Catatan Hati Fatinah [3]
Siri 3 : Mencipta Resepi Bahagia
"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,
Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaianya,
Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaqnya,
Dan iman mengatakan wanita cantik atas dasar agamanya,
Wanita itu sendiri adalah RAHSIA."
Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaianya,
Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaqnya,
Dan iman mengatakan wanita cantik atas dasar agamanya,
Wanita itu sendiri adalah RAHSIA."
Sekeping kad yang dihiasi indah, berlatarkan warna violet dihiasi dengan beberapa bunga tulip yang mekar indah. Seindah bait ayat yang tertera, aku segera melekatkan kad indah itu di 'notice board'. Tidak lain untuk menjadi penyeri mata juga sebagai satu kalimah yang bakal buat aku muhasabah.
"Nafisah, apa pandangan enti terhadap ana selama 3 tahun enti bersama ana?" Suatu petang semasa duduk sambil menghirup koko panas, aku sengaja mencipta suasana muhasabah. Sejuk yang mengigit tubuh diselang seli dengan tiupan angin, terasa ironinya pada salji yang mula turun.
"Fatinah nak tahu apa? Baik atau buruk?"
Aku tergelak kecil, sudah lumrah manusia hamba selalu ingin yang indah-indah, mahu mendengar yang baik-baik dan suka pada yang sempurna sedangkan hakikat seorang hamba itu terlalu banyak kekurangan. Tiada yang sempurna selain Allah yang Esa.
"Ana nak tahu yang buruk-buruk..." Aku tersenyum, sengaja melemparkan semanis-manis wajah pada khalilah di hadapan mata. Sambil menghirup koko panas, mata juga sedang melirik kemas pada nota di tangan.
Segera Nafisah meletakkan nota di tangan, matanya segera memandang wajah aku yang ternanti-nanti jawapannya.
"Enti suka berahsia. Kadang-kadang enti emosional sangat, bila enti emosional maka bermulalah kemurungan hingga ana yang stress melihat enti emosional tetapi selalunya enti moody sekejap je. Memang enti tak betah serius, sekejap saja dan mudah untuk ana memujuk enti back to normal." Nafisah membulatkan mata, tanda bersungguh dengan hujahnya.
"Memang la sayang, kalau ana merajuk lama bertambah muncunglah mulut ana. Kalah Donald Duck enti tuh!" Segera aku baling patung itik Donald. Ianya pemberian dari teman serumah kami sebelum berpindah keluar setelah berkahwin.
Berderai tawa kami berdua. Muhasabah sudah jadi gelabah. Masing-masing dengan tawa, mencipta suasana ceria dan bahagia.
** "Fatinah, kebahagiaan ada pada sifat sabar. Dengan kesabaran, seorang hamba akan terpelihara dari kemaksiatan, berterusan menjalankan ketaatan, dan tabah dalam menghadapi berbagai dugaan."
Kami sama-sama bertukar mood, kembali pada mood muhasabah. Tinggal saja mood gelabah, akan disambung semula pada waktu lain.
"Iya, kebahagiaan itu dari kesabaran. Mana mungkin kita bahagia kalau sering marah-marah. Bahkan itu resepi cepat tua!" Aku meninggikan nada.
"Marah resepi cepat tua?" Nafisah menguji teori aku pula.
"Iya, dengan kemarahan jantung kita akan terkejut, maka jantung akan mengepam dengan lebih laju. Sampai masa yang tertentu, jantung pasti letih membuat kerja lebihan masa. Maka cepatlah tua. Tua sebelum usia." Aku mengukuhkan teori. Sebagai pelajar Psikologi dan Kaunseling, teori-teori sebegini memang menjadi makanan kami, sebagai zikir harian.
"Wah, mabruk alaik ukhti. Makin seronok ana dengan teori enti ni." Nafisah segera membuat aku bersemangat.
"Kalau nak bahagia, kena banyak bersabar. Contohnya macam sahabat ana, maaf ye Nafisah kalau ana bawa contoh ini." Aku berhati-hati memuntahkan kata, lahir dari perasaan yang meronta-ronta.
"Semasa ana di sekolah dahulu, sahabat baik ana... Sa'adah. Beliau seorang yang sangat penyabar dan sentiasa senyum sehingga kami tidak tahu bila beliau gembira dan bila beliau berduka. Sehinggalah hampir 2 tahun kami berukhuwah, ana menyedari satu perkara pada Sa'adah ialah beliau sangat menjaga qiyamullail.
Hampir setiap malam di hidupkan qiyamullail bahkan apabila bangun, beliau pasti akan mengajak sahabat-sahabat lain untuk turut sama. Apabila Sa'adah berduka, maka lebih lama beliau sujud, lebih banyak beliau solat sunat. Itu tandanya Sa'adah sedang meluahkan bahasa sedihnya pada Allah. Beliau sangat bijak mengendalikan perasaan, jarang terlihat wajahnya suram. Sering saja Sa'adah tersenyum, matanya bersinar dan wajahnya tenang.
Tiada manusia yang sentiasa gembira, tiada manusia yang tiada masalah tetapi yang paling penting BAGAIMANA kita berdepan dengan masalah. Dan, penawar paling mujarab ialah bersabar dan jangan sekali-kali merasa Allah jauh dari kita sebaliknya sentiasalah mencipta waktu untuk dekat dengan Allah.
Dalam surah Yusuf ayat ke-86, Allah berfirman; "Yaakub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya."
Sebagai hamba kita juga memerlukan sokongan dari manusia lain, memang sifat hamba itu lemah. Tetapi, selain dari itu kita harus yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk kita. Itu yang Sa'adah pesan pada ana. Alhamdulillah, ukhuwah kami subur dengan nasihat."
Nafisah menitiskan air mata, aku hampir saja tenggelam dengan kenangan indah bersama Sa'adah. Sudah 3 tahun kami memilih haluan berbeza. Aku memilih negara barat sebagai permusafiran daerah ilmu sementara Sa'adah memilih bidang kedoktoran di Timur Tengah. Jauh kami terpisah tetapi tidak pernah rasa jarak yang memisahkan. Sentiasa ada tali yang menghubungkan kami, tali Allah!
"Fatinah, ana sangat ingin mengenali Sa'adah di alam nyata. Ana selalu cemburu mendengar watak Sa'adah dalam hidup enti, bahkan selalu ana merasakan enti adalah bayang-bayang Sa'adah. Alhamdulillah, Allah mengirimkan sahabat-sahabat solehah buat enti. Juga buat ana..."
Akhirnya, muhasabah petang itu ditemani dengan lebatnya air mata. Sungguh kerdil rasanya kami di hadapan Tuhan, Dia yang memiliki segala-galanya. Salji semakin lebat turun ke bumi, sesejuk kota London ini tidak mampu menyejukkan kehangatan ukhuwwah kami.
Semoga Allah menghimpunkan kami sebagai hamba-hamba Nya yang berkasih sayang kerana Allah.
... fatinah ...
** credit kepada blog Ummu Husna
4 leaves:
membaca catatan ni,sy teringat tazkirah pagi di TV3 baru2 ni tentang qiyamullail..mmg benar, apabila kte nak Allah dekat dgn kte, itulah caranya...kerana ramai bertanya
"bagaimana nak Allah dekat dgn kte?,"
Mmg susah bg sesetangah insan nak bangun malam...& itulah suruhan Allah bagi hamba-hamba_Nya yg sanggup berbuat demikian demi bertemu dengan-Nya di saat2 insan sdang diulet mimpi....
marilah kte berqiyamullail rakan-rakan....mulakan dgn sedikit, insyaAllah.........wp hanya solat tahajud 2 rakaat,banyak pahala disamping mendekatkan diri kpd Yg Maha Esa
Adik... Teruskan mencatat hati Fatinah semoga dengan hadirnya catatan Fatinah akan lebih menguntum mawar Pohon Cinta Madinah, akak tak sabar nak baca sambungan Pohon Cinta Madinah dan juga Catatan Hati Fatinah.
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya."
Jauh di sudut hati teramat merindui dirimu.
Kak Mia, jazakillah kak atas ingatan dan sedikit kata-kata akak buat syira semangat nak sambung "Catatan Hati Fatinah". Insya Allah...
Kak ummu, insya Allah bawa bertenang ye semoga Allah memudahkan urusan mencarik2 idea buat Pohon Cinta Madinah :) Sedang menuai Sabar (",)
Post a Comment