Husna.
Bismillahirrahmanirrahim.
Kadang, sebahagian dari kita sentiasa berteman tidak kira waktu dan ketika. Merasa bahagia dan selesa apabila didampingi teman-teman, merasa kekurangan apabila berada sendirian.
Kadang, sebahagian dari kita menjadikan seorang sahabat sebagai teman; tempat meluahkan suka dan duka kehidupan. Sahabat juga selalu menjadi teman yang baik untuk mendengar luahan rasa, tersenyum apabila kita gembira. Sahabat, sesuatu yang kita semua mengharapkan adalah seorang yang sangat kita percaya. Ya, kepercayaan. Sesuatu yang sukar untuk diletak kepada manusia kerana apabila terlebih percaya kepada makhluk, akhirnya yang pasti kita akan dirundung luka dan duka. Harapan dan keyakinan itu hanyalah berhak buat Allah. Mutlak. Titik.
Kadang, dalam kita bersahabat pasti akan ada kisah suka dan duka antara kita dan sahabat. Paling tidak pun kita akan tersenyum apabila dia ketawa mahupun kita akan menangis apabila dia berduka. Sanggup kita bersusah untuk sahabat, dan seorang sahabat yang baik sentiasa akan mencuba yang terbaik bagi kebahagiaan sahabatnya.
Dikelilingi manusia yang pelbagai ragam dan emosi, terkadang kita manusia yang punya emosi sentiasa mendahulukan emosi berbanding iman dalam mentafsir manusia. Apabila menalifon sahabat, panggilan tidak dijawab kita cepat-cepat fikir apakah sahabat kita tidak mahu melayan panggilan. Mungkin juga timbul prasangka bahawa sahabat tidak lagi mahu menjadi 'best friend forever', mungkin juga sahabat yang dikasihi sudah ketemu orang lain untuk menjadi 'best friend'.
Jarang pula kita mendahulukan iman, merasakan panggilan tidak terjawab kerana sahabat sedang beribadah; membaca al-Quran, solat sunat Dhuna, sedang menyuap ibu/bapanya makan nasi, sedang melayani suami/isteri, sedang mengajar anak membaca dan sebagainya.
"Kak, akak ada bestfriend tak?"
Suatu malam, saya mendapat sms dari seorang yang berpangkat adik.
Dan, saya tak tahu kenapa saya sedih baca sms tersebut. Saya balasnya dengan sepenuh hati, bersalut emosi bukannya berlandaskan iman. Akhirnya perbincangan kami mengenai 'bestfriend' membuatkan saya terkenangkan sahabat-sahabat yang saya kasihi, hanya mengingati dari jauh.
Hatta 'bestfriend forever ever' pun tak menjanjikan kesempurnaan perhubungan, permulaan yang baik tidak semestinya berkesudahan dengan pengakhiran yang baik. Tetapi, setidak-tidaknya sebuah pengakhiran yang baik insha Allah bermula dengan permulaan yang baik.
Bila kita berkawan untuk mendapat manfaat, kita menempah tiket untuk KECEWA.
Bila kita berkawan untuk memberi manfaat, kita menempah tiket untuk GEMBIRA.
Sebagai manusia biasa, saya begitu terkesan dengan seseorang yang saya 'kenali'. Berjumpa hanya beberapa kali, kalau tidak silap hitungan saya kami hanya bertemu 3x. Dia lebih muda dari saya beberapa tahun tetapi dia sangat MATANG. Saya selesa, sangat selesa untuk berkongsi perasaan dengan dia :)
Masa saya 'down', pernah dia katakan sesuatu yang buat saya terus mengalir air mata.
"Kalau akak rasa malu nak cakap sebab saya kecil lagi, akak anggaplah saya ni sebaya dengan akak."
Bukan maksudnya begitu, saya cuma melihat dia dari kacamata saya... dia seorang yang matang dan boleh berkongsi sesuatu untuk iman saya, bukan sahaja emosi saya dipujuknya tetapi dia menjentik iman saya agar terus bangun dan jangan melayani liuk lentok emosi yang sedang mengawal hati. Ya, tidak banyak bicaranya yang dia sampaikan tetapi saya merasakan denyut kasih sayangnya dalam untaian kata.
Tidak banyak kata-kata yang dinukilkan kepada saya dalam tempoh tersebut tetapi saya yang dari 'jauh' ini merasai usapan kata-katanya. Tanpa kata, dia hanya memberi rasa. Sesuatu yang luar biasa perasaannya dan implikasinya kepada diri saya. Saya terus bangun dari liuk lentok emosi, cuba bangunkan kembali iman.
"Kak, saya nak juga jadi orang yang mendengar kata-kata akak, saya tak nak hanya jadi orang yang mengusap air mata akak kala akak menangis."
Allah.
Sesungguhnya, dalam keramaian itu tetap akan keseorangan apabila kita menjauhkan diri dari Tuhan. Dan dalam keseorangan kita dari keramaian manusia itu tetap sahaja kita merasa berteman apabila kita menghadirkan perasaan bahawa Allah ada bersama kita, lalu kita menjadikan Allah sebagai sahabat terbaik dalam mengendali emosi dan mengharap agar Allah memelihara iman kita kuat-kuat.
Allahuakbar.
Jazakillah khair Husna yang dikasihi. Akak nukilkan di sini buat tatapan diri akak dan pembaca di luar sana bahawa seorang sahabat yang terbaik bukanlah sahabat yang perlunya sentiasa di sisi saat jatuh dan bangun tetapi sahabat yang membangkitkan iman seorang sahabat tak kira di mana sahaja sahabat itu berada, samada jauh beribu batu mahupun dekat sejengkal!
Semoga Allah jaga KITA semua. Insha Allah.
Allahumma aamin ya Allah!
From Me With Love,
Ummu Amir.
2 leaves:
Subhanallah..hebatnya ukhuwah fillah..Termotivasi untuk menjadi sahabat yang baik..
"Untuk menjadi sahabat yang baik,diri kita terlebih dahulu perlu menjadi sahabat yang baik",familiar kata2 ni,kan kak insyirah?
Assalamualaikum...
Suka baca entry ini,
Alhamdulillah, bersyukur jika kita dikurniakan sahabat yang apabila makin kita mengingatinya, makin mendekatkan kita dengan Allah...
^_^
Post a Comment