"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

22 May 2013

Kerana Allah Menyayangimu

Bismillahirrahmanirrahim.

Perbualan antara saya dan seorang saudara seIslam, saya telah mendapat keizinan darinya untuk berkongsi kepada umum.

Semoga bermanfaat. 

--- 

Assalammualaikum. 

Maaf akak mesej. Akak selalu baca blog Syirah, baca status Syirah dari dulu lagi, cuma tergerak hati nak mesej hari ni. Akak nak minta maaf jika mesej akak mengganggu Syirah sekeluarga. Cuma akak perlu kepada pandangan Syirah (dan suami) mengenai permasalahan ini. Moga Allah merahmati Syirah dan suami sekeluarga. 

Akak berniqab baru masuk tahun kedua tapi ujian tu memang banyak Allah beri, kadang hampir tertewas namun alhamdulillah masih Allah beri kekuatan cuma akak rasa sejak akhir-akhir ini akak rasa hati akak dah mula nak buka niqab. Tapi akak tak nak perkara tu berlaku. Akak nak istiqamah dengan niqab. Satu lagi, akak rasa perangai nakal akak dulu datang balik. Akak risau mengaibkan wanita berniqab. Contohnya berjalan di khalayak dengan bukan mahram. Akak bimbang andai Allah biar akak dalam kelalaian. Mohon berikan panduan dan nasihat pada akak, akak tiada rakan yang berniqab. Akak tak tahu ke mana nak bertanya.

Seberapa lama Syirah perlu waktu, akak sentiasa tunggu. Mudahan sedikit sebanyak nasihat Syirah boleh buat hati akak kembali ke jalan yang diredhai Allah. 

---

Perkongsian :

Wa'alaikumussalam kak * yang dirahmati Allah :)

Semoga hidayah dari Allah sentiasa menyinari kehidupan akak di dunia dan membawa keberkatan untuk akak bahagia di akhirat kelak, amin. Hati akak terkadang merasa nak buka niqab sebab merasakan akak jadi nakal semula, jadi untuk tidak mengaibkan wanita berniqab akak mahu membuka niqab akak semula tetapi dalam masa yang sama akak tak nak ianya berlaku. Maksudnya, akak masih mahu berniqab :)

Alhamdulillah.

Itu tandanya Allah masih sayang dengan akak. Dengan secebis kain yang akak pakai di wajah, Allah menjaga akak dari melakukan maksiat. Dengan niqab, akak malu untuk buat dosa. Subhanallah, secebis kain di wajah bagi orang lain mungkin tidak bermakna apa-apa tetapi bagi mereka yang bermujahadah untuk berniqab, ia sangat bernilai dan tinggi harganya. Kan?

Apa yang akak boleh buat ialah, akak jauhkan diri akak dari lelaki tanpa ada sebab yang syarak benarkan. Contohnya kawan-kawan yang saja nak tanya khabar dan sebagainya, elakkan dari pergaulan dengan lelaki insyaAllah tidak akan membuka jalan untuk keluar dengan lelaki sebab step pertama sebelum keluar berdua-duaan dengan lelaki tak kiralah tempat open atau tidak ia pasti bermula dengan perkenalan. Kan? Jadinya, elakkanlah perkenalan tanpa sebab syarie.

Islam membenarkan lelaki dan wanita bukan mahram berkenalan tetapi ada adabnya, ada syaratnya. Syarat nak berkenalan lelaki dan perempuan adalah untuk tujuan menikah iaitu BERTUNANG. Semasa tempoh pertunangan, lelaki dan wanita dibenarkan berkenalan tetapi bukan dengan keluar berdua-duaan, mesti ditempat yang jauh dari fitnah. Contohnya di rumah keluarga perempuan atau rumah keluarga/rakan-rakan yang soleh solehah.

Perangai, kita boleh ubah kan kak? :) 

Kalau dulu akak boleh mengubah sifat nakal tu, kenapa sekarang tidak boleh? Sedangkan Allah sayang sangat dengan akak. Kalau Allah tak sayang dengan akak, mesti Allah biarkan akak berseronok dengan apa yang akak buat, kan? Tapi, Allah tak biarkan akak begitu, Allah hadirkan rasa di hati untuk akak koreksi diri bahawa pakaian akak adalah pakaian para isteri Rasulullah, dengan pakaian akak yang mencontohi para isteri Rasulullah wajarlah akak juga turut mencontohi akhlaq para isteri Rasulullah. InsyaAllah! 

Ada orang, Allah sentiasa bagi nikmat dunia walaupun dia lakukan maksiat kepada Allah. Setiap kali dia buat dosa, Allah bagi nikmat. Dia buat maksiat, Allah bagi nikmat. Tak solat fardhu, Allah bagi kejayaan. Tak puasa Ramadhan, Allah bagi rezeki (wang) melimpah. Rasuah, Allah bagi kekayaan. Semakin dia bermaksiat, semakin banyak Allah bagi nikmat. Dia lemas dalam nikmat dunia dan Allah buat dia lupa kepada Allah, sebenarnya ia adalah balasan untuk perbuatan-perbuatan maksiat yang dia lakukan. Istidraj. Kita sangkakan kita dapat nikmat tetapi sebenarnya Allah jauhkan kita dari Allah. Nauzubillah! 


Biarlah hidup kita, Allah cukupkan apa yang kita perlu kalau kita tak dapat apa yang kita mahu. Mungkin seronok keluar dengan yang bukan mahram, tetapi hilang nikmat yang sebenar iaitu nikmat bercinta dengan Allah, nikmat merasakan Allah adalah matlamat kita. 

Semoga Allah akan terus sayang kita semua dan jauhkan kita dari perkara yang menjauhkan kita dari Allah. Amin!

Wallahua'lam.

Salam sayang,
Insyirah Soleha.

1 leaves:

Unknown 22 May 2013 at 21:31  

assalamualaikum kak. alhamdulillah, saya bersyukur pada Allah kerana menemukan saya dengan blog akak yang sedikit sebanyak membantu saya. kak, tolong baca mesej dekat facebook akak ye. saya ada hantar mesej. dekat OTHER sebab saya bukan friend akak. terima kasih ...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO