"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

16 November 2012

Cita-Cita Yang Jauh

Bismillahirrahmanirrahim.


****

Ramai orang bercakap pasal isu murtad. Cerita sensasi barangkali. Tapi, yang terkilannya yang bersungguh-sungguh mengeluarkan pendapat dan pandangan tidak melihat 'cermin' dahulu. Cerita pasal akidah, tetapi diri sendiri (dan keluarga) tidak mengamalkan syariat Allah. Contoh paling mudah, aurat. Cerita pasal akidah, tetapi tidak bertudung, pakai baju ketat-ketat. Cerita pasal akidah, tapi tak solat dan boleh pula minum arak secara terbuka. Bahkan berbangga dengan dosa yang dilakukan, terang-terangan! Allah.
 
Beri komen pasal suasana orang yang berhijrah memakai jubah dan serban, siap perli-perli lagi katanya pakaian tersebut (berjubah dan serban) hanyalah adat dari Timur Tengah. Adat orang Arab, yang sibuk sangat nak ikut tu apasal. Pakai je lah baju melayu dan kain pelikat, takde masalah pun. Itu katanya. Kasihan, dia tak tahu kerana tak belajar pasal sunnah Rasulullah. Tapi, yang terkilannya dia sibuk mengata orang yang berjubah dan berserban 'budget bagus' sedangkan ahli keluarganya sendiri seronok menayangkan rambut ikal panjang di halaman facebook. Nak cakap pasal sunnah, tapi diri sendiri dan keluarga tak amal pun syariat Islam.
Satu yang bagus, masing-masing berkongsi info tentang Palestin. Pasal Syria, pasal Rohingnya. Tapi, kurang yang ingatkan pasal saudara kita di Thailand, di Chehnya, di Kashmir hatta di China. Ya, kita kurang info tentang mereka. Jadinya pasal Palestin, Syria dan Rohingnya kita jadi 'sedar'. Alhamdulillah. Cuma, yang terkilannya... Sibuk berkongsi pasal jihad, pasal orang syahid, pasal semangat. Status pun berdegar-degar, cumanya yang tak seronoknya bila yang ditulis tak seiring dengan apa yang dipraktiskan.

"Tegakkan Islam di dalam dirimu nescaya Islam tertegak di bumi."
Ya, menegakkan Islam dalam diri. Mengamalkan syariat Allah, ikut sunnah Rasulullah s.a.w :)
Bukannya tegakkan Islam kepada orang lain, sedang diri tidak mematuhi garis panduan yang Allah gariskan kepada kehidupan manusia. Ya...
Bagaimana mahu menyentuh roh-roh orang lain apabila roh sendiri tidak tersentuh dengan Islam.

****

Terharu melihat Amir Solihin ambil kopiah (yang sejak bayi memang anti sangat kalau kepalanya ditutup), pakai dan solat dengan gayanya. Takbir, mulut kumat kamit, rukuk, sujud & beri salam.

Meskipun solatnya hanya 1 rakaat dan tidaklah sempurna tetapi setiap kali melihat Amir Solihin solat tak kira waktu, saya jadi terusik.

Memang sejak bayi, saya suka solat dengan meletakkan Amir Solihin di bahagian kanan sejadah dengan harapan Amir Solihin tidak menangis kerana saya ada bersamanya. Dia melihat saya solat. Tetapi apabila mula bergerak, saya meletakkan di dalam walker. Setelah berjalan, Amir Solihin suka memanjat atau mengetuk kepala saya ketika sujud. Pernah saya tersungkur semasa rukuk kerana ditolak oleh Amir Solihin. Kadang kala saya kena berulang kali solat apabila Amir Solihin menarik telekung sehingga memperlihatkan aurat.

Tapi... Semuanya jadi manis bila teringatkan bahawa solat adalah peluang untuk merehatkan jasad, hati, minda dan emosi.

Ramai ibubapa lebih menekankan ibadah puasa di bulan Ramadan kepada anak kecil untuk melatih berpuasa tetapi tidak gigih melatih anak bersolat sejak kecil. Hasilnya, apabila dewasa kita boleh berusaha untuk berpuasa di bulan Ramadhan tetapi solat fardhu 5 waktu selalu dipinggirkan. Saya melihat suami mendidik Amir Solihin berwuduk sejak usianya 1 tahun 2 bulan, kerana kata suami.. Ciri-ciri penghuni syurga adalah orang yang sentiasa menjaga wuduk.

Allahuakbar.

Cita-cita kami bukan sahaja terhenti di dunia tetapi hajatkan anak-anak yang tergolong dari kalangan orang soleh, penghuni syurga.

Apabila melihat orang berdoa (di dalam tv) cepat saja Amir Solihin menadah tangan dan menyuruh kesemua orang turut serta menadah tangan.

Rabbi habli minassolihin.

Amin ya Rabb alamin.



(Saya dikatakan tiada matlamat hidup kerana tidak menyambung pengajian dan tidak bekerja, tetapi... Hakikatnya matlamat kami mahu lahirkan penghuni syurga) Allahu... Kadang kala kita kena 'tarbiyyah' hati sebelum mentarbiyyah akal untuk menjadi orang yang cerdik bukan sahaja di atas kertas.

****

Jaga solat.

Jaga aqidah.

Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami dan zuriat keturunan kami dikalangan orang yang menunaikan solat. Amin.

Wallahua'lam.


Ummu Amir.

5 leaves:

Rintihan HambaMu 16 November 2012 at 23:07  

Assalamualaikum ukhti yyg dikasihi Allah..
Alhamdulillah..suka baca setiap entry ukhti..
moga ukhti sentiasa dlm kasih sayang Allah.

Tokwan Amir 17 November 2012 at 13:44  

Nanti Wan bawa Amir pi masjid...

Nightbeam 17 November 2012 at 18:33  

Assalamualaikum.
Pada saya, menyambung pelajaran memberi peluang untuk kita bergaul dgn lebih ramai orang especially orang yang 'tak sama' dgn kita dari segi pemikiran, perangai and even pemakaian.

Dan di situ membuatkan kita lebih memahami dan tidak menghakimi mereka atas tindakan mereka (walaupun telah sedar mereka "tak tahu kerana tak belajar pasal sunnah Rasulullah").

Dengan tidak menghakimi mereka dan menggunakan dengan ayat-ayat sarcastic, maka tidaklah wujud part compare2 at ALMOST EVERY POST of yours-lebih2 lagi bab aurat; (bertudung atau tak, tudung labuh atau tudung pendek). Malah dapat explore cara yang lebih creative lagi untuk menegur sikap manusia yg bermacam2 ragam.

Kenapa tidak highlightkan benda yang baik je atau benda yg patut dibuat tu instead of mengatakan 'ramai orang itu, ramai orang ini'?

Rasulullah ada buat begitukah? Maaf kerana saya "tak tahu kerana tak belajar pasal sunnah Rasulullah".

Allahua'lam

Tokwan Amir 22 November 2012 at 15:23  

Maaf Nightbeam..."Tak tahu kerana tak belajar sunnah Rasulullah"...kalau tak tahu, kena la "ambil tahu" supaya tahu...

Tokwan Amir 22 November 2012 at 15:26  

"tak tahu kerana tak belajar sunnah Rasulullah" saya ambil kenyataan ini secara literal yg anda tak tahu...jadi, kenalah "ambil tahu" baru tahu.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO