah, baca status Syirah dari dulu lagi, cuma tergerak hati nak mesej hari ni. Akak nak minta maaf jika mesej akak mengganggu Syirah sekeluarga. Cuma akak perlu kepada pandangan Syirah (dan suami) mengenai permasalahan ini. Moga Allah merahmati Syirah dan suami sekeluarga. 

Akak berniqab baru masuk tahun kedua tapi ujian tu memang banyak Allah beri, kadang hampir tertewas namun alhamdulillah masih Allah beri kekuatan cuma akak rasa sejak akhir-akhir ini akak rasa hati akak dah mula nak buka niqab. Tapi akak tak nak perkara tu berlaku. Akak nak istiqamah dengan niqab. Satu lagi, akak rasa perangai nakal akak dulu datang balik. Akak risau mengaibkan wanita berniqab. Contohnya berjalan di khalayak dengan bukan mahram. Akak bimbang andai Allah biar akak dalam kelalaian. Mohon berikan panduan dan nasihat pada akak, akak tiada rakan yang berniqab. Akak tak tahu ke mana nak bertanya.

Seberapa lama Syirah perlu waktu, akak sentiasa tunggu. Mudahan sedikit sebanyak nasihat Syirah boleh buat hati akak kembali ke jalan yang diredhai Allah. 

---

Perkongsian :

Wa'alaikumussalam kak * yang dirahmati Allah :)

Semoga hidayah dari Allah sentiasa menyinari kehidupan akak di dunia dan membawa keberkatan untuk akak bahagia di akhirat kelak, amin. Hati akak terkadang merasa nak buka niqab sebab merasakan akak jadi nakal semula, jadi untuk tidak mengaibkan wanita berniqab akak mahu membuka niqab akak semula tetapi dalam masa yang sama akak tak nak ianya berlaku. Maksudnya, akak masih mahu berniqab :)

Alhamdulillah.

Itu tandanya Allah masih sayang dengan akak. Dengan secebis kain yang akak pakai di wajah, Allah menjaga akak dari melakukan maksiat. Dengan niqab, akak malu untuk buat dosa. Subhanallah, secebis kain di wajah bagi orang lain mungkin tidak bermakna apa-apa tetapi bagi mereka yang bermujahadah untuk berniqab, ia sangat bernilai dan tinggi harganya. Kan?

Apa yang akak boleh buat ialah, akak jauhkan diri akak dari lelaki tanpa ada sebab yang syarak benarkan. Contohnya kawan-kawan yang saja nak tanya khabar dan sebagainya, elakkan dari pergaulan dengan lelaki insyaAllah tidak akan membuka jalan untuk keluar dengan lelaki sebab step pertama sebelum keluar berdua-duaan dengan lelaki tak kiralah tempat open atau tidak ia pasti bermula dengan perkenalan. Kan? Jadinya, elakkanlah perkenalan tanpa sebab syarie.

Islam membenarkan lelaki dan wanita bukan mahram berkenalan tetapi ada adabnya, ada syaratnya. Syarat nak berkenalan lelaki dan perempuan adalah untuk tujuan menikah iaitu BERTUNANG. Semasa tempoh pertunangan, lelaki dan wanita dibenarkan berkenalan tetapi bukan dengan keluar berdua-duaan, mesti ditempat yang jauh dari fitnah. Contohnya di rumah keluarga perempuan atau rumah keluarga/rakan-rakan yang soleh solehah.

Perangai, kita boleh ubah kan kak? :) 

Kalau dulu akak boleh mengubah sifat nakal tu, kenapa sekarang tidak boleh? Sedangkan Allah sayang sangat dengan akak. Kalau Allah tak sayang dengan akak, mesti Allah biarkan akak berseronok dengan apa yang akak buat, kan? Tapi, Allah tak biarkan akak begitu, Allah hadirkan rasa di hati untuk akak koreksi diri bahawa pakaian akak adalah pakaian para isteri Rasulullah, dengan pakaian akak yang mencontohi para isteri Rasulullah wajarlah akak juga turut mencontohi akhlaq para isteri Rasulullah. InsyaAllah! 

Ada orang, Allah sentiasa bagi nikmat dunia walaupun dia lakukan maksiat kepada Allah. Setiap kali dia buat dosa, Allah bagi nikmat. Dia buat maksiat, Allah bagi nikmat. Tak solat fardhu, Allah bagi kejayaan. Tak puasa Ramadhan, Allah bagi rezeki (wang) melimpah. Rasuah, Allah bagi kekayaan. Semakin dia bermaksiat, semakin banyak Allah bagi nikmat. Dia lemas dalam nikmat dunia dan Allah buat dia lupa kepada Allah, sebenarnya ia adalah balasan untuk perbuatan-perbuatan maksiat yang dia lakukan. Istidraj. Kita sangkakan kita dapat nikmat tetapi sebenarnya Allah jauhkan kita dari Allah. Nauzubillah! 


Biarlah hidup kita, Allah cukupkan apa yang kita perlu kalau kita tak dapat apa yang kita mahu. Mungkin seronok keluar dengan yang bukan mahram, tetapi hilang nikmat yang sebenar iaitu nikmat bercinta dengan Allah, nikmat merasakan Allah adalah matlamat kita. 

Semoga Allah akan terus sayang kita semua dan jauhkan kita dari perkara yang menjauhkan kita dari Allah. Amin!

Wallahua'lam.

Salam sayang,
Insyirah Soleha.

Read more...

Supermuslimah

Bismillahirrahmanirrahim.

Satu hari, teman suami pergi Tanjung Malim. Saya duduk dalam kereta dengan anakanda Amir Solihin, tengok kenderaan di sisi kiri dan kanan. Suami keluar menghadiri jemputan bapa saudaranya. Saya menunggu suami selesai berurusan, jadi luangkan masa berbual dengan Amir Solihin.

Tiba-tiba terpandang,
Seorang wanita pakai tudung bidang 60, blouse labuh sehingga lutut, berseluar jeans 'beggy cutting', dan kasut boot. Wah! Hebatnya. Dia membimbit satu beg plastik dan satu beg galas.

Saya berkenan pada satu motor berkuasa tinggi yang letak di sebelah kereta. Dari awal saya menilik-nilik dalam kegelapan malam. Cantik motor tu walaupun melihat dalam gelap, sesekali disimbah cahaya lampu kenderaan lain, saya menjamu mata.

Sekali, wanita yang saya lihat tadi pakai helmet dan naik motor berkuasa tinggi sebelah kereta saya. Sempat dia senyum ke arah saya dan melambai Amir Solihin, bila dihidupkan enjin motornya memang 'sedap' sungguh bunyi. Tak lama kemudian, vroooommmmm...!

MasyaAllah! :D

Ok, ni bukan superwomen tapi supermuslimah.


Read more...

21 May 2013

10 Hari Lagi

Bismillahirrahmanirrahim. 

Habbatus sauda Minsyam adalah habbatus sauda yang diimpot dari negara Syria, perahan sejuk.

Kelebihan habbatus sauda Minsyam ialah ianya lebih berkhasiat berbanding habbatus sauda perahan panas. 

Habbatus sauda perahan sejuk berwarna kekuningan emas, manakala habbatus sauda perahan panas berwarna lebih gelap.


Promosi sepanjang bulan MEI, pihak kami menawarkan dengan harga istimewa bagi pelanggan yang membeli sedozen (12) kotak.

Harga biasa : 1 kotak RM 12
Caj pengeposan :
RM 6 (semenanjung)
RM 9 (sabah/sarawak)

HARGA PROMOSI :
12 kotak (RM 12 x 12) = RM 144

PERCUMA penghantaran SELURUH MALAYSIA :)

Bagi yang mendapatkan secara terus (ambil sendiri), kami menawarkan sebotol air jus Mangga MAAZA (diimpot dari Dubai) 1.5 liter yang berharga RM 9.

* Belian kurang daripada 12 kotak juga diterima sepanjang promosi dijalankan tetapi caj pengeposan dikenakan RM 6 (Semenanjung) dan RM 9 (Sabah/Sarawak).

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi pihak kami.

E-mail : niqobgirl[at]yahoo.com
Page : Islah Heart Shoppe

Terima kasih.

Islah Heart Shoppe,
Bermualamat Berlandaskan Syariat.

Read more...

20 May 2013

Merisik Calon Suami

Bismillahirrahmanirrahim. 

Berbual dengan seorang muslimah berkenaan lamaran dari lelaki. Islam membuka ruang kepada wanita untuk merisik bakal suami sebelum menerima pinangan lelaki tersebut. Islam juga memberi peluang untuk bermusyawarah (berbincang) setelah istikharah. Musyawarah boleh dilakukan dengan orang yang dipercayai seperti guru, ibubapa atau keluarga. 

Jika lelaki tersebut adalah pilihan ibubapa, adakah wanita perlu menerimanya tanpa ragu-ragu? 

Kalau ibubapa kita orang yang soleh dan menjaga solat dan mereka ada sebab yang syarie tentang pilihan tersebut, maka sebagai anak berusahalah untuk berlapang dada. Mungkin apa yang kita tidak suka, sebenarnya baik pada pandangan Allah dan apa yang kita suka belum tentu baik di sisi Allah. Jika wanita tersebut mempunyai sebab untuk menolak lamaran tersebut, musyawarahlah dengan ibubapa.

Perkahwinan satu agenda ummah, di dalamnya ada pelbagai ranjau dan mehnah menanti. Jika nakhoda kapal teguh hatinya pada Allah insyaAllah dia (lelaki) akan sentiasa berlapang dada menghadapi ranjau kehidupan. Kerana itu, biarlah kita (wanita) menggunakan hak yang Islam berikan untuk merisik bakal suami agar perkahwinan tidak menjadi sebuah 'tragedi'. 


Bagaimanakah cara untuk merisik lelaki tersebut?

Gunakan orang tengah yang dipercayai seperti ibubapa, guru atau adik-beradik lelaki. Kalau wanita sendiri memulakan langkah untuk berkenalan, kita hanya akan berkenalan dengan seorang lelaki bukannya bakal suami kerana sikap sebenar hanya akan terserlah selepas dia menjadi seorang suami. Sebelum berkahwin, wanita hanya mengenali seorang lelaki dan setelah berkahwin barulah mengenali watak seorang suami. Jadi, untuk mengelakkan tertipu dengan perasaan masing-masing maka sangat indah dan elok jika menggunakan orang tengah sebagai perantaraan.

Notakaki : Ambillah masa yang panjang untuk membuat keputusan (sekiranya perlu) kerana perkahwinan adalah turning point bagi seorang wanita. Kita akan menyerahkan seluruh urusan dunia, akhirat, agama dan iman di pundak seorang lelaki yang sebelum ini tidak ada kena mengena dengan diri dan kehidupan kita. Jadi, usahlah terburu-buru memberi jawapan. Biar lambat asalkan selamat. 

Istikharah + istisyarah = tawakal alaLLAH :)

Wallahua'lam. 

Ummu Amir.

Read more...

17 May 2013

Encik Amir Makan Sabun!

Bismillahirrahmanirrahim.

Macam hari-hari biasa juga, apabila suami berjadual mengajar jauh maka bila sampai masa untuk bersiap, saya akan bawa Amir Solihin 'lari' jauh dari suami dan selalunya saya akan 'berkurung' di dalam bilik dengan Amir Solihin sementara suami bersiap. Amir Solihin sangat pantang tengok abinya bersiap, dia lekas-lekas melekat macam magnet.

Selepas meyakini Abi Amir telah keluar dari rumah, baru saya akan keluar dari bilik dengan Amir Solihin. Nak mandikan beliau dan bersiap-siap untuk solat Maghrib, selepas siap bersihkan Amir Solihin dan lengkap berpakaian maka saya membiarkan dia bermain di ruang tamu. Saya pula menyiapkan diri untuk solat Maghrib, selalunya saya akan pesan kepada Amir Solihin untuk well-behave, dia akan main dengan permainan atau saya buka slide show di komputer untuk dia melihat gambar-gambar.

Masuk tandas, saya terbiasa 'kunci' pintu kerana tidak mahu diekori oleh Amir Solihin. Kategori 'hantu air' yang tak boleh jumpa air, kalau di kampung dia boleh mandi sampai 5-6 kali sehari semata-mata nak main air. Malas untuk salin pakaiannya berkali-kali, saya pun tutup dan kunci pintu tandas.

Selang beberapa minit, dengar tangisannya. Bukan tangis 'biasa-biasa', tangisan yang meminta pertolongan. Tak sedap hati, cepat-cepat buka pintu tandas sebelum selesai berwuduk, tengok tangannya dah penuh dengan cecair sabun mandian dan di dalam mulut pun ada sabun!

La hau la wa la quwwata illa billah!

Separuh menjerit juga la melihat Amir Solihin tuang sabun atas lantai, kedua-dua tangannya penuh sabun dan di dalam mulut pun ada sabun.

Beberapa hari sebelum kejadian, Amir Solihin main 'calit dan jilat' jari dengan adik saya... Mereka 'calit dan jilat' jari, makan susu pekat! Mungkin Amir Solihin menyangka sabun tersebut adalah susu pekat yang mereka main tempoh hari.

Saya sendiri tak perasan keberadaan sabun di tempat yang Amir Solihin boleh capai. Ya, dia memang suka memanjat. Pernah juga dia tolak kerusi rapat ke arah meja, panjat kerusi dan kemudian panjat atas meja lalu dengan senang hati duduk atas printer sambil goyang kaki. Allahuakbar, sabar je la.

Dan mungkin dia hanya melihat sabun dari jauh, tak tercapai dengan tangan maka dia mula menginjak-injak kakinya sehingga tangannya boleh mencapai sabun.

Memang saya panik. Tak tahu nak buat apa. Basuh tangan dan cuci mulutnya, bagi minum air kosong tapi Amir Solihin tak nak. Akhirnya bancuh susu dan pujuk Amir Solihin habiskan susu. Hantar SMS pada suami, kemudian baru teringat suami memaklumkan biasanya beliau akan mematikan telefon bimbit semasa sedang mengajar. Terus telefon pada ibu saya, tanya nak buat apa. Ibu terus mengucap panjang, minta saya telefon pada bapa kalau-kalau boleh datang ke rumah saya.

Akhirnya, telefon terus ke klinik bercakap dengan jururawat. Bila jururawat kata doktor suruh ke klinik, terfikir macammana nak dukung si kecil ni ke klinik. Tidaklah terlalu jauh tapi kalau perlu berdukung, saya bimbang lain pula halnya nanti. Tak tahu nak minta tolong pada siapa, teringat pada bilal dan terus minta bantuan bilal untuk bawakan Amir Solihin ke klinik dengan motosikalnya. Alhamdulillah, selesai juga satu perkara. Saya tak perlu dukung Amir Solihin, saya minta bilal terus ke klinik dengan Amir Solihin sementara saya berjalan kaki.

Heh! Malam, gelap juga. Tak tahu nak fikir apa, fikir Amir Solihin je. Sambil berjalan, terfikir apa la orang nak fikir tengok perempuan jalan sendirian di waktu malam. Kalau apa-apa berlaku, macammana? Dush! Macam-macam yang melayang di fikiran, terus bertambah kelajuan kaki melangkah. Bukan takut hantu jembalang, tapi takut pada orang. Makin laju kaki menderu. Sampai ke klinik, syukurnya Tuhan saja yang tahu. Amir Solihin dah masuk dalam bilik doktor, terus ketuk pintu dan masuk.

Cerita apa yang berlaku.

Doktor senyum saja. Selesai melihat keadaan Amir Solihin, lega bila doktor kata tak ada apa-apa.

"InsyaAllah tak ada apa-apa, saya rasa dia tak makan sabun... Dia cuma rasa saja dilidah."

Macam biasa, Amir Solihin dah mula tunjuk taring. Pergi lari sana, lari sini sebab dia dah kenal dengan klinik dan jururawat yang bertugas.


Bilal juga tolong bawakan Amir Solihin sampai ke kawasan rumah, masa saya sampai tu Amir Solihin dah menunggu. Nak dukung Amir Solihin, terasa pendek nafas je :D

Nak memanjat tangga rumah, suruh Amir Solihin naik di belakang saya. Tak daya lagi nak dukung.

:)

Teringat kenangan di Madinah, dukung Amir Solihin di belakang turun tangga dari tingkat 4 sampai ke tingkat bawah. Sampai di bawah, saya terus terduduk rasa penat sangat. Kena serangan asma, terus pengsan. Haha. Maka, sikap berhati-hati lebih diutamakan. Terpaksa minta bantuan orang untuk bawakan Amir Solihin ke klinik kerana bimbang nanti kedua-duanya tak sampai klinik sebab ummi dah tumbang sekali dengan anak dalam perjalanan. :)

Ada anak lelaki yang super creative, inovative and active memang memerlukan kesabaran yang super tinggi.

Ya Allah,
Peliharalah Amir Solihin. Jadikanlah Amir Solihin seorang yang soleh, musleh, alim, faqeh. Amin.


Catatan Seorang Ibu,
Ummu Amir.

Read more...

08 May 2013

Promosi Istimewa : Habbatus Sauda MinSyam

Bismillahirrahmanirrahim. 



Belian On-line : 
Beli 12 kotak, percuma penghantaran. 

Belian Cash-On-Delivery :
Beli 12 kotak, percuma sebotol jus Mangga 1.5 liter. 


 # Sah sehingga 31 Mei 2013 #


Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke :
niqobgirl[at]yahoo.com
ATAU

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO