5 Wasiat Nabi SAW kepada Abu Hurairah ra.
Bismillahirrahmanirrahim.
1. Waspada kepada perkara HARAM pasti kamu menjadi orang yang paling hebat ibadahnya.
Huraian.
Dalam kehidupan kita seharian (bahkan pada zaman Rasulullah), lebih banyak yang halal berbanding haram tetapi pada zaman sekarang ramai golongan suka menyusahkan diri dengan memperbanyakkan perkara yang haram berbanding halal.
Contohnya minuman. Hanya arak yang diharamkan secara mutlak. InsyaAllah kita ada banyak pilihan untuk minum air yang lain. Dalam hal makanan hanya babi yang haram jadi kita banyak pilihan yang lain eg ayam, itik, dll.
2. Berbuat baiklah kepada jiran kamu, nescaya kamu akan menjadi mukmin sejati.
Huraian hadith.
Jiran adalah orang yang duduk 40 buah rumah di kiri, 40 buah rumah di kanan, 40 buah rumah di depan, 40 buah rumah di belakang juga 40 buah rumah di atas dan 40 buah rumah di bawah (flat, kondo, apartment).
Berbuat baik termasuklah tidak menyakiti hati jiran dngan lisan mahupun perbuatan.
Nabi ajar supaya selalu berkongsi makanan dengan jiran. Kalau masak, lebihkan kuah untuk bagi pada jiran. Eg masak gulai kawah, buatlah kuah banyak, kalau tak mampu kongsi dengan semua boleh beri pada jiran yang hampir yang mungkin bau masakan kita.
3. Redha dengan apa yang Allah beri nescaya kamu akan menjadi manusia yang kaya hatinya.
Huraian hadith.
Lihat apa yang kita ada jangan berduka apa yang kita tiada. Bila melihat dunia lihatlah pada mereka yang lebih sukar. Bila melihat akhirat lihatlah pada mereka yang lebih bersungguh membuat amalan soleh.
Allah beri anak. Syukur. Allah tak beri anak pun syukur. Semua yg Allah bagi pasti ada hikmah yang tersembunyi. Anak adalah anugerah. Anak juga ujian dr Allah.
4. Sayangi orang lain seperti mana sayangi diri sendiri nescaya kamu menjadi muslim sejati.
Huraian hadith.
Kita suka perkara kebaikan kepada orang lain sepertimana kita suka mendapat kebaikan tersebut.
Eg kita suka dapat manfaat makan sesuatu vitamin, kita share dengan kawan. Kalau kawan tak mampu beli, hadiahkan untuknya.
Kalau kita suka naik pangkat, gembira juga bila rakan dapat kenaikan pangkat.
5. Jangan banyak ketawa kerana banyak ketawa boleh mematikan hati.
Huraian hadith.
Rasulullah tidak pernah ketawa terbahak-bahak. Apabila terlalu gembira Nabi hanya senyum sehingga menampakkan geraham.
Bila mulut terbuka (sangap),syaitan akan masuk dlm mulut anak adam.
Apabila menguap, kita disaran tutup mulut dgn telapak tangan.
Kurangkan menonton hiburan yg sengaja membuat penonton tertawa seperti Raja Lawak (teeeet).
Pesan rasulullah,
Andainya kamu ketahui apa yg aku ketahui nescaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis.
Abu hurairah pernah ditanya apakah para sahabat tidak pernah ketawa. Beliau menjawab, walaupun sahabat ketawa tetapi iman mereka teguh seperti Bukit Uhud.
Wallahua'lam..