"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

20 May 2013

Merisik Calon Suami

Bismillahirrahmanirrahim. 

Berbual dengan seorang muslimah berkenaan lamaran dari lelaki. Islam membuka ruang kepada wanita untuk merisik bakal suami sebelum menerima pinangan lelaki tersebut. Islam juga memberi peluang untuk bermusyawarah (berbincang) setelah istikharah. Musyawarah boleh dilakukan dengan orang yang dipercayai seperti guru, ibubapa atau keluarga. 

Jika lelaki tersebut adalah pilihan ibubapa, adakah wanita perlu menerimanya tanpa ragu-ragu? 

Kalau ibubapa kita orang yang soleh dan menjaga solat dan mereka ada sebab yang syarie tentang pilihan tersebut, maka sebagai anak berusahalah untuk berlapang dada. Mungkin apa yang kita tidak suka, sebenarnya baik pada pandangan Allah dan apa yang kita suka belum tentu baik di sisi Allah. Jika wanita tersebut mempunyai sebab untuk menolak lamaran tersebut, musyawarahlah dengan ibubapa.

Perkahwinan satu agenda ummah, di dalamnya ada pelbagai ranjau dan mehnah menanti. Jika nakhoda kapal teguh hatinya pada Allah insyaAllah dia (lelaki) akan sentiasa berlapang dada menghadapi ranjau kehidupan. Kerana itu, biarlah kita (wanita) menggunakan hak yang Islam berikan untuk merisik bakal suami agar perkahwinan tidak menjadi sebuah 'tragedi'. 


Bagaimanakah cara untuk merisik lelaki tersebut?

Gunakan orang tengah yang dipercayai seperti ibubapa, guru atau adik-beradik lelaki. Kalau wanita sendiri memulakan langkah untuk berkenalan, kita hanya akan berkenalan dengan seorang lelaki bukannya bakal suami kerana sikap sebenar hanya akan terserlah selepas dia menjadi seorang suami. Sebelum berkahwin, wanita hanya mengenali seorang lelaki dan setelah berkahwin barulah mengenali watak seorang suami. Jadi, untuk mengelakkan tertipu dengan perasaan masing-masing maka sangat indah dan elok jika menggunakan orang tengah sebagai perantaraan.

Notakaki : Ambillah masa yang panjang untuk membuat keputusan (sekiranya perlu) kerana perkahwinan adalah turning point bagi seorang wanita. Kita akan menyerahkan seluruh urusan dunia, akhirat, agama dan iman di pundak seorang lelaki yang sebelum ini tidak ada kena mengena dengan diri dan kehidupan kita. Jadi, usahlah terburu-buru memberi jawapan. Biar lambat asalkan selamat. 

Istikharah + istisyarah = tawakal alaLLAH :)

Wallahua'lam. 

Ummu Amir.

6 leaves:

Syuhada 21 May 2013 at 12:17  

"Kita akan menyerahkan seluruh urusan dunia, akhirat, agama dan iman di pundak seorang lelaki yang sebelum ini tidak ada kena mengena dengan diri dan kehidupan kita."

Ini yang selalu bermain dalam fikiran saya bila cakap pasal kahwin. Rasa macam.. Hmm..

Insyirah 22 May 2013 at 12:10  

Islam memberi peluang dan ruang juga hak kepada wanita dalam memilih/menerima calon suami, maka gunakan hak anda sebaiknya. Jangan digula-gulakan dengan status anak dara tua dsb.

Kehidupan anda, pilihan anda! :)

Forever In Heart 22 May 2013 at 14:45  

Alhamdulillah..seronok baca blog akak.. sy juga baru bertatih berniqab.. Masih terlampau baru lg... Ada yang memandang pelik tp sy cuba kuatkan hati.. hehe.. moga sy pon dpt melalui saat2 mcm akk.. sedang menunggu bakal imam.. cuma xtau siapa dan bila... wallahualam..=) doakan sy ketemu jodoh insyaallah =)

Unknown 25 May 2013 at 00:39  

Assalamualaikum..
Sy bru sje ikut blog saudari.. Sy kagum bila baca kisah cinta saudri dgn kluarga.. Sy mahu brtnya jika lelaki pula mahu mngenali seorg wanita brburdah yg xdikenali sy bgaimana pula cara dn adab2 utk sya kenal dia dn merisik?
Adakah sy perlu direct kpd dia atau rakan dia? Sbb ayah dn ibu dia pn sy xknal..
Smoga Allah memberkati
dn merhmti khidupan saudri skeluarga..

bidadari_uhud 26 May 2013 at 14:14  

assalamu'alaikum.. setelah bca entri ni tpaggil nk share cite n nak minta pendapat..,
kwn sy btunang dgn seseorg, keluarga yg aturkan, xpernah kenal wlpn dah bertunang, hanya tahu nama, dan kerja apa, dan sdkt latar blakang.. masalhnya, pihak lelaki menyerahkn bulat2 urusan pd ibunya..lelaki ni xpnah contact kluarga kwn sy ni, call nk tanya khabar bakal mak ayah mertua pn x.. sy n kawan cuba selidik fb dye, dr pndgn awal, si lelaki agak bsosial, merokok, malah kami ad tgok satu pic ni, si lelaki bseluar pendek smbil tgh hisap shisha..kwn sy sdih sgt, sy pn sdih juga sbb kawan sy perempuan baik.. bila brbncang dgn keluarga perempuan, parent dye ckp, mgkin tu ujian buat perempuan ni, ALLAH nk tinggikan pahala n darjat kwn sy ni, mne tahu suatu hri nti lelaki ni berubah..?

mohon pandangan dr insyirah n pmbaca yg lain...
terima kasih, barakallah :-)

ubaidah 30 July 2013 at 12:01  

Lelaki soleh harus mengahwini perempuan kurang solehah

perempuan solehah tak harus menerima pinangan lelaki tak soleh

-UAI

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO