"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

07 December 2009

Catatan Hati Fatinah [2]


Siri Dua : Tarbiyyah Si Kecil

Rindu aku pada Kak Long, lama aku menuai sabar dalam hati agar teguhkan niat untuk menangguhkan kepulangan ke tanah air. Bukan aku tak rindu pada keluarga tetapi biarlah aku disini mengemis ilmu yang pastinya akan aku gunakan maksima yang aku mampu di tanah air kelak.

Hari ini Nafisah beriya-iya mahu mengajak aku ke rumah seorang seniornya, pelajar sarjana Kejuruteraan Kimia. Kak Maimunah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Mai oleh para pelajar dari Malaysia. Kak Mai mempunyai sepasang cahaya mata yang sangat petah, Nafisah selalu menjadi baby-sitter kepada Kak Mai dan aku juga turut sekali menjadi pembantu kepada Nafisah. Akrab hubungan mereka didasari akidah yang sama.

Di sini, kami ibarat satu keluarga yang besar. Ramai pasangan yang sudah berkahwin tidak menjadikan tanggungjawab mereka kepada keluarga sebagai batasan untuk cemerlang dalam akademik bahkan tidak sekali-kali menjadikan ia sebagai satu alasan untuk tidak berjaya. Aku dan Nafisah sering mencemburui kejayaan mereka, namun kejayaan demi kejayaan itu pastilah tidak mudah dicapai kecuali dengan pengorbanan dan istiqamah mereka menuntut ilmu, berdisiplin dengan ilmu dan menghormati ilmu.

"Fatinah, Aliyah dan Alif suka coklat. Ana nak belikan coklat buat mereka."

Aku mengekori langkah Nafisah. Hari ini aku tidak banyak berbicara bersama Nafisah kerana banyak bicara aku dengan Kak Long lewat menerusi Yahoo Massengger.

Sepanjang perjalanan ke rumah Kak Mai, Nafisah banyak bercerita dan sesekali menyiku tanganku yang langsung tidak bersuara.

"Fatinah, enti mengantuk lagi ke?"

Aku tergelak kecil. Bukan aku mengantuk kerana tidur lewat dan bangun awal seperti lazimnya di waktu musim sejuk tetapi aku tergelak kerana Nafisah menyedari aku agak melayan kantukku, tiada topik menarik yang dibawa Nafisah selain bercerita mengenai keletah anak kucing di rumah kami. Aku memang tidak mesra kucing, aku hanya mendengar. Belajar menjadi pendengar setia.

"Bukan ana mengantuk la sayang, ana menghayati bait ayat enti. Enti tekun dan fokus dengan perkembangan Nini {anak kucing Nafisah}, insya Allah suatu hari nanti apabila sudah menjadi ibu enti akan lebih cakna pada perkembangan mereka."

"Ana tak terfikir pula ke arah itu. Apa yang enti rancangkan selepas habis pengajian, Fatinah?"

"Insya Allah, ana ingin bersama masyarakat."

"Alhamdulillah."

"Nafisah, apa yang buat enti dan Kak Mai sangat akrab. Enti selalu menjaga Aliyah dan Alif, ana seronok sangat apabila anak-anak kecil bertandang ke rumah kita. Kalau bukan ana memilih bidang ini, sudah pasti ana merancang membina tadika. Senang untuk bersama anak-anak kecil."

"Kak Mai suka menasihatkan ana, tidak lokek memberi ilmu walaupun kadang kala ia sesuatu yang remeh. Kak Mai seorang kakak yang baik, cuba enti lihat bagaimana cara Kak Mai dan suaminya mendidik anak. Jarang untuk kita lihat pasangan profesional mendidik anak mereka begitu. Anak-anak itu sangat disiplin, sangat menghormati tetamu bahkan memuliakan orang yang lebih dewasa. Proses tarbiyyah yang mereka jalani walaupun sudah bertahun di bumi asing ini langsung tidak mematahkan usaha untuk membina generasi al-Quran."

Panjang Nafisah menerangkan. Aku semakin tertarik dengan cerita keluarga Kak Mai dibandingkan dengan cerita Nini, kerana aku tidak gemar dengan kucing. Malah, aku alah dengan kucing. Untunglah Nafisah bijak mengendalikan Nini, bilik kami tak pernah menerima Nini sebagai tetamu.

"Iya, ana juga perasan. Aliyah dan Alif sangat menghormati kita, jarang membuat kerenah seperti anak-anak lain. Enti nak belajar dari Kak Mai cara mendidik anak?" Sengaja aku menyakat teman di sebelahku. Langkah kami masih diatur rapi.

Nafisah sekali lagi menyiku tanganku.

"Cuba enti lihat, kita di negara barat. Banyak cabaran dan ujian, tetapi Kak Mai berjaya mentarbiyyah anak-anaknya bahkan lebih sopan dari anak-anak yang membesar di negara kita sendiri. Negara yang kaya dengan adab ketimuran."

"Iya Nafisah, bahkan anak-anak kecil itu makhluk fitrah yang sungguh suci. Ibubapa juga yang menjadi pencorak pada anak-anak. Satu yang ana belajar dari Aliyah dan Alif, sebenarnya banyak. Bukan satu tetapi yang paling menonjol itulah..." Aku tersenyum, kagum pada anak kecil tersebut.

"Apa yang satu tu?" Nafisah kaget, riak wajahnya begitu teruja.

"Al-Quran!"

"Batul tu Fatinah, ana setuju dengan enti. Mereka sangat memelihara al-Quran walaupun masih kecil."

"Nafisah, di sekolah dahulu ana sentiasa mengingatkan diri. Sehari tidak boleh tidak untuk membaca al-Quran. Ana teringat kata-kata naqib, katanya baca al-Quran walaupun sedikit kalau sekiranya tidak mampu memadai dengan satu ayat, itu pun dah dikategorikan tahap kritikal. Dan sekiranya satu ayat pun tak mampu untuk baca, memadailah dengan memandang al-Quran dan bertanya 'Ya Allah, apalah dosa yang aku lakukan hingga aku tidak mampu untuk membaca kitab Mu.' Kata-kata itu yang paling terkesan dalam hati ana."


"Subhanallah. Betul tu, tidak boleh tidak untuk tidak membaca al-Quran. Kita mampu khatam berjilid buku dan teori juga falsafah, tetapi dasarnya semua ilmu itu datang dari Allah. Dengan menghayati kitab Allah, insya Allah semuanya akan jadi penawar untuk kita berdepan dengan ilmu-ilmu Allah yang lain, buku-buku yang ditulis oleh tangan manusia, dasarnya dari Allah juga ilmu itu."

Perbualan kami terhenti setakat itu, tapak kaki berhenti di hadapan pintu rumah Kak Maimunah. Alhamdulillah, banyak yang ingin belajar dari si kecil Aliyah dan Alif.

"Assalamu'alaikum..."

... fatinah ...

3 leaves:

Anonymous,  7 December 2009 at 22:39  

kte selalu alpa ttg alquran....kata2 fatinah ni, mmg betul sbg peringatan...at least dgn memulakan berdikit pembacaan quran, hari demi hari kte bisa baiki pembacaan ke tahap yg lbh baik....

semoga kte sentiasa mengimarahkan pembacaan alquran dlm kehidupan seharian

Putraz April 8 December 2009 at 00:24  

salam perjuanagn... blog yg menarik.. Firman Allah "Jika kamu bantu Allah nescaya Allah bantu kamu.." ..teruskan perjuangan.. Allahu Akbar!!!

Insyirah 8 December 2009 at 20:04  

Kak Mia, semoga kita saling mengingatkan antara satu sama lain, insya Allah :) Kalau tak mampu nak membaca al-Quran, selalulah mendengar kalamullah. Insya Allah!

Putraz April, syukran.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO