Jatuh Dalam Longkang
Bismillahirrahmanirrahim.
Semalam Amir Solihin ikut abi ke surau, nak solat Isyak. Sejak minggu ni ada abang soleh yang setiap kali jumpa Amir Solihin, diberinya duit 20sen. MashaAllah, Amir Solihin jadi suka dan tak sabar nak ke surau bila dengar seruan azan. Baru dilaungkan takbir, Amir Solihin dah tarik tangan abi ajak wuduk.
Seronok jumpa abang.
Malam tadi, belum sempat sampai ke surau untuk solat Isyak, Amir Solihin yang sudah siapkan duit 20sen untuk diberikan kepada abang soleh yang selalu melayannya tiba-tiba balik dengan tangisan. Dari jauh sudah mendengar tangisannya, terus buka pintu.
"Jatuh, dalam longkang."
Suami hantar ke muka pintu dan terus ke surau.
Saya buka jubah Amir Solihin, buka juga kasutnya.
Lihat sini sana, kaki tangan, muka dan kepala kalau-kalau ada luka atau calar.
Langsung tak ada.
Pulang dari surau, suami cerita solatnya tidak khusyuk kerana berfikir bagaimana Amir Solihin boleh "tersangkut" di longkang, hanya tangan berpaut ke tepi longkang, seluruh badannya seolah "tersangkut", tetapi longkang tersebut agak dalam, bahkan "pelik" bagaimana boleh tersangkut sedemikian.
Saya terus ketawa.
"Ada malaikat sambut la tu, orang nak pergi solat berjemaah di surau..." :P
Allahuakbar,
Si kecil ini kadang-kadang mengganggu emosi sehingga meledak perasaan ummi, ada kala dialah yang menjadi punca untuk semua orang ketawa.
Rabbi habli minassolihin.
Alhamdulillah,
Amir Solihin masih konsisten mahu berjemaah di surau meskipun adakalanya dia mengadu dipukul oleh abang-abang semasa "bermain" di surau. Adakalanya ummi pula pening kepada bila pulang ke rumah, Amir Solihin mengadu tidak solat bahkan tolak abang-abang yang lain.
Perlu selalu, berulang-ulang, sentiasa mengingatkan untuk SOLAT, SOLAT, SOLAT.
Solat dahulu, baru main dengan abang-abang.
Jangan boikot masjid pula ya.
"Ummi, jom la ikut pergi solat surau."
"Tak nak la, Ummi solat rumah je..."
Sebaik-baik tempat solat bagi wanita adalah di rumahnya.
Islam itu mudah, simple, flaksible. :)