"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

25 April 2012

Hikmah Perubahan Hukum Dan Syariat

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah Engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 
(Surah Al-Baqarah ayat 106)


KETERANGAN AYAT 

Nasakh ialah perubahan, pertukaran atau penggantian kepada sesuatu hukum awal kepada hukum yang baru mengikut kesesuaian yang hanya diketahui Allah. 

Golongan Yahudi mengkritik syariat Nabi Muhammad kerana berlaku nasakh pada hukum. Mereka menganggap perubahan dari hukum pertama kepada hukum kedua merupakan satu tindakan orang bodoh sahaja kerana tidak tetap pendirian. 

Allah telah membuat perbezaan antara golongan Nabi dan Rasul dengan golongan manusia pintar. Manusia yang pintar mendpaat ilmu melalui perantaraan guru atau pengajian di samping membuat eksperimen dan percubaan ilmiah terlebih dahulu, sedangkan para Nabi dan Rasul mendapat ilmu melalui perantaraan alam rohani (malaikat). 

Oleh itu al-Quran bukanlah karangan daripada Nabi Muhammad kerana jika ia merupakan karangan manusia, sudah tentu memerlukan penelitian dan pemikiran serta pengajian dengan guru. 

Mukjizat Nabi Musa antaranya ialah tongkat yang boleh berubah menjadi ular, membelah lautan menjadi jalan dan banyak lagi. Manakala mukjizat Nabi Isa ialah menyembuhkan penyakit sopak, kusta serta boleh menghidupkan orang mati. 

Mukjizat Nabi Muhammad yang paling agung ialah Al-Quran. Perbezaan mukjizat bagi setiap Rasul bersesuaian dengan keadaan dan suasana umat. Pada zaman Nabi Musa, orang berbangga dengan sihir lantas mukjizat Nabi Musa seakan sihir, manakala pada zaman Nabi Isa, kemajuan ilmu perubatan. 

Begitu juga dalam masalah syariat, tentunya kehidupan dan suasana manusia setiap zaman berbeza yang memerlukan pensyariatan hukum sesuai dengan manusia pada masa tersebut. 

Sebagai contoh, dalam syariat Nabi Musa as jika pakaian terkena najis, bahagian pakaian tersebut perlu digunting sedangkan syariat Nabi Muhammad hanyalah perlu dibasuh bahagian yang terkena najis itu. 

Antara contoh lain, syariat Nabi Isa dan Musa, solat perlu dilakukan di tempat khas sahaja iaitu di gereja dan biara sedangkan dalam syariat Nabi Muhammad, solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan suci. 


PENGAJARAN AYAT 

1. Nasakh berlaku kerana mengikut kesesuaian tempat, masa serta suasana kehidupan umat manusia.

2. Perubahan yang berlaku bukanlah hasil daripada tindakan orang yang bodoh tetapi menunjukkan kebijaksanaan Allah.

3. Manusia yang beriman akan sentiasa menurut perintah dan larangan Allah dan Rasul tanpa memerlukan hikmah di sebalik arahan dan larangan Allah.

4. Yahudi akan sentiasa mencari jalan untuk menimbulkan keraguan terhadap akidah umat Islam.

(Sumber : KLIK DI SINI)

Read more...

24 April 2012

Bayang-Bayang

Bismillahirrahmanirrahim.

Lewat kebelakangan ini jarang masa untuk berlama-lama di hadapan komputer. Kadang-kadang langsung tidak sempat untuk menyemak beberapa perkara (order dsb). Kadang-kadang kita memilih jalan yang orang tak boleh terima, mungkin kerana tidak sama cara berfikir.

A rasa berjalan di tasik boleh menghiburkan hatinya. Sambil berjalan-jalan, meregangkan urat dan saraf, boleh menikmati pemandangan air tasik. Melihat beburung bebas berterbangan, beberapa kanak-kanak ketawa riang, ada yang menangis kerana terjatuh, ada berbagai ragam manusia. Semuanya berada di satu tempat ; tasik. Namun suasana sekeliling yang ditemani pelbagai ragam tidak mengganggu kenikmatan alam air tasik yang sedang berzikir kepada Allah.

B merasakan berjalan di pusat membeli belah boleh menghiburkan hatinya. Mendengar muzik-muzik yang berkumandang di kedai-kedai sambil memerhati telatah anak muda yang berencam. Duduk di kerusi melihat manusia dengan pelbagai agenda, kemudian membawa kaki ke gedung pakaian, ke kedai cenderamata dan sebagainya. Semuanya berada di satu tempat ; pusat membeli belah. Itu gayanya untuk menghiburkan hati.

Kedua-duanya mahu menghiburkan hati. Matlamat mereka untuk menghiburkan hati, cara mereka berbeza. Seorang berbisik dengan alam yang berzikir. Seorang lagi menikmati kehidupan manusia yang sedang berlakon di pentas dunia yang fana'.

Begitu jugalah manusia yang lain. Masing-masing ada agenda dan matlamat yang ingin dituju tetapi jalan dan cara mereka berbeza mengikut gaya pemikiran masing-masing. Gaya pemikiran juga terbentuk dari persekitaran, latarbelakang dan pendidikan yang mengadun kesemuanya.

Ada yang masih kanak-kanak tetapi berpewatakan seperti dewasa.

Ada yang sudah dewasa tetapi pemikiran dan wataknya seperti kanak-kanak.

Melihat si kecil yang dipandangan mata berusia sekitar 7-9 tahun duduk di bawah pohon merendang sambil ligat melayani para pembeli, dia betah di tengah panas untuk membantu ibunya menjual pisang goreng di saat rakan-rakan yang lain (seusia dengannya) sedang seronok menonton televisyen atau berjalan-jalan di pusat membeli belah. Kehidupan mengajarnya untuk menjadi bertanggungjawab. Dia menjadi dewasa. Tingkahnya matang dan tidak kebudak-budakan.

Melihat sang remaja yang masih diulit dengan kemanjaan, sukar untuk memilih jalan berdikari apatah lagi menguruskan keluarga. Kehidupan 'disediakan' untuknya, bukannya dia menyiapkan diri untuk kehidupan

Mata ligat membaca, hati dipalu cemeti. Aduh, tabahnya seorang ibu menguruskan anak-anak seramai 8 orang di mana kesemua anak-anaknya berusia di bawah 12 tahun! Si kakak yang sulung dan si abang yang kedua mampu menggalas tanggungjawab ibu dan ayah di saat ibunya sibuk menguruskan anak ketiga yang menghidapi Brain Tumor, si ayah dengan tugas dakwahnya memaksa anak-anak ini menjadi kental dan bertanggungjawab terhadap satu dengan yang lain.

Asuhan, desakan kehidupan masing-masing mengambil tugas dalam 'membentuk' jati diri seorang manusia. Kepercayaan kepada Al-Khaliq, kepasrahan pada qada' dan qadar membuatkan seorang manusia menjadi begitu tabah.


Jauhku Untuk Mendekat.

Lama memeriksa pengkalan data pada rekod kecemerlangan diri. Hampir kesemuanya tidak memuaskan hati.

"Kenapa Insyirah dah lama tak online facebook?"

"Amir Solihin sedang 'copy and paste' semua yang dibuat oleh ummi dan abi. Biarlah dia membesar melihat ibunya sibuk dengan buku-buku daripada dia terbiasa dengan keadaan ummi yang ralit dengan komputer riba."

Sahabat mengangguk perlahan. Dia memahami rentak hati ini kerana dia juga seorang ibu.

Kami suami isteri sangat terperanjat melihat Amir Solihin 'copy and paste' apa yang dilakukan oleh sepupunya. Saat sepupu yang berusia 4 tahun membonceng basikal budak, Amir Solihin memandang atas ke bawah berulang kali. Apabila sepupunya mempelawa Amir Solihin untuk duduk di atas basikal, kedua tangannya tegap memegang hendal dan kakinya menolak-nolak pedal.

Riuh dengan tawa dari semua. Termangu-mangu melihat keletah beliau. Subhanallah...

Kalau seberapa ketika saja beliau sudah mampu 'copy and paste', apatah lagi hidupnya boleh dikatakan setiap detik bersama ummi. Haruskah membiarkan si kecil yang lahir dengan fitrah dicorakkan dengan debu-debu (keseronokan) dunia semata?

Amir Solihin seperti bayang-bayang yang mengikut rentak dan gaya apa yang berada di hadapan matanya. Manusia sentiasa diberikan peluang untuk memilih, pilihlah jalan yang paling hampir dengan Allah. Biiznillah.

"Mereka tak faham perasaan awak, berikan mereka masa. Bukan mereka tak nak faham cuma mereka belum faham, situasi mereka tak sama dengan awak."

Begitulah kata-kata seorang kakak yang sangat dihormati.


Perasaan... Biar perlahan-lahan Allah yang pujuk! insha Allah.

Wallahua'lam.

Ummu Amir.

Read more...

20 April 2012

Suami Mithali


Bismillahirrahmanirrahim.

"Muslim yang sebenar menerima ayat-ayat al-Quran yang menyuruhnya memperlakukan isteri dengan sebaik-baiknya. Maka dia adalah suami mithali sehingga isterinya menikmati kasih sayang dan kebaikannya sebagai teman hidup tidak kira berapa lama mereka bersama. Seorang suami tidak seharusnya melebihkan kerja, hobi, tanggungjawab, dan kawan-kawannya sehingga tidak ada masa untuk isteri. Islam menjamin hak wanita untuk bersama suaminya sehingga melarang suami menghabiskan masa dengan beribadah sahaja. Padahal meluangkan masa untuk isteri adalah perbuatan yang PALING BAIK.

Rasulullah SAW selalu menerapkan petunjuk ini kepada para sahabat Baginda dan menunjukkan mereka bagaimana hendak mencapai keadilan dan keseimbangan antara keperluan rohani dan keperluan rumahtangga, sehingga keadilan dan keseimbangan menjadi fitrah kepada mereka. Hati Baginda sangat penyayang itu sangat ingin menggembirakan hati isterinya sehingga Baginda sanggup bermain dengannya. Sayyidina Aisyah RA menceritakan :

"Rasulullah sedang duduk, kemudian Baginda mendengar bunyi bising daripada kanak-kanak dan orang-orang di luar. Rupanya ada sekumpulan orang berhimpun mengelilingi kaum Habsyah yang sedang menari. Baginda berkata:

"Hai Aisyah, ke marilah!"

Aku pun meletakkan mukaku ke bahunya dan mengintai di celah-celahnya. Kemudian Baginda berkata; "Hai Aisyah, sudah cukupkah?" Aku berkata; "Belum." kerana sengaja buat begitu padanya dan aku lihat Baginda di atas sebelah kaki ke sebelah kaki yang satu lagi (kerana Baginda penat, tetapi sanggup bersabar selagi Aisyah tidak puas melihat tarian tersebut)." - Dr Muhammad Ali Hasyimi

[Dipetik dari karya Kutemui Cinta Nya, Dr Farhan Hadi m/s 294]

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO