"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

22 December 2009

Inspirasi Atiq Wazif


Bismillahirrahmanirrahim
.


Alhamdulillah. Banyak yang sedang menari di dalam hati dan minda, ada rasa teruja, bahagia, ceria dan tak kurang juga rasa rindu. Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah. Selawat dan salam buat Rasulullah juga keluarga dan para sahabat. (",)

Setelah pelbagai ujian yang datang SEBELUM memiliki buku "Kembara Atiq Wazif - Satu Anugerah", kini ana tersenyum puas selepas selesai membaca buku tersebut.

Perasaan yang sangat susah nak digambarkan dengan kata-kata. Buku Atiq Wazif sudah diterbitkan sedari tahun lepas (2008), ana sangat teruja untuk memiliki buku tersebut selepas membaca kisah Atiq Wazif dalam Majalah Anis. Tetapi, ujian sangat berat kerana apabila ana berusaha keras untuk mendapatkannya di toko-toko buku, agak susah untuk jumpa sebaliknya apabila ana jumpa buku tersebut, tangan ana sudah memegang beberapa buah buku yang lain. Budget lari... :)

Sehingga la bulan Disember 2009 hampir melabuhkan tirai. Selepas membuat refleksologi, ana sempat menjenguk ke toko buku dan syukur kerana buku Atiq Wazif di genggam sebelum memegang buku Rindu Bau Pohon Tin (RBPT). Jadi 2 buku ini cukup untuk memenuhi perjalanan panjang semasa ke Johor.

Ana manfaatkan perjalanan panjang dengan membaca buku Kembara Atiq Wazif dan sengaja meninggalkan buku RBPT di rumah, sengaja menumpukan fokus untuk mengembara 'bersama' Atiq Wazif.

Satu kesimpulan yang dapat ana buat setelah selesai membaca buku ini ialah;

"Subhanallah, terlalu besar hikmah Allah 'melambatkan' untuk aku membaca buku teramat istimewa ini. Allah memberi ujian dan Dia PASTI akan memujuk dengan cara dan kehendak Nya. Allahu Rabbi. Allahuakbar!"


Sahabat-sahabat yang akrab dengan ana tahu dalam 2 bulan ini banyak kali ana jatuh dan tersungkur, belum sempat bangun bertatih ana kembali rebah ke bumi.

Apabila membaca buku yang sangat istimewa ini, entah berapa puluh kali ana terpaksa berhenti 'mengembara' bersama Wazif bagi menenteramkan perasaan yang dilanda sebak dan sesekali tak mampu menahan kelopak air mata dari mengalir. Subhanallah, astaghfirullah, Allahuakbar.

Ana menyeka air mata saat membaca penulis (En Hasan Suyut) menukilkan perasaan membayangkan bahawa beliau akan membeli kapan, memandikan Wazif seterusnya akan kebumikan Wazif di kampungnya. Terus ana terkenangkan ungkapan dari abi 5 tahun dahulu.

"Kalau Ha mati... Abi redha. Dah puas abi tengok sakit sampai dah tak sanggup nak tengok lagi, macam-macam doktor buat. Nak makan pizza, abi dah belikan. Nak makan satey pun abi dah belikan. Abi tak terkilan sebab dah tunaikan semua hasrat Ha."

Aduh! Ingatan terhadap perkara 5 tahun dahulu terhimpun dalam minda apabila penulis bercerita dari HATI KE HATI, seolah-olah sedang mengisahkan isi hati seorang ayah terhadap anaknya yang SAKIT.

Dalam kereta dari Negeri Sembilan-Johor, ana banyak membaca pahit getir dan juga ranjau berduri keluarga En Hasan untuk Atiq Wazif! Sesekali menyeka air mata dan ana memandang sisi lebuh raya. Ada suara dari hati sedang berbicara dengan ana. Sungguh, sangat terasa Allah menangguhkan waktu untuk memiliki buku yang teramat istimewa ini sehingga ana benar-benar MAHU menghayatinya.

Ana melanjutkan pembacaan sehingga ke tepi pantai Desaru. Ana meneruskan kembara bersama Wazif sambil duduk di atas pokok di tepi pantai (er, sebenarnya batang pokok ye! Bukannya ana memanjat pokok untuk feel kembara bersama Wazif. Ngeeee).

Pada suatu waktu saat kaum keluarga enak bermain ombak, ana memilih untuk melihat laut yang terbentang luas, mendengar bisikan ombak, membiarkan lembut bayu menampar wajah. Akhirnya, ana mengambil Aqeef Haykal (anak Pak Su) yang baru berusia 11 bulan. Mahu merasai nikmat dan rahsia dari makhluk fitrah.

Ana berjalan jauh sendirian sambil mendukung Aqeef. Semakin lama kaum keluarga semakin jauh dari pandangan. Ana menghampiri gigi pantai, saat ombak menghempas ke pantai ana menjatuhkan kaki Aqeef pada buih-buih ombak, cepat Aqeef mengangkat kakinya. Entah... Ana sebak. Rasa nak menangis, ingatan terlayar pada Atiq Wazif yang hanya mampu memulakan langkah pertama pada usia 4 tahun 10 bulan!

Kemudian, ana berjalan terus kepada kaum keluarga tetapi Aqeef nampaknya menangis apabila ana mendekati mummy nya. Jadi, Mak Su meminta ana untuk 'jauhkan' Aqeef dari Mak Su kerana baju Mak Su basah melayan Qashrina (anak sulung Mak Su) bermain ombak.

Ana pergi kali kedua lebih jauh dari perjalanan pertama. Sambil berjalan, tangan ana menepuk belakang Aqeef sambil melagukan Asma' Ilahi di telinga Aqeef, menukar mood dengan mendendangkan pelbagai rentak irama pada Aqeef. Hamparan laut di depan cukup memberi keluasan pada fikiran, desiran ombak yakin bahawa itu zikir mereka pada Rabb. Tidak jemu-jemu beribadah kepada Tuhan.

Semakin lama ana rasa Aqeef semakin berat dan berat... Alhamdulillah, sudah berjaya menidurkan Aqeef hanya dengan alunan ombak dan desiran bayu yang meniup. Sangat mendamaikan keresahan hati. Aqeef meletakkan mukanya pada dada, terasa sangatlah menyukarkan ana bernafas.


Ini lah dia Aqeef Haykal (berbaju merah) dan Alyssa Qashrina (berbaju hitam) buah cinta Pak Su dan Mak Su.

Eh, macammana nak betulkan kepala budak ni?
Er, anak orang ni bukan anak patung!
Tak lemas ke dia dengan muka menyembam pada ana?
Ala, pandai-pandai la dia nak ubah jap lagi.
Alamak, lemas kang naya kena campak dalam laut dengan Pak Su.

Bismillahirrahmanirrahim. Perlahan-lahan ana menukar posisi lentokkan kepala Aqeef, ana memalingkan wajahnya bagi memudahkan Aqeef bernafas (sebenarnya memudahkan ana bernafas. Lalalalaaaa...) dan ana duduk kembali pada atas pokok sambil mendodoikan Aqeef (aih, macam-macam versi lagu tak yah la tulis sini nanti ada pula yang gelak tergolek dari kerusi... Ngeh ngeh ngeh).

Alamak, beratnya Aqeef ni. Bosan lah pulak... Erk, ambil buku Kembara Atiq Wazif kembali. Sambil sebelah tangan meriba Aqeef, sebelah tangan menyelak buku sambil mata membaca, mulut masih berkumandang mendodoikan Aqeef (nasib la... orang dah cakap nak adik, abi ngan ummi tak nak... pinjam je lah adik Qashrina, lalalalalaaa). Tiba satu part....

"Kaki Wazif putih melepak dan baunya MASIH SEPERTI KEPALA BAYI. Mungkin kerana tidak berjalan, kami selalu menggosok kaki Wazif pada badan kami kerana kulit Wazif sangat lembut seperti bayi."

Terus cium kepala Aqeef, subhanallah! Memang wangi!

Antara babak yang sangat membuatkan ana begitu 'transfom' apabila penulis menceritakan detik-detik cemas dimana tulang punggung Wazif TERCABUT. Allahuakbar. Ana tak tahu nak bayangkan bagaimana kesakitan Wazif (antum boleh la baca sendiri buku tersebut untuk lebih 'dekat' dengan kisah Wazif). 3 bulan Wazif tak mampu duduk, apabila didudukkan Wazif pasti menangis.

Ya Rabbi, aku yang dah besar camni pun salu jer nangis bila sakit inikan pula anak kecil seperti Wazif. Allahuakbar! (sampaikan Kak Long cakap masa tengok mata ana, ana jenis yang suka memendam pastu nangis bukan 10-20 minit tapi paling kurang pun 2-3 jam... kui kui kui)

Sekarang, ana rasa sentuhan 'kembara' bersama Wazif buat ana lebih bersedia, lebih bersemangat dan sangat terasa damai. Sesungguhnya apa yang ana rasa barangkali hanya 0.001 % dari penderitaan Wazif. Semoga Wazif cepat sihat dan boleh menjalani kehidupan seperti manusia lain. Ameen.

Buat En Hasan sekeluarga, bingkisan tersebut benar-benar memberi peluang untuk ana, seorang faqirah yang hina di sisi Allah mengembara bersama Wazif dari China hingga ke Amerika!

Ana amat mengesyorkan pada sahabat-sahabat sekalian yang berpenyakit, berperang dengan semangat yang turun naik, pada mereka yang mempunyai anak istimewa/berpenyakit mahupun saudara atau sesiapa saja yang mempunyai latar belakang 'rumah kedua' di hospital... BACALAH buku ini!

Pada sahabat yang ingin kembara bersama seorang anak kecil berjiwa besar, BACALAH buku ini PASTI kalian akan merasa sangat kerdil bahkan kalian PASTI akan malu dengan semangat Wazif.


Buku ini merupakan sentuhan tarbiyyah dari Allah dengan menjadikan Wazif sebagai wasilah bagi ana menghayati dan lebih berfikir.

Ana... Bersedia untuk berada di 'taman' setelah merentasi kembara bersama Wazif. Moga dengan inspirasi Wazif akan buat ana lebih positif dan... menjiwai jiwa seorang hamba yang berharap pada Tuhan.

"Diantara nikmat-nikmat Tuhanmu, nikmat apakah yang hendak kamu dustakan?"

Al-Faqirah,
Paka, Terengganu.


Adik-adik melihat ombak versi Terengganu


Saja nak tayang Patrik!
Pesanan buat pemberi Patrik
"Kami bawa Patrik sampai ke Paka.
Patrik ketawa je dalam kereta."
Ahaks!

7 leaves:

Ustaz K 23 December 2009 at 08:40  

Salam. Bait ayat menyentuh hati tapi dalam cuba nak faham amenda la budak ni nak ghoyak, tetiba baca

(er, sebenarnya batang pokok ye! Bukannya ana memanjat pokok untuk feel kembara bersama Wazif. Ngeeee).

Aduh! Mu ni kan, org feeling baik punya tetiba 'diganggu' terus ketawa. mcmmana la budak ni manjat pokok yerk, nak naik tangga pun terkedek2 :P

Ena 23 December 2009 at 10:26  

Salam. Sy rase tersentuh, terharu & sedih punn ade bile bace blog nie.. Kuatnyer semangat mengharungi ujian yg dihadapi.. Moga terus tabah & dipermudahkan segala urusan.. :)

Insyirah 23 December 2009 at 22:10  

Salam Pakcik K (napa banyak sangat nick dr orang yang sama neyh? tak leh ke seragamkan gune 1 nick je?) :P Hek, takpe nanti Ustazah S tetap jugak kenal wpun banyak mana nick yang diguna pakai :P

ek eleyh... apalah sangat setakat nak panjat pokok taugeh, apatah lagi kalau nak panjat pokok serai, senang jer. Lalalala :D

Alarh, yang terkedek-kedek tu Uwais dengan Durrah bukan syirah! :D

Insyirah 23 December 2009 at 22:11  

Salam Ukhti Ena. Iye, Atiq Wazif memang tabah. Seorang anak kecil berjiwa besar! Allahuakbar. Sangat malu dengan Atiq Wazif, dia sangat istimewa :)

akk comey 23 December 2009 at 23:05  

salam sayang...
membaca cerita ira buat akak makin teruja nak menghabiskan buku tue.huhuhu..
aik?patrick dah ikut g johor...kira wakil la..tuan lama tak dapat ikut..dapat tuan baru merata pegi yer..huhuhu

abu insyirah,  24 December 2009 at 07:26  

Mar,
Patrik bukannya ikut pergi Johor tapi Patrik ikut tuan barunya ke Terengganu. Duduk bawah ketiak.

nurhuda_cahayapetunjuk 27 December 2009 at 05:25  

Assalamualaikum

Akak pun dah baca buku tu..memang banyak pengajaran dan panduan dalam buku itu...bagus sekali...dugaan Allah, hambaNYA yang kuat menghadapi dugaan Allah, insyaAllah dia adalah hamba Allah yang terpilih dan sangat disayangi...

Semoga adik juga terus tabah dalam menghadapi dugaan Allah...:)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO