Kisah Saidatina Fatimah Dengan Batu Pengisar
(Riwayat dari Abu Hurairah r.a.)
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. ke rumah anaknya (Fatimah az-Zahra), Rasulullah mendapati bahawa Fatimah sedang duduk dan mengisar padahal beliau sedang menangis. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, Dan apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fatimah, Allah tidak memberi mata kepadamu untuk menangis (selain kepada Nya). Maka Fatimah menjawab, Hai bapaku, daripada kekuasaanmu maka engkau mintakan kepada Imam Abu Al-Hasan (Saidina Ali r.a.) untuk memberiku seorang hamba supaya dapat membantuku untuk mengisar gandum dan pekerjaan rumah.
Tatkala mendengar bicara Fatimah, Rasulullah s.a.w. mengambil batu pengisar, dengan lafaz basmalah maka ia berpusing dengan sendirinya dengan izin Allah. Maka Rasulullah meletakkan gandum dengan tangannya dan berpusinglah batu pengisar itu dengan sendirinya dan tasbih keatas Allah beberapa kali hingga selesai mengisar. Maka, Rasulullah s.a.w. bersabda: Berhentilah wahai batu pengisar dengan izin Allah. Maka ia berhenti dan berkata kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, demi Tuhan yang membangkitkan engkau dengan sebenar Nabi dan Rasul, jika engkau menyuruh aku untuk mengisar gandum Masyriq dan Maghrib, nescaya aku akan mengisar semuanya dan bahawasanya aku mendengar di dalam kitabullah:
...... Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari neraka yang bermula kayu apinya adalah manusia dan batu. [At-Tahrim : 6]
Maka aku takut ya Rasulullah jikalau aku adalah batu yang akan masuk ke dalam neraka. Maka Rasulullah bersabda: Sukakah kamu sekiranya engkau menjadi batu daripada mahligai Fatimah di dalam syurga? Maka batu pengisar itu pun suka dan diam.
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepada puterinya, Jikalau Allah mahu wahai Fatimah, maka batu raha (pengisar) itu bergerak dengan sendiri tetapi Allah mahu engkau berbuat kebaikan dan ingin mengkifarahkan engkau dari kejahatan dan diangkat ia bagi engkau beberapa darjat. Hai Fatimah, wanita yang mengisar (menyediakan makan) bagi suami dan anaknya melainkan disuruh Allah baginya tiap-tiap biji gandum itu kebajikan dan dijauhkan daripadanya kejahatan dan diangkatkan baginya darjat. Hai Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar untuk suaminya melainkan dijadikan Allah jarak antaranya dengan neraka adalah 7 kota.
Rujukan: Al-Jauhar al-Mauhub wa Munabbihat al-Qulub tulisan Syeikh Ali B Abdul Rahman
** Bayangkan batu raha (pengisar) pun tunduk dan patuh akan perintah Rasulullah s.a.w. kerana takutkan azab neraka Allah, sedangkan manusia yang dikurniakan akal fikiran dan iman pun masih ramai yang tidak mahu menyahut seruan Rasulullah untuk mentaati Allah dalam kehidupan seharian. Bersama muhasabah untuk membina peribadi muslim yang cemerlang.
Wallahua’lam.
1 leaves:
assalamualaikum,tok tok.org maghribi dtg ni..hi
amboi,ada blog.tk khbr kat akak na,:P
ringkas but menarik,teruskan berkarya dna mnegupdate blog dgn pengsian bermanfaat k.Allahuya3un..
Tata ya ukhti mahbubah.
Post a Comment