Big Family Long Trip
Bismillahirrahmanirrahim :)
Alhamdulillah, syukur. Akhirnya, tiba di rumah.
Kronologi.
Rabu [16 Des] :
Selepas ummi dan abi balik dari pejabat terus ke Sungai Buloh.
Khamis [17 Des] :
Selepas sarapan dengan Pak Uda sekeluarga di Kota Damansara, terus ke Desaru, Johor. Selamat tiba sekitar jam 4.30 petang. (agaknya lah, lupa) Sempat lagi BBQ di Desaru pada malamnya, mabruk pada pasukan BBQ. Pak Cik, Pak Uteh bersama jundi-jundi.
Jumaat [18 Des] :
Tiada aktiviti yang khusus. Selepas Subuh, sempat mandi laut. Gelap lagi, punya la excited nak mandi laut. Hehehe. Tapi sebenarnya 'mengumpul' pasir dalam poket je. Suka sangat kerana tiada orang, eh sebenarnya ada je orang tapi amatla jauh. Bila buka spec, tak nampak orang jadi rasa macam tak ada orang. Lalalalaaa... Main ombak, tanam abi dalam pasir. Huh! Malamnya abi terus rasa nak demam sebab pasirnya sejuk. Hihihi, telan 3 biji habbatus sauda'. Alhamdulillah, terus segar.
Sabtu [19 Des] :
Mandi lagi di laut selepas Subuh sekejap je la. Masa sarapan pagi, Nabila cakap sambil tersenyum (sukar nak tafsir senyuman jenis apakah itu). "Best ye tadi mandi..." Lalalalala.. Best la sebab mandi 'dalam' laut bukannya duk tepi pantai. Hanya ana, Aiman, Abang dan Mahfuzah serta abi 'bergaduh' dengan ombak. Pak Uteh datang sekejap je, then balik. Tak nak mandi lagi. Hehe.
Selepas kenduri terus melalui Mersing dan terus ke Rompin. Haaaa, amik kau. Jalan puas-puas. Sudah merasa semacam, nak demam dan... er... apakah sebenarnya yang berlaku dalam badanku. 'er, biar saja... wat tak tahu, jangan layan.' Selepas abi check-in, ana keluar kereta bangganya dengan style nenek si bongkok tiga. Cayalahhh!
Galas beg baju (beg sekolah) dan main hayun je handbag sambil bawa satu beg bimbit lain. Lalalala... Ikut je kaki ni nak melangkah ke mana, dah la hujan. Duduk sorang tengah hujan. "Er, tak pe. Jalan dulu... Jalan dulu..." Dan kedudukanku di tengah hujan seperti sedang rukuk. Memang rasa macam nak tanggalkan sekejap tulang belakang then patah balik ambil bila dah hilang sakit, ahaks!
"Boleh jalan tak ni?" Sudah ramai yang bertanya....
"Its ok, boleh... boleh." Dalam hati menjerit-jerit, "Yeyh, I can do it." sambil ulang-ulang last tinggal, DUIT. Ceh, mata duitan jerk budak ni. Lalalalala...
Finally sampai chalet, duhhh nak buka stokin macammana ni. Dah la lenjun randuk air, (kan ke hujan) aish... kalau tak buka stokin nanti masuk angin. Sampai sekarang masih terfikir, macammana ana buka stokin. Tak pe, tak payah fikir benda dah berlaku (walau masih tertanya 'camne buka stokin haritu ek?')
Mandi, solat dan terus rehat. Yesss... Badan amatlah panas (masa tu) dan lidah dah pecah (dari dalam kereta) dan tak selesa pun nak baring. Serba salah mencari posisi untuk mengurangkan sakit. Nak mengiring, tulang bahu dan rusuk kiri sudah bengkak (macammana tahu bengkak? sebab dah selalu jadi macam tu.. lalalala, jadi dah boleh bandingkan rusuk kiri-kanan, kalau dah timbul dan sakit tu bengkak la tuh), nak telentang sakit belakang menggigit-gigit, nak duduk lagi la perit. Tulang peha juga sangatlah mengilu.
Bila semua dah keluar untuk mandi swimming pool (aih dorang ni, dah malam pun mandi swimming pool) tercari-cari cream untuk "temporory relief pain" artritis, rheumatism. Ada la dalam 5-10 minit rasa relief pain. Dah nama pun temporory relief pain. Tak sudah, malas dah nak sapu. Pejam mata... Selamat tinggal dunia, ahaks! Dah la duk sorang dalam chalet, aih... sabar je.
Ahad [20 Des] :
"Makcik "temporory relief pain" cream kenapa tulang sendi saya makin saket?"
Pura-pura bertanya sambil menyapu cream pada sendi yang sakit. Dah la cakap sensorang, lalalalala. Nasib tak de orang, kalau tak... malu lorh. Ade ke tanya kat tiub cream tu, kui kui kui. Nasib la tiub tu tak menjawab;
"Sebab haku ni hanye lah temporory relief pain cream bukannya permanent..."
Ngeeee... Perjalanan diteruskan lagi melalui Pekan, Gambang. Eh, ada satu tempat namanya Nenanas... Ada banyak nanas (kat gerai lah), tapi tak nampak pun kebun nanas yek!
Kata abi nak ke Kuantan dan terus ke Kemaman. Terbeliak dengar... 'Biar betul dorang ni, nak pergi Kemaman ker?'
"Ummi, kalau jumpa ke terjumpa orang jual bantal kekabu kita beli yek."
Untuk diletakkan pada belakang ana... Ngeee...
"Ada ke orang jual?" Alamak, mana la ana tahu...
"Kalau tak de kekabu, apa saja selagi namanya bantal pun boleh." Dah nak tergelak pun ada, hehe. Tapi kan, keciwa sungguh sebab sampai la ke rumah tak da nampak orang jual bantal. Huks.
Yeyeye, tak jadi pergi Kemaman sebab Pak Uda salah jalan. Kalau nak U-turn agak jauh dan mengambil masa yang lama. Jadi, terus je la ke Kuala Lumpur. Makan Ayam Penyet di Kota Damansara dan terus balik.
Isnin [21 Des - HARI INI] :
Stay at home, abi membeli buku adik-adik. Pagi tadi, tanya lagi kaki...
"Napa kaki jalan macam robot?"
Ahaks... Nasib kaki tak jawab "Sebab... Allah sayangkan kamu." Lalala.. Kalau kaki jawab? Er... mungkin akan pengsan. Ngeeee!
Selasa [22 Des] :
Insya Allah, ESOK akan meneruskan pengembaraan ke Paka, Terengganu. Jalan... Jangan tak jalan. Selagi masih ada waktu (",)
** ada monolog yang sangat besh masa di tepi pantai Desaru, nantilah citer lain kali. Got to go... Daaaaa (^_~)
4 leaves:
Assalamu'alaikum, wah baru je 'hibernate' blog beberapa hari terus ada 2 posting yang PANJANG! Tak apa la nnt sambung perjalanan ke terengganu pula, hibernate lagi ke? hehe.
p/s: jaga kesihatan
Assalamualaikum whb anakku, alhamdulillah anak ibu sentiasa ceria dalam kalam-kalam, seronok ibu baca coretan insyirah cuma ibu nak pesan, jangan pengsan lagi. Jaga kesihatan baik-baik. Seronok berbual dengan anakanda insyirah, sering saja ceria. Ibu tak sabar menanti monolog yang anakanda janjikan.
Akhirnya ibu perlu bersetuju dengan Wawa, anakanda insyirah memang seorang yang santai dan mudah bergaul dengan orang dewasa ye. Ibu saja perhatikan ternyata ibu tak salah, insya Allah. Semoga anakanda insyirah dilimpahi rahmat, maghfirah, dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus membahagiakan orang lain.
Alhamdulillah, ibu bahagia dengan kehadiran insyirah, seorang anak yang selalu menyenangkan ibu. Jangan lupa selalu mohon doa pada Allah, semoga insyirah akan terus sihat dan ceria.
SALAM KECERIAAN!
knock!knock! cik syiraaaaa.... comel lah gambar dengan budak2 tu (nak bagitahu yang budak2 itew sangat ler kiyut miyut, bukan ci syira yang cute) haha.
Wa'alaikumussalam UMMU UWAIS,hehehe biasa la panjang bila dah lama tak menulis. Melepaskan ketagihan, tak sedar jari laju mengetip keyboard. Hihi..
Wa'alaikumussalam IBU, hehehe. Syukran jazilan ziarah ke teratak anakanda yang agak usang ni. Huk huk... Alhamdulillah, dapat memberikan ibu gembira berkenalan dengan Syirah. Hehehe, ibu jangan citer ibu ada anak teruna tau, ahaks! Nanti tuh puan balqis jeles... keh keh keh... puan balqis takde chance nak jadi menantu ibu dah, lalalala... (puan balqis, ibu sayang anak lebeyh la...!)
PUAN BALQIS "TANPA NAMA", memang la dorang kiyut miyuttt sebab dorang bebudak lagik. Kalau ana bebudak pun, benda yang sama jek berlaku.. "Syirah kiyut miyut" alamak macam kucing lak rasanya. Huhuhu...
p/s: Amenda ana merepek sebenarnya neyh?
Post a Comment