Sekuntum Mawar vs Daun Pisang
Fenomena Ayat-Ayat Cinta tulisan Habiburrahman el-Shirazy memberi impak yang dahsyat pada peminat novel. Tautan Hati, Seindah Mawar Berduri, Hatiku Milikmu tulisan Fatimah Syarha juga tak kurang hebatnya. Cerita seorang gadis yang sangat memelihara maruah hingga membiarkan dirinya menjadi seindah mawar berduri, hanya dapat dilihat dan dirasakan keharuman juga kecantikan akhlaqnya tapi tidak didekati oleh lelaki. Terlalu banyak akhawat yang menggunakan nama pena Mawar Berduri, Khazinatul Asrar, Asiah Yusra dan sebagainya di laman maya. (Ana pun kena tempiasnya).
Iya, anjakan paradigma memang perlu dilakukan. Terlalu banyak novel di pasaran lebih kepada cinta dunia tanpa penghayatan rohani. Hanya cinta manusia yang asyik dengan dunianya saja, tiada sentuhan rohani mahupun sedikit ilmu melainkan hampir semuanya melalaikan. Entah kenapa haritu ana memerhatikan pokok pisang. Iya, pokok pisang yang tidak seindah dan seharum mawar tapi sebenarnya ada cerita di sebalik daun pisang. Ana sekadar nak berkongsi pandangan ana, kalau ada salah tegurlah. Insya Allah, akan di baiki untuk hari kemudian.
Indahnya mawar kerana warnanya, ditambah pula dengan harumannya subhanallah memang menjadi kegilaan pada sesetengah pencinta bunga. Tapi indahnya mawar, hikmahnya adalah duri-duri yang menghiasinya. Begitulah perumpamaan yang dilakukan; Seindah Mawar Berduri. Indahnya wanita solehah kerana akhlaq dan ilmunya memang diintai Sang Kumbang tapi bezanya dipagari dengan duri-duri yang menjadi hijab untuk tidak didekati kecuali dimiliki Sang Kumbang yang dipilih Allah untuk memiliki Si Mawar Berduri. MasyaAllah, indah perumpamaan ini. Hatta Allah sendiri selalu membuat perumpamaan dalam Al-Quran dan hanya difahami bagi mereka yang berakal (di suluh cahaya iman). Berakal saja tak cukup.
Tapi, ramai yang tidak lihat bahkan tidak nampak apatah lagi berfikir tentang keistimewaan daun pisang. Bila menyebut perkataan daun pisang, orang hanya berfikir akan daunnya untuk di buat bungkus lepat, nasi lemak dsb tapi tak nampak kelebihannya yang lain. Istimewanya daun pisang walaupun daunnya dah kering namun masih tak jatuh ke bumi selagi belum direntap! Subhanallah. Hebat kan setiap aturan Allah, setiap yang di cipta ada hikmahnya.
Kata akhi: Kenapa perlu menjadi seindah mawar berduri. Sedangkan mawar itu sifatnya lemah, cepat layu dan senang gugur kelopaknya. Kenapa tidak menjadi seperti teguhnya daun pisang, perlu direntap untuk menjatuhkannya ke bumi walaupun dah kering daunnya. Tapi, jangan pisang berbuah hanya dua kali tapi biarlah berkali-kali..!
~ Ana dah akhi ~ selalu bertekak, bertelagah dan membuat masing-masing bengong. Itulah istimewanya ana dan akhi, sentiasa bergaduh sebab yakin air yang dicincang takkan putus! keh keh keh. (selingan jer) Selalunya perkara yang membengongkan itu la yang membuatkan kami sama-sama berfikir, membuat anjakan paradigma dengan cara kami sendiri. Bukan tidak begini dengan orang lain, cuma ana lebih berani dengan akhi dengan pemikiran-pemikiran yang bagi ana satu anjakan paradigma. (macammana la orang tak cakap ana ni sengal... hukhuk) Tapi ana tak kisah, dilabel sengal atau syadid... Biarlah pandangan Allah yang di utamakan
Ana hanya pegang kata-kata akhi: ada 2 perkara yang akan kamu kenang sampai kamu mati, pertama ialah orang yang paling baik dengan kamu dan kedua ialah orang yang selalu buat jahat dengan kamu. Kalau orang yang hanya biasa-biasa, kamu pun lupa kat dia. Maklum la, perjalanan hidup ni kita jumpa macam-macam jenis manusia. Jadi, pilihlah cara macammana yang kamu nak orang ingat kamu!
Ana memilih untuk membuat anjakan paradigma walaupun selalu dilabel sengal. (terumatanya sesi sengal bersama ukhti yana) keh keh keh... Dan ana memilih untuk berusaha menjadi seindah mawar berduri juga dalam masa yang sama ibarat daun pisang yang degil sifatnya. Kedua-dua ciptaan Allah ni sememangnya hebat untuk dijadikan perumpamaan. Hikmahnya daun pisang tu, walau apa juga yang orang cakap pada kita, dengan kata-kata yang tidak disenangi atau sebagainya, maka tetaplah menjadi seteguh daun pisang. Tidak semudah kelopak mawar untuk gugur! Dan ana tidak perlu untuk putus asa dalam hidup, perlu mencontohi daun pisang yang tetap teguh dengan pendirian ana. Insya Allah.
Kita berjalan ke depan bukan mengundur ke belakang tapi jangan lupakan belakang bila memandang ke depan kerana kita maju setapak adalah dari tapak yang lalu. Dan hari ini pastilah memulakan dengan langkah yang baru, kerana langkah beribu batu bermula dari langkah yang pertama! So, anjakan paradigma perlu dilakukan. Jangan harapkan orang lain, mulakan dari diri sendiri. Teringat cerita Ustaz Saiful yang dipulaukan kerana caranya yang tegas, dan ana hanya mampu membalas: Ustaz benih yang baik tercampak ke laut boleh jadi pulau! Ana sendiri selalu kene BOM. Tak per, kalau mati pun jadi syahidah. Ngeh ngeh ngeh
Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Bukannya orang yang teguh (yang terpuji menurut syara') itu orang yang menang dalam berbalah, tetapi yang dinamakan orang teguh ialah orang yang dapat menguasai dirinya di waktu marah." [Muttafaq 'alaih]
Dari Abu Dzar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya:
"Janganlah engkau menghinakan sesuatu pun dari amal kebaikan (sekalipun kecil), walaupun (engkau bertemu saudaramu) dengan menunjukkan wajah yang manis atau berseri-seri ketika bertemu." [Riwayat Muslim]
Janganlah marah orang yang kamu sedang serukan, sebaliknya gunakan perkataan yang baik-baik dan memaniskan wajah apabila bertemu dengan orang yang membenci kamu. Balaslah kejahatan itu dengan kebaikan, kerana kejahatan dibalas dengan kejahatan hanya membawa kepada kerosakan.
Nasihat dari Ustaz Hasan: Kita hanya suka awan yang putih dan cantik, kita tak suka pada awan hitam sedangkan hanya awan hitam yang menurunkan air hujan untuk menyuburkan tanaman dan sebagainya. Sama juga dengan hidup, kita hanya suka kawan dengan orang yang baik dengan kita, tak suka kawan dengan orang yang kurang baik (pada pandangan kita) sedangkan kawan yang tak baik (pada pandangan kita) yang selalu menyedarkan kita. [Ingatan buat diri yang alpa]
Maaf kalau anjakan paradigma kali ini kelihatan bengong. Mungkin kita semua dah terbiasa dengan sesuatu perkara, memang sukar mengubahnya. Memang sukar melentur peribadi solehah. La haulawala quwwala illah billah hil ‘aliyyil azhim. Wallahutaala ‘alam.
Mawar Berduri Berdaun Pisang
Khazinatul Insyirah