"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

04 July 2011

Mujahadah Itu "Sakit"

Bismillahirrahmanirrahim.

Perasaan dilanda suram, wajah juga muram sejak beberapa hari. Meniti jalan mujahadah yang sememangnya perit, namun untuk menikmati lazatnya iman... Tidak semudah memetik buah di tangkal pokok, pokok keimanan yang menghasilkan buah-buah yang ranum dan lebat memerlukan jalan mujahadah meskipun dilalui dengan penuh kesulitan dan kepayahan.

Air mata sungguh mudah mengalir saat ini, namun perasaan 'libang libu' ini tidak semuanya memahami. Cukuplah sekadar perasaan tidak terus keras membeku dengan apa yang berlaku, mudah-mudahan Allah menghiburkan dengan cara yang terbaik pada pandangan Nya.

Hari ini, rawatan kehamilan mingguan sudah menjadi 2x seminggu. Jururawat yang bertugas tersenyum melihat angka timbangan ana.

"Dik, kenapa berat turun ni sayang?"

Hanya tersenyum saja. Bak kata Encik Zauj, macammana tak turun dari hari Jumaat lagi bermuram durja. Stress. Sempat lagi Encik Zauj tawarkan ana aiskrim namun disambut dengan gelengan, tak rasa nak makan apa-apa. Padahal sebelum ni, kalau dengar "aiskrim" tersenyum lebar sambil demand nak itu ini.

Hari Jumaat lalu, seharian keyakinan kepada Allah terduga. Air mata turun menyimbah, tak lagi menghiraukan orang disekeliling yang memerhati gelagat ana. Meskipun orang mungkin tidak nampak air mata yang mengalir namun mereka terperasan mata yang sudah merah menyala. Allah, puas sudah memujuk hati agar tidak terus jatuh terduduk begini namun bila rebah ke bumi, untuk bangkit sekali lagi memerlukan tangan-tangan yang hebat untuk memimpin langkah yang tersasar.

Apabila beberapa doktor memaksa untuk di induce, diam. Maklumkan pada ummi dan abi, ummi tidak setuju kerana bimbang tempoh sakit yang berpanjangan akan menjejaskan kesihatan tulang belakang yang akhirnya terpaksa untuk dibedah. Kalau dah alang-alang nak 'paksa' baby keluar lebih baik mengambil keputusan untuk dibedah. Tetapi, doktor tidak mahu membedah. Dari pagi sehingga petang, selepas diperiksa satu doktor, satu dan seterusnya juga seterusnya sehinggalah akhirnya sekumpulan doktor ortopedik datang memeriksa.

Akhirnya, pasukan ortopedik membenarkan bahagian O&G untuk induce ana dan memberi keizinan sekiranya ana tidak mampu bertahan dengan kesakitan belakang, boleh diberikan epidural namun perlukan pemerhatian rapi kerana bimbang tercucuk pada bahagian tulang yang bermasalah. Setelah mereka berbincang lanjut, akhirnya pasukan ortopedik menasihatkan pasukan O&G sekiranya ditakdirkan pembedahan terpaksa dilakukan maka bius sepenuh badan dan elakkan epidural.

Mendengar bahasa-bahasa para doktor yang mengelilingi, terkebil-kebil. Bukan tidak faham dengan apa yang mereka bualkan tetapi tiada perasaan yang mengiringi denyutan jantung yang bergerak.

Dari pagi kesemua doktor O&G yang memeriksa memaksa untuk induce kerana bimbangkan keselamatan bayi dalam kandungan. Segagah mana langkah seorang wanita, apabila bersangkut paut dengan ANAK, tidak dapat tidak... Terguris juga hati yang tebal.

Beberapa kali ummi menalifon, dan... Iya, apabila bercakap dengan ana... Ana tahu ummi menangis di hujung talian meskipun disorok-sorok dari pengetahuan ana. Ibu mana yang gagah apabila persoalan anak menjadi taruhan.

Akhirnya, sebelum keputusan terakhir diambil... Seorang doktor wanita O&G yang agak berusia datang memeriksa. Melihat kondisi bayi buat kali terakhir sebelum membuat keputusan muktamat, akhirnya...

"I rasa baby OK je, see... CTG very nice, bladder OK, baby pun nampak sangat aktif. No need to induce her."

Allahu Rabbi, rasa nak bangun terus peluk doktor tu sepuas-puas hati!

Mendengar ungkapan doktor tersebut, air mata melimpah sekali lagi. Allah... Dia yang beri ujian, Dia jugalah yang memujuk dengan cara dan kehendak Nya.

Menghadkan komunikasi dengan sahabat-sahabat, hiburkan hati sendiri. Tidak mahu menyempitkan hati, bimbang semakin terguris dengan kata-kata manusia yang tidak tahu apa-apa tetapi apabila berkata-kata seperti mengetahui segala-galanya.

Moga Allah kuatkan hati kami untuk menghadapi segala takdir yang bakal berlaku.

Wallahua'lam.

Insyirah Soleha.

15 leaves:

Insyirah 4 July 2011 at 15:11  

insyirah,
kuatkan semangat ye..Allah bersama orang2 yg bersabar..
sesudah kesulitan pasti ada kemudahan..insyaAllah..=)

WanitaMustanir 4 July 2011 at 15:32  

*semoga sentiasa kuat dan diberi ketabahan oleh Allah..

NooR AzLen BinTi HaRoN 4 July 2011 at 18:51  

Klinik O&G-->every month go there..

Moga adik tabah dlm menghadapi ujianNYA.

take care dik:-)

Misty Melor 4 July 2011 at 20:18  

Insyirah seorang wanita ang tabah syikin kenal... insyaAllah.. semuanya akan baik-baik saja :)

Misty Melor 4 July 2011 at 20:18  

Insyirah yang syikin kenal memang seorang wanita yang tabah dan sabar.. insyaAllah.. semuanya baik-baik saja :)

Ummu Aifaa,  4 July 2011 at 22:08  

Sis, semoga tabah yeh. May Allah be with you every step of the way. Take care. :D

pencintaAllah 5 July 2011 at 00:02  

assalamualaikum...

"PUT YOUR TRUST TO ALLAH 100%"

insyaAllah...
semoga terus kuat...
semoga baby and bakal ummi yang tabah ini sentiasa sihat dalam iman...

don't worry...

"Yakinlah pertolongan Allah itu sangat dekat..."

I will always pray to Allah for you, your baby n family...

salam mujahadah,
"MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS"

akue 5 July 2011 at 06:44  

semoga berada dalam keadaan yang sihat dengan izin Allah s.w.t.

Che Cha 5 July 2011 at 08:45  

Insya Allah Insyirah Kuat! =) Allah sentiasa bersama mu.

jundulloh_anahamlatilquran 5 July 2011 at 14:44  

salam ya ukhti...
moga terus kuat menghadapi ujian dari Allah.....
Mintalah orang sekeliling mendoakan enti....
wassalam

Ummu Abiha 6 July 2011 at 00:27  

Assalamualaikum.. alhamdulillah =)

dr.najwa al-hafizah mohamad hamdan ibnu ismail 6 July 2011 at 03:01  

salam..ya,ukhti..bersabarlah.ana sendiri berkecimpung dlm bidang ini.wlaupon masih blom menerima ijazah..tp,ana paham.jika doc yg merawat kita itu kurang paham.maka,nafsu yg akn diletakkan dihadapan.bukan ALLAH yg UTAMA.bersabarlah...merasakan diri yg akn mnyembuhkan sedangkan pada hakikatnya ALLAH.kita hnylah wasilah yg melakukan atas keizinannya.iALLAH,ALLAH bersama dengan hambanya.terima kasih diatas perkongsian yg bermakna ini dan ianya menjadi persedian sblm ana bergelar isteri..ana mahu mempersiapakn dri ana dahulu.smoga thabat dlm perjaungan ini.barakallahufik..

sya 6 July 2011 at 12:39  

Assalamualaikum adik ku,
tabahlah dengan ujian Allah, sememangnya betul sakitnya bila mujahadah..
Semoga selamat bersalin nanti ..InsyaAllah..

Kasih Tercipta 7 July 2011 at 00:23  

Assalamualaikum insyirah ...
smoga tabah...
nnt achik firah dtg jenguk ya...
jaga dri elok2...

syg insyirah..

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO