Allah Bagi Pinjam
Bismillahirrahmanirrahim.
Hujung minggu lalu, saya didatangi tetamu istimewa. Sangat istimewa :)
Sentiasa, berbicara dengannya memberikan kesan yang mendalam kepada saya. Sentiasa, berbicara dengannya membuatkan saya tidak pernah jemu atau bosan. Sentiasa, berbicara dengannya mengundang muhasabah dan akhirnya saya mendapat sentuhan kasih, kasih dari Tuhan kerana menghubungkan saya dan dia.
Dalam keterbatasan waktu, saya mendengar ceritanya. Kisah sepupunya yang hamil anak kembar, masyaAllah. Seronoknya :) Namun, seorang bayi meninggal semasa 3 bulan dalam kandungan. Bayi tersebut mengecil (mengecut) di dalam rahim sementara bayi yang satu lagi terus membesar sendirian. Dan sepanjang kehamilan tersebut, sepupunya mengalami bleeding (pendarahan). Sentiasa bleeding. Allah... Bila usia kandungan sudah masuk 7 bulan, kembar yang sudah ada roh juga berhenti bergerak. Allah tidak izinkan untuk mereka (anak-anak tersebut) lahir ke dunia. Meninggal apabila sudah ditiupkan roh. Innalillahi wa inna ilaihirajiun.
Besar dugaan itu. Bagi yang melihat atau mendengar saja sudah tersentap hati, inikan pula mereka yang dipilih Allah untuk mendepani ujian tersebut.
Dan, tidak mustahil kalau Allah nak bagi 3 anak sekaligus, Allah boleh bagi. Kan?
Sebab, sahabat cerita sahabat ibunya keguguran sebanyak 2 kali dan kehamilan kali yang ke-3, Allah ganti sekaligus. Mengandung kembar 3! Masha Allah.
Semua Allah yang punya.
Kita akan menjadi SOMBONG apabila kita merasa sesuatu yang Allah pinjamkan sebagai hak kita. Kita akan menjadi BONGKAK apabila kita melihat sesuatu yang kita pegang adalah milik kita. Kita akan rendah diri dan sentiasa bersyukur apabila kita merasakan bahawa semua yang ada, MILIK ALLAH semata-mata.
Allahuakbar.
Ramai orang berbangga dengan ramainya anak, ramai orang berbangga dengan banyaknya harta, ramai orang berbangga dengan cantiknya fizikal, ramai orang berbangga dengan besarnya gelaran dan pangkat di dunia tanpa dia menyedari bahawa apa yang menjadi kebanggaan hanyalah pinjaman semata-mata.
Apabila kita mencari dunia, kita mungkin akan peroleh kesenangan tetapi tidak mungkin kita akan menikmati ketenangan :)
Apabila kita mencari akhirat, insha Allah kita akan menikmati ketenangan dan kesenangan. Kerana? Ketenangan di hati akan melahirkan kesenangan jiwa dan tubuh.
Ayuh... Fikirkan sesuatu untuk dilakukan, kalau tidak mampu buat ummah. Lakukan sesuatu yang bermanfaat kepada diri sendiri, dengan semua yang Allah pinjamkan... Masihkah mahu mendabik dada...?
Wallahua'lam.
p/s: Awak, syukran jiddan. Jazakillah khayr atas semuaaaaaaa yang awak buat. Moga Allah memberkati kehidupan awak, aamin ^_^
8 leaves:
Bila Allah tarik apa yang Allah bagi pnjam kite kne reda bkan mngeluh
Singgah sebentar di sni..
Alhamdulillah..dapat muhasabah.
Jzkk.
rasa nak nangis..huhu...syukran kak atas perkongsian..indahnya andai dapat selalu bersua dgn org mcm tu, yg slalu mengingatkan kita pada Allah..T_T
Ain Soofiyah.
Redha dan sabar sesuatu yang nampak macam sama tetapi sebenarnya berbeza.
Orang yang sabar, dia bersabar tetapi di dalam hatinya tetap juga terasa goncangan atau tiupan ujian yang datang.
Orang yang redha, dia tak kisah dengan ribut atau taufan yang menggoncangnya sebaliknya dia melihat semuanya dengan merasakan "Allah yang berhak atas segalanya."
Orang yang sabar tidak semestinya redha tetapi orang yang redha adalah orang yang bersabar.
:)
Mengeluh itu terkadang ada yang terluah di bibir dan ada yang tersembunyi di dalam hati. Sebab tu kena selalu muhasabah kembali untuk memujuk diri bahawa apa yang ada, semua Allah bagi pinjam semata-mata.
Sangatlah beruntung orang yang sentiasa redha dengan apa sahaja yang berlaku dalam hidupnya.
Wallahua'lam.
Srikandi permata.
Alhamdulillah, semuanya dari Allah.
Ruqaiyah.
:)
Teringat pesanan dari seorang teman, "kalau tak mampu menangis maka berpura-puralah untuk menangis, kalau tak mampu juga maka menangislah kerana kamu tidak mampu menangis dek kerana kerasnya hati."
Allah...
Sahabat yang sentiasa ingatkan kita kepada Allah tidak ramai, dan tidak semua orang akan 'selesa' dengan orang yang mencintai Akhirat melebihi kehidupan di Dunia :)
Wallahua'lam.
SubhanaAllah.. jazakillah ukhti ats perkongsian.. masih mencari diri yg hilang atas kesilapan2 silam.. sungguh terhimpit rasa malu pd Ilahi lebih drpd malu pd makhluknya.. doakan sy, ukhti.. semoga Allah redha & semoga ukhti sekeluarga sentiasa dlm jagaan Allah..Barakallah~
perkongsian yang bermanfaat dan menarik
Post a Comment